Kafe Restu Resipi, Kafe Wajib Singgah di Kenanga Wholesale City - Diary of Ana Suhana

Jul 3, 2017

Kafe Restu Resipi, Kafe Wajib Singgah di Kenanga Wholesale City


Kafe Restu Resipi, Kafe Wajib Singgah di Kenang Wholesale City | Assalamualaikum. Selamat hari Isnin korang. Dan selamat bekerja pada yang baru mulakan tugas hari ni. Kejap nya masa berlalu. Baru je Isnin lepas Ana sakan beraya tup tup dah masuk Isnin hari bekerja hari ni. Rumah pun kembali sunyi bila en suami dan masuk opis. Bestnya lah kalau dia dapat cuti lama-lama. Boleh lah merayap sana jalan jalan cari makan dekat mana-mana. Hehe. Bercakap pasal makan-makan, hari ni Ana nak share dengan korang satu kafe yang wajib Ana singgah bila shopping di Kenanga Wholesale City (KWC) iaitu Kafe Restu Resipi.

Bace juga : Kedai Kopi O, Kenanga Wholesale City

Kafe Restu Resipi, Kafe Wajib Singgah di Kenanga Wholesale City

Ada tak yang macam Ana suka shopping di KWC? Kalau ada kita geng. Hehe. Maybe ada yang kata kualiti barang-barang di sini tak berapa ok tapi kalau korang betul-betul cari boleh je dapat barang-barang yang elok dan baik pada harga yang sangat berpatutan. Ana selalunya suka shopping baju lah dekat sini. So far semua baju yang Ana pakai semuanya beli di sini dan semuanya ok sampai sekarang. 

Salah satu sebab utama Ana suka shopping di KWC ni ialah sebab rasa selesa sangat. Kalau sebelum ni Ana suka ke Jalan TAR, tapi sejak 3 tahun lepas Ana lebih gemar ke sini. Memandangkan Ana bawa Syafi, semestinya Ana akan pikir keselesaan si kecil ni. Sebab semua kedai di sini di dalam bangunan, so takde masalah panas lagi dah. Fully aircond dalam bangunan ni. Syafi pun bebas jalan ke sana sini. Fasiliti dekat sini pun best. Tandas bersih, tempat parkir banyak, surau ada, perkhidmatan lif dan escalator baik, food court dan kedai makan pun ada.

Salah satu kedai makan yang ada di sini ialah Restu Resipi. Selalu Ana akan lunch di sini dulu sebelum mula shopping. Kalau pergi lambat sikit, confirm penuh kedai ni. Masa mula-mula dulu tak lah ramai sangat makan dekat sini macam sekarang.
Kafe Restu Resipi, Kafe Wajib Singgah di Kenanga Wholesale City
Kafe Restu Resipi, Kafe Wajib Singgah di Kenanga Wholesale City
Menu dekat sini kebanyakan menu bergoreng macam nasi goreng dan mee goreng. Tapi ada juga menu lain seperti nasi kukus ayam berempah, mee bandung, mee hailam dan set roti. Untuk menu kali ni Ana order 2 nasi goreng dan 1 bihun goreng.

Menu 1: Nasi Goreng Cina

Kafe Restu Resipi, Kafe Wajib Singgah di Kenanga Wholesale City
Kafe Restu Resipi, Kafe Wajib Singgah di Kenanga Wholesale City
Menu untuk Syafi sebab tak pedas. Budak kecik ni tak boleh rasa pedas sikit nanti dia punya lakonan bukan main lagi. Nak elak dari dia tak nak makan, so Ana order satu menu khas untuk dia. Hampir separuh nasi ni Syafi makan. Kena lah dengan selera dia tu.

Menu 2: Nasi Goreng Kampung

Kafe Restu Resipi, Kafe Wajib Singgah di Kenanga Wholesale City
Kafe Restu Resipi, Kafe Wajib Singgah di Kenanga Wholesale City
Menu untuk daddy Syafi. Nasi goreng kampung dekat sini agak pedas. Tak macam dekat kedai lain yang kalau nak pedas kena order nasi goreng cili api. Sebab tu Syafi tak boleh kongsi nasi goreng ni. Siapa yang suka nasi goreng kampung yang agak pedas, boleh lah try makan dekat sini.

Menu 3: Bihun Goreng

Kafe Restu Resipi, Kafe Wajib Singgah di Kenanga Wholesale City
Kafe Restu Resipi, Kafe Wajib Singgah di Kenanga Wholesale City
Menu ni untuk Ana. Konon tak nak makan nasi sebab berat, sekali bihun ni pun sama. Takde beza pun. Kalau tau, kongsi je nasi dengan Syafi. Tapi berat-berat pun habis licin sepinggan. Hehe. 

Kseluruhan Ana puas hati makan dekat sini. Sebelum ni pernah bawa mak dan MIL ke sini, 2-2 pun puas hati. Cuma harga agak mahal sedikit kalau compare dengan kafe dekat luar sana. Tapi bagi Ana janji service bagus dan makanan sedap, harga belakang kira.

Kafe Restu Resipi, Kafe Wajib Singgah di Kenanga Wholesale City
Kafe Restu Resipi, Kafe Wajib Singgah di Kenanga Wholesale City
Korang kalau ke KCW nanti boleh lah singgah ke Kafe Restu Resipi ni. Terletak dekat Ground Floor sederet dengan 7E. Boleh duduk di bahagian luar atau dalam. Pilih mana yang korang suka. InsyaAllah service cepat dan memuaskan.

13 comments:

  1. Siqah pernah dua kali je rasanya ke KWC. Murah2 kan kat sana. siqah suka tau gambar yang Ana ambil. Semua nampak menyelerakan je 😍

    ReplyDelete
  2. Lama tak jalan dekat KWC ini.. Sha pernah pergi dua ke 3 kali je.. Tapi tak pernah makan kat sini..

    ReplyDelete
  3. Nampak macam menyelerakan sangat ni kak! rasa terliur pula tengah malam ni hihi.
    Selamat hari raya kak.

    ReplyDelete
  4. Platting dia menarik... Nampak makanannya pun sedap ajerk..

    ReplyDelete
  5. Cantik pinggan dia, besar.... saya suka pinggan besar2...

    ReplyDelete
  6. Wow, menu yang menarik kalbu.. =)

    ReplyDelete
  7. syafi mama pun tak suka pedas.. makanan dia cam budak2 aje hihi

    ReplyDelete
  8. menarik tu...tapi akk xpernah pulak cuba masa kesana...cuma minum coffee jer..mungkin boleh dicuba kot nanti..

    ReplyDelete
  9. Masa ke sana Ju xda singgah makan, abis masa sehari round cuci mata + shopping xingat nak makan xD

    ReplyDelete
  10. Alaa..lapar plk tgk menu ni mlm2...nnt nk pegi la kwc...

    ReplyDelete
  11. Ni belah bawah ye Ana. Hari tu mcm perasan jugak ramai orang kat kedai ni tp tak perasan pulak nama kedai dia apa.

    Nampak menarik jugak makanan dia tu... Bolehlah try nanti kalau pergi lagi

    ReplyDelete
  12. Ok akak ada cadang nak pi KWC ni...nanti akak pi makan kat sini eh...

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤