Pameran Pendidikan Kanak-kanak Terbesar di Asia oleh SmartKids Asia - Ana Suhana

Sep 6, 2017

Pameran Pendidikan Kanak-kanak Terbesar di Asia oleh SmartKids Asia


Pameran Pendidikan Kanak-kanak Terbesar di Asia dari SmartKids Asia | Assalamualaikum. Awal cuti sekolah yang lepas Ana berkesempatan ke Pameran Pendidikan Kanak-kanak Terbesar di Asia anjuran SmartKids Asia yang berlangsung di Mid Valley Exhibition Centre. Tujuan pameran ini di adakan adalah untuk memberi pendedahan secara dekat kepada ibu bapa dan anak-anak berumur 1-12 tahun khususnya dengan ilmu berkaitan dengan keibubapaan, aktiviti-aktiviti masa lapang yang boleh meningkatkan daya pemikiran anak-anak dan juga info tentang pendidikan masa depan anak-anak. Di pameran SmartKids Asia ni juga terdapat banyak aktiviti menarik yang disediakan untuk kanak-kanak seperti aktiviti mewarna, melukis dan juga aktiviti meet and greet beberapa mascot terkenal seperti The Smurf, Robocar Poli, King Julien, Angry Bird dan Pororo. Memang seronok. Mak ayah pun teruja sama. Masa di sana, Ana sempat lah terjah beberapa booth yang Ana kira sangat menarik untuk di kunjungi. Meh Ana kongsi dengan korang semua info yang Ana dapat dari pameran tersebut. 

Pameran Pendidikan Kanak-kanak Terbesar di Asia dari SmartKids Asia


SAFARI KIDS CLUB

Pameran Pendidikan Kanak-kanak Terbesar di Asia dari SmartKids Asia
Pameran Pendidikan Kanak-kanak Terbesar di Asia dari SmartKids Asia

Siapa pernah dengar tentang Safari Kids Club ni? Kalau yang tak pernah dengar, Safari Kids Club ni merupakan sebuah kelab berdaftar yang menyediakan pelbagai aktiviti masa lapang yang sangat menarik untuk anak-anak dan juga ibu bapa. Antara kelas yang dianjurkan ialah kelas menari, kelas muzik, kelas drama dan terbaru kelas memanah. Kelas-kelas ni di buka pada setiap hari termasuk hari cuti sekolah. Jadi kalau korang takde plan untuk aktiviti anak-anak, why not korang daftarkan anak-anak di Safari Kids Club ni. Yang bestnya kelas dekat sini tidak tertakluk pada bayaran bulanan semata. Kalau rasa sesekali nak bawa anak-anak join aktiviti dekat sini, korang boleh datang as walk-in customer je pun and anak-anak boleh join kelas yang disediakan pada hari tersebut. Nak anjurkan event seperti sambutan hari jadi pun boleh dekat sini. Kalau kata nak sambut hari jadi dekat rumah pun boleh juga. 

Pameran Pendidikan Kanak-kanak Terbesar di Asia dari SmartKids Asia
Pameran Pendidikan Kanak-kanak Terbesar di Asia dari SmartKids Asia

Haaa dekat Safari Kids Club ni bukan hanya ada aktiviti untuk anak-anak je tau. Untuk kita as a parent pun ada aktiviti yang kita boleh join. Antaranya ada kelas zumba, kelas fitness dan juga kelas mengaji Al-Quran.  Harga yang di kenakan pula boleh Ana katakan sangat murah. Untuk info lebih lanjut korang boleh lawat laman sesawang atau IG Safari Kids Club di bawah ni:

Laman Sesawang: www.safarikids.com.my
Emel : hello@safarikids.com.my
Tel : +019-221 7888 / 03-7831 9171
Alamat : No 61 Jalan Nova K U5/K, Subang Bestari, Shah Alam, Selangor

TUEETOR


Pameran Pendidikan Kanak-kanak Terbesar di Asia dari SmartKids Asia
Pameran Pendidikan Kanak-kanak Terbesar di Asia dari SmartKids Asia

Ingat masa sekolah dulu, bukan susah nak cari tempat tuisyen yang baik dan berbaloi untuk di bayar. Selalunya kena tunggu pusat-pusat tuisyen ni hantar pamplet dekat sekolah atau pun tengok iklan dalam surat khabar. Tu kisah dulu lah. Sekarang ni korang tau tak, nak cari tutor untuk anak-anak atau adik-beradik semudah ABC je. Hanya 3 langkah mudah dan dalam masa 2 minit sahaja diperlukan untuk mencari tutor yang korang nak. Semuanya melalui aplikasi Tueetor. Cara-caranya seperti di bawah ni:

1. Muat turun aplikasi Tueetor dan daftarkan diri korang.

2. Taip subjek yang di cari dan bajet yang korang peruntukan.

3. Tunggu notifikasi tentang pencarian korang tu.

FYI aplikasi Tueetor ni bukan terhad untuk cari tutor je tau. Sebabnya korang kalau boleh dan layak untuk mengajar pun boleh daftarkan diri korang sebagai seorang tutor. Best kan. Maklumat lebih lanjut boleh layari laman sesawang atau media sosial Tueetor seperti di bawah:

Twitter : www.twitter.com/tueetor

GAKKEN CLASSROOM

Pameran Pendidikan Kanak-kanak Terbesar di Asia dari SmartKids Asia
Pameran Pendidikan Kanak-kanak Terbesar di Asia dari SmartKids Asia

Seperti yang kita tahu negara Jepun sangat terkenal dalam bidang sains teknologi dan juga matematik. Pada April 2015, buat pertama kalinya Gakken Classroom Malaysia telah membuka Eksperimen Sains dan Matematik untuk kanaka-kanak tadika dan pelajar berumur 4-12 tahun.

Berdasarkan sukatan pelajaran Jepun, program atau silibus di sini bertujuan untuk memupuk rasa gembira pelajar dalam pembelajaran sains dan matematik, membina keyakinan diri dan mampu untuk menyampaikan pengetahuan yang akan melengkapkan apa yang mereka belajar di sekolah. Gakken Classroom juga menyediakan alatan pembelajaran yang berkesan untuk pelajar menjalankan eksperimen sains dan sekaligus meningkatkan rasa keyakinan dan semangat untuk mempelajari sains dengan lebih lagi. Tenaga pengajar yang ada semuanya berpengalaman dan profesional. Maklumat lanjut layari www.gakkenclassroom.com.my atau www.instagram.com/gakkenclassroomcheras.

GOCODE

Pameran Pendidikan Kanak-kanak Terbesar di Asia dari SmartKids Asia
Pameran Pendidikan Kanak-kanak Terbesar di Asia dari SmartKids Asia
Kredit :GoCODE

Antara program yang sangat menarik perhatian Ana di Smarkids Asia ni. Korang kalau ada anak-anak yang minat dengan coding program atau komputer Ana sarankan untuk join kelas GoCODE ni. Kenapa perlu GoCODE?  Menurut GoCODE,  15 tahun akan datang, anak-anak kita akan mampu untuk membaca coding seperti mana mereka mampu untuk membaca dan menulis. Dengan coding mereka mampu untuk memberi arahan kepada robot, mereka game dan banyak lagi. Untuk survive dalam Era Digital, anak-anak kita kena dipersiapkan dengan ilmu dan kemahiran coding. Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.go-code.net atau hubungi GoCODE di talian 03-6411 2040.

NOHOO2U

Pameran Pendidikan Kanak-kanak Terbesar di Asia dari SmartKids Asia
Pameran Pendidikan Kanak-kanak Terbesar di Asia dari SmartKids Asia

Masa tengah merayau dalam expo tu Ana tertarik dekat booth Nohoo2u ni. Korang kalau jadi Ana pun mesti sama juga. Sebabnya beg-beg yang dijual di sini ssmuanya comel belaka dan paling penting design dia semua sangat menarik. Nohoo merupakan pengeluar produk neoprena khusus dalam beg yang mesra alam, selamat, selesa, seronok untuk kanak-kanak dengan kekuatan teknikal yang kuat. Nohoo bekerja dengan reka bentuk inovasi dan berkualiti tinggi untuk memenuhi pasaran global. 

Pameran Pendidikan Kanak-kanak oleh SmartKids Asia
Pameran Pendidikan Kanak-kanak oleh SmartKids Asia

Buat masa ni Nohoo mempunyai 3 tema beg iaitu Forest Theme, Castle Theme dan Ocean Theme. Harga beg pula bermula pada RM99-RM149. Nampak macam mahal kan tapi seriously worth every single money spend. Sebabnya macam Ana cakap beg di Nohoo menggunakan material dari neoprena iaitu material yang sangat unik dan merupakan kilang pertama yang menggunakan neoprena dalam produk mereka dan diakui oleh World Safety & Health Organisation. Selain dari meterial yang baik dan tahan lama, pihak Nohoo juga memberi jaminan seumur hidup untuk beg-beg yang dijual. Nak tengok design beg-beg yang dijual korang boleh ke lama sesawang Nohoo di nohoo2u.com dan boleh menempah secara atas talian. Yang penting free postage. Info lebih lanjut boleh hubungi / WhatsApp / SMS di +601-111 666 999.

Banyak lagi sebenarnya booth yang menarik di SmartKids Asia ni selain yang Ana highlight dekat atas ni. Antaranya booth Motherhood.com.my, Baseerah International School, Sunway Lagoon Malaysia, Grolier, Tectic Toys, Children Islamic Centre dan banyak lagi lah. Next year kena make sure datang pagi-pagi supaya boleh cover semua booth. Yang penting masuk percuma dan dapat goodies bag lagi. Maklumat lanjut tentang SmarKids Asia boleh layari https://www.facebook.com/smartkids.com.my/.

26 comments:

  1. Menarik nie Ana, kalau sempat boleh bawak anak Kak Sue nanti ke sini..

    ReplyDelete
  2. Menarik Ada macam2 program terbaik untuk anak2

    ReplyDelete
  3. bestnya ana...anak2 mesti suka kan...shah alam banyak tempat best kan..bag tu menariknyaaaa.....

    ReplyDelete
  4. Sronok dpt bw ank p pameran mcm ni.. Mcm2 activity ada.. Tq for sharing

    ReplyDelete
  5. Bergembira sambil menambah ilmu dan kemahiran...terbaik.

    ReplyDelete
  6. Menarik program ni...macam macam
    aktiviti menarik ada

    ReplyDelete
  7. bestnya progrm ni kak.. nasib jauh.. menimbah ilmu smbil bgembira...

    ReplyDelete
  8. Whoaaa info padat & mampat. Teringin la pula nak bawa anak buah ke sini haha

    ReplyDelete
  9. mesti anak-anak riang gembira bila kena bawa ke program ni.

    ReplyDelete
  10. Nice info sis... banyak aktiviti menarik untuk kanak-kanak...

    ReplyDelete
  11. Syoknya kalau bawa anak-anak.. banyak aktiviti menarik..

    ReplyDelete
  12. Menarik ni.. lokasi pun tak jauh. Thanks sharing :)

    ReplyDelete
  13. Suka program yang melibatkan anak-anak ni...thanks for sharing

    ReplyDelete
  14. Bestnya... sekarang banyak dah program bermanfaat untuk anak anak

    ReplyDelete
  15. besnya, banyak benda bagus utk anak2

    ReplyDelete
  16. bestnya kak anaaa.. budak2 msti sukaa.. program mcm ni sngt bagus..

    ReplyDelete
  17. Memang seronok. Kalau tahu ritu nak je bawak adik saye yang darjah5 tu datang sini. Sian dia time2 cuti sekolah takda gi memana. huhue

    ReplyDelete
  18. Dulu dulu masa ada anak kecik, selalu kena tahan dengan agen agen yg jual buku buku akedemik mcm ni. Aduhai serba salah kadang kadang tu. Sekarang lega dah, tak de lagi ....
    Kasi chance kat korang yg ada anak kecik jerlah hihi...

    ReplyDelete
  19. bestnya kak ana. kita yang mak budak pun teruja ni kan budak

    ReplyDelete
  20. waa.. bestnye ! tapi memang tak boleh pegi.. habis duit anak beli buku jek.. padaal baru beli buku ni.. bacanya ntah bila.. hee~

    ReplyDelete
  21. wah... seronoknya kalau dpt dtg melawat kat event mcm ni..
    mrs pip berkenan dgn gocode dan gakken tu ...

    ReplyDelete
  22. menarik betul aktiviti kanak-kanak zaman sekarang.sesekali bagus juga join, jadi takdelah anak-anak kita ketinggalan.

    ReplyDelete
  23. Wahh program menarik dengan aktiviti yg pelbagai utk anak2 =D

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤