Terima Kasih Lazada - Ana Suhana

Aug 2, 2017

Terima Kasih Lazada


Terima Kasih Lazada | Assalamualaikum. Masa Lazada anjurkan contest Lazada Ramadhan Raya 2017 Blogger contest bulan puasa yang lepas, Ana sempat lah join 2 dari 4 contest tu. Sebelum-sebelum ni kalau Lazada buat contest memang Ana akan join cuma takde rezeki terpilih sebagai pemenang. Masa Ana join contest Lazada ni pun, masa Lazada select weekly winner nama Ana tak naik pun so memang tak harap apa lah kan sebab memang ramai rakan blogger yang join juga. Tapi betullah kalau dah rezeki tak ke mana kan. Tup tup nama Ana terpilih sebagai pemenang tempat ketiga dan memenangi RM100 voucher. Alhamdulillah. Nak jadi happy lagi masa pihak Lazada bagi kod voucher, voucher dari RM100 di naikkan ke RM150. Bertambah ligat lah kepala ni berfikir nak beli apa.
Terima Kasih Lazada
Memandangkan Ana bukan sejenis yang kaki shopping online, penat juga lah nak pikir nak beli apa. Rasa blurr sangat masa dok scroll barang-barang di Lazada. Hehe. Kalau sebelum ni Ana hanya beli buku je di Lazada. Tak lah pening mana. Dengan RM150 voucher tu, memang Ana cuba guna sebaik mungkin. Nak beli barang yang biar berbaloi-baloi gitu. Jom tengok apa yang Ana berjaya shopping.


1.  MultiPurpose 4 Layer Kitchen Storage Rack - RM31.90

MultiPurpose 4 Layer Kitchen Storage Rack 
Ana dah lama cari rak barang ni. Sehari sebelum puasa jenuh pusing satu Selayang sampai ke Gombal mencari rak ni tapi tak jumpa. Sebab nak guna cepat Ana beli rak lain dulu. Tak tahu pun dekat Lazada ada jual juga. Sekali bila tengok dekat rumah MIL pun ada rak ni juga dan beli dekat Lazada. Apa lagi dah ada voucher ni kan terus masuk dalam cart. Yang bestnya petang hari ni order esok tengahari dah sampai. Memang terbaik lah seller ni. Terus Ana pasang dah letak stok susu Syafi. Senang nampak kalau dah habis. Kalau letak dalam almari dah tinggal sekotak baru menggelabah nak beli stok. So far rak ni dah 2 minggu pasang, kukuh je Ana tengok.


2. Inflatable Outdoor Portable Lounge Air Lazy Sleeping Sofa Bed - RM41.70


Inflatable Outdoor Portable Lounge Air Lazy Sleeping Sofa Bed 
Lagi satu barang yang Ana nak sangat beli. First time Ana jumpa dan try bende ni masa lepak-lepak di Pantai Klebang yang lepas. Syok juga bila duduk atas inflatable sofa ni. Boleh lah muatkan kami 3 beranak sekali duduk. En suami terus kata nak cari inflatable sofa ni boleh g lepak dekat Taman Layang-layang nanti. Bila tengok dekat Lazada pun ada jual, apa lagi add to cart terus. Harga pun murah juga.


3. YBC Fashion Women Sling Bag - RM14.90


YBC Fashion Women Sling Bag
Ana memang sejenis yang mesti pakai bagpack. Memang sejak Syafi lahir Ana dah start pakai begpack. Tak reti nak bawa beg baby bagai sebab rimas nak bawa banyak beg. Kang tercicir leceh pula. Bila ada begpack ni semua purse, lipstick,pampers dan baju Syafi Ana sumbat dalam tu. Tapi lecehnya bila setiap kali nak buka purse nak kena buka begpack tu. Dah lah purse Ana letak paling bawah. Memang sangat leceh. Lepas tu handphone pula terpaksa letak dalam poket. Bila nak duduk terpaksa keluarkan pula. Sebab tu Ana terbuka hati nak cari sling beg supaya boleh muat purse dan handphone. Bila nak pakai senang buka sling bag ni je. Mudah hidup. Dekat Lazada banyak giler sling beg. Rambang mata Ana tengok. Tapi tertarik dengan beg ni. Harga pula murah giler. Siapa kisah pasal jenama kan janji selesa. So far dah habis Ana lenjan guna beg ni masih elok. Macam nak beli warna lain pula. Hehe.


4. Canvas Trapeze Backpack - RM28.82


Canvas Trapeze Bagpack
Beg ni Ana beli untuk di gunakan masa travel nanti. Back up untuk beg sedia ada. Ruang dalam beg ni memang luas so macam-macam lah Ana boleh sumbat lagi. Kain dia pun keras dan tahan lasak. Memang berbaloi beli.


5. Sleeve T-shirt and Pants - RM26


Sleeve T-shirt and Pants
Baju budak kecik ni wajib Ana beli kalau shopping online. Selalu Ana akan cari yang sepasang ada baju seluar. Senang bila nak pakai tak pening nak matching bagai. Bukan main suka Syafi bila baju ni sampai. Terus minta pakai kan. Cuma baju ni material dia sangat nipis. Bila pakai boleh nampak badan dalam tu. So tak recommended untuk di beli.


6. Children Toys - RM14.20


Children Toys
Ni beli nak habiskan voucher je. Bila tanya Syafi nak tak kereta terus datang melekat. Nak pilih sendiri pula tu. Bukan main lagi. Last-last dia pilih yang ni. Bertambahlah koleksi kereta dia yang dah penuh 2 bakul tu. Boleh jual dekag car boot dah rasanya. Setakat hari ni, kereta ni masih jadi kereta kesayangan. Tapi tak tahu lah berapa lama kan. Hehe.


So semua barang-barang dekat atas ni Ana dah terima dengan selamat. Paling cepat sehari paling lama 2 minggu untuk semua barang-barang tu sampai. Selamat sempat sampai sebelum Ana ke Taiping minggu ni. Kalau tak nak kena amik dekat pejabat pos pula. Overall, Ana memang puas hati shopping di Lazada.  No wonder lah MIL Ana hampir setiap hari shopping di Lazada ni. Ninja Van tu hari-hari tekan loceng rumah MIL nak hantar barang. Boleh jadi ambassador Lazada dah tu. Korang pun sama juga kan. Hehe.

TERIMA KASIH LAZADA. WE LOVE U :)

29 comments:

  1. cantik Begpack ana. memang syok shopping lagi-lagi guna voucherkan ;)

    ReplyDelete
  2. wahh.. macam2 ana beli kat lazada ye.. sling bag tu cantik la..

    ReplyDelete
  3. Bag hijau tu menarik, maybe nak grab satu lepas ni ...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...rezeki tu, best semua barang yang ana beli tu

    ReplyDelete
  5. Sekali beli, iklan dia kejar kita berkali-kali. Huhu. Addicted pula rasa. Dah lah online je kan. Paling best bila beli periuk dan penutup periuk, packaging Lazada memang superb kan.

    ReplyDelete
  6. Wah..siap ngoder dah ye. Best2 brgnya ni

    ReplyDelete
  7. Wah...dah sampai erk..berbaloi dengan LAZADA

    ReplyDelete
  8. Barang kat Lazada memang best. Ena baru lepas beli jam kat sana. Memang boleh dipercayai. Nice!

    ReplyDelete
  9. cantik semua pilihan..kite bru smlm pakai kupon tuuu

    ReplyDelete
  10. Tahniah sis... Banyaknya stok susu.. nak satu.. hehe

    ReplyDelete
  11. hamboiii....apa2 pun tahniah Ana..

    ReplyDelete
  12. lina memang suka shoping kat lazada tau...lina beli vaccum je ana voucher aritu..kn tambah2 la lagi sikit hihi

    ReplyDelete
  13. Wah! semua barang dah sampai ya.
    Mrs. A punya ada lagi dua barang tak sampai kuciwa sedikit belum pernah alami lagi

    ReplyDelete
  14. IQ pun baru guna voucher Lazada tu semalam, tup2 hari ni dah sampai. multipurpose 4 layer rack tu IQ pun beli dari Lazada, memang bagus ada rak tu. IQ dah lama beli, tahan sampai sekarang.

    ReplyDelete
  15. Jap jap...boleh x nak jeles??? hehehe... xpernah lg guna Lazada. Shopee pernah juga, tu pun adik belikan. Sy biasa guna eBay, byk diskaun juga.

    Kepada kawan2 yg belum join giveaway COKLAT by Sii Nurul, boleh la ke link berikut:
    https://ciknurul23.blogspot.my/2017/07/chocolate-fan-giveaways-by-sii-nurul.html

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah rezeki tepat waktunya dan siapa selayaknya,,,tahniah Sis..

    ReplyDelete
  17. wahh bestnya menang voucher tu...tp beli kat Lazada mmg berbaloi2 kan..
    Eca tgh survey mp3 cas player yg ble masuk usb lak...lazada murah ckt

    ReplyDelete
  18. Waaa bestnya dpt shopping free lg... klau liez mmg cr brg2 utk anak mcm bag pack ke..

    ReplyDelete
  19. Wah bestnya...saya ni kalau menang rasanya shopping toys aje..haha

    ReplyDelete
  20. Berbaloi Ana! banyak juga boleh dibeli tuh. Akak pun sepesen dengan Ana.. Tak tau nak shopping ape sebab macam semua dah ada. Cuma kalau ikut napsu memang lah nak beli itu dan ini. Mungkin sebab tak perlu kot kan? bila dah boleh shopping free ni..lain lah kan. Nak tak nak..kena la pk jugak. Hehehe....lawa pulak backpack tuh Ana!

    ReplyDelete
  21. Wah sakan membeli Ana penangan voucher Lazada.. Alhamdulillah luas rezeki Ana..

    Si kecik pun ada bahagian dia juga, comel sungguh, hehehe 😁

    ReplyDelete
  22. Tahniah ye Ana....yelahkan kalau dah katanya rezeki, mmg tak kemanalah.
    Nampaknya mmg soping sakanlah ye Ana hihi

    ReplyDelete
  23. Amboihhh manyakk nye air kotak tu.. hehehe.. tahniah ye ana..

    ReplyDelete
  24. Tahniah Ana.. Canvas Trapeze Bagpack tu nampak cantik dan bergaya..

    ReplyDelete
  25. Tahniah ana.. mcm2 boleh beli tu

    ReplyDelete
  26. Best beli kat Lazada ni, dari RM150 pun boleh dapat beli macam-macam. Kalau beli kat luar tak tahu la dapat ke tak harga macam ni..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤