Makan-makan di Waroeng Penyet - Diary of Ana Suhana

Aug 10, 2017

Makan-makan di Waroeng Penyet


Makan-makan di Waroeng Penyet | Assalamualaikum. Wah dah 3 hari blog tak berupdate. Rasa macam lama sangat dah 3 hari tu. Weekend yang lepas ni Alhamdulillah Ana sekeluarga JJCM ke Taiping dan Cameron. Bawa mak ayah jalan-jalan. Line pula slow so nak update blog memang rasa malas sangat. Hanya sempat update IG dan Fb je. Tu pun jenuh nak tunggu fully upload. Trip ke Cameron dan Taiping nanti Ana cerita di entri akan datang. Memandangkan petang semalam baru sampai rumah dan En Suami pun agak keletihan so hari ni dia amik extra cuti. Jadinya kami ke The Curve dan Ikea untuk cuci mata. Sampai di The Curve cari kedai makan dulu sebab dah lapar. Tengok dekat direktori ada Waroeng Penyet so terus plan makan dekat sini.

Baca juga : Ayat Penyet AP Jawa vs Minang


Makan-makan di Waroeng Penyet
Makan-makan di Waroeng Penyet


Makan-makan di Waroeng Penyet

Masuk-masuk terus ke kaunter untuk order makanan. Selamat tak terus duduk tunggu waiter amik order. Kalau tak sampai berjanggut pun makanan tak sampai. Menu dekat sini ada dua versi juga. Versi satu versi penyet dan versi lagi satu versi grill. Dah nama nak makan ayam penyet, for sure lah Ana order versi penyet lah kan. Dan selesai order, sementara tunggu makanan tu sampai kita boleh amik sambal dekat kaunter yang di sediakan. Tu yang best dekat sini. Berapa banyak mana sambal korang nak, korang amik lah. Tapi jangan lah sampai membazir pula. Sambal ada 2 jenis. Satu yang mild satu lagi hot. Ikut korang nak yang mana satu. Ana macam biasa amik yang mild je sebab takut perut makin teruk.

Makan-makan di Waroeng Penyet
Makan-makan di Waroeng Penyet

1. Ayam Penyet - RM10.50 + Nasi - RM2

Makan-makan di Waroeng Penyet
Makan-makan di Waroeng Penyet
Ayam penyet ada 2 jenis iaitu satu bahagian paha lagi satu bahagian dada. Macam biasa kalau menu ayam ni En Suami lah yang punya. Dia order yang bahagian paha sebab memang part favorite kitorang pun. En Suami kata sedap ayam dekat sini. Garing sangat. Sambal pun sedap dari Ayam Penyet AP katanya.


2. Lele Penyet - RM9.50 + Nasi Putih - RM2

Makan-makan di Waroeng Penyet
Makan-makan di Waroeng Penyet
Hari ni masuk hari ke-4 berturut Ana makan keli. Tak tahu kenapa suka sangat makan keli ni. En Suami memang tak pernah dan tak kan makan keli. Haha. So dekat sini sekali lagi Ana order lele penyet. Macam ayam penyet atas ni, lele penyet dekat sini punya lah rangup. Memang licin Ana makan sampai tinggal tulang je. Makan pula dengan serdak rangup dia tu memang lagi masyuk lah kan. Nasi punya banyak tu boleh habis tanpa sedar.


3. Tempe Goreng - RM2.90

Makan-makan di Waroeng Penyet
Side menu Ana order tempe goreng. Satu set ada 4 ketul. Hantu tempe macam Ana memang wajib order extra. Nampak tempe tu macam kecik tapi bila makan dengan nasi dan ikan memang rasa banyak sangat. Puas hati sangat.


4. Kangkung Belacan - RM7.90

Makan-makan di Waroeng Penyet
Makan-makan di Waroeng Penyet
Side dish untuk En Suami. Banyak giler kangkung dia bagi sampai tak boleh nak habis walaupun rasa dia sedap. Kangkung belacan ni boleh makan untuk 3 orang tau.

Setiap menu penyet dekat atas akan datang dengan ayam/ikan plus seketul tempe dan tahu serta hirisan sayur kobis. Nasi putih pula memang harga lain. Dekat sini takde set menu  untuk weekdays lunch macam di Ayam Penyet AP. So nak tak nak memang kena add on nasi putih. Tapi at the end, semua pun berbaloi sebab sedap. Lepas ni nak try wang solo pula. Ramai kata sedap kan.



21 comments:

  1. Saya memang suka makanan style jawa ni macam ayam penyet... paling best kalau sambalnya sedap...

    ReplyDelete
  2. Semua nampak sedap kalau akak makan kat NuSentral ni kan sure amik sambal extra hot..kuar je dari restoran muka memasing merah...muahahaha

    ReplyDelete
  3. memang sedap nasi ayam penyet. selalu juga makan yang kat area jb ni


    Review saya amalkan Set Hamil Shaklee sepanjang hamilkan Lutfi

    ReplyDelete
  4. sdapnya kak anaaa. fevret la ni ayam penyet. tp tempat fevret busyra di wong solo shah alam.. arghh terus rinduuu :( huhu

    ReplyDelete
  5. perghhh nampak sedapp kak ana...haha

    ReplyDelete
  6. Ejaan dia memang waroeng eh...hihi...makanan dia nampak sangat menyelerakan tau =)

    ReplyDelete
  7. amboi sedapnya menu-menu dekat situ. Geram tgk lauk ayam, cicah dia tu dan tempe tu. sodap eh kak ana

    ReplyDelete
  8. Sdapnye tgok aym tu... Krup krappp x? Hihii

    ReplyDelete
  9. Wang solo tu di kampung baru ya sis...
    Sedapnya la...Ya Allah.....

    ReplyDelete
  10. sedapnya ayam penyet..saya suka wang solo

    ReplyDelete
  11. akak pun suka tempe...sedappnya, kangkung belacan tu pun nampak best, tak penah lagi try makan dekat sini

    ReplyDelete
  12. Fav ni ayam penyet. bgus btul leh refil sambal sebab reen kalo mkn nak pedas2.hehe

    ReplyDelete
  13. Sedappp. Favourite nii. Especially sambal tu. Memamng belaja buat sendiri sebab sedappppppppp

    // afifahaddnan

    ReplyDelete
  14. Mmg faveret ni. Tapi tak semua kedai sedap tang sambalnya. Hakak suka ayam penyet kat IoI Putrajaya. Bukan kedai kat bawah tp kat tingkat 3 tak silap

    ReplyDelete
  15. Harga dia okey juga. Sedap tgk ayam dan lele penyet tu. besar lak tu. kangkung belacan tu cam sedap juga. hihi. :D

    ReplyDelete
  16. selain kerjaya sebagai tour guide, akak juga merupakan sebuah restauran. ahhhhhhh mencik ahh lapar terus dah la favorite!
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  17. Ingatkan salah eja.
    Memang namanya Waroeng Penyet
    Nampak sedap2 makanannya

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤