5 Tahap Iman Manusia - Ana Suhana

Oct 20, 2017

5 Tahap Iman Manusia


5 Tahap Iman Manusia | Assalamualaikum. Iman menurut bahasa bererti pembenaran hati. Manakala menurut istilah syarak, iman bererti membenarkan dengan hati, mengikrarkan dengan lisan dan mengamalkan dengan anggota badanMembenarkan dengan hati bermaksud menerima segala apa yang dibawa oleh Rasulullah saw. Mengikrarkan dengan lisan bermaksud mengucapkan dua kalimah syahadah. Mengamalkan dengan anggota badan bermaksud hati mengamalkan dalam bentuk keyakinan, sedang anggota badan mengamalkannya dalam bentuk ibadah-ibadah sesuai dengan fungsinya.
5 tahap iman manusia
5 Tahap Iman Manusia

Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang meyakini Allah
Maha Esa, Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagaimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual-beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau berentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah

5 tahap iman yang ada pada manusia itu iaitu:

1. Iman Taqlid

Iman ikut-ikut atau iman 'pak turut'. Orang yang beriman Taqlid, pegangan islamnya tidak kuat dan prinsip islamnya tidak kukuh. Dia tidak ada alasan yang kuat mengapa dia beriman. Dia ada dalil-dalil akal dan Al-Quran / As-Sunnah untuk membuktikan keyakinannya. Mengikut qaul yang lebih jelas, Iman Taqlid ini tidak sah. Segala amal ibadat orang yang beriman Taqlid adalah tertolak dan tidak mendapat pahala di sisi Allah S.W.T.


2. Iman Ilmu

Iman berdasarkan ilmu. Iaitu seorang yang telah mempelajari tentang Allah, malaikat-malaikat, rasul-rasul dan nabi-nabi, kitab-kitab, hari Qiamat dan lain-lain yang diwajibkan mengimaninya. Iman dan keyakinannya berasa dan kuat bertunjang pada akal. Iqtikadnya disertai dengan dalil-dalil yang kuat serta pegangan yang kukuh. Dia tidak mudah goyang atau terpengaruh dengan ideologi lain. Tetapi orang yang beriman Ilmu, tidak takut akan Allah S.W.T. dan mudah berbuat derhaka kepadanya. Mereka juga hanya mampu memperkatakan islam, tetapi tidak mampu berbuat atau mengamalkannya. Jadi, Iman Ilmu belum lagi dapat menyelamatkan seseorang itu dari neraka Allah.


3. Iman `Ayyan

Hasil daripada tarbiyah dan mujahadah yang bersungguh-sungguh orang yang beriman Ilmu akan meningkat kepada Iman `Ayyan. Imannya bertempat di hati, bukan lagi di fikiran. Hati orang-orang yang beriman `Ayyan sentiasa mengingati Allah, ibadahnya khusyuk dan ia sentiasa merasa kebesaran Allah S.W.T. apabila disebut nama Allah, gementar hatinya. Semua perintah Allah S.W.T. dipatuhi dengan penuh rela dan kesugguhan. Ia terlalu sensitif dengan dosa serta sangat berakhlak dengan Allah dan manusia. Setiap ujian dihadapi dengan penuh sabar. Ia juga sentiasa mendapat bantuan dan pertolongan daripada Allah S.W.T. Orang yang berada di peringkat Iman `Ayyan tidak lama dihisab di Akhirat dan ia mudah masuk syurga.


4. Iman Haq

Seseorang yang mencapai Iman Haq, mata hatinya melihat Allah S.W.T. Ertinya setiap kali melihat kejadian dan kebesaran Allah S.W.T., hati dan fikirannya tertumpu kepada Allah. Terasa takut dan hebat kepada Allah setiap masa. Hatinya tidak lekang mengingati Allah dan sentiasa karam serta khusyuk dalam kesyahduan cinta pada Rabb. Hatinya tidak terpaut dengan dunia dan ia tidak dapat dilalaikan oleh nafsu mahupun Iblis laknatullah. Mereka yang beriman Haq digelar Muqarrobin oleh Allah S.W.T., yakni orang yang hampir dengannya.


5. Iman Hakikat:

Inilah peringkat iman yang paling sempurna dan tertinggi yang dimiliki oleh rasul-rasul, nabi-nabi, khulafa' Ar-Rasyideen serta wali-wali Allah yang besar. Mereka akan ditempatkan oleh Allah S.W.T. di dalam syurga yang paling tinggi. Hidup mereka setiap masa asyik dengan ibadah. Ibadah mereka cukup hebat, solat sunat paling kurang 300 rakaat sehari semalam. Budi serta akhlak adalah yang terbaik dan paling terpuji. Allah S.W.T. akan menurunkan barakah di mana sahaja mereka berada. Mereka digelar golongan 'superscale' Akhirat. Hidup dalam syurga yang maha Indah lagi maha Lazat. Allah mengurniakan yang sedemikian itu sebagai membalas cinta dan pengorbanan hakiki yang cukup besar semata-mata kerana Allah! 


Di manakah tahap keimanan kita? Sama-samalah kita sentiasa memuhasabah diri serta mempertingkatkan keimanan kita dengan mengerjakan amalan kebaikan dengan bersungguh-sungguh, iltizam dan istiqamah.

Berbahagialah dengan berita gembira daripada Allah S.W.T. dalam Surah Ali-Imran, ayat 139 yang bermaksud:

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman."

18 comments:

  1. Oh! rupanya iman ni ada banyak kategori ya.
    Mrs. A tahu 2 jer...
    Thanks for sharing AS

    ReplyDelete
  2. subhanallah..tq 4 sharing kak..menginsafi diri sendiri..jom tingkatkn iman kita!x kn dpt dgn ilmu zahir semata2..menelusuri ilmu tasawuf bkl membuka jln utk meningktkn keimanan..iAllah.

    ReplyDelete
  3. Salam singgah. Jom join GA saya, anda dijemput! :D

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/10/tak-nak-sunyi-sepi-lagi-giveaway-by.html

    ReplyDelete
  4. teringat lagu nasyid Raihan, iman x boleh diwarisi dr ibu bapa...la la la.. iman ikut2 tu yg susah krn x bersandarkan ilmu..uwaaa

    ReplyDelete
  5. Baru tahu ada banyak peringkat iman. InsyAllah akan menjadikan diri ini lebih baik dari hari ini

    ReplyDelete
  6. Baru tahu iman ada kategorinya. Jadi, kita iman yang mana satu agaknya ya?

    ReplyDelete
  7. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang beriman dan beramal soleh..

    Aamiin

    ReplyDelete
  8. Tq ana for sharing. Iman perlu dicari

    ReplyDelete
  9. Kena selalu check iman kita level mana.moga dapat capai tahap terbaik kan sis

    ReplyDelete
  10. Thanks sharing...iman saya still lebih nipis dari kulit bawang ...nangis la ni.

    ReplyDelete
  11. betul tu kak ana.. iman bergantung pada diri sndiri..

    ReplyDelete
  12. Bagus perkongsian Ana..
    Semoga kita ditetapkan iman dalam segala keadaan..

    ReplyDelete
  13. Banyak kategori iman rupanya...akak baru tau..thanks for sharing ana

    ReplyDelete
  14. Alamak.... terasa Iman diri sendiri ni. Mana satulah agaknya huhu....
    Iman senipis kulit bawang

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤