Hikmah Rumah didatangi Tetamu


Hikmah Rumah didatangi Tetamu l Assalamualaikum. Musim-musim perayaan ni, Ana confirm mesti rumah korang sentiasa didatangi oleh saudara mara dan sahabat taulan kan. Kadang-kadang tu tak putus-putus tetamu yang datang. Tak sempat nak rehat punggung orang kata. Peluh pun tak habis kering lagi. Penat jangan cakap lah kan. Pinggan mangkuk sentiasa penuh dekat singki. Hehe. Nak buat macam mana, raya kan setahun sekali. Jangan mengeluh tau sebab ada hikmah rumah didatangi tetamu. Sebab tu teringin nak buat rumah banglo sendiri, boleh buat ruang tamu kita besar sikit. kat bawah tu ada guest bedroom. Senang dan selesa untuk tetamu yang berkunjung. Nak dapat rumah macam ni kenalah buat perancangan kewangan yang baik dari muda. Boleh baca di dawaibesi untuk panduan lengkap. Nak tau apa hikmah tu, jom baca satu kisah ni. Lepas tu korang pasti akan sentiasa mengalukan tetamu ke rumah korang.

Hikmah Rumah Didatangi Tetamu


hikmah Rumah Didatangi Tetamu
Hikmah Rumah Didatangi Tetamu
Seorang perempuan mengadu kepada Rasulullah s.a.w. tentang perihal suaminya yang suka menjemput tetamu ke rumah. Si isteri sangat penat menghidangkan makanan dan melayan tetamu. Perempuan tadi pun pulang ke rumah tanpa sebarang jawapan daripada Rasulullah s.a.w.. 
   
Tidak berapa lama kemudian Rasulullah s.a.w. memberitahu kepada suami perempuan tadi bahawa dia akan ziarah ke rumahnya. Lalu suami tadi pun memberitahu kepada isterinya bahawa pada hari ini kita ada tetamu istimewa yang akan datang. Isterinya bertanya:

"Siapakah tetamu itu?"

Maka dijawab olehnya bahawa tetamu itu adalah Rasulullah s.a.w.. Isteri tadi sangat gembira mendengar berita tersebut. Lalu dia pun menyediakan makanan yang lazat dan sedap-sedap untuk Rasulullah s.a.w.. 

Ketika Rasulullah s.a.w. hendak pulang. Baginda memberitahu kepada suami tadi supaya memberitahu isterinya supaya melihat dipintu ketika baginda keluar.

Kemudian isterinya pun melihat ke pintu semasa Rasulullah s.a.w. keluar.

Dilihatnya binatang-binatang seperti lipan, kala jengking dan segala yang memudaratkan ikut keluar bersama Rasulullah s.a.w.. Beliau sangat terkejut lalu Rasulullah s.a.w berkata kepadanya:

"Demikianlah yang berlaku setiap kali tetamu menziarahi rumah seseorang."

Apabila tetamu kita pulang, akan keluar dari rumah kita segala bentuk bala, kemudaratan, binatang-binatang yang menyakitkan dan penyakit dari rumah kita. 

Rumah yang sentiasa diziarahi tetamu ialah rumah yang disukai oleh Allah s.w.t. Turunnya rahmat dan barakah dari langit.

Oleh itu, kita kena sentiasa bersyukur bila rumah kita sentiasa di datangi tetamu. Jangan risau atau mengeluh, tak kan berkurang sedikit pun rezeki yang di kongsi bersama tetamu. Hidang apa yang ada dengan seikhlas hati, sentiasa hormati dan mengalukan kedatangan mereka kerana melayani tetamu merupakan salah satu ibadah. InsyaAllah semuanya ada ganjaran disisiNya. 
Hikmah Rumah didatangi Tetamu Reviewed by Ana Suhana on July 05, 2017 Rating: 5

15 comments:

  1. Tetamu juga adalah rezeki 😊 Seronok layan tetamu walau dalam hati duk fikir sedap ke makanan yang hidang ni😅

    ReplyDelete
  2. Thanks sharing dear...
    Baru tau ttg hal yg ini...

    ReplyDelete
  3. Allahuakhbar ! begitu istimewanya kehadiran tetamu

    ReplyDelete
  4. Ooo baru tahu tentang hikmah bila tetamu datang ke rumah kita, thanks untuk info nie kak Ana.. =)

    ReplyDelete
  5. Bagusnya perkongsian ni ana... Terima kasih sebab kongsikannya disini.. :)

    ReplyDelete
  6. Thanks for sharing. Baru tau betapa besarnya hikmah rumah didatangi tetamu 😊

    ReplyDelete
  7. Nice sharing ana...mai la datang bangi hihi

    ReplyDelete
  8. Itulah banyak hikmah nya bila rumah selalu didatangi tetamu ini.

    ReplyDelete
  9. seronok bila tetamu datang rumah kan ana.. tetamu yg datang pun bawa rezeki utk tuan rumah..

    ReplyDelete
  10. Hebatnya hikmah menerima tetamu ni ye. Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  11. Betullah Ana.... syaitan ni mmg jahat betul, suka nau menghasut kita mcm mcm. Nak nak bila kita tengah rehat rehat tu, mulalah rasa tetamu ni melecehkan, nak masaklah, apalah....

    Tulah tu....kena ubah minda lepas ni. Jangan lepaskan peluang yg Allah janjikan tu...

    ReplyDelete
  12. Menerima tetamu kenalah gembira namun tetamu juga haruslah mengetahui adab mengunjungi..

    ReplyDelete
  13. SubhanAllah besar hikmabnya tu.. adab sebagai tuan rumah, jangan berkira dengan tetamu yang datang.. insyaAllah rezeki pun bertambah berkat 👍😊

    ReplyDelete
  14. in shaa Allah kita akan lebih hargai tetamu.
    dulu aida kurang suka terima tetamu, sebab tak pandai masak.
    now dah ok.
    dah selesa masak walaupun org tu inform last minit.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.