Ceramic Tile dari Printcious hadiah buat Suami - Ana Suhana

Aug 16, 2017

Ceramic Tile dari Printcious hadiah buat Suami


Ceramic Tile dari Printcious hadiah buat Suami | Assalamualaikum. Yeahhh Ana happy sangat sebab barang dari Printcious dah selamat sampai dengan jayanya. Kalau sebelum ni Ana ada share dengan korang tentang korang boleh DIY hadiah buat yang tersayang dengan Printcious, so hari ni Ana nak share hadiah yang Ana dah berjaya create and custom untuk dijadikan hadiah untuk En Suami iaitu ceramic tile.

Printcious
Packaging Printcious yang sangat kemas

Ceramic Tile dari Printcious hadiah buat Suami 


Kalau korang ke website Printcious ni kan, confirm korang akan rambang mata nak sebab terdapat banyak produk yang di tawarkan untuk korang pilih untuk di jadikan hadiah untuk yang tersayang atau untuk diri sendiri. Itu yang berlaku pada Ana. Berjam-jam duk belek satu-satu produk yang ada. Lepas satu satu ana godek tengok. Ikut hati semua pun Ana nak beli tapi kena ikut bajet yang Ana dah set. Maklumlah akauntan kan. Hehe.

Lepas pilih, godek, belek akhirnya Ana jumpa apa yang sesuai untuk di jadikan hadiah untuk En Suami. Taraaa.... Ceramic tile menjadi pilihan di hati. Kenapa Ana pilih ceramic tile ni ialah Ana kan baru balik bercuti dari Cameron Highlands minggu lepas. Dan sebagai tanda terima kasih dekat En Suami sebab bawa kami bercuti Ana nak lah jadikan percutian tersebut satu percutian yang indah. Jadi Ana create and custom gambar-gambar percutian tu di atas ceramic tile ni. Bolehlah En Suami letak atas meja belajar dan boleh pandang hari-hari. Untung-untung dapat pergi bercuti lagi kan.

Printcious
Ceramic Tile 

Ceramic tile yang Ana beli ni memang best sebab kualiti ceramic yang digunakan sangat baik dan gambar yang di cetak di atas tile pun sangat cantik dan jelas. Takde kabur-kabur langsung. Macam yang Ana punya ni saiz dia 15cm x 15cm. Berat pun berat so takde masalah nak risau ceramic tile ni jatuh kalau di tiup angin. Nampak kemas dan mahal. Memang sesuai untuk dijadikan hadiah. Nowadays mana ada dah orang print gambar then letak dalam bingkai gambar untuk di jadikan hadiah. Outdated sangat dah tu. Why not kan korang cuba print gambar dengan produk-produk di Printcious. Memang puas hati. Percayalah! Just upload gambar dan susun ikut kreativiti korang.

Haaa ada lagi satu barang yang Ana order dengan Printcious ni. Sebagai pengumpul tegar FM,  wajib lah untuk tambah koleksi FM yang ada dekat peti ais tu. So Ana beli satu FM dan letak gambar kenangan semasa di Korea dalam tu. Puas hati bila dapat create FM sendiri.

Printcious
Fridge Magnet

Untuk pengetahuan korang, FM dekat Printcious ni ada beberapa bentuk. Ada segi empat, bulat, heart dan oval. Pilih lah yang mana korang suka. Macam Ana punya, Ana pilih segi empat. Di perbuat dari kayu berkualiti dan eco-safe. Saiz FM ni 60mm x 60 mm x 6mm dan tebal 5.2mm. Memang melekat kuat dekat peti ais tu. Tak risau akan jatuh semua.

Haaa ada lagi satu barang yang Ana order dengan Printcious ni. Sebagai pengumpul tegar FM,  wajib lah untuk tambah koleksi FM yang ada dekat peti ais tu. So Ana beli satu FM dan letak gambar kenangan semasa di Korea dalam tu. Puas hati bila dapat create FM sendiri.
Barang-barang di balut dengan sangat baik

Overall Ana memang puas hati dengan servis dan hasil Printcious ni. Yang best servis penghantaran sangat cepat tau. Ana order Khamis lepas belah petang pula tu, hari sabtu dah dispatch keluar dan isnin dah selamat sampai dekat rumah. Kurang dari 4 hari bekerja. Packaging pun kemas dan barang-barang di balut dengan sangat baik. Tak perlu risau barang pecah dan sebagainya. Syabas Printcious for the good job. Definitely akan repeat beli lagi in future. Untuk maklumat lanjut korang boleh lah terjah laman sosial Printcious di bawah ni :




41 comments:

  1. Alaaa...sweet sgt...ntah kenapa website online shopping la ni opis blocked..nyampah..nak order jugak

    ReplyDelete
  2. Wah cantiklah.. nak order juga nanti

    ReplyDelete
  3. Alahaiii sweetnya Ana. Dulu rajin lukis sndiri kat tiles then jual terutama utk birthday ngn perpisahan. bila ade semula cm ni cntik

    ReplyDelete
  4. Cantikla ana..lina pun tgh usha2 jugak ni...

    ReplyDelete
  5. cantik la Ana.. memang sesuai kita buat DIY gift gambar2 percutian kita kan.. ada la kenangan nanti kannn

    ReplyDelete
  6. ceramic tile tu cantik..dlu2 kt central market byk la camni kn tp yg jenis lukis2 utk dijadikan cenderahati..yg FM tu best...dlu ada tempah juga online tp bkn jenis mcm kayu jenis yg mcm rubber so lekat je kt peti ais ataupun board kt meja opis

    ReplyDelete
  7. coemlnya frame kak.. yang kat korea tu..so jeles,.,,,,

    ReplyDelete
  8. cantikk..akk tak guna lagi voucher tu...

    ReplyDelete
  9. cntik la kak anaaaa. comel.. hehe busyra ada buat totebag tp x smpai lg. hehe

    ReplyDelete
  10. Cantiknyaaaa. Buat collage2 camtu, nice! Boleh tempah kat Printcious nanti

    ReplyDelete
  11. Bestnya boleh customize sendiri 😍
    cantikk

    ReplyDelete
  12. uikk cam beso jerk ceramic tu... cantik.. lea dok order bantal jerk..

    ReplyDelete
  13. Cantik la Sis...sekarang macam-macam cara untuk kita hardcopy memory kan...

    ReplyDelete
  14. Cantiknya. Dah la boleh customize. Boleh la tempah kat sini nanti..

    ReplyDelete
  15. cantiknya ana... bset lak tgk leh deco sdiri...

    ReplyDelete
  16. Wah cantiknya...bila deko sendiri lg puas ati kan

    ReplyDelete
  17. Suwit la ceramic tiles tu...masuk wishlist lah 😘

    ReplyDelete
  18. Cantik lah pulakkk berkenan tengok

    ReplyDelete
  19. betul tu.. memang cantik printing printcious ni dan tak kabur sikit pun :D

    ReplyDelete
  20. memang cantik ceramic tile ni. mesti happy je hubby terima hadiah ni kan. hehe

    ReplyDelete
  21. Memang nampak cantik Sgt dengan gambar2 tu

    ReplyDelete
  22. waaa lawanya!!! ni yang buat nak godek2 jgak printcious.

    ReplyDelete
  23. Cantik..
    Mrs pip pun order juga FM tu last week, tapi tak sampai lagi ... maybe this week.
    since mrs pip till ada extra voucher, lepas ni maybe nak buat yang ceramic tile pula, menarik pula mrs pip nengok yang ada tunjukkan tu ... thanks sharing this entry ...

    ReplyDelete
  24. Cantiknya sis Ana ceramic tu... berkenan lah pulak...

    ReplyDelete
  25. Jauh betul ana suhana berjalan ya

    Sampai ke korea selatan nun sana

    Cameron highland tu rasanya kat lavender farm kan

    Kami baru pergi minggu lepas

    kaki sakit tak hilang lagi ni

    ReplyDelete
  26. Nice... Pernah gak bukak ig dorang ni... Konon2 nak buat mug husband wife... Last2 sampai sekarang tak terorder... Kikiki

    Jemput jalan ke blog saya...

    https://sihatbertenagabyfarhah.wordpress.com/2017/08/13/pengalaman-puan-yaya-naikkan-hb/

    ReplyDelete
  27. FM tu nampak ekslusif sangat kak. Boleh buat kenangan muka sendiri lepas ni. Ira pun pengumpul tegar FM hihi

    ReplyDelete
  28. meanrik nya. Suka yang FM tue boleh buat gambar kita <3

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤