Kembara Jom Jimat Elektrik - Ana Suhana

Aug 17, 2017

Kembara Jom Jimat Elektrik


Kembara Jom Jimat Elektrik | TELOK PANGLIMA GARANG, 27 JULAI 2017 – Seramai 26 orang pelajar dan 3 guru pembimbing dari SMK Telok Panglima Garang (SMKTPG), Kuala Langat, Selangor telah berkunjung ke Taman Seri Medan yang terletak di Telok Panglima Garang untuk menjalankan program Kembara Jom Jimat Elektrik sempena pertandingan Toyota Eco Youth (TEY) 2017. SMKTPG dipilih mewakili negeri Selangor dalam program tersebut di peringkat kebangsaan. Kumpulan pelajar dari SMKTPG yang dikenali sebagai Team Eco Panglima ini telah menjalankan program Kembara Jom Jimat elektrik selama 3 bulan.


jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Team Eco Panglima bersama guru pembimbing, Pn. Norazimah yang berdiri dua dari kanan

Meningkatkan kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan menjimatkan elektrik


Tujuan program Kembara Jom Jimat Elektrik ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk Taman Seri Medan tentang kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. Kesan penggunaan elektrik yang berlebihan ini membawa kepada pemanasan sejagat.

Menjadi tanggungjawab Team Eco Panglima untuk memberi kesedaran kepada penduduk setempat akan kesan negatif penggunaan elektrik yang berlebihan ini disamping memberi tips menjadi pengguna yang bijak kepada penduduk Taman Seri Medan. 

jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bersama salah seorang penduduk Taman Seri Medan ketika menjalankan soal selidik

Pn Norazima Abd selaku guru pembimbing Team Eco Panglima berkata: "Kami telah menyebarkan risalah tentang penggunaan serta kepentingan penjimatan elektrik kepada penduduk di Taman sri Medan tersebut. Di samping itu, kami juga menerangkan cara-cara untuk menjimatkan elektrik, seterusnya mengurangkan kadar bayaran bil elektrik".

jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bunting Kembara Jom Jimat Elektrik di Taman Seri Medan
"Melalui pemerhatian dan maklumat yang kami peroleh ketika pertama kali beramah mesra bersama para penduduk Taman Sri Medan, kadar bayaran bil elektrik mereka mencecah RM200 - RM500. Walau bagaimanapun, kami telah mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan jumlah bil tersebut. Lawatan kali kedua pada bulan Julai, kami memperoleh keputusan yang agak mengejutkan di mana terdapat penduduk yang berjaya mengurangkan jumlah bil mereka daripada RM500 kepada RM200 ke atas dengan menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan oleh kami."

Beliau mengakhiri wawancara dengan berharap agar lebih ramai lagi penduduk dapat mengurangkan kadar bayaran bil elektrik di samping dapat mengurangkan kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar.

23 comments:

  1. Bagus kempen macam ni.. kat rumah dilah bil elektrik biasa RM60-70 shj sebulan. jimat sbb tak pakai ekon kat rumah.. heehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murah sgt tu Dilah. Ana kena berjimat lepas ni. Boleh save duit juga kan.

      Delete
  2. bagus ada kempen jimat elektrik ni...
    mrs pip kat rumah pun memang try the best untuk jimat elektrik,
    every month bil letrik tak boleh lebih RM50.00 :) muehehe,
    now nak ty reduce lagi to RM40.00 per month ... hope mrs pip berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murah sgt tu Mrs Pip. Tahniah. Patut dicontohi kita semua ni.

      Delete
  3. Sama2 mendidik dan dididik...moga di praktikkan sentiasa..

    ReplyDelete
  4. sekolah anak buah akak nih, bagus kempen macam ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sgt bagus. Timbulkan kesedaran di sekolah hingga membawa ke rumah. Kena buat selalu kempen mcm ni kan kak.

      Delete
  5. Bagus kempen macam ni...semua kena jimat sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak. Kempen mcm ni kena ada selalu utk terus mengingatkan masyarakat kita yg sering terlupa.

      Delete
  6. Bagus program ni.. Masyarakat seharusnya lebih peka dengan pembaziran elektrik..

    Ramai orang mampu menjimatkan bil elektrik di rumah mereka setiap bulan, dan sekaligus menyelamatkan dunia ini dari pencemaran dan juga masalah rumah hijau yang disebabkan oleh pembaziran penggunaan sumber tenaga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrg ni rasanya ramai dah peka tentang penjimatan elektrik. Di tambah dengan tekanan ekonomi menyebabkan penjimatan elektrik dilaksanakan baik di rumah dan pejabat2.

      Delete
  7. Kadang- kadang kita x buat pun tips tu kan...pas tu bising bil letrik tinggi...bagus program ni mewujudkan kesedaran dikalangan masyarakat setempat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kak. Kena diingatkan selalu kita ni.

      Delete
  8. Bagus program seperti ni diadakan

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Bagus sgt kak long. Tambah tingkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya penjimatan elektrik.

      Delete
  10. Apa lah yang dibuat agaknya sampai cecah lima ratus tu isk iskk. Ira rasa kalau seratus pun dah rasa banyaknyaaaaa pakai bulan ni hahaha

    ReplyDelete
  11. jom jimat elektrik! mmg bagus kempen ni kan

    ReplyDelete
  12. Bagusnya mereka buat begini.. Membantu beri kesedaran..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤