Musibah Kebakaran Melibatkan Kehilangan Nyawa 25 Orang Di Darul Quran Ittifaqiah, Kuala Lumpur - Ana Suhana

Sep 14, 2017

Musibah Kebakaran Melibatkan Kehilangan Nyawa 25 Orang Di Darul Quran Ittifaqiah, Kuala Lumpur


MUSIBAH KEBAKARAN MELIBATKAN KEHILANGAN NYAWA 25 ORANG DI DARUL QURAN ITTIFAQIAH, KUALA LUMPUR | Saat menghadapi musibah, doa merupakan senjata utama seorang hamba. Melalui doa, seorang hamba berpasrah diri kepada Allah, bersimpuh di hadapan-Nya dan mengharapkan pertolongan-Nya semata. Salah satu doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW saat tertimpa musibah adalah doa berikut ini:

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

“Kita milik Allah semata dan sesungguhnya hanya kepada-Nya semata kita kembali. (QS. Al-Baqarah [2]: 156). Ya Allah berilah aku pahala dalam musibah yang menimpaku, dan berilah aku ganti yang lebih baik daripada musibah yang telah menimpa.” (HR. Muslim, no, 918)

Berdoalah kepada keluarga mangsa kebakaran sebagaimana yang diajarkan:

أَعْظَمَ اللَّهُ أَجْرَكَ، وَأَحْسَنَ عَزَاءَكَ، وَغَفَرَ لِمَيِّتِكَ

"Semoga Allah memberikan pahala besar untukmu, menguatkan ketabahanmu, mengampuni orang yang meninggalkanmu,

Begitu juga sebagaimana sabda Nabi SAW: "Barangsiapa yang melihat orang lain ditimpa musibah/bala, bacalah:

 الحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي عَافَانِي مِمَّا ابْتَلَاكَ بِهِ، وَفَضَّلَنِي عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقَ تَفْضِيلًا

Maksudnya: "Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan aku dari musibah yang menimpamu dan memuliakanku dari makhluk lainnya dengan sebenar-benar kemuliaan."
Maka tidak akan ditimpa musibah ini."
(Riwayat al-Tirmizi, no. 3432. Beliau menyatakan hadis ini hukumnya hasan gharib pada jalan ini)

Kami mendoakan semoga keluarga mangsa kebakaran tabah dan bersabar atas musibah yang menimpa dan semoga mangsa-mangsa kebakaran termasuk dalam golongan syuhada' sebagaimana hadis Nabi SAW: 

الشَّهَادَةُ سَبْعٌ سِوَى الْقَتْلِ فِى سَبِيلِ اللَّهِ الْمَطْعُونُ شَهِيدٌ وَالْغَرِقُ شَهِيدٌ وَصَاحِبُ ذَاتِ الْجَنْبِ شَهِيدٌ وَالْمَبْطُونُ شَهِيدٌ وَصَاحِبُ الْحَرِيقِ شَهِيدٌ وَالَّذِى يَمُوتُ تَحْتَ الْهَدْمِ شَهِيدٌ وَالْمَرْأَةُ تَمُوتُ بِجُمْعٍ شَهِيدٌ

Maksudnya: "Orang-orang yang mati syahid yang selain terbunuh di jalan Allah 7 orang, iaitu korban wabak adalah syahid; mati tenggelam (ketika melakukan safar dalam rangka ketaatan) adalah syahid; yang punya luka pada lambung lalu mati, matinya adalah syahid; mati kerana penyakit perut adalah syahid; korban kebakaran adalah syahid; yang mati tertimpa runtuhan adalah syahid; dan seorang wanita yang meninggal ketika melahirkan anak adalah syahid.”
 (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 3111.)

Sebaiknya kepada masyarakat awam, tidak perlu disebarkan gambar-gambar yang mungkin melukakan hati keluarga mangsa. Cukuplah dengan mendoakan mereka disamping memberi sokongan moral, kewangan dan lain-lain yang wajar. Sama-sama kita sedekah Surah al-Fatihah kepada semua mangsa.

InsyaAllah, pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sedang dalam perjalanan ke sana. 

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

22 comments:

  1. alfatihah ..smlm tgk buletin utama..nangis juga..awl pg smlm ms on the way p opis ada lalu sekitar lrt dato keramat..lps tu ada dgr ambulans..ms tu xtau lg psl kejadian ni...pastu tgk kwn2 update kt fb

    ReplyDelete
  2. al-fatihah... sedih baca berita ni..
    setuju dgn Ana, tak perlu nak sebarkan gambar2 kejadian, cukup dgn mendoakan mereka..
    mrs pip dapat juga gambar tu melalui group wasap, mmg tak nak tengok terus delete , nampak sepintas lalu mcm tu ... haish, mmg tak berkenan bab menyebarkan gambar mangsa ...

    ReplyDelete
  3. Salam jumaat ana suhana. Mungkin Allah lebih sayangkan mereka

    Dalam negara yang kononya islam

    tapi kemudahan pembelajaran sekolah tahfiz banyak di anak tiri kan

    Sekadar jadi kempen politik je

    Lepas tu diam semula

    ReplyDelete
  4. semoga pengusaha tahfiz ambil iktibar supaya takde lagi jadi kes macam ni

    ReplyDelete
  5. al fatihah....moga mereka tergolong dalam golongan yang beriman dan beramal soleh. Moga keluarga yang terlibat juga redho dan tabah serta dipermudahkan urusan mereka.

    ReplyDelete
  6. Bumi dan Langit pun meratapi pemergian anak- anak syurga ini...Alfatihah

    ReplyDelete
  7. alfatihah.. em.. harini pun langir mendung jek..

    ReplyDelete
  8. Bersemadilah dengan tenang wahai anak-anak..moga syurga singahsana kalian..Al Fatihah..

    ReplyDelete
  9. moga keluarga mangsa tabah dan sabar dalam menghadapi kehilangan dan semoga arwah ditempatkan dikalangan org-org beriman. amin..

    ReplyDelete
  10. Sedih betul Kak Sue, Al Fatihah untuk anak-anak syurga..

    ReplyDelete
  11. Al-Fatihah
    Semoga roh2 anak2 syurga ini dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  12. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mangsa dan memberi ketabahan kepada keluarga mangsa menghadapi dugaan besar ini.. Al Fatihah.. aamiin.

    ReplyDelete
  13. smoga adik2 ditempatkan di kalangan paling atas disisiNYA. amin.. YA Allah

    ReplyDelete
  14. sesuangguhnya Allah lebih myanyagi.. sedih sgt pasal berita ni

    ReplyDelete
  15. Hmmm. InshaaAllah mereka dah ada tempat disana. Moga pesalah dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan tindakan mereka !

    ReplyDelete
  16. sgt lah sedih :(
    aduhai...
    tak boleh la dgr or baca berita, mesti sebak!!!

    ReplyDelete
  17. masa dapat tau berita ni hari birthday kawan sha, kitaorang tgh wish happy happy dapat tau cerita sedih ni terus tergamam semua. Alfatihah, Allah sayang orang yang baik baik

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤