Tempat Shopping Murah di Ho Chi Minh, Vietnam


Tempat Shopping Murah di Ho Chi Minh, Vietnam | Assalamualaikum. Kalau sebut tentang Vietnam perkara pertama yang terlintas dalam fikiran kita mesti shopping, shopping dan shopping kan. So untuk entri kali ni Ana nak kongsi beberapa tempat shopping murah di Ho Chi Minh, Vietnam ni.

Tempat Shopping Murah di Ho Chi Minh City, Vietnam

Kenapa shopping?? Ini kerana Vietnam dikatakan syurga dunia buat kaki shopping kerana harga barangan yang di jual masih lagi dikategorikan murah especially bila beli secara borong. Sebab tu ramai yang akan search tempat shopping murah di Ho Chi Minh, Vietnam berbanding tempat-tempat menarik yang ada bila merancang untuk bercuti ke sini.

In fact ramai orang Malaysia kerap berulang alik ke Vietnam semata-mata untuk membeli barang niaga. No wonder lah peniaga di Vietnam ni ada yang fasih berbahasa Melayu. Cakap je apa barang yang korang nak jual semua ada di Vietnam. Dari jenama yang popular sampai jenama nama peniaga sendiri semua di jual dengan harga yang sangat berpatutan mengikut gred barangan tersebut. 


1. Pasar Ben Thant
Tempat Shopping Murah di Ho Chi Minh, Vietnam
Tempat Shopping Murah di Ho Chi Minh, Vietnam
Gambar : Vietnam Airline
Antara tempat shopping paling popular dan terbesar di Ho Chi Minh. Bangunan ni dibina selepas di jajah oleh Perancis  pada tahun 1759. Pelbagai barangan seperti hasil tangan tempatan, kasut, pakaian, kain pasang, telekung, makanan dan barangan hiasan di jual di sini. Kalau nak tempah baju kurung pun boleh dah boleh siap dalam masa yang singkat. Cuma nak masuk sini hati kena cekal dan jangan cepat terpedaya dengan pujuk rayu peniaga-peniaga di sini. Kadang tu mereka sampai tarik kita ke kedai mereka. Make sure korang hanya tawar-menawar bila rasa betul-betul nak beli barang tersebut. Tawar sampai 60-70% dari harga yang dijual. Tapi kalau korang sekadar suka-suka menawar, tadah je lah telinga dengar bebelan mereka. Memang salah sendiri kan. 
Tempat Shopping Murah di Ho Chi Minh, Vietnam
Tempat Shopping Murah di Ho Chi Minh, Vietnam
Gambar : Expedia
2. Night Market
Tempat Shopping Murah di Ho Chi Minh, Vietnam
Tempat Shopping Murah di Ho Chi Minh, Vietnam
Gambar : Alamy
Night market ni terletak di luar kawasan bangunan Pasar Ben Thant. Barang yang dijual sama seperti yang ada di dalam Pasar Ben Thant. Make sure korang dah survey harga barang-barang yang nak di beli terlebih dahulu sebab ada sesetengah barang di jual pada harga tak masuk akal dan barang tersebut boleh dibeli pada harga tersangat murah di Malaysian Street tanpa perlu tawar-menawar. Ana hanya beli sourvenir seperti FM, keychain dan coin purse dekat sini sebab harga yang di jual agak berpatutan. Ada sesetengah peniaga sangat peramah dan tak kisah kalau kita sekadar nak tengok dan belek barang-barang yang di jual.

3. Malaysian Street
Tempat Shopping Murah di Ho Chi Minh, Vietnam
Tempat Shopping Murah di Ho Chi Minh, Vietnam
Turut terletak berhadapan Pasar Ben Thant dan di sini terdapat banyak hotel dan restoran halal untuk kemudahan pelancong Islam. Nama sebenar Malaysian Street ni ialah Jalan Nguyen An Ninh Street. Terdapat deretan kedai menjual pakaian termasuk kain pasang dan telekung di sepanjang jalan ni. Ada kedai yang berhawa dingin dan ada kedai yang biasa je. Dekat sini Ana dapat beli telekung pada harga yang sangat murah. Kedai yang sediakan perkhidmatan menjahit baju dalam masa sehari pun ada. Harga dalam RM60-RM100 depend pada kain kita.

Masa tengah window shopping dekat sini, Ana sempat lah merasa kopi Vietnam yang terkenal tu. Memang sedap sangat. Sampai 2 cawan Ana minum lepas tu mata jadi buntang tak boleh tidur. Hehe.
Tempat Shopping Murah di Ho Chi Minh, Vietnam
Tempat Shopping Murah di Ho Chi Minh, Vietnam
4. Saigon Square Shopping Mall
Tempat Shopping Murah di Ho Chi Minh, Vietnam
Tempat Shopping Murah di Ho Chi Minh, Vietnam
Gambar : Vietnam Travel Guide
Saigon Square Shopping Mall merupakan 2 tingkat arked beli belah yang menjual pelbagai fesyen pakaian, kasut, aksesori dan barangan kemas. Terdapat banyak barangan tiruan di jual di sini tapi pada tahap kualiti yang baik. Shopping di sini lebih selesa berbanding di Pasar Ben Thant kerana arkednya berhawa dingin. Arked dibuka seawal 8 pagi sehingga 10 malam.

5. Pasar Binh Tay
Tempat Shopping Murah di Ho Chi Minh, Vietnam
Tempat Shopping Murah di Ho Chi Minh, Vietnam
Gambar : Vietnam Travel Guide
Pasar Binh Tay turut dikenali sebagai Chinatown. Ada yang kata harga barangan di sini lebih murah terutama untuk barangan pakaian berbanding di Pasar Ben Thant dan amat sesuai bagi mereka yang mencari stok untuk berniaga. Cuma kepelbagaian barang di sini agak terhad dan kawasan pasar agak sempit dan tidak berapa selesa.

6. Linda Wholesale
Tempat Shopping Murah di Ho Chi Minh, Vietnam
Tempat Shopping Murah di Ho Chi Minh, Vietnam
Gambar : Viet Flame Tours
Salah satu tempat shopping yang termasuk dalam itinerary tour guide masa Ana ke Vietnam. Memang rata-rata orang kita akan singgah dekat sini. Linda wholesale ni merupakan sebuah rumah 4 tingkat yang dijadikan gudang pakaian. Antara barangan yang menjadi pilihan pembeli ialah telekung, baju kurung siap, jubah, blouse dan kain cotton. Ana sempat lah beli sehelai dua baju kurung siap dan kain cotton untuk adik-beradik. The best thing dekat sini, mereka menawarkan perkhidmatan menghantar barang melalui shipping ke Malaysia, Indonesia dan Brunei.

Seronok kan kalau ke Vietnam ni. Boleh shopping puas-puas bagi yang kaki shopping tegar. Kalau orang macam Ana ni sekadar cuci mata je lah sebab Ana lebih prefer sightseeing dari shopping. Shopping sekadar untuk hadiahkan sourvenir pada ahli keluarga dan sahabat handai. Cuma jangan sampai leka masa shopping tu tau. Jaga semua barang peribadi kita especially handbag dan passport takut perkara tak di ingini berlaku. DAN masa nak tawar menawar tu make sure korang dah cekap bab Dong dan RM sebab ada sesetengah peniaga masa jual bagitau kita harga dalam RM dan kita rasa murah dah tu. Masa nak bayar mereka nak duit dong dan bagitau jumlah yang kena bayar. So masa ni lah korang kena alert sebab kadang nilai dong yang di sebut jauh lagi mahal dari yang sepatutnya.





Tempat Shopping Murah di Ho Chi Minh, Vietnam Reviewed by Ana Suhana on September 13, 2017 Rating: 5

44 comments:

  1. pernh dpt kain pasnag dr vietnam ms parent p holiday vietnam...syok la bg mereka suka shopping tu kn...

    ReplyDelete
  2. samalah kita ana..kalau shopping biasanya cari souvenir je.lagi suka sightseeing.

    ReplyDelete
  3. bestnya ana...tengok kat sini pun dah rambang mata..kalau g sana giler terus agaknya...hihi...teringin nya nak rasa coffee tu

    ReplyDelete
  4. Benh Thant Market memang syurga beli belah..dulu kan popular kain cotton vietnam..giler arh akak memborong masa tu..

    ReplyDelete
  5. Nice info sis... memang idaman nk ke Vietnam... idam je la... huhu

    ReplyDelete
  6. Pasti menjadi tumpuan yang gemar membeli belah kan Sis...bila macam ni perlu bijak memilih dan cerdik membuat keputusan..rambang mata jadinya..

    ReplyDelete
  7. Nice info... Nanti kalau ada rezeki untuk ke Vietnam, pasti akan ke sini!

    ReplyDelete
  8. Bestnya kalau dapat jalan2 ke vietnam >.<

    ReplyDelete
  9. Bagus info ni, teringin nak gi HCM
    merasa beli belah sesambil tambah cop pada passport.. hehe tak tahu bila tahun depan lah kot kalau panjang umur 😂

    ReplyDelete
  10. dah 3 kali pergi ke tempat ini. sampai mak cik night market boleh kenal aku.. hahaha..

    ReplyDelete
  11. Kalau ke sana mesti cari kain/pakaian.
    WP dulu ke sana beli topi keledar dan topi kombet (buat pegi kebun)

    ReplyDelete
  12. bestnyaaa kak anaa. boleh shopping mcm2 . hehe

    ReplyDelete
  13. jelsnya tgk akak jln sokmo.. shoping macam2

    ReplyDelete
  14. Sis kalau kita nk beli kain pasang yg belum siap kat vietnam linda ka pasar ben than ok..Nk cr untk knduri

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dh siap.. beli kt linda pun ok.. kt linda takde kain pasang.
      kalau kain pasang beli kt luar, tempah jahit bole siap dlm masa 1 hari.

      Delete
  15. biasa kalo harga kain lace sepasang brp ye kt sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depend pada lace sis. Ada yang RM25 semeter. Tp masih boleh nego.

      Delete
  16. salam..sis nk tempah baju siap kat mana ye..ade ke kedai2 dekat sekitar ben than tu

    ReplyDelete
  17. Waalaikumsalam. Hotel area ben thanh banyak. Dekat area Malaysia Street tu pun banyak. Saigon Pink, Alagon. Tapi kalau lagi dekat dgn big attraction, lagi mahal. tapi ada yg beza dlm 30-40 gitu je.kalau duduk dekat malaysia street dekat dgn tempat shopping dan tempat makan.

    Kain lycra banyak je dekat ben thanh. Harga lebih kurang sama je. Dekay malaysia street pun ada jual juga kain lucyra tu. Kena rajin survey dan bargain.

    ReplyDelete
  18. saya nak pergi sana april ni .. boleh tak kongsi pengalaman ? sebab day 2 kami nak cari kedai jahit baju yg siap 1 hari .. so better kami main redah cari dalam ben than atau sewa pvt kereta untk bawa kami shopping dan city tour ? tq in advance

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nk cr kedai utk tempah baju siap 1 hari dekat ben than pun banyak sis. Better ada masa sehari kot2 saiz tak kena dengan kita kan at least asa masa utk dorang alter semula. Tentang city tour tu better sis dah tau tentang harga dulu so that sis boleh compare harga di ben than dengan tempat lain.

      Delete
  19. Sy g jgk month end ni. Agak2 nk kirim blh la roger2 yer

    ReplyDelete
  20. Thankss for info sis ana..i nk pegi awal bulan 4 ni...bagos sgt2 info yg sis bg ..at least dpt bantu sy yg bru nk bejalan tmpt org ni..

    ReplyDelete
  21. Sekarang ni dekat HCM.. tgh cari port utk buat baju melayu tu.. apa nma kedai tu?

    ReplyDelete
  22. saya akan kesana lagi 24hb April ni...cuma nak tahu ada idea tak kalau nak bawak balik barang via kurier servis....hari tu ramai yg kena tahan dgn kastam di KLIA 2

    ReplyDelete
  23. Tq for sharing.Tak pernah lagi pergi vietnam ni.

    ReplyDelete
  24. teringin nak ke sana juga. tq for sharing banyak tempat boleh pergi la nanti

    ReplyDelete
  25. Salam nk tny sy plan gi vietnam bulan august nie.. klu nk tempah tudung jenama sendiri.. nk buat kat area mane? ada contact tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Maaf saya tak tahu tentang tempah tudung jenama sendiri tu. Selalunya orang shopping yang siap je. :)
      Maaf ye tak dapat membantu.

      Delete
  26. HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
    SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN

    PERKENALALKAN KAMI DARI AGENCY PELANCONGAN TIARA TOURS INDONESIA. KAMI ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.

    PAKEJ LAWATAN LAINNYA KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA , BANDUNG, JOGYAKARTA , BALI, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MENADO, TORAJA.

    PAKEJ DITEMPAH SANGAT MENARIK, HEMAT DAN LAYANAN BEST. PILIHAN HOTEL DAN BILIK BERSIH, MAKANAN MENU MELAYU / MOSLEM RESTAURAT (100 % HALAL ) DAN BERPASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNITS KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.

    DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA
    PROGRAM 04 HARI / 03 MALAM ( FULL SERVICE )
    TAK ADA EXTRA BAYAR.
    TAK ADA TIPU – TIPU !!!
    HARGA PAKEJ 04 HARI / 03 MALAM MYR : 380 (10 ORANG )
    HARGA PAKEJ 03 HARI / 02 MALAM MYR : 275 (10 ORANG )

    ITINERAY :

    DAY 1 : ARRIVAL – SIANTAR – PARAPAT
    ARRIVAL AT KUALANAMU INTERNATIONAL AIRPORT. AFTER CUSTOMS CLEARANCE, MEET OUR TOUR GUIDE/DRIVER WHO WILL TAKE YOU TO START THE TOURS BY USING TOURIST COACH OR VAN. TRANSFER TO THE RESTAURANT FOR YOUR LUNCH. DEPART TO PARAPAT ALONG THE ROAD WHICH OFFERS THE ENDLESS VIEW OF RUBBER AND OIL PALMS PLANTATIONS THROUGH THE JOURNEY. STOP SHOULD BE MADE AT PEMATANG SIANTAR FOR SHOPPING OF LOCAL PRODUCT SUCH AS KACANG TUMBUK “TING TING, TENG TENG”, OTHER SNACKS ETC. ARRIVED IN PARAPAT THEN CHECK IN TO HOTEL. THE REST OF THE DAY IS FREE ON YOUR OWN LEISURE. DINNER WILL AT RESTAURANT

    DAY 2 : SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI
    BREAKFAST AT HOTEL. BY BOAT / FERRY VISIT TOMOK VILLAGE, TO SEE THE TOMBS OF THE KING OMPU SIDABUTAR & SHOPPING PLACE. AMBARITA VILLAGE, TO SEE THE TRADITIONAL BATAK VILLAGE WITH ANCIENT MEGALITHIC FURNITURES. RETURN TO PARAPAT FOR LUNCH AT LOCAL RESTAURANT. AFTERWARDS PROCEED TO BERASTAGI–A MOUNTAINS RESORT WITH IT’S REFRESHING WEATHER AND MAGNIFICENT MOUNTAINS SCENERY WHICH HAS AN ABUNDANCE OF FLOWERS, VEGETABLES AND FRUITS. EN-ROUTE STOPS AT PANORAMA SIMARJARUNJUNG , SIPISO-PISO WATERFALL. ARRIVED IN BRASTAGI THEN TO VISIT THE CENTRAL FRUITS MARKET (SHOPPING PLACE). AFTERNOON CHECK IN TO HOTEL. DINNER WIL BE SERVED IN RESTAURANT.

    DAY 3 : BERASTAGI – MEDAN
    AFTER BREAKFAST. PROCEED FOR TWO HOURS DOWN THE HILL TO MEDAN. VISIT LUMBINI PARK. ARRIVAL IN MEDAN CITY SIGHT SEEING TO VISIT A SEVERAL INTEREST SUCH AS THE MAIMOON PALACE, AL-MATSHUN GRAND MOSQUE. LUNCH AT THE LOCAL RESTAURANT, AND THEN PROCEED TO THE SHOPPING AREAS AS FOLLOW DANAR HADI BATIK EMPERIUM AND OTHERS WHOLE BATIK SELLERS IN MEDAN, INCLUDING TO PASAR IKAN MARKET AND MALLS. CHECK IN TO HOTEL FOR ACCOMMODATION. DINNER AT RESTAURANT.

    DAY 4 : HOTEL – AIRPORT
    AFTER BREAKFAST AT HOTEL. FREE PROGRAM UNTIL TIME TRANSFER TO THE AIRPORT FOR YOUR FLIGHT HOME.



    SERVICES TERMASUK :
    • TRANSPORT
    • PEMANDU PELANCONGAN
    • HOTEL 3 BINTANG
    • BREAKFAST 3X
    • MAKAN TENGAH HARI 3X
    • DINNER 3X
    • SEWA KAPAN KE SAMOSIR ISLAND
    • KARCIS / TIKET MASUK KE TEMPAT MENARIK
    • MINERAL WATER

    BILA NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA CONTACT DAN TEMPAH PAKEJ DI :
    TIARA TOURS INDONESIA
    JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
    LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
    EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
    HP / WA +6281383535091
    HP / WA +6285358982828
    HP / WA +6285762820068

    TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN :
    TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
    ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
    TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
    MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI

    NOTE :
    HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL

    ReplyDelete
  27. Sy nk tahu lbh lanjut. Boleh email sy

    ReplyDelete
  28. Terima kasih sis....sy akan g 15 Oktober ni......tq kerana membantu dlm sedikit sebanyak dh dpt tau area kedai....agak2 berapa duit yg perlu dibawak.....beli brg pun tuk keluarga jer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan tu susah juga nak jawab sebab depend pada barang apa kita nak beli sis. Kalau setakat souvenir biasa murah je cuma kalau baju kurung, kain ela tu kena bawa lebih sikit. Lagipun currency kita tak berapa nak cun kan.

      Delete
  29. mmg tmpt paling murah kt ben thanh ke bukan chinatown??please advise?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu saya ramai yang ke ben thanh market ni sebab harganya yang murah dan boleh nego. Tentang Chinatown tu saya tak pasti pula. Better survey dua2 tempat ni dulu.

      Delete
  30. seronok nya sis. belum ada rezeki utk p sana, tapi dah mula survey tiket. hehehe

    ReplyDelete
  31. tq sis bg info sye bercadang nk pegi vietnam nk borong tudung utk buat niaga kt sini.. kt mana ye kedai kt sana yg sesuai tuk sye borong tudung

    ReplyDelete
  32. Salam, linda wholesale tu area mana ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Kalau linda Wholesale dia 30 minit dari ben thanh market. Boleh amik grab utk ke sana.

      Delete
  33. Salam..nk tnya brgan taktikal kwsan mna ya

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.