Doa Hari Arafah Antara Waktu Doa Mustajab - Ana Suhana

Aug 31, 2017

Doa Hari Arafah Antara Waktu Doa Mustajab


Doa Hari Arafah Antara Waktu Doa Mustajab | Assalamualaikum. Amalan terbaik pada hari wukuf di Arafah adalah berdoa kepada Allah SWT.  Ia merupakan waktu berdoa yang paling mustajab dan yang paling dekat untuk dimakbulkan. Ini diriwayatkan dalam beberapa hadis sahih, antaranya ialah: 

“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah, “لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”.(Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu)" (Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi) 
"Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah ” (Hadis diriwayatkan oleh Malik)
Doa Hari Arafah Antara Waktu Doa Mustajab
Doa Hari Arafah Antara Waktu Doa Mustajab 

Wukuf pada hari Arafah dan doa mustajab ini adalah khusus kepada jemaah haji yang berada di sana di mana  amalan ini bermula selepas gelincir matahari pada 9 Zulhijjah sehingga tenggelam matahari waktu Maghrib.

* Di Arafah, waktu Asar hingga Maghrib pada tarikh 9 Zulhijjah 1438H hingga ke Maghrib bersamaan dengan pukul 8.48 malam -11.30 malam.

Walaupun wukuf dan doa mustajab adalah khususiyyat (perkara yang dikhususkan) untuk jemaah haji yang berada di Arafah, bagi umat Islam yang tidak mengerjakan ibadah haji, mereka boleh mengambil peluang dan kelebihan hari wukuf di Arafah ini untuk berdoa di tempat masing-masing sepanjang tempoh tersebut, berdasarkan zon waktu di tempat masing-masing, tanpa menghadkan tempoh berdoa kepada jam atau masa yang tertentu, bahkan digalakkan berdoa sepanjang tempoh berwukuf itu. Ini kerana tiada dalil khusus yang menghadkannya. 

Selain itu, umat Islam juga digalakkan untuk berpuasa pada hari Arafah sepertimana yang diriwayatkan dalam sebuah hadith: 

“Sesungguhnya Nabi SAW bersabda, berpuasa pada hari Arafah dihitung oleh Allah dengan meluputkan dosa setahun yang telah lalu dan dosa pada tahun akan datang” (Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)

Disediakan oleh:
Seksyen Syariah,
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
7 Zulhijjah 1438H / 29 Ogos 2017

23 comments:

  1. Selamat berpuasa.😊 mari kita doa bersama2

    ReplyDelete
  2. Selamat berpuasa. Semoga dimakbulkan segala doa :)

    ReplyDelete
  3. Salam aidiladha dan selamat hari merdeka. terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  4. Selamat menyambut hari kemerdekaan dan salam aidiladha.

    Perkongsian yang bermanfaat. Semoga doa-doa yang baik dimakbulkan.. Aamiin

    ReplyDelete
  5. Selamat berpuasa!Semoga doa kita semua dimakbulkan. InsyaAllah.

    Selamat menyambut hari kemerdekaan juga!

    ReplyDelete
  6. Jom doa banyak-banyak..moga Allah angkat doa-doa kita.

    ReplyDelete
  7. Salam Aidiladha buat sis ana sekeluarga.... nice sharing sis...

    ReplyDelete
  8. salam aidiladha kak anaaa.. semoga ukhwah kita smakin erat.. amin

    ReplyDelete
  9. tak dapat nak berpuasa sebab bendera merah. Selamat Hari Raya Aidiladha kak ana :D

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah..sempat juga berdoa apa yang patut

    ReplyDelete
  11. salam aidiladha sis ana dan kluarga =)

    ReplyDelete
  12. Mudah2an doa2 kita dimakbulkanNya.
    Ia syaa Allah

    ReplyDelete
  13. Subhanallah.. beruntunglah sesiapa pun yg dipanggil menjadi tetamuNYA. Semoga doa2 kita semua juga termakbul... aamiin. Salam Aidiladha :)

    ReplyDelete
  14. ana !!! terima kaish untuk info nya !! atie suka !!

    ReplyDelete
  15. abam kie pun ada berdoa selepas asar tanggal 9 Zulhijjah lps.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤