Lazada Merdeka! Merdeka Blogger Contest - Ana Suhana

Aug 29, 2017

Lazada Merdeka! Merdeka Blogger Contest


Lazada Merdeka!  Merdeka Blogger Constest | Assalamualaikum. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Tahun ni dengan bangganya negara kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke-60. Dan bersempena dengan bulan kemerdekaan Ogos ni, Lazada dengan bangganya mengadakan Merdeka! Merdeka! Sales (http://www.lazada.com.my/merdeka-sale) yang berlangsung bermula 25 hingga 31 Ogos 2017 di mana diskaun istimewa sehingga 80% di tawarkan pada barangan-barangan terpilih. Bukan tu je, buat para blogger, Lazada turut menganjurkan blogger contest di mana 6 orang pemenang di cari dan hadiah utama yang ditawarkan berupa RM600 Lazada Shopping Voucher. Banyak tu. Syarat yang dikenakan pula sangat mudah. Hanya jawab soalan dekat bawah ni je. 

Lazada Merdeka!  Merdeka Blogger Constest 

Lazada Merdeka!  Merdeka Blogger Constest
Lazada Merdeka!  Merdeka Blogger Constest 

a) What do you love about being Malaysian?

Terlalu banyak sebab untuk Ana bangga dilahirkan sebagai seorang warganegara Malaysia. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, kita masih lagi mampu hidup harmoni dan bahagia sesama kaum. Walaupun berbeza dari segi agama dan kefahaman, kita masih saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Masing-masing bersatu hati dalam menjaga keharmonian negara. Ini dapat di lihat sepanjang Sukan Sea 2017 yang sedang berlangsung 2 minggu ni. Semua rakyat saling mendokong dan bersatu hati memberi semangat dan sokongan yang luar biasa kepada semua atlit Malaysia. Takde istilah satu kaum menyokong kaum mereka sahaja.

Hidup dalam masyarakat berbilang kaum membolehkan kita sama-sama berkongsi banyak perkara. Antaranya ialah berkongsi perayaan dan makanan. Setiap kali satu-satu perayaan itu disambut, kita boleh nampak kemeriahannya bila semua bangsa saling kunjung-mengunjungi dan saling bertukar makanan. Tu belum lagi bila buat open house kan. Semua ni tak dapat dekat negara lain. 

Nak tahu kita sayang atau tak jadi warganegara Malaysia ialah cuba travel ke negara orang. Bila berada di negara orang ni, baru lah kita rasa betapa beruntungnya kita duduk di Malaysia. Semuanya serba cukup. Semuanya serba sempurna. Masih boleh rasa selamat nak ke mana-mana. Setiap kali Ana travel ke luar negara, mesti tak sabar nak balik Malaysia. Rindu dengan suasana negara sendiri. Sebab tu I love being a Malaysian.


b)  Choose your favorite local brand

Banyak sebenarnya jenama tempatan yang jadi favorite Ana. Tapi yang paling Ana suka adalah jenama Carlo Rino sebab Ana antara pengguna jenama tempatan ni. Sebab utama Ana suka Carlo Rino ni sebab produk-produk dia semua tahan lama dan design pun cantik setanding jenama antarabangsa. Purse Carlo Rino yang Ana pakai sekarang ni dah hampir 4 tahun tapi masih nampak macam baru dan sikit pun tak lusuh.

c)  Select two products from the Malaysian brand that you love

i)  Carlo Rino Backpack

Lazada Merdeka!  Merdeka Blogger Constest
Carlo Rino Backpack

Sebagai seorang pengguna tegar backpack, sudah semestinya Carlo Rino backpack menjadi pilihan hati Ana. Ana suka sebab design beg ni sangat simple dan senang untuk digayakan. Material pun material yang baik. Dan yang penting boleh sumbat banyak barang dalam tu sebab ruang dalam backpack ni sangat besar.

ii)  Carlo Rino Top-handle Beg

Carlo Rino Top-handle Bag

Selain dari backpack, Ana minat sangat dengan handbags keluaran Carlo Rino. Design dan warna yang di tawarkan semuanya cun belaka. Harga pula sangat berpatutan lagi-lagi bila ada diskaun di Lazada. Beg ni menarik minat Ana sebab warna merah makngah yang sangat mengancam kalbu selain dari design dia yang  simple but elegance.

Amacam menarik kan barang-barang yang ada dekat Lazada ni. Kalau tertarik cepat-cepat masuk website atau aplikasi Lazada dan enjoy Merdeka! Merdeka! Sales (http://www.lazada.com.my/merdeka-salebermula 25 hingga 31 Ogos 2017. Rugi kalau tak terjah sebab semuanya murah-murah belaka. Happy shopping u olls and good luck pada semua yang masuk contest ni. Semoga ada rezeki kita semua. 


17 comments:

  1. Good luck!

    http://ceritaaisyaismail.blogspot.my/2017/08/kenapa-fashion.html

    ReplyDelete
  2. Good luck Ana. Sama la, dilah pun suka guna brg carlo rino sbb design cantik2 kan..

    ReplyDelete
  3. Gudluck ana, haha ...mrs pip pun pilih carlo rino juga ...

    ReplyDelete
  4. Cantik beg yang Ana pilih tu.. Semoga berjaya Ana..

    ReplyDelete
  5. All the best ana...akak ingat nak join..tp macam x cukup masa plak

    ReplyDelete
  6. Beg carlo rino mmg cantik2 kann.Good luck Ana. Tgh draft nk join jgk . 😊

    ReplyDelete
  7. good luck!masa tau Carlo Rino ni produk tempatan, impressed gila. sebab quality dan gempak setanding jenama luar

    ReplyDelete
  8. Carlo Rino memang terbaik. Handbag dorang cantik2 <3 Good luck ana :)

    ReplyDelete
  9. Good Luck, Ana.

    Point no satu tue Nadia agree dgn ana. Memang betul bila kita ke negara orang mmg tak sabar nak balik sebab banyak reason. Untuk nadia sebab reason nya tak sabar rindu dgn makanan Malaysia. Even travel ke Korea sebab makanan dorang tapi beberapa hari je confiem rindu sbb nak ayam goreng. Hihi

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤