Sarawak Bowl di Sunway Putra Mall - Ana Suhana

Sep 3, 2017

Sarawak Bowl di Sunway Putra Mall


Makan-makan di Sarawak Bowl Sunway Putra Mall | Assalamualaikum. Dalam banyak-banyak negeri di Malaysia, Sarawak je satu-satunya negeri yang Ana belum sampai lagi. Perancangan nak ke sana memang dah ada cuma belum kesampaian buat masa ni. Sarawak biasanya terkenal dengan kek lapis dan mee kolo. Dulu masa kerja, kalau ada colleague outstation ke Sarawak, confirm Ana akan kirim kek lapis. Sampai satu tahap sampai rasa muak nak makan pula. Hehe. Semalam baru Ana dapat merasa makanan masakan Sarawak di Sarawak Bowl di Sunway Putra Mall. 

Makan-makan di Sarawak Bowl Sunway Putra Mall
Makan-makan di Sarawak Bowl Sunway Putra Mall
Sumber : Sarawak Bowl's IG

Makan-makan di Sarawak Bowl Sunway Putra Mall

Sarawak Bowl nil terletak di medan selera tingkat 4. Berhadapan dengan nasi kandar Shah dan Subway. Senang nak nampak sebab Sarawak Bowl ni kedai paling depan. Menu yang di tawarkan tak banyak tapi cukup lah untuk kita nak merasa masakan orang Sarawak. Order dan amik makanan semua di kaunter. Nanti lepas order korang akan dapat satu buzzer dan bila makanan korang dah ready untuk di amik, buzzer tu akan berbunyi.

Makan-makan di Sarawak Bowl Sunway Putra Mall
Makan-makan di Sarawak Bowl Sunway Putra Mall

Menu 1: Nasi Lemak Rendang Daging - RM14.80

Makan-makan di Sarawak Bowl Sunway Putra Mall
Makan-makan di Sarawak Bowl Sunway Putra Mall

Semua makanan dekat sini di hidangkan di dalam mangkuk. Memang kena dengan nama kedai tu kan. Masa nasi lemak ni sampai dah dapat bau lemak dan aroma rendang daging tu. Memang terus membuka selera. Bila dah rasa nasi lemak tu, memang puas hati. Semua cukup rasa. Nasi lemak tu harum dia boleh terasa masa kita kunyah. Rendang daging pun sedap dan isi daging pun lembut.


Menu 2: Mee Kuah Manok - RM14.80

Makan-makan di Sarawak Bowl Sunway Putra Mall
Makan-makan di Sarawak Bowl Sunway Putra Mall

Manok dalam bahasa Sarawak bermaksud ayam. Basically menu yang Ana order ni lebih kurang macam mee sup isi ayam. Mee kuah manok ni pun sedap juga. Tekstur sup dia halus dan ringan. Tak boleh berhenti dari duk menghirup sup ni. Isi ayam tu pula di panggang sampai garing. Dah nampak macam daging bakar pun ada. Tapi isi ayam tu masih tetap lembut. Selain dari ada isi ayam panggang tu,  dalam kuah tu ada juga telur rebus dan sayur taugeh.

Dua-dua menu yang Ana order ni datang dalam set dengan air. Sebab tu harga dia sama. Air yang ada dalam set ni semuanya jenis air "3 layer". Macam Ana order ni air 3 layer tea dan 3 layer Bandung. 3 layer Bandung tu yang warna hijau tu air gula pandan. Ana suka sebab tak terlalu manis. Tak lah perit tekak kan. Kalau korang tak nak order set pun boleh. Cuma harga mahal lah sikit kan.

Makan-makan di Sarawak Bowl Sunway Putra Mall
Makan-makan di Sarawak Bowl Sunway Putra Mall
Sumber : Sarawak Bowl's IG

Next time Ana nak cuba mee kolo dengan manok pansuh pula lah. Nampak macam sedap je orang sebelah tu makan. Korang ada yang dah cuba ke makanan di Sarawak Bowl ni? 






19 comments:

  1. Kek lapis sarawak sesekali mr.husband buatkan utk mrs pip, memang kena banyak bersabar nak makan kek lapis ni .... kat sini, kitorang panggil mi kolok , susah nak dapat yang halal lg sedap ... kalau mrs pip berjalan ke lawas, dptlah merasa mi kolok sedap ....

    ReplyDelete
  2. Lama x makan makanan sarawak..leh singgah sini nanti..

    ReplyDelete
  3. Air 3 layer tu...buat ngences...dulu masa kerja..pantang ada kawan buat tugasan ke sarawak...rasanya list PC paling berjela...pulaknya kawan tu dah tau mana tempat jual kek lapis yang sedap dan fresh..dia rajin buka order sapa yang nak kirim..dengan syarat cash...huhuhu...memang rezekilah.kalau kena bayar upah pun PC ok je...

    ReplyDelete
  4. Boleh la try ni. lama dah tekak x merasa mknn kampung ni :D

    ReplyDelete
  5. Makanan not bad dari segi presentation, I'm sure mesti rasa pun sedap. Ah, teh tarik 3 lapis. Sedapnya! You must try Mee Kolo but ramai yang cakap nak dapat the best kena la pergi Sarawak hehe. Anyway, thanks for the recommendation. Nice one ;)

    ReplyDelete
  6. dia punya air memang mengundang-ngundang

    ReplyDelete
  7. nasi lemak tu nampak sedap ana...macam nak hirup je air tu hihi

    ReplyDelete
  8. Wahh hidangan semua nampak menyelerakan dan meriah.. mmg menyelerakan.

    ReplyDelete
  9. Air tiga layer tu nampak ohsem.. Menu pun best..

    ReplyDelete
  10. massing negara punya kuliner khas masing2, dan ini menjadi semacam lestari budaya bangsa,...dari beberapa jenis kuliner diatas kayaknya ada yang mirip dengan yang ad di Indonesia, hal itu wajar saja, karena Malaysia dan Indonesia saja adalah dua bangsa dari satu rumpun yang sama yaitu melayu..

    ReplyDelete
  11. Bestnya tengok air tu.
    Lady bos Mrs. A yang dulu orang sarawak tiap kali bila dia balik Sarawak mesti bawa buah tangan kek lapis

    ReplyDelete
  12. menu sarawak xpernh try tp kek lapis sarawak mkn hehe

    ReplyDelete
  13. Nampak sedap mee kuah manok tuh....

    ReplyDelete
  14. perghh nasi lemak dia 14.80.. tp mmg menyelerakannn..

    ReplyDelete
  15. Kek lapis ju xbrapa tapi minat sgt dgn mee kolo tu ! =D dulu kawan skerja org sarawak, bila rasa nak makan, request dia buatkan haha.. alhamdulillah baik sgt dia.. skrg da lain2 pat keja da. Lepas dari tu lama ju xmkn mee kolo. Ada je kot kedai makan sarawak d sabah ni tapi ju xdiscover sgt huhu

    ReplyDelete
  16. selalu je lepak sunway ni.. tp tak terlintas nak makan kat sini hahaha.. klu ana dah try boleh la terjah hahaa

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤