Resipi : Sup Tulang Rusuk Sedap dan Mudah - Diary of Ana Suhana

Jul 2, 2017

Resipi : Sup Tulang Rusuk Sedap dan Mudah


Resipi : Sup Tulang Rusuk Sedap dan Mudah |Assalamualaikum. Sekejap je dah masuk raya ke-8 kan. Ana pasti mesti ramai yang dah muak kan makan nasi impit, lemang, ketupat, rendang semua kan. Ana hari ke-4 dah cari nasi. Rindu giler rasanya bila tak jamah nasi. Hehe. Makanya raya ke-4 tu kami mereneh sup di rumah mak. Memang melazat masing-masing makan. Daging dekat tulang tu pula bukan main lembut lagi. Tinggal tulang je dalam pinggan pengakhirannya. Nak jadi kan sedap lagi ada pula cili kicap tu kan. Peluh merecik-recik tak jadi penghalang. Ni Ana share resipi sup tulang rusuk sedap dan mudah cara penyediaannya. Try lah nanti ye. 
Resipi Sup Tulang Rusuk Sedap dan Mudah
Resipi Sup Tulang Rusuk Sedap dan Mudah

Resipi Sup Tulang Rusuk Sedap dan Mudah

Saiz hidangan : 5-6 orang

BAHAN-BAHAN

1. Tulang Rusuk - 1kg
2. Sup Bunjut - 1 pek
3. Halia - sedikit *
4. Bawang Putih - 3-4 ulas *
5. Serbuk Perencah Sup Babas / Adabi - 1 pek kecil
6. Daun sup dan daun bawang

* di tumbuk halus


CARA-CARA

1. Rebus tulang bersama-sama sup bunjut dan bahan-bahan yang di tumbuk. 
2. Kemudian bancuh serbuk perencah sup dengan air rebusan tulang sedikit dan masukkan bancuhan perencah sup tu ke dalam rebusan tulang tadi.
3. Masukkan sedikit garam dan aji. Kacau rata dan rebus tulang sehingga empuk dengan api sederhana. (Kira-kira dalam 1.5 jam).
4. Hiris daun sup dan daun bawang dan hias di atas sup ketika di hidang.


NOTA TAMBAHAN


1. Cili kicap tu pun senang buat. Amik beberapa biji cili api dan bawang putih. Kemudian kisar halus. Masukkan dalam bekas, masukkan kicap, sedikit cuka dan gula. Kacau rata dan siap.

16 comments:

  1. my fevret kak anaaaaa... nak sikitt. hehe

    ReplyDelete
  2. Letak sambal kicap... sedap sangat... sambil meleleh hingus makan...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih ana.
    Nak cuba ni.
    Harap2 jadi sup.

    ReplyDelete
  4. memang kena sangat sup dengan cili kicap, Perghhhh

    ReplyDelete
  5. Ya Allah Ana!! Sedapnyaaaaa! Favourite Siqah nie

    ReplyDelete
  6. Sedapnya Ana.. Cicah roti best nie..

    ReplyDelete
  7. sedap ni...lps raya ni muak makan mknn bersantan..so masak yg sup2 & singgang jer la..hihi

    btw, selamat hari raya maaf zahir dan batin yer sis <3

    ReplyDelete
  8. Akak suka tapi dah umur meningkat ni tak leh makan selalu...bahaya

    ReplyDelete
  9. Nampak menyelerakan tambah kaw campur cili kicap tu

    ReplyDelete
  10. Walaupun saya tak berapa pandai nak makan sup tulang tapi nampak sedap aje.. =)

    ReplyDelete
  11. btl btl masa2 nak ujung ni mmg da xlalu tgk nasi impit tp ju ttp juga mcari kalo sbelah malam haha. tp ari tu, raya kedua ju dah mula mencari sup2 bagai ni kalo beraya. nafsu nak makan tu juga makin mbuak2.. Ya Allah xD

    ReplyDelete
  12. Nampak simple je menu tapi kemain sedapp menambah nasikla kalau dapat lauk macam ni 😂😍

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤