Kids Eco Dash 2.0 2017 di Taman Eko Rimba Menara Kuala Lumpur - Ana Suhana

Oct 25, 2017

Kids Eco Dash 2.0 2017 di Taman Eko Rimba Menara Kuala Lumpur


Kids Eco Dash 2.0 2017 di Taman Eko Rimba Menara Kuala Lumpur |Assalamualaikum. Korang yang ada anak atau adik berumur 4-12 tahun apa kata korang ajak mereka join satu acara larian khas untuk kanak-kanak yang disokong oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia pada hari Sabtu ni iaitu 28 Oktober 2017. Acara tersebut akan berlangsung di Taman Eko Rimba, Menara Kuala Lumpur.
Kids Eco Dash 2.0 2017 Taman Eko Rimba, Bukit Nenas Forest Reserved, Menara Kuala Lumpur
Kids Eco Dash 2.0 2017
Taman Eko Rimba Bukit Nenas Forest Reserved Menara Kuala Lumpur 
Tujuan Program

Tujuan acara larian ini di anjurkan adalah untuk menggalakan anak-anak atau adik-adik melakukan aktiviti luar dan belajar untuk menghargai persekitaran alam semulajadi.  Jadi tak lah hujung minggu mereka bosan duduk dekat rumah sahaja tanpa sebarang aktiviti atau hanya bergantung kepada permainan di dalam handphone atau television sahaja yang mana ini sangat tidak membantu perkembangan fizikal dan mental mereka.

Acara larian ini juga dapat memberi satu pengalaman baru yang sangat bernilai kepada mereka kerana mereka dapat merasa keseronokan berlumba seperti orang dewasa. Ini sekaligus dapat memupuk semamgat bersukan di kalangan mereka. 

Pendaftaran Sukarelawan untuk Ibu Bapa

Buat ibu bapa, korang di alu-alukan untuk mendaftar sebagai sukarelawan. Pihak menganjur akan mengagihkan tugas kepada para sukarelawan pada hari acara larian tersebut berlangsung. Setiap ibu bapa yang mendaftar akan dapat sehelai t-shirt dan secara automatik nama mereka telah di daftarkan di bawah voluntourism program.

Kategori Larian
Kids Eco Dash 2.0 2017
Taman Eko Rimba Bukit Nenas Forest Reserved Menara Kuala Lumpur
Kredit : Marathon Malaysia 

Terdapat 3 kategori larian mengikut peringkat umur :

1. Caterpillar -  0.8 km (4 - 6 tahun)

2. Rabbit - 1.5 km (7 - 9 tahun) 

3. Tiger - 3 km (10 - 12 tahun) 
   
Pendaftaran

Korang kena cepat tau sebab pendaftaran tinggal beberapa jam je lagi. Pendaftaran akan ditutup pada hari Khamis jam 11.59 malam. Jadi jangan tunggu lama-lama nanti melepas untuk join acara ni. Yuran pendaftaran dikenakan sebanyak RM35 seorang.

Bagi korang yang dah berjaya daftar, jangan lupa untuk amik Kit Race pada hari Jumaat (27 Oktober 2017) di Matic Jalan Ampang mulai pukil 11 pagi - 10 malam.

Untuk mendaftar klik sini --> Pendaftaran Kids Eco Dash 2.0 2017

Atucara Program

Kids Eco Dash 2.0 2017 Taman Eko Rimba, Bukit Nenas Forest Reserved Menara Kuala Lumpur
Kids Eco Dash 2.0 2017
Taman Eko Rimba, Bukit Nenas Forest Reserved, Menara Kuala Lumpur 

Untuk maklumat lanjut tentang Kids Eco Dash 2.0 2017 ni korang emel atau WhatsApp nombor di bawah ni :


WhatsApp :
019-6464 269


20 comments:

  1. Ala kak ana, anak kinah baru dua tahun huhu.

    ReplyDelete
  2. Bestnya ada program untuk anak-anak

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Ana. Bagus untuk anak anak ibu ni

    Diorang pun terlebih tenaga

    ReplyDelete
  4. Comel je nama kategori yang ada hahahha. Syafi join ke kak?

    ReplyDelete
  5. bagusnya aktiviti gini..takde r kanak-kanak terlalu leka dgn gadjet je..kn

    ReplyDelete
  6. mcm best ni...
    comel jer budak2 tu nanti berlari ...
    syafi join tak?

    ReplyDelete
  7. Menarik aktiviti macam ni. Nak daftar anak buah lah.

    ReplyDelete
  8. 10 km untuk anak umur 10 sampai 12 tahun ?, wah kuat juga mereka lari sejauh itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Typo tu tuan. Saya dah betulkan. 3km je. Terima kasih atas komen ni. Kalau tak saya pun tak perasan.

      Delete
  9. Anak anak kita memang banyak tenaga. Baru nak membesarkan

    ReplyDelete
  10. event nampak best tapi jauh pulak nak menapak huhu

    ReplyDelete
  11. Ana..InshaALLAh anak2 akak akan join larian ni. Sorang Catterpillar and sorang lagi rabbit. Tak sabar nak tunggu hari kejadian sebab nya anak2 nakkan medal. HAHAH!dan ini kali pertama derang join. Selama ni, akak banyak joinkan aktiviti indoor ajer macam melukis, mewarna dan bermain alat muzik. Sebab akak yang minat sebenarnya. HAHAH! tapi sebab aritu masa sukan sekolah anak akak yg boy, 7 yrs old tuh dapat number 12 dalam acara merentas desa. Means, die boleh buat sebenarnya. Semalam sempat training...buat 0.8km ajer utk dia. Heheh...boleh jumpa Ana ke Sabtu nanti? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syafi tak cukup syarat lagi lah kak. InsyAllah tahun depan boleh daftar. Nak juga bagi dia peluang join aktiviti mcm ni kan. Selamat berlari buat anak2 akak. Hati2 lari dlm keadaan cuaca panas skrg ni. Bawa air byk2 :)

      Delete
  12. Menarik program macam ni. Tentu anak-anak suka. Kalau ada peluang nak juga bagi anak-anak turut serta.

    ReplyDelete
  13. bestnya pengalaman bagi budak2 camni. kalau ada peluang nak bg anak2 join

    ReplyDelete
  14. Menyemai sikap suka bersosial secara positif ni kak Ana..

    ReplyDelete
  15. Bagus xtvt ni sbb nk bg budak2 melupakan dunia gadjet. Ni asyik main fon je smpai xsempat nk bersosial cri kwn baru n pglmn bru

    ReplyDelete
  16. program yang menarik tapi tak sempatlah nak join

    ReplyDelete
  17. Bagus Ana kalau anak participate dalam program begini.. Kesedaran tentang penjagaan alam sekitar dari awal..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤