Coklat Tarbiah : Ada Apa Dengan Sedekah? - Diary of Ana Suhana

Jul 28, 2017

Coklat Tarbiah : Ada Apa Dengan Sedekah?


Coklat Tarbiah : Ada Apa Dengan Sedekah? | Assalamualaikum. Salah satu ibadat sunat yang sangat di galakkan untuk kita lakukan terutamanya pada hari jumaat ialah dengan bersedekah. Ada apa dengam sedekah? Bersedekah merupakan salah satu sunnah Baginda Nabi Muhammad s.a.w.. Jadi bersedekahlah sebagai tanda kecintaan kita kepada Baginda. Kalau sunnah-sunnah Baginda yang lain susah kita nak buat, sekurangnya dengan bersedekah membolehkan kita beroleh syafaat Baginda di sana nanti.

Baca juga : Coklat Tarbiah : Cinta Nabi
Coklat Tarbiah : Ada Apa Dengan Sedekah
Coklat Tarbiah :
Ada Apa Dengan Sedekah


Coklat Tarbiah : Ada Apa Dengan Sedekah?


قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ ۚ وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ ۖ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki".

(Surah Saba', Ayat 39)

Rata-rata dari kita bila di ajak untuk bersedekah, terlalu banyak alasan di beri. Hakikatnya di dalam hati kita ni dah tertanam perasaan takut yang harta atau duit kita akan habis sehingga boleh jatuh miskin bila bersedekah. Sedangkan kebenarannya ialah semakin banyak kita memberi semakin banyak kita akan menerima.

Jimat itu bukan kedekut. Tapi tak bersedekah itulah kedekut.

Tak pernah ada dalam sejarah dunia orang yang suka bersedekah dan infaq sekadarnya jadi papa kedana.

Sedekah bukan bila tunggu kaya.  Tapi sedekahlah walaupun tengah kesempitan wang. Allah akan permudahkan hidupmu.

Sedekah itu nampak macam mengurangkan rezeki  yang sedia ada. Tapi sebenarnya sedekah akan menggandakan dan menambahkan lagi rezeki kita. Yakinlah! 

Sedekah adalah pembuka rezeki. Memang anda akan "kehilangan" wang tapi di saat itu juga anda mengundang rezeki yang jauh lebih banyak.

Sedekah itu bukan hanya dengan duit dan harta semata.  Banyak lagi cara yang kita boleh guna untuk menyampaikan sedekah. 

Senyum itu sedekah kerana kita menyebarkan positive vibes kepada orang sekeliling kita. Murahkan senyuman mudah-mudahan Allah memurahkan rezeki kita.

Rasulullah s.a.w bersabda : Setiap anggota badan manusia di wajibkan bersedekah setiap hari selama matahari masih terbit. Kamu mendamaikan dua orang yang berselisih adalah sedekah. Kamu menolong seseorang naik ke atas kenderaannya atau menolong mengangkat barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah. Setiap langkah kakimu menuju ke tempat solat juga dihitung sedekah dan membuang duri di atas jalan adalah sedekah. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bagi tiap-tiap ruas daripada anggota tubuh salah seorang antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah), setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah,  menyuruh berbuat kebaikan juga sedekah dan mencegah kemungkaran juga adalah sedekah. Dan semua itu boleh di ganti dengan dua rakaat solat Dhuha (Hadis Riwayat Muslim) - tinta Tarbawi

Masih takut untuk bersedekah? Percayalah janji Allah. Tak perlu banyak untuk bersedekah, yang penting IKHLAS. Percayalah bahawa ikhlas itu menjanjikan gandaan rezeki oleh Sang Pemberi Rezeki.

(Petikan dari buku Coklat Tarbiah 2 oleh Aiman Banna) 

8 comments:

  1. Ini dalam buku tu yer Ana? Best..best. Beautiful sharing and reminder tau!

    ReplyDelete
  2. Salam Jumaat indah Sis...nak lagi indah..ya sedekah salah satunya..

    ReplyDelete
  3. Sedekah juga memanjangkan usia kan? 😊😊😊

    ReplyDelete
  4. kadang2 kita rasa tak ada duit, kita syg nak sedekah. sebenanrnya edekah lah yg memanjangkan lagi rezeki kita

    ReplyDelete
  5. betul tu.. sedekahlah walaupun nilainya sedikit tapi pahala yang kita dapat in sha allah banyak.

    ReplyDelete
  6. Betul la.. mana Ada papa kerana disebabkan bersedekah. Allah Akan pulangkan Berganda pada kita

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤