October 2017 - Ana Suhana

Oct 31, 2017

Restoran Sayam - Restoran Masakan Thai di Johor Bahru

12:01 PM 24
Restoran Sayam - Restoran Masakan Thai di Johor Bahru

Restoran Sayam - Restoran Masakan Thai di Johor Bahru | Assalamualaikum. Hari pertama di JB, lepas je selesai proses check in dan dapat berehat kejap, Ana terus keluar untuk misi food hunting. Perut pun dah mula start keluarkan nada-nada keroncong. Sebelum nada tu jadi nada rock keras baik kita isi apa yang patut dulu. Masa nak cari tempat makan dalam pukul 3 petang macam tu agak blurr jugak lah. Maklumlah trip kali ni trip asal boleh je. Takde spesifik itinerary langsung. Tak macam trip yang lepas. Bila tanya dekat FB ramai suggest pergi ke Stulang Laut. So Ana pun ke Stulang Laut tu. Sampai-sampai je sana blurr sekali lagi. Kedai mana satu nak makan ni. Terus minta tolong Mr Google untuk search kan. Maka jumpalah Restoran Sayam ni. Popular juga restoran ni di carian Google tu.
Restoran Sayam Johor Bahru
Restoran Sayam Johor Bahru

Restoran Sayam - Restoran Masakan Thai Johor Bahru

Restoran Sayam ni terletak di jalan besar Stulang Laut. Jalan dekat sini sangat sibuk dan kenderaan bukan main laju lagi. Tempat parking kereta pun limited. Berpusing juga lah nak cari parking dekat sini. Ikut nasib korang macam mana.
Restoran Sayam Johor Bahru
Restoran Sayam Johor Bahru
Memandangkan masa Ana sampai tu dah melepasi waktu lunch,  so pelanggan tak lah berapa ramai. So boleh lah dapat makanan cepat kan. Dapat je menu terus order tak nak tunggu lagi. Menu dekat sini ssnang sebab dia dah ada menu dalam set. Pilih je ikut berapa orang punya menu. Nak ala carte dan makanan bergoreng pun boleh. Dan Ana pilih menu berset dan tambah beberapa lauk sampingan.

Baca juga : Aiskrim Super Sedap di The Ice-cream Project

Sementara tunggu makanan sampai nanti ada pekerja letak otak-otak kempas atas meja. Kalau korang nak makan amik lah. Kalau tak nak pun takpe. Ana? Sekejapan licin bekas otak-otak tu. Sampai berebut dengan Syafi. Tetiba lak mamat kecik ni suka otak-otak pula. Selalu kalau beli, tak pun dia nak makan. Huh.
Restoran Sayam Johor Bahru
Restoran Sayam Johor Bahru
Tak lama kemudian air pun sampai. Memang cun sangat sebab JB panas giler. Tekak memang haus sokmo. Tak lama lepas tu semua makanan pun sampai. Kecuali ikan siakap tiga rasa. Tu yang paling last sekali. Nasi dah separuh jalan baru sampai atas meja.

Set menu yang Ana pilih ni berharga RM64. Dalam set tu ada nasi putih + 5 lauk + air buah untuk 3 orang. Air buah korang boleh pilih apa-apa buah yang ada.

Menu 1 : Sayur Campur
Restoran Sayam Johor Bahru
Restoran Sayam Johor Bahru
Meriah nampak sayur campur dekat sini. Sotong digunakan sebagai bahan tumisan. Ana suka sebab dorang tak guna isi ayam sebab agak memuakkan kot. Sayur pula ada sawi, lobak, kubis bunga, jagung dan cendawan. Banyak lah juga bahan tu kan. Sayur campur ni dia masak macam style kuew teow kungfu. So kuah dia pekat sedikit tapi masih tak memuakkan. Masa makan tu terasa lah juga kepedasan cili merah yang ada dalam tu.

Menu 2: Tomyam Seafood
Restoran Sayam Johor Bahru
Restoran Sayam Johor Bahru

Tomyam dia pun sedap. Tak boleh berhenti nak hirup kuah dia. Rasa pedas tolak tepi. Janji sedap. (Lepas tu terus telan gavison kot sebab takut pedih perut). Kuah tomyam pekat dan terasa kemanisan seafood yang ada dalam tu. Seafood yang ada sotong, kupang dan udang which is bagi Ana ok dah tu.

Menu 3: Siakap Tiga Rasa
Restoran Sayam Johor Bahru
Restoran Sayam Johor Bahru

Mula-mula siakap ni terhidang atas meja kitorang semua assume ikan ni confirm pedas. Tengok pun dah tau. Dah sudah macam mana nak bagi si kecik ni makan. Padahal masa order dah cakap tak nak pedas. En Suami yang pertama cuba dulu. Rupanya tak pedas mana pun. Nampak je macam berapi.  Untuk Syafi Ana amik isi ikan je sebab sambal tu tak meresap ke dalam. Kuah cili tu just disimbah di atas ikan tu je. Safe lah dekat situ. Bagi Ana not bad lah rasa siakap tiga rasa dekat sini tapi tak kena dengan selera En Suami pula.

Menu 4 & 5 : Telur Dadar dan Sotong Tepung
Restoran Sayam Johor Bahru
Restoran Sayam Johor Bahru
Restoran Sayam Johor Bahru
Restoran Sayam Johor Bahru

Dua-dua menu ni standard je lah rasa dia. Takde yang special pun. Sama macam kedai tomyam yang lain. Sos sotong tepung tu guna sos thai yang masam manis pedas tu.

Menu 6: Ayam Pedas & Kailan Ikan Masin
Restoran Sayam Johor Bahru
Restoran Sayam Johor Bahru
Restoran Sayam Johor Bahru
Restoran Sayam Johor Bahru

Menu ni menu tambahan. En Suami kalau takde ayam tak sah hidup dia. Nama je ayam pedas tapi tak pedas mana pun. Presentation nampak macam ayam paprik je tapi rasa dia tak sama. Sedap juga lah ayam pedas ni. Sekejapan licin pinggan dibuatnya. Kailan goreng tu pun sama. Sedap dan banyak juga portion dia. Memang terasa sungguh ikan masin dalam tu.

Alhamdulillah tak sampai 30 minit habis licin semua makanan tu. Nampak sangat kelaparan. Memang puas hati lah makan dekat Restoran Sayam ni. Makanan sedap, pekerja ramah, susun atur kedai teratur dan kemas. Selesa nak makan. No wonder lah Restoran Sayam ni famous di Stulang Laut.
Restoran Sayam Johor Bahru
Restoran Sayam Johor Bahru

Ana dah ke sini, korang bila lagi?? Kalau bercadang nak ke sini, ni Ana bagi menu-menu yang ada dekat sini. Senang lah nak plan makan apa kan. Duduk je terus order. Jimat masa. 
Restoran Sayam Johor Bahru
Restoran Sayam Johor Bahru
Restoran Sayam Johor Bahru
Restoran Sayam Johor Bahru
Restoran Sayam Johor Bahru
Restoran Sayam Johor Bahru
Restoran Sayam Johor Bahru
Restoran Sayam Johor Bahru

Oct 30, 2017

Kenapa perlu bawa anak-anak ke Zoo Johor?

11:13 AM 25
Kenapa perlu bawa anak-anak ke Zoo Johor?

Kenapa Perlu Bawa Anak-anak ke Zoo Johor | Assalamualaikum. Aktiviti hari kedua dia Johor Ana memang dah plan nak ke Zoo Johor. Nak bagi Syafi rasa seronok lah cuti-cuti ni kan. Tak nak lah nanti mak ayah syok sendiri anak pula krik krik. Hehe. Lepas je breakfast dalam pukul 9 Ana nak gerak ke Zoo Johor yang terletak di  Jalan Gertak Merah, Taman Istana dan berhadapan dengan Masjid Abu Bakar. Kenapa perlu bawa anak-anak ke Zoo Johor? Cuba tengok ayat yang Ana highlight dengan warna merah tu. 

Kenapa Perlu Bawa Anak-anak ke Zoo Johor

Zoo Johor
Zoo Johor
Zoo Johor merupakan antara zoo paling tua di Malaysia dan Asia. Dengan harga tiket serendah RM2, korang pasti akan puas hati dengan apa yang ada di dalam zoo ni. Dan anak-anak pasti akan rasa teruja dan seronok. Kalau korang datang pagi, korang berpeluang tengok aksi haiwan-haiwan tu tunggu makanan dari pekerja bertugas. Macam-macam aksi mencuit hati dipamerkan. 
Zoo Johor
Zoo Johor
Zoo Johor
Zoo Johor

Kalau nak explore zoo sepenuhnya boleh tahan penat juga sebab kawasan zoo agak luas. Merecik-recik peluh dibuatnya.  Basah juga lah baju tu. Haiwan yang ada dalam tu pun banyak juga. Ada haiwan yang berkeliaran di luar dan ada yang berada di dalam kandang.
Zoo Johor
Zoo Johor
Zoo Johor
Zoo Johor
Zoo Johor
Zoo Johor
Zoo Johor
Zoo Johor
Zoo Johor
Zoo Johor
Dalam banyak-banyak tempat dalam tu, ada satu tempat di mana kita boleh tengok rusa dan burung unta secara berdepan dari atas jambatan kecil. Nak pegang pun boleh. Rusa dekat situ pun jinak. Siap hulung kepala dekat celah-celah kayu jambatan tu. Seladang pun ada juga cuma dekat dalam kandang lah. Kang kalau tak ada yang kena tanduk pula. Huhu.
Zoo Johor
Zoo Johor
Zoo Johor
Zoo Johor
Kebanyakan haiwan dekat sini kita boleh lalu depan kandang untuk tengok secara dekat kan. Tapi kalau untuk tengok sang singa, korang kena naik tangga dan tengok aksi singa dari bahagian atas. Tak silap ada 5-6 ekor singa dalam 2 kandang berbeza. Masa Ana mencungap naik tangga nak tengok singa, dah boleh dengar singa tu mengaum. Kuat giler kot. Lama pula tu. Ingat kenapa lah kan rupanya member tengah bengang dengan kawan kandang sebelah. Haha. Nak datang dekat tak boleh sebab terhalang dengan besi. Hehe.
Zoo Johor
Zoo Johor
Zoo Johor
Zoo Johor

Dari atas ni juga kita akan lalu kandang Chimpanzee. Masa Ana lalu tu Encik Chimpanzee malu-malu nak keluar. Dia dok menyorok bawah rimbunan pokok. Maybe sebab cuaca yang panas sangat kot. Ana jangan cakaplah. Memang sunburn teruk sampai ke hari ni tak hilang. Bertabah jer lah.

Turun dari atas tu nanti korang akan lalu kandang gajah pula. Dekat sini kalau korang nak bagi gajah makan tebu pun boleh. Beli je tebu tu dekat renjer bertugas. Secekap RM3. Ana beli sampai 7 cekak. Saja je nak mengimbau kenangan bagi gajah makan di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah awal tahun ni. Comel je gajah-gajah tu. Pantang nampak kita pegang tebu. Dia duk hulur belalai keluar je.
Zoo Johor
Zoo Johor

Selain melihat haiwan, korang boleh juga naik paddle boat dekat tasik mini yang ada di sini. Untuk anak-anak, ada taman permainan dan juga big inflatable playground di sediakan untuk dorang bermain dan bergembira.  Nak bagi dorang merasa naik kuda padi pun boleh.
Zoo Johor
Zoo Johor
Zoo Johor
Zoo Johor
Zoo Johor
Zoo Johor
Kalau dah rasa penat berjalan keliling zoo, korang boleh je berehat sambil minum atau makan sebab banyak kedai dalam ni. Ada banyak kedai yang jual makanan dan juga cenderamata.
Zoo Johor
Zoo Johor
Ana spend dalam 3 jam juga dalam Zoo Johor ni. Overall Ana sekeluarga memang puas hati lah dengan zoo ni. Haiwan pun banyak dan pun kemudahan lengkap. Jadi korang yang duduk area JB atau yang dah plan nak bawa anak-anak berjalan di JB,  Ana cadang korang singgah di Zoo Johor ni. Confirm anak-anak akan seronok. 

Cuma dekat sini takde tempat letak kereta yang proper disediakan tau. So korang kena parking di bahu-bahu jalan je. Agak berisiko juga lah sebab jalan di sini agak sibuk. Cuma kalau nak selamat parking di seberang jalan kerana bahu jalan agak luas berbanding bahu jalan sederet pintu masuk zoo.

Oct 29, 2017

Resipi Ikan Pari Masak Cekur

10:28 AM 19
Resipi Ikan Pari Masak Cekur

Resipi Ikan Pari Masak Cekur | Assalamualaikum. Selain dari masakan sambal goreng, masakan cekur juga antara masakan yang popular di kalangan orang Jawa. Ada yang pernah makan? Resipi ikan pari masak cekur ni lebih kurang macam masak lemak  putih bersantan cuma untuk masakan ni kita letak cekur di dalamnya.

Cekur merupakan tumbuhan dari keluarga halia. Sebab tu rupa dia macam halia. Kira adik beradik juga lah cekur dan halia ni. Pokok cekur selalunya mempunyai 2 -5 helai daun yang tebal berbentuk bujur  dan bunga berwarna keunguan. Daunbya selalu dijadikan ulam atau kerabu. Manakala Rizom atau isi cekur yang mempunyai aroma yang lembut mempunyai banyak khasiat. Antara khasiat cekur adalah seperti :

1. Tonik selepas bersalin bagi mengecutkan rahim.
 2.  Menyembuhkan kembung perut
3.  Melegakan perut memulas 
4.  Mengurangkan bengkak
5.  Melancarkan haid
6.  Melegakan batuk
7.  Sakit urat saraf
8.  Senak perut 
9.  Buang angin
10. Sakit sendi. 
11. Muntah


Sumber : Kebun Maya

Resipi Ikan Pari Masak Cekur

Resipi Ikan Pari Masak Cekur
Resipi Ikan Pari Masak Cekur
BAHAN-BAHAN:

1. Ikan Pari - boleh juga guna ikan Keli / Sembilang 
2. Bawang Putih - 2 ulas *
3. Bawang Merah - 3 biji *
4. Cekur - 3 ulas *
5. Cili api - 5 biji *
6. Kelapa - sebiji (perah untuk dapatkan pati sahaja) amik santan

* Kisar / tumbuk sehingga halus

CARA-CARA :

1. Ikan dibersihkan kemudian di gaul dengan kunyit dan garam. Kemudian bakar di atas kuali leper dengan sedikit minyak sahaja. Selepas siap dibakar, carik-carik kasar isi ikan.

2. Semua bahan yang dikisar dimasukkan  di dalam periuk bersama pati santan dan garam.

3. Naikkan periuk atas dapur dan masukkan ikan yang telah dicarik.

4. Apabila kuah dah mula mendidih tutup api dapur serta merta.

5. Sedap dihidang segera.

Rupa Rizom Cekur : Kredit Taman Maya
kebunmaya.blogspot.my/2012/10/khasiat-cekur.html?m=0
Cekur



Oct 28, 2017

Resipi Peria Goreng Bercili

10:00 AM 14
Resipi Peria Goreng Bercili

Resipi Peria Goreng Bercili | Assalamualaikum. Bila sebut peria je benda yang confirm terlintas dalam kepala kita rasanya yang pahit kan. Ana dulu pun tak reti dan tak suka makan peria sebab rasa pahit dia tak boleh nak diterima tekak. Satu hari tetiba teringin nak makan peria. Pahit semua tolak tepi. Start hari tu sampai sekarang peria dah jadi favorite sayur. Selalu Ana akan makan peria goreng bercili ni dengan ikan goreng rangup je. Dah cukup sedap dah tu.

Baca juga : Resipi Asam Pedas Ikan Tenggiri

Tahu tak yang rasa pahit dari peria tu boleh mendatangkan banyak manfaat kepada badan kita. Antara khasiat peria ialah:

1. Dapat menguatkan gigi dan tulang
2. Mencuci darah kotor yang menyebabkan kudis, bisul dan gatal-gatal
3. Merawat penyakit kencing manis dengan mengurangkan kandungan gula dalam darah dan air kencing
4. Membantu mengurangkan masalah mata dan penglihatan
5. Melegakan sakit akibat gout
6. Meningkatkan sistem imun badan
7. Meningkatkan penghasilan susu badan bagi ibu yang sedang berpantang 

Tips : Nak kurangkan rasa pahit peria tu , rendamkan peria terlebih dahulu dalam air garam sebelum di masak. 

Resipi Peria Goreng Bercili 

Peria goreng bercili
Peria Goreng Bercili

BAHAN-BAHAN :

1. Peria - 2 biji
2. Cili Merah - 3 biji
3. Bawang Putih - 3 ulas
4. Bawang Merah - ¼ biji
5. Ikan bilis 
6. Belacan
7. Sos tiram

CARA-CARA :

1. Kisar semua bahan.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang di kisar sehingga naik bau.

3. Masukkan garam, kacau rata dan kemudian masukkan peria.

4. Masukkan air dan sos tiram sedikit. Nak masukkan serbuk kunyit pun boleh nak bagi cantik.

5. Tutup kuali sekejap bagi peria betul-betul masak.

6. Sedia dihidang.

TAMBAHAN :

Kalau nak masuk telur pun boleh. Selepas angkat penutup periuk tu, masukkan telur yang telah di pukul terlebih dahulu ke dalam kuali di bahagian bawah. Kemudian kacau rata.
Peria Goreng Bercili dengan Telur
Peria Goreng Bercili dengan Telur 


Oct 27, 2017

Doa Mohon Kesembuhan : Doa Nabi Ayub a.s

9:30 AM 14
Doa Mohon Kesembuhan : Doa Nabi Ayub a.s

Doa Mohon Kesembuhan : Doa Nabi Ayub a.s | Assalamualaikum. Cakap pasal sakit, takde siapa pun antara kita yang nak sakit kan. Kalau boleh nak sihat sentiasa. Namun lumrah seorang manusia yang lemah, setiap yang sihat itu pasti akan sakit juga. Tak kisah lah sakit yang sedikit mahupun sebaliknya. Ada yang baru jatuh demam pun dah merasa siksanya bukan main. Makan tak lalu, badan sakit sana sini, terbaring atas katil je. Itu baru sedikit tapi kita dah mengeluh kan. Samalah dengan Ana juga. Baru Allah beri rasa kena gastrik terasa beratnya lah sakit ni. Selama  hampir 4 bulan kena gastrik ni macam-macam perasaan silih datang. Rasa down jangan cakaplah. Maybe ada yang kata alah gastrik je kot. Tapi hanya badan yang merasa je tau betapa tak selesanya sekeliling perut sampai kekadang naik ke dada. Setiap hari jadi moody tak ceria. Segala kerja jadi terganggu.
Doa Mohon Kesembuhan : Doa Nabi Ayub a.s
Doa Mohon Kesembuhan : Doa Nabi Ayub a.s


Doa Mohon Kesembuhan : Doa Nabi Ayub a.s

Ustaz selalu kata sakit tu penghapus dosa. Zaman Rasulullah s.a.w dulu, para sahabat punya lah risau kalau tak sakit. Tak tenang hati dibuatnya. Berbeza dengan zaman kita sekarang ni. Bila sakit mulalah berburuk sangka pada Allah sedangkan Allah berfirman di dalam Surah Al-Ankabut ayat 2:

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Sakit juga ujian. Ujian untuk menaikkan darjat hambaNya itu. Dalam pada kita di uji, jangan terus kecewa dan hampa. Cari lah jalan dan teruskan berusaha untuk mengatasi ujian tersebut. Dalam ujian berupa sakit, cari lah ubat dan penawarMacam kes gastrik Ana, dah 4-5 klinik Ana pergi dan banyak jenis ubat Ana cuba tapi tak serasi. Kemudian Ana cuba pula supplement. Nampak juga perubahan. Akhir sekali Ana consume amik kurma, madu dan habbatussauda yang telah di ruqyah oleh Ustaz Ahmad Dusuki. Alhamdulillah gastrik Ana getting batter. In fact far better than the first 3 months. Sebelum dan selepas usaha tu berdoalah kepada Allah yang Maha Berkuasa, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang moga-moga Dia sudi mendengar dan memakbulkan doa kita asbab dari usaha-usaha kita.

Antara doa yang boleh diamalkan bagi memohon kesembuhan adalah doa Nabi Ayub a.s. Seperti yang kita tahu tentang kisah Nabi Ayub a.s yang di uji sakit kulit yang tiada ubatnya selama 7 tahun gara-gara perasaan dengki syaitan. Baginda disisih keluarga dan terpaksa tinggal di dalam gua. Sakit kulit Baginda sangat parah sehingga kan ada ulat di serata badan Baginda. Sampai suatu hari Baginda berdoa merayu kepada Allah agar dikurniakan kesembuhan.

Doa Nabi Ayub - Surah Al-Anbiya Ayat 83


وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ
"Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani"

Doa ni di ajar oleh Ustaz Sharhan Safie. Menurut ustaz, bagi yang ada penyakit InsyaAllah sakitnya akan "muntah" keluar dari badan dan pada yang tiada sakit akan menjadi antibiotik dalam badan.

Caranya:
1. Letak tangan kanan di atas dada kiri.
2. Tarik nafas
3. Baca doa dan terjemahan
4. Pejam mata, tarik nafas dan niat :

 " Ya Allah Ya Tuhanku,  muntahkan segala penyakit yang ada di dalam tubuh badanku dan campakkan antibiotikMu ke dalam badanku"

Sama-samalah kita amalkan mudah-mudahan jika ada di kalangan kita yang sedang sakit dikurniakan kesembuhan dan pada yang sihat menjadi antibiotik dalam badan. InsyaAllah.




Oct 26, 2017

The Ice-cream Project (TIP) Johor Bahru - The Best Ice-cream Ever

9:14 AM 22
The Ice-cream Project (TIP) Johor Bahru - The Best Ice-cream Ever

The Ice-cream Project (TIP) Johor Bahru - The Best Ice-cream Ever | Assalamualaikum. Dalam keadaan cuaca yang panas baru-baru ni, makan atau minum sesuatu yang sejuk  dan segar memang satu idea yang sangat wajar. Selalunya Cendol, ABC, aiskrim adalah menu yang menjadi pilihan. Kalau di Segamat tempoh hari Ana dah merasa Cendol Segar Amat yang tidak kurang hebatnya.  Dan beberapa hari kemudiannya, Ana "berjodoh" dengan homemade aiskrim yang sangat sedap di The Ice-cream Project di Johor Bahru hingga buat Ana jatuh cinta pandang pertama dengannya. Cewah!! 
The Ice-cream Project (TIP) Johor Bahru
The Ice-cream Project (TIP)
Johor Bahru
The Ice-cream Project (TIP) Johor Bahru - The Best Ice-cream Ever

Pada awalnya, The Ice-cream Project ni takde dalam list pun untuk diterjah. In fact Ana tak pernah dengar pun nama TIP ni. Nak di jadikan cerita, masa tengah jalan kaki nak ke kereta dari Pasar Karat Ana ternampak ada kedai Sangkaya di deretan kedai di Jalan Dhobby ni. Tekak terasa macam nak makan aiskrim. So terus ajak En Suami singgah pekena aiskrim kejap. Masa nak melintas jalan tetiba mata ternampak kedai TIP ni. Macam menarik je kan. Tapi masih was was sebab tak nampak tanda Halal pun. En Suami lagi lah takde idea halal ke tak. Ana pun apa lagi buka pinta kedai tu terus tanya dekat pekerja tu kedai ni halal ke tak. Tersengih-sengih pekerja tu. Dia kata insyaAllah halal kak sebab kami buat sendiri aiskrim ni guna bahan-bahan yang halal. Cuma sijil halal takde lagi.
The Ice-cream Project (TIP) Johor Bahru
The Ice-cream Project (TIP)
Johor Bahru

TIP was run and owned by our local Malay guy dan berkonsepkan ala hispter cafe. Meja yang ada di ubai suai dari kaki mesin jahit zaman dulu. Meja tinggi ala bar pun ada juga. Sudut untuk melepak sambil membaca pun ada. Keadaan kedai pun selesa dan bersih. Sesuai untuk dijadikan tempat melepak dengan family dan kawan-kawan. Tapi jangan lah lepak terlalu lama sampai aiskrim dah habis pun korang masih dok borak sakan sampai customer yang baru datang nak cari tempat duduk pun takde. Jadilah rakyat prihatin ok. 
The Ice-cream Project (TIP) Johor Bahru
The Ice-cream Project (TIP)
Johor Bahru
The Ice-cream Project (TIP) Johor Bahru
The Ice-cream Project (TIP)
Johor Bahru

Menu dekat sini sangat simple. Ada menu untuk aiskrim dan air jer. Nak expect apa lagi kan dah nama pun kedai aiskrim kan. So far ada 7 perasa aiskrim di TIP ni. Dan Ana sempat rasa 3 perasa hari tu. Serius sedap aiskrim TIP ni korang. 2 kali kot Ana repeat makan dekat sini masa di JB hari tu. Antara perasa yang ada :


  • Original - RM14
  • Chocolate - RM14
  • Brownie and Cream - RM14
  • Butterscotch - RM14  √
  • Matcha Green Tea - RM16  √
  • Rasberry Granola - RM16  √
  • Rosher Fudge - RM16

Kalau korang nak tau semua aiskrim yang korang order akan di buat pada masa tu juga. Senang cakap fresh from machine lah. Korang boleh tengok macam mana aiskrim korang di buat. Teruja kot Ana masa tu. Siap berasap lagi. Dan setiap aiskrim akan di timbang terlebih dahulu dengan berat sekitar 130-150 gram bersamaan dengan 2 scoop aiskrim.


Masa order aiskrim Ana order juga waffle untuk menu tambahan. Sedap tu makan waffle dengan aiskrim kan. Harga plain butter waffle macam yang Ana amik ni RM6. Mahal tapi serius sedap, tebal dan crispy. Dia akan siapkan aiskrim dan waffle ni serentak supaya kita boleh makan sekali jalan. Tak lah aiskrim dah habis baru waffle sampai.
The Ice-cream Project (TIP) Johor Bahru
The Ice-cream Project (TIP)
Johor Bahru

The Ice-cream Project (TIP) Johor Bahru
The Ice-cream Project (TIP)
Johor Bahru
Matcha Green Tea - Ceremonial great  green Japanese tea prized for its delicate kelpy taste and rich in antioxidants
The Ice-cream Project (TIP) Johor Bahru
The Ice-cream Project (TIP)
Johor Bahru
Rasberry Granola - lightly soured rasberry cream with honey granola and almond flakes tossed in for an extra crunch
The Ice-cream Project (TIP) Johor Bahru
The Ice-cream Project (TIP)
Johor Bahru

Butterscotch - Classic blend of brown sugar bits stopped with overflowing butter sauce imparting a sweet and nutty experience
The Ice-cream Project (TIP) Johor Bahru
The Ice-cream Project (TIP)
Johor Bahru

Bila dah makan aiskrim ni mestilah korang nak bilas tekak dengan air kan. Dekat sini korang boleh order air based on menu atau just minum air kosong yang disediakan. Korang boleh amik sendiri air kosong tu dan cawan disediakan di tepi tempat air.
The Ice-cream Project (TIP) Johor Bahru
The Ice-cream Project (TIP)
Johor Bahru

TIP mengamalkan sistem Self-service dan Self Clean Up. Maknanya order di kaunter dan amik aiskrim pun di kaunter. Then lepas makan aiskrim, sila buang bekas aiskrim tu dekat dalam tong sampah yang disediakan. Macam mana meja yang korang duduk tadi bersih masa mula-mula, macam tu lah korang kena pastikan meja tu sebelum korang keluar dari kedai.
The Ice-cream Project (TIP) Johor Bahru
The Ice-cream Project (TIP)
Johor Bahru
So korang kalau dah sampai JB tolonglah singgah di TIP ni. Serius aiskrim dia semua marvelous korang. Walaupun harga agak mahal tapi insyaAllah berbaloi dengan kesedapan aiskrim yang disaji. Ana sampai teringat-ingat bila dah balik KL ni. Kira ok lagi lah kan. Masa Ana borak dengan owner TIP tu dia kata ada satu customer dari Australia sanggup singgah ke JB dari Singapura semata-mata nak repeat makan aiskrim dekat sini. Korang rasa apa??? Rata-rata yang dah rasa aiskrim TIP ni semua nya puas hati dan happy termasuk Ana ni. Tak rugi pun nak cuba kan. Nak ke sini waze je nama TIP ni. Tak pun guna Google Map dekat bawah ni.

Facebook :

Alamat :
31, Jalan Dhoby, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor, Malaysia

No Telefon :
07-221 0039

Waktu Perniagaan :
3 petang - 10 malam

** Setiap orang ada citarasa yang berbeza kan so mungkin pada Ana sedap sangat aiskrim ni tapi mungkin pada korang biasa je rasa dia. So apa yang Ana tulis ni 100% my own personal review!! :)

Oct 25, 2017

Kids Eco Dash 2.0 2017 di Taman Eko Rimba Menara Kuala Lumpur

7:33 AM 20
Kids Eco Dash 2.0 2017 di Taman Eko Rimba Menara Kuala Lumpur

Kids Eco Dash 2.0 2017 di Taman Eko Rimba Menara Kuala Lumpur |Assalamualaikum. Korang yang ada anak atau adik berumur 4-12 tahun apa kata korang ajak mereka join satu acara larian khas untuk kanak-kanak yang disokong oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia pada hari Sabtu ni iaitu 28 Oktober 2017. Acara tersebut akan berlangsung di Taman Eko Rimba, Menara Kuala Lumpur.
Kids Eco Dash 2.0 2017 Taman Eko Rimba, Bukit Nenas Forest Reserved, Menara Kuala Lumpur
Kids Eco Dash 2.0 2017
Taman Eko Rimba Bukit Nenas Forest Reserved Menara Kuala Lumpur 
Tujuan Program

Tujuan acara larian ini di anjurkan adalah untuk menggalakan anak-anak atau adik-adik melakukan aktiviti luar dan belajar untuk menghargai persekitaran alam semulajadi.  Jadi tak lah hujung minggu mereka bosan duduk dekat rumah sahaja tanpa sebarang aktiviti atau hanya bergantung kepada permainan di dalam handphone atau television sahaja yang mana ini sangat tidak membantu perkembangan fizikal dan mental mereka.

Acara larian ini juga dapat memberi satu pengalaman baru yang sangat bernilai kepada mereka kerana mereka dapat merasa keseronokan berlumba seperti orang dewasa. Ini sekaligus dapat memupuk semamgat bersukan di kalangan mereka. 

Pendaftaran Sukarelawan untuk Ibu Bapa

Buat ibu bapa, korang di alu-alukan untuk mendaftar sebagai sukarelawan. Pihak menganjur akan mengagihkan tugas kepada para sukarelawan pada hari acara larian tersebut berlangsung. Setiap ibu bapa yang mendaftar akan dapat sehelai t-shirt dan secara automatik nama mereka telah di daftarkan di bawah voluntourism program.

Kategori Larian
Kids Eco Dash 2.0 2017
Taman Eko Rimba Bukit Nenas Forest Reserved Menara Kuala Lumpur
Kredit : Marathon Malaysia 

Terdapat 3 kategori larian mengikut peringkat umur :

1. Caterpillar -  0.8 km (4 - 6 tahun)

2. Rabbit - 1.5 km (7 - 9 tahun) 

3. Tiger - 3 km (10 - 12 tahun) 
   
Pendaftaran

Korang kena cepat tau sebab pendaftaran tinggal beberapa jam je lagi. Pendaftaran akan ditutup pada hari Khamis jam 11.59 malam. Jadi jangan tunggu lama-lama nanti melepas untuk join acara ni. Yuran pendaftaran dikenakan sebanyak RM35 seorang.

Bagi korang yang dah berjaya daftar, jangan lupa untuk amik Kit Race pada hari Jumaat (27 Oktober 2017) di Matic Jalan Ampang mulai pukil 11 pagi - 10 malam.

Untuk mendaftar klik sini --> Pendaftaran Kids Eco Dash 2.0 2017

Atucara Program

Kids Eco Dash 2.0 2017 Taman Eko Rimba, Bukit Nenas Forest Reserved Menara Kuala Lumpur
Kids Eco Dash 2.0 2017
Taman Eko Rimba, Bukit Nenas Forest Reserved, Menara Kuala Lumpur 

Untuk maklumat lanjut tentang Kids Eco Dash 2.0 2017 ni korang emel atau WhatsApp nombor di bawah ni :


WhatsApp :
019-6464 269