BioSafe4U - Produk Kebersihan Kanak-kanak Tanpa Bahan Kimia dan Selamat - Ana Suhana

Oct 9, 2017

BioSafe4U - Produk Kebersihan Kanak-kanak Tanpa Bahan Kimia dan Selamat


BioSafe4U Produk Kebersihan Kanak-kanak Tanpa Bahan Kimia dan Selamat l Assalamualaikum. Sejak dah ada anak nan sorang ni, boleh di katakan setiap apa yang digunakan untuk kegunaan si kecik ni mesti Ana akan selidik sebaik mungkin. Ye lah kita kalau boleh nak yang terbaik untuk si dia kan baik dari segi kesihatan dan kebersihan. Contohnya bila masak untuk dia MSG is totally prohibited. Kita nak anak kita membesar dengan sihat kan. Sebab tu apa yang dia makan mestilah semua yang berkhasiat. Begitu juga dari segi kebersihan. Memang semasa nak beli satu-satu produk kebersihan tu Ana akan teliti setiap bahan yang di gunakan. Kena ensure produk tu mesti lah selamat digunakan untuk kulit kanak-kanak. Samada produk kebersihan tu merupakan sabun basuh badan atau sabun untuk membasuh botol susu dan alat mainan. Bukan senang nak jumpa produk macam tu kan sehinggalah baru-baru ni Ana diperkenalkan dengan satu jenama produk kebersihan kanak-kanak tanpa bahan kimia dan selamat iaitu BioSafe4U.


BioSafe4U  - Produk Kebersihan Kanak-kanak Tanpa Bahan Kimia dan Selamat


Untuk pengetahuan semua, BioSafe4U merupakan sebuah jenama dari Singapura dan baru dibawa masuk ke dalam pasaran Malaysia. Kesemua produk BioSafe4U ini terikat dengan peraturan ketat pengilangan di Singapura. Fokus utama perniagaan ini ialah "SAFE" (selamat). Produk ni asalnya di cipta oleh seorang ayah untuk anak-anaknya di mana dia menekankan kesemua produk yang di hasilkan ialah tanpa bahan kimia dan selamat untuk persekitan juga. Dan akhirnya produk tersebut di kembangkan sehingga wujudnya BioSafe4U. Setakat ni terdapat 4 produk yang dihasilkan di bawah kategori produk kanak-kanak iaitu Botanic Milk Bottle & Plastic Ware Cleaner, Botanic Toy Cleaner, Botanic Surface Sanitizer & Deodorizer dan Non-alcohol Hand Sanitizer. Selain itu produk untuk kanak-kanak, BioSafe4U turut mengeluarkan produk kebersihan untuk haiwan dan seisi rumah.

Botanic Milk Bottle & Plastic Ware Cleaner - RM19.90 (200ml)
BioSafe4U - Botanic Milk Bottle & Plastic Ware Cleaner
BioSafe4U - Botanic Milk Bottle & Plastic Ware Cleaner

Siapa yang ada anak yang masih menyusu botol dan mencari pencuci yang selamat, Botanic Milk Bottle & Plastic Ware Cleaner adalah jawapannya kerana ianya  diperbuat daripada minyak kacang soya, minyak jagung, ekstrak buah oren, air, glycerin dan asid lemak sayuran. Selain dari dapat menyingkirkan lemak-lemak susu yang ada pada botol, pembersih ini juga dapat menyingkirkan bakteria dan juga bau yang melekat di botol susu dan juga barangan plastik. Hanya dengan sedikit penggunaan dapat memberi kebersihan yang maksimum.

Selain dari membersihkan botol susu, Botanic Milk Bottle & Plastic Ware Cleaner juga boleh di gunakan untuk membasuh sayuran dan buahan. Kebiasaan Ana setiap kali lepas beli sayur atau buah, Ana akan basuh terlebih dahulu. Caranya mudah saja. Hanya rendam buah atau sayur di dalam bekas berisi air yang telah  dicampur dengan sedikit Botanic Milk Bottle & Plastic Ware Cleaner selama 5 minit kemudian bilas dengan air yang mengalir sebelum di simpan atau di gunakan. Semua kotoran atau lilin yang ada pada buah atau sayur tu dapat di singkirkan. Botanic Milk Bottle & Plastic Ware Cleaner ni juga lembut di tangan di mana ianya sesuai digunkan bagi mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif.

Botanic Toy Cleaner - RM45.90 (500ml)
BioSafe4U - Botanic Toy Cleaner
BioSafe4U - Botanic Toy Cleaner

Anak-anak dan mainan memang tak boleh dipisahkan. Samala denganSyafi. Penuh 2 bakul besar dengan koleksi kereta dia saja. Dan baru-baru ni dia start kumpul koleksi Dinasour pula. Setiap kali nak keluar rumah, tak sah kalau tak bawa sekali mainan-mainan dia tu. So bila dah bawa keluar, mesti lah banyak kuman atau bakteria yang melekat kan. Lagi-lagi bila mainan tu dia bawa main dekat tanah atau rumput. Bila balik memang jawabnya kena basuh lah. Selamat ada Botanic Toy Cleaner. Memudahkan kerja nak 'membasuh' mainan-mainan tu. Selalunya Ana hanya akan lap je mainan tu dengan kain yang direndam di dalam air yang di campur bersama Botanic Toy Cleaner ni. Ana guna cara ni sebab mainan kereta Syafi kebanyakan ada port untuk bateri so tak boleh lah nak rendam dalam air kan. Tapi kalau mainan yang boleh di rendam macam bola ke kan, kita boleh straight rendam mainan tu dan kemudian bilas dengan air biasa. Selesai kerja.

Botanic Toy Cleaner ni juga di kenali multi purpose cleaner. Selain boleh digunakan untuk membersih mainan, ianya juga boleh digunakan untuk membersih bahagian dapur rumah tau. Kita mesti selalu alami dapur berminyak selepas mengoreng atau menumis terutamanya bila melibatkan sambal. Bila lambat sikit kita bersihkan, mula lah kesan kotoran tu susah nak hilang kan. Apa kata korang try Botanic Toy Cleaner lepas ni. Memang sangat membantu. Hanya spray atau tuang Botanic Toy Cleaner ke atas kotoran degil tu, tunggu 5 minit kemudian sental dengan span. Bersih di buatnya. Kesan kotoran yang melekat di dalam oven, micowave dan sinki pun boleh tanggal.

Botanic Surface Sanitizer & Deodorizer - RM45.90 (500ml)
BioSafe4U - Botanic Surface Sanitizer & Deodorizer
BioSafe4U - Botanic Surface Sanitizer & Deodorizer 

Botanic Surface Sanitizer & Deodorizer bertindak sebagai 'ejen' yang menghalang perkembangan bakteria dan kuman yang melekat dekat barang-barang anak-anak. Hanya spray Botanic Surface Sanitizer & Deodorizer ni ke atas beg, mainan, kasut, walker, basikal dan lain-lain.

Korang mesti biasakan letak anak dalam baby chair setiap kali pergi makan di luar. Dan macam kita tau, beratus dan berbagai kakan-kanak dah duduk dalam baby chair tu kan. Kita sendiri dah boleh bayangkan tahap 'kebersihan' baby chair tu kan. Tu belum lagi yang ada sisa makanan yang tumpah dalam tu. Kebanyakan kedai hanya akan lap dengan kain atau tisu je lepas baby chair tu di gunakan. Biasanya Ana sebelum bagi Syafi duduk dalam tu Ana akan lap dulu dengan anti-bacteria wet tissue. Tapi lepas ada  Botanic Surface Sanitizer & Deodorizer, Ana hanya perlu spray sedikit ke dalam baby chair tu dan lepas kering baru Ana dudukkan Syafi. Senang cerita. Dah tak perlu risau dengan kuman atau bakteria dah. Boleh makan dengan senang hati.

Non-alcohol Hand Sanitizer - RM12.90 (30ml)
BioSafe4U - Non-alcohol Hand Sanitizer

BioSafe4U - Non-alcohol Hand Sanitizer

Non-alcohol Hand Sanitizer memberi perlindungan anti-bakteria dengan membasmi 99.99% kuman sehingga 2 jam. Hand sanitizer ni tidak melekit dan mengeringkan kulit malah bertindak lembut ke atas kulit tangan. Ianya sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit tangan sensitif kerana diperbuat daripada 100% bahan semulajadi. Bahan botanik yang digunakan adalah sebagai pengganti bukan toksik kepada klorin. Jadi ianya tidak meracuni organisma tetapi lebih kepada bertindak secara mekanikal dengan memusnahkan membran cellar mikroorganisma. 

Pakej Percubaan 4 in 1 - RM35

Bagi yang ingin mencuba produk BioSafe4U ni boleh dapatkan set percubaan 4 in 1 di atas ni. Harga termasuk kos penghantaran. Apa yang korang akan dapat ialah :

1 x 200 ml Botanic Milk Bottle & Plastic Ware Cleaner 
1 x  30 ml Botanic Toy Cleaner
1 x  30 ml Botanic Surface Sanitizer & Deodorizer
1 x  30 ml Non-alcohol Hand Sanitizer

Promosi 30%

Untuk pembelian kali pertama bagi botol bersaiz besar, korang layak untuk mendapat 30% diskaun dengan menggunakan kod A30off. Sambil membeli sambil berjimat. Jangan lepaskan peluang ni ok.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari Facebook Biosafe4U seperti di bawah ni:

Facebook :





31 comments:

  1. wah macam best,bolehla cuba yang pek percubaan tu....ana,header baru tu cantikkk....simple n nice hihi

    ReplyDelete
  2. Produk mesra kanak-kanak ni Kak Ana..kadang bila kita cuci,,nampak bersih tu dah lega..walhal ada bahan sampingan yang tertinggal petlu diambil tahu kan kak...

    ReplyDelete
  3. akk suka produk gini, almaklumler anak kecik ramai hehehe

    ReplyDelete
  4. Murah aje satu set Tu ye. Memang sesuai sgt digunakan esp utk yg Ada anak kecik kan

    ReplyDelete
  5. first time heard about this brand!!would like to try it out!!

    ReplyDelete
  6. Best produk macam nie, kita ibu-ibu nie tak lah rasa susah hati sangat dengan tahap kebersihan untuk anak-anak kan..

    ReplyDelete
  7. bagus product ni.. TB pun suka cari yang tiada bahan kimia dan selamat untuk kegunaan bayi.. risau kalau pakai produk yang ada bahan kimia ni kan.. tq for this entri..

    ReplyDelete
  8. menarik produk ni. Yang penting sesuai untuk kanak-kanak.

    ReplyDelete
  9. produk yang bebas kimia ni memang ibu ibu suka ...
    selamat untuk anak2 ...

    ReplyDelete
  10. Multipurpose jugak produk ni. Selain untuk anak mak bapak anak pun boleh pakai.

    btw, fall in love pulak dengan header baru akak tu hehehehe

    ReplyDelete
  11. Menarik perhatian produk ni... menarik perhatian juga header baru sis ni.... smart..

    ReplyDelete
  12. menarik! our child's safety is so important, especially when using hygienic products. Good sharing ya.

    ReplyDelete
  13. tq for sharing produk dr BioSafe4U

    ReplyDelete
  14. sound good to use at home. yeah we got kids so need choose wisely, shall visit the link now!

    ReplyDelete
  15. kesedaran yang bagus.. dua tiga menjak ni, atie perasan sangat banyak produk organik yang masuk kat pasaran.. hee~ bagus.. tolak bahan kimia sekaligus..

    ReplyDelete
  16. Must haves for travel. Such amazing products. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  17. tq share ana, akak baru tahu ada produk ni

    ReplyDelete
  18. boleh suggest dekat kawan2 yang dah ada baby :D

    ReplyDelete
  19. Produk yang reen baru taw lepas baca entri ni. Mungkin boleh cuba cari nanti. Header baruuu!

    ReplyDelete
  20. Menarik produk ni. Maybe boleh cuba. Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  21. Bagus Ana ni...seorang ibu yg perihatin.
    Selagi boleh pilih yg terbaik mmg itulah yg akan kita buat ye Ana sebagai ibu bapa.

    Hakak dulu masa anak kecik mmg tak guna pencuci pencuci botol...zaman dulu rasanya kurang pendedahan kot...kalau ada pun brand Amway. Harga boleh tahan jugak. Tak mampulah Ana zaman tu

    ReplyDelete
  22. Memang untuk kanak-kanak sepatutnya diambil peduli perihal bahan yang kita gunakan untuk pembersihan barang diorang kan. Supaya selamat dan tidak toksin kepada mereka.

    ReplyDelete
  23. kalau melibatkan anak- anak atau kanak- kanak seawal umur 0-7 tahun seeloknya gunakan bahan tanpa kimia untuk keselamatan dan kesihatan mereka

    ReplyDelete
  24. Thumbs up for sharing this eco-friendly cleaner :)

    ReplyDelete
  25. This range of cleaning products look really safe for kids. In fact, as I get older, I feel that even my skin is more sensitive.

    ReplyDelete
  26. Haven't try this brand yet. Is it great to use?

    ReplyDelete
  27. Macam best konsepnya sebab selamat dan no chemical,cuma sayang sebab packaging kurang menarik.

    ReplyDelete
  28. Betul tu. Untuk kita takpe la tak organik sangat sebab badan dan immune, untuk anak-anak, apalah mahal sikit untuk kesihatan dan tumbesaran deorang kan.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤