Komonoya Kedai Barangan Jepun pada harga RM5.90 di Quill City Mall



Komonoya Kedai Barangan Jepun pada harga RM5.90 | Assalamualaikum. Semalam Ana ke Quill city Mall untuk window shopping dan lunch. Tengah-tengah jalan ternampak satu kedai yang menarik perhatian Ana untuk masuk iaitu Komonaya Kedai Barangan Jepun pada harga RM5.90. Kedai ni lebih kurang macam Daiso jer konsep dia. Haa Daiso pun ada di mall ni juga tau cuma berlainan level. Sebab Daiso tu dah selalu sangat Ana pergi, so semalam tak masuk pun ke Daiso.


Sebenarnya ni kali ke-2 Ana ke sini dalam masa seminggu. Ni semua gara-gara terjebak dengan drama Hero Seorang Cinderella. #Fattzura sangat katanya. Padahal sebelum ni tak hairan pun nak singgah kalau lalu Jalan Sultan Ismail tu. Memandangkan mall ni baru di buka dan dikenali, masih banyak kedai kosong dan dalam prises untuk di buka. Dan orang pun tak berapa ramai. Memang selesa lah nak berjalan dan shopping. Tak lah serabut mata tengok karenah orang. Hehe. Antara yang ada dekat mall ni ialah Aeon (3-4 tingkat), MPH, Guardian, Food Court, Aeon Supermarket, GSC, Celebrity Fitnee dan pelbagai restoran di tingkat bawah. Kali pertama pergi masa raya ke-6 so masih lah ada deko raya dekat bawah tu. Semalam pergi kosong sekosongnya. Boleh main kejar-kejar sebab luas sangat.
Quill City Mall, Kuala Lumpur
Quill City Mall, Kuala Lumpur

Komonoya Kedai Barangan Jepun pada harga RM5.90

Berbalik pada cerita utama, lepas makan dan shopping, masa nak turun level by level Ana ternampak kedai Komonoya ni. Terus ajak En Suami masuk. ICYMI,  pada awalnya Presiden Fumio Hiraoka telah menubuhkan kedai 100 yen pada tahun 1995. Kemudian pada tahun 2009, buat pertama kalinya jenama antarabangsa KOMONOYA di perkenalkan di Thailand. Pada tahun 2013, KOMONOYA di buka di Malaysia bertempat di IOI Mall Puchong hasil usaha sama dengan Harrisons Sdn Bhd dan membentuk Watts Harrisons Sdn Bhd. Harga jualan pada masa itu ialah RM5 setiap barang. 
Komonoya Kedai Barangan Jepun pada harga RM5.90
Komonoya Kedai Barangan Jepun pada harga RM5.90
Terdapat 6 kategori barangan di jual di kedai ni. Antaranya ialah barangan masakan seperti pinggan mangkuk, sudu, senduk dan banyak lagi. Ana tak boleh tengok barangan dapur ni mesti nak beli selalu. Selamat lah boleh control nafsu serakah ni lagi. Haha.
Komonoya Kedai Barangan Jepun pada harga RM5.90
Komonoya Kedai Barangan Jepun pada harga RM5.90
Tak sah kalau kedai macam ni takde frame gambar kan. Kalau dulu masa sekolah, asal nak bagi hadiah dekat kawan-kawan mesti beli frame. Tapi masa tu mahal juga harga frame. Ke sebab masa tu masih sekolah takde duit sendiri semua pun rasa mahal. Sekarang senang, kalau anak-anak nak beli hadiah nak bagi kawan atau ada aktiviti tukar hadiah, bawa je ke kedai macam ni, macam-macam dorang boleh pilih. Harga dah tentu murah. Tak lah risau koyak poket. Hehe.
Komonoya Kedai Barangan Jepun pada harga RM5.90
Komonoya Kedai Barangan Jepun pada harga RM5.90
Barang untuk berkebun pun ada juga. Ni kalau ayah Ana tengok mesti semua pun dia nak beli. Maklumlah sekarang ni dia tengah "kemaruk" berkebun dekat belakang rumah. Sempatlah syafi beli bekas siram air bentuk gajah atas ni kononnya nak tolong atuk berkebun. Mesti atuk pening nak layan budak kecik ni nanti. Bukan main dia jaga kebun tu tau.
Komonoya Kedai Barangan Jepun pada harga RM5.90
Komonoya Kedai Barangan Jepun pada harga RM5.90
Barang untuk make up pun ada tapi tak banyak. Barang-barang macam sikat, penyepit dan getah rambut pun ada juga. Ana sempat lah rembat 2 berus make up untuk tambahan yang sedia ada. Sesuai lah untuk orang yang "rajin" make up macam Ana ni.

Barang untuk deko dan stoking juga ada dekat sini. Kedai dia tak besar mana pun tapi kalau ralit belek satu persatu boleh jadi berjam juga lah. Harap yang menjadi peneman bertabah. Hehe.


Pada yang duduk dekat area KL kalau tak tahu nak merayap mana masa weekend, boleh lah jalan-jalan dan tengok wayang bawa anak isteri suami ke sini. Selesa sangat. Aircond bukan main sejuk lagi especially dalam area Aeon tu. Nak makan pun banyak restoran boleh pilih. Ada The Chicken Rice Shop, The Manhattan Fish Market, Dubuyo pun ada. Kluang Cafe dan Sushi King pun sama. Senang korang tengok je dekat direktori atau dalam laman web Quill Mall City. 



Komonoya Kedai Barangan Jepun pada harga RM5.90 di Quill City Mall Reviewed by Ana Suhana on July 10, 2017 Rating: 5

18 comments:

  1. wah menariknyer shopping sini

    ReplyDelete
  2. NAampak comel ja barang2 di Komonoya tu 😍

    ReplyDelete
  3. wahh, menarik. kedai jepun ni tumbuh macam cendawan juga yer...macam2 jenis kedai jepun dah IQ dengar. nais2..

    ReplyDelete
  4. Lebih kurang Daiso la yek.. macam2 ada tu.. Kalau pegi ni, memang semua nak beli kalau boleh..

    ReplyDelete
  5. boleh tak nak rindu jalan-jalan kat sini. dulu selalu lepak sini sebab dekat dgn kolej. dekat sgt naek moto je kadang2 tu nak cari barang. haha. kalau ada offer subway ke manhattan ke kamila yg akan menapak sana. komonoya ni pon selalu kena "lawat" sebab rm5.90 je. lol.

    // afifahaddnan

    ReplyDelete
  6. menarik ni ana.. tp tak banyak cawangan lagi kan?

    ReplyDelete
  7. Seronoknya tengok barang-barang kat sini. tgk gambar je pun dah rambang mata. ni kalau pergi tataw lah cane. hihi

    ReplyDelete
  8. boleh meroyan kalau pi, semua pun rasa nak beli

    ReplyDelete
  9. selamat pagi kakak cantik. fuhhh rambang mata tau nak pilih. kena bebetul estimate duit kalau masuk kedai macam nih.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  10. Seronoknya...cute pulak penyiram air gajah tu...hikhikhik...

    ReplyDelete
  11. Saya suka shopping kat komonya ni sebab murah tapi saya selalu pergi kat putrajaya je la

    ReplyDelete
  12. Murahnya.... geram tgk barang2 tu....

    ReplyDelete
  13. Mujur la kat sini xde kedai ni. Kalau tak mau tiap2 minggu singgah.hee..yg ada kedai mr.diy ni pun da ase gilaaa kalau masuk kedai dia inikan plak yg murah2 ni

    ReplyDelete
  14. Hihi. Siqah pun nanye nak pergi Quill Mall jugak sebab terjebak dengan HSC. Masih tak bekesempatan nak pergi, encik suami malas bawak. Hehe. Kalau pergi, Siqah singgah kedai ni gak nanti -)

    ReplyDelete
  15. quill mall ni tempat dlm citer hero cinderella tu kan ?
    familiar nama nyer, ana.

    ReplyDelete
  16. Sha suka masuk kedai-kedai cengginie.. Cuci-cuci mata..

    ReplyDelete
  17. Byk nya barangan ! mcm MR D ju tgk

    ReplyDelete
  18. Saya pun selalu jugak beli barang kat sini, sebab harganya murah dan comey2 jea barangan dia.. =)

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.