Tempat Menarik di Perak : Menara Condong Teluk Intan - Ana Suhana

Aug 1, 2017

Tempat Menarik di Perak : Menara Condong Teluk Intan


Tempat Menarik di Perak : Menara Condong Teluk Intan | Assalamualaikum. Wahh kejap je dah masuk bulan Ogos kan. Baru rasa nak rehat kan blog hari ni dari update apa-apa entri tapi memandangkan hari ni hari pertama bulan Ogos, so kenalah bersemangat untuk update entri baru kan. Kalau ikut rasa M tu memang lah bahaya sebab berjangkit penyakit M ni. Jadinya hari ni Ana nak cerita tentang salah satu tempat menarik di Perak iaitu Menara Condong Teluk Intan. 

Baca juga : Tempat Menarik di Perak : Taman Tasik Taiping


Tempat Menarik di Perak : Menara Condong Teluk Intan
Tempat Menarik di Perak : Menara Condong Teluk Intan

Ana ke sini hujung tahun 2015 rasanya. Masa tu bermalam di Sabak Bernam. Alang-alang daerah ni dah bersebelahan dengan Teluk Intan so panjangkan langkah ke sini. Lagipun tak pernah sampai ke sini lagi. Dari Sabak Bernam ke Teluk Intan dalam 40 minit juga lah ikut jalan kampung.

Korang tau tak asal usul nama Teluk Intan ni? Menurut Wikipedia nama asal Teluk Intan berasal dari 2 cerita yang berbeza. Cerita pertama mengatakan nama asal Teluk Intan ialah Teluk Mak Intan yang diambil dari seorang janda cantik bernama Mak Intan. Mak Intan ialah seorang saudagar yang berasal dari Sumatera dan merupakan peneroka yang membuka Teluk Intan pada abad ke-19. Satu lagi cerita mengatakan asal nama Teluk Intan berasal dari kejadian kehilangan cincin seorang gadis bernama Intan di dalam Sungai Perak ketika beliau mandi di sungai tersebut bersama rakan-rakannya. Cincin tersebut merupakan pemberian ibunya. Sejak tu di beri nama Telok Mak Intan. Kemudian nama Telok Mak Intan di tukar kepada Teluk Anson bersempena nama Jeneral Archibald Anson iaitu gabenor Inggeris yang datang ke sana pada masa itu. Pada tahun 1982, bandar ini sekali lagi di tukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan. Menarik kan!! 

Terdapat beberapa tempat menarik yang korang boleh singgah bila berada di Teluk Intan ni. Tapi tempat yang paling popular di sini ialah Menara Condong Teluk Intan atau nama lainnya Menara Jam Condong Teluk Intan. Fakta paling menarik tentang Menara Condong Teluk Intan  ni ialah ianya telah berusia 100 tahun dan mendapat jolokan menara condong kedua di dunia selepas Menara Pisa di Itali.


Tempat Menarik di Perak : Menara Condong Teluk Intan
Tempat Menarik di Perak : Menara Condong Teluk Intan
Kredit : Oh My Media

Asalnya Menara Condong ni adalah sebuah menara tangki air untuk menyimpan air bagi bekalan penduduk sekitar. Kemudian ianya dijadikan sebagai menara jam. Menara tiga tingkat ni di bina pada tahun 1885 dengan ketinggian setinggi 85 kaki dan terdapat 110 buah anak tangga. Arkiteknya merupakan orang Cina bernama En Leong Choon Cheong.  Kini menara ni hanya dijadikan sebagai tarikan pelancong di Teluk Intan.



Tempat Menarik di Perak : Menara Condong Teluk Intan
Tempat Menarik di Perak : Menara Condong Teluk Intan

Ada ke yang dah sampai ke sini juga? Orang kata tak dapat ke Menara Pisa di Itali tu dapat ke Menara Condong di Teluk Intan pun dah okey. Bangga tau negara kita ada menara condong juga. Cantik pula tu. 






16 comments:

  1. Saya belum sampai menara condong ni... power view, pandai sis ambik gambar...

    ReplyDelete
  2. Miza pun dah lama tak jejak sini, last sebelum kawin rasanya Teluk Intan pun dah semakin maju sekarang

    ReplyDelete
  3. tak pernah sampai lagi, teringin juga nak pergi nanti

    ReplyDelete
  4. Amboi bukan main lagi si bujang tu pose ha....akak tak pernah pi sini lagi

    ReplyDelete
  5. Dah ada dalam wishlist ni..cuma tak sampai lagi...teringin nak pergi Sis.,.huhuhu...

    ReplyDelete
  6. Sha selalu juga ke Teluk Intan ini..

    ReplyDelete
  7. cantik tempat ni.. tapi jauh sangat la pulak nak p nye.. insyaallah akan dtg kite terjah.. hehehe

    ReplyDelete
  8. Dah a few time pergi. Tapi tengok gambar atas tu rasa cantik sangat tempat ni..

    ReplyDelete
  9. lama gila zie tak mai sini..last dtg masa single, sekarang nak beranak pinak hahaa

    ReplyDelete
  10. Gamba cantik....model pulak hensem bergaya hihihi

    ReplyDelete
  11. Dulu akak sekolah kat Sek Men Convent Teluk Intan. Kampung akak kat Bagan Datoh. kalau balik kampung, rajin juga ke sini. Welcome to Teluk Anson! Hehehe...

    ReplyDelete
  12. alahai comelnyaaa budak tecikkk tu.. hehe.. busyra prnah kesini kak ana.. cntikk kan..

    ReplyDelete
  13. Mai pun tak pernah sampai ke sana, rugiiiii betul rasa.

    ReplyDelete
  14. Belum pernah singgah ke menara ni lagi.
    Suatu hari nanti mungkin.

    ReplyDelete
  15. Pernah pergi Perak sekali , tu pun urusan kerja ...
    tak sampai pula kat menara ni :( ... maybe one day, insya allah ....

    ReplyDelete
  16. Tak sampai lagi kat sini Ana....best jugakkan....berposing posing depan menara condong ni

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤