July 2017 - Ana Suhana

Jul 31, 2017

Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a di Shah Alam Bahagian 1

12:26 PM 9
Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a di Shah Alam Bahagian 1

Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a di Shah Alam Bahagian 1 | Assalamualaikum. Alhamdulillah semalam akhirnya Ana berkesempatan ke Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a yang bertempat di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah di Shah Alam. Gembiranya hati bila dapat melihat sendiri artifak-artifak peninggalan junjungan Nabi kesayangan kita. Mudah-mudahan dapat meningkatkan lagi rasa kecintaan dan kerinduan kita kepada Baginda Nabi Muhammad s.a.w.
Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a
Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a

Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a di Shah Alam Bahagian 1


Terdapat sebanyak 27 artifak peninggalan Baginda Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat dapat dilihat di sini. Artifak ni dikatakan artifak yang asli kerana dikumpul dari seluruh dunia dan di bawa khas oleh pemegang persendirian dari Jordan, Turki, India,Syria, Mekah dan Madinah. Untuk bahagian satu ni Ana nak share tentang 7 artifak Baginda Nabi s.a.w untuk bacaan kita semua.

1. Serban Rasulullah s.a.w
Tahukah kita bahawa Rasulullah s.a.w selesa memakai penutup kepala. Baginda mempunyai serban penutup kepala dengan ciri-ciri yang berlainan iaitu serban yang diperbuat dari kulit kayu, kain dan kulit unta. Serban Baginda berukuran melebihi 5 meter berwarna hitam dan hijau. 2 warna ni warna kesukaan Baginda. Kbebiasaanya Baginda akan mengenakan "QALANSUAH" (kopiah) samada dengan "IMAMAH" (serban) atau tanpa serban. Pada masa-masa tertentu Baginda Nabi akan memakai "QITRI" (mafla/selendang) terutama di kepala ketika cuaca panas atau berdebu.

Banyak hadis menceritakan tentang serban Rasulullah s.a.w dan ciri-cirinya. Antaranya ialah bentuknya melonjong dan meruncing ke atas. Kain IMAMAH yang dililit pula separuh dari ketinggian kopiah dan berekor ke belakang separas dengan belikat.

Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a
Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a
Serban di atas ni di berikan oleh Rasulullah s.a.w kepada sahabatnya yang tersayang iaitu Mu'adz bin Jabal ketika Mu'adz ke Palestin untuk berdakwah. Akhirnya serban ini menjadi milik waris-warisnya.

2. Sandal Rasulullah s.a.w
Menurut hadis, Rasulullah memakai sandal. Ini merupakan sejenis kasut yang sesuai dengan alam sekitar bumi Hijjaz yang berpasir dan beriklim panas. Ianya telah di jahit dengan beberapa lapisan kulit kecoklatan bersama dengan beberapa tali (Sirak) yang melintasi kaki dan pergelangan kaki dan dua lagi tali berada di antara 2 jari kaki. The Scared Sandal merupakan ketukangan yang luar biasa.

Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a
Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a

3. Cop Mohor Baginda s.a.w
Semasa zaman Baginda Rasulullah s.a.w, cop mohor digunakan untuk menghantar surat kepada kerajaan bukan Islam. Surat pertama Baginda di tulis di atas kulit binatang dan di cop menggunakan cop mohor yang berukuran 9cm x 3 cm panjang dan diperbuat daripada perak dan tembaga. Di atas cop mohor tu terdapat ukiran Kufi yang bertulis "Muhammad Rasul Allah" dan di pakai seperti cincin.

Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a
Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a

Cop mohor tersebut kemudian di serah kan kepada Abu Bakar As-Siqqiq, Umar Al-Khattab dan  akhir sekali kepada Utthman bin 'Aaffan untuk di simpan.  Utthman juga mempunyai cop yang lain yang dibuat dengan bentuk yang sama. Cop tersebut kemudian di serah kepada Bani Umayyah dan Abbasiyah. Akhir sekali cop berada di dalam simpanan Hussin,  Ali dan anaknya. Terdapat 7 koleksi cop mohor Baginda yang berada di dalam simpanan pembesar-pembesar Islam dan Sahabat terdekat.


4. Busur Rasulullah s.a.w
Busur Baginda berukuran 152cm panjang, 286g berat dan diperbuat daripada kayu Al-Ayusiah serta mempunyai mata yang tajam. Busur ini digunakan dalam istiadat pelepasan perang dan mempunyai 5 mata anak panah. Busur ini telah digunakan dalam 3 peperangan.

Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a
Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a

Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a
Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a
Antara busur milik Baginda bernama Az Safra yang bersempena dengan buluh yang digunakan dalam membuatnya. Busur ni berbentuk melengkung, berwarna coklat dan sedikit tinggi dari pedang Al Ma'thur.


5. Tongkat Rasulullah s.a.w
Dalam tamadun Islam, memakai tongkat adalah salah satu akhlak atau tatacara kehidupan para Nabi, orang-orang soleh dan ulama-ulama Islam zaman dahulu.

Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a
Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a
Ibnu Abbas r.a berkata yang bermaksud "Bertumpu kepada tongkat adalah termasuk dalam akhlak para Nabi.  Dan Nabi Muhammad s.a.w sendiri bertumpu pada tongka".

Ibnu Abbas juga meriwayatkan bahawa tongkat adalah tanda orang beriman dan merupakan sunnah Nabi.


6. Rambut Rasulullah s.a.w
Dalam satu riwayat dari Anas bin Malik diungkapkan bahawa rambut Rasulullah s.a.w mencapai pertengahan kedua telinga.

Aisyah r.a pernah berkata : Aku dan Rasulullah s.a.w mandi dari bekas yang sama. Baginda memiliki rambut yang panjangnya sampai di bahu dan di bawah cuping telinga.

Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a
Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a
Qatadah pernah bertanya kepada Anas bin Malik r.a tentang rambut Rasulullah s.a.w. Anas menjawab: "Rambutnya tidak terlampau kerinting, tidak pula lurus kaku. Rambutnya mencapai kedua cuping  telinganya"

Dalam satu riwayat bersumberkan Hasan bin Ali dikatakan beliau pernah bertanya kepada bapa saudaranya bernama Hind binAbi tentang sifat Nabi. Hind menjawab : ' Rasulullah s.a.w  adalah seorang yang berjiwa besar dan berwibawa. Wajahnya cerah bagaikan bulan di malam purnama. Baginda lebih tinggi dari orang yang rendah, dan lebih pendek dari orang yang tinggi serta berjiwa pelindung. Rambutnya bergelombang. Apabila Baginda menyikat rambut, maka dibelahnya menjadi dua, Bila tidak, maka hujung rambutnya tidak melampaui daun telinga. Rambutnya di sikat rapi sehingga nampak selalu bersih"


7. Kain Penutup Makam Rasulullah s.a.w
Sebahagian besar ruangan makan Baginda tertutup dengan kain tenunan yang di buat dari kain sutera asli, berwarna hijau lembut dengan kain katun yang kua, dan dimahkotai oleh sabuk yang mirip dengan penutup Kaabah tetapi berwarna merah. Seperempat bahagian dari kain bertuliskan ayat Al-Quran yang mulia dari surah Al-Fath, terbuat dari garis kapas dan benang emas dan perak. Omar al-Midwahy menyebutkan bahawa penutup ruangan makan Baginda tidak di ganti saban tahun seperti penutup Kaabah kerana makan Nabi terletak di ruangan tertutup dan tidak di sentuh oleh sesiapa. Penggantian hanya di lakukan apabila perlu.

Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a
Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a
Penutup makam di atas ni telah di gunakan selama 29 tahun dan kali terakhir pada tahun 1971M. Penutup makam ni telah diinsurankan sebanyak RM49 juta.


Ok itu saja untuk entri bahagian pertama ni. InsyaAllah nanti Ana sambung lagi. Pada yang belum berkesempatan untuk pameran ni, jangan risau sebab Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a ni di lanjutkan sehingga 13 Ogos 2017. Masih berbaki 2 minggu untuk korang grab peluang yang sangat hebat ni.



Tarikh : 10 Julai – 13 Ogos 2017

Masa : 9.00 pagi hingga 10.00 malam
Lokasi : Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam



Harga tiket seperti di bawah :
Dewasa – RM20.00 seorang
Pelajar – RM10.00 seorang
Warga Emas – RM10.00 seorang
OKU – RM10.00 seorang
Kanak Kanak 6 tahun keatas – RM10.00 seorang
Kanak-kanak bawah 6 tahun – Percuma

Jul 30, 2017

Resipi : Pengat Durian dan Roti Jala Mudah dan Sedap

10:32 AM 18
Resipi : Pengat Durian dan Roti Jala Mudah dan Sedap


Resipi : Pengat Durian dan Roti Jala Mudah dan Sedap |Assalamualaikum. Lately ni Ana perasan semakin ramai penjual durian di kawasan rumah ni. Musim durian dah kembali ke korang? Tapi yang Ana perasan kebanyakan jual timbang kilo. Confirm-confirm mahal lah kan. Ana sebelum ni kalau betul-betul nak makan durian, akan order fresh dari Bentong. Berpuluh kilo sekali order. Kawan-kawan en suami pun tumpang sekali. Sebab lagi murah harga dekat sana. Dan durian favorite Ana yang isinya pahit. Sedapnya lah hai. Kecur air liur tetiba. Memandangkan harga durian mahal sekarang, boleh lah beli sebiji dua je sebab kalau setakat nak buat resipi pengat durian paling mudah ni, sebiji durian dah lebih dari cukup. Makan pula dengan roti kosong pun sedap. Perghhh memang tak lah nak kongsi dengan orang lain kan. Hehe. Jom cuba resipi paling mudah ni korang.

Baca juga : Resipi Mee Goreng Basah Mudah dan Cepat

Resipi : Pengat Durian dan Roti Jala Mudah dan Sedap
Resipi : Pengat Durian dan Roti Jala Mudah dan Sedap

Resipi : Pengat Durian Paling Mudah


BAHAN-BAHAN PENGAT DURIAN

1. Durian - 1 biji
2. Kelapa - 1 biji *
3. Gula - 1/2 cawan
4. Gula Kabung - 1 keping (optional)
5. Daun Pandan - 2 helai
6. Garam - secubit

* di perah santan pekat menjadi 4 cawan


CARA-CARA

1. Masukkan kesemua bahan di dalam periuk dan masak sehingga menjadi pekat.


NOTA TAMBAHAN

1. Gula kabung tu kalau tak masuk pun takpe. Dalam resipi ni Ana masukkan sebab nak bagi kuah pengat tu nampak berkilat dan ada ton warna sikit.


BAHAN-BAHAN ROTI JALA
Kredit : Azie Kitchen

1. Tepung Gandum - 3 cawan
2. Minyak Masak - 2 1/2 sudu besar
3. Telur - 1 biji
4. Susu cair - 3 cawan di campur sedikit air
5. Pewarna Kuning


CARA-CARA

1. Kisar semua bahan hingga sebati. Tuang adunan ke dalam bekas acuan. Semasa tuang tu kalau adunan keluar tak putus-putus maknanya adunan dah boleh di jala. 

2. Guna kuali non stick dan jala satu persatu. Tunggu  beberapa saat sebelum di angkat dari kuali.

3. Kemudian terus gulung roti jala dan siap di hidang.

Jul 29, 2017

Jom DIY Hadiah buat Tersayang dengan Printcious

11:25 AM 23
Jom DIY Hadiah buat Tersayang dengan Printcious

Jom DIY Hadiah buat Tersayang dengan Printcious l Assalamualaikum. Korang selalu tak menghadapi masalah bila nak beli hadiah untuk someone special? Ye lah, kalau boleh mestilah korang nak hadiah tu lain dari yang lain dan tidak cliche kan. Kalau ye, Printcious is your hero sebabnya dengan Printcious korang boleh DIY a.k.a reka sendiri hadiah mengikut citarasa korang. Best kan!



Precious Gifts From Your Heart

Printcious merupakan satu platform terbaik bagi mereka yang sukakan kelainan dalam memberi hadiah buat yang tersayang kerana Printcious percaya "Giving with Art is Giving with Heart". Di sini terdapat pelbagai jenis produk untuk di pilih mengikut jenis occasion dan jantina si penerima. Antara hadiah-hadiah yang korang boleh pilih dan design sendiri ialah mug, baju T, bantal, cushion, canvas, mouse pad, dan banyak lagi. Paling best hadiah-hadiah ni semuanya sangat bersesuaian untuk dijadikan hadiah samada untuk hadiah perkahwinan, ulangtahun, majlis graduasi dan banyak lagi. Malah produk di Printcious juga sesuai untuk dijadikan special gift dalam corporate event. Senang kata, produk-produk di sini tak tertumpu pada satu jantina atau kumpulan je.

Jom DIY Hadiah buat Tersayang dengan PrintCious

Kenapa perlu pilih Printcious sebagai online shopping gift korang? Sebabnya selain dari menawarkan pelbagai produk yang sangat menarik, proses untuk design hadiah di Printcious ni juga teramatlah senang. Hanya dengan beberapa langkah mudah hadiah tersebut siap untuk di proses oleh pihak Printcious dan seterusnya di pos ke alamat si penerima.



1) Pilih produk yang menjadi pilihan korang.
2) Pilih saiz dan tekan customize it untuk proses uploading and editing.

3) Pilih tab image untuk upload gambar.

4) Upload gambar yang korang nak. Korang boleh pilih nak upload gambar samada dari galeri komputer atau pun dari laman sosial korang. Lepas gambar di upload, korang boleh design untuk masukkan text atau gambar lain mengikut kreativiti korang. Dah habis edit semua, pilih gambar tadi dan tekan insert. Kemudian tekan done supaya artwork korang tadi di save ke dalam server.

5) Ni proses terakhir sebelum add to cart. Kalau korang nak beli aksesori sekali, bolehlah tekan pada gambar aksesori tersebut. Dan seterusnya proceed to add to cart.

6) Hadiah korang ready untuk di proses selepas pembayaran di buat. Pembayaran pula boleh dibuat melalui cash deposit, online transfer atau debit / credit card. 


Kelebihan di PrintCious

1) Printcious menawarkan kualiti produk dan perkhidmatan yang terbaik. Rata-rata pelanggan sangat berpuas hati dengan barang yang di terima.

2) Korang layak untuk dapat kos penghantaran percuma (terhad pada West Malaysia sahaja) bagi pembelian melebihi RM70 dalam satu resit. Penghantaran hadiah-hadiah korang di jamin selamat melalui perkhidmatan Pos Laju, SkyNet dan Ninja Van. 

3)  Potongan harga istimewa melalui belian dengan belian (purchase with purchase) bagi pembelian melebihi RM80 dalam satu resit. Memang berbaloi-baloi tau.

Jadi apa tunggu apa, jangan lepaskan peluang untuk DIY hadiah dekat Printcious. Bersempena dengan Friendship's Day ni ada diskaun  sehingga 30% menanti korang. Untuk maklumat lanjut korang boleh lah terjah laman sosial Printcious di bawah ni :




Jul 28, 2017

Coklat Tarbiah : Ada Apa Dengan Sedekah?

8:18 AM 8
Coklat Tarbiah : Ada Apa Dengan Sedekah?

Coklat Tarbiah : Ada Apa Dengan Sedekah? | Assalamualaikum. Salah satu ibadat sunat yang sangat di galakkan untuk kita lakukan terutamanya pada hari jumaat ialah dengan bersedekah. Ada apa dengam sedekah? Bersedekah merupakan salah satu sunnah Baginda Nabi Muhammad s.a.w.. Jadi bersedekahlah sebagai tanda kecintaan kita kepada Baginda. Kalau sunnah-sunnah Baginda yang lain susah kita nak buat, sekurangnya dengan bersedekah membolehkan kita beroleh syafaat Baginda di sana nanti.

Baca juga : Coklat Tarbiah : Cinta Nabi
Coklat Tarbiah : Ada Apa Dengan Sedekah
Coklat Tarbiah :
Ada Apa Dengan Sedekah


Coklat Tarbiah : Ada Apa Dengan Sedekah?


قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ ۚ وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ ۖ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki".

(Surah Saba', Ayat 39)

Rata-rata dari kita bila di ajak untuk bersedekah, terlalu banyak alasan di beri. Hakikatnya di dalam hati kita ni dah tertanam perasaan takut yang harta atau duit kita akan habis sehingga boleh jatuh miskin bila bersedekah. Sedangkan kebenarannya ialah semakin banyak kita memberi semakin banyak kita akan menerima.

Jimat itu bukan kedekut. Tapi tak bersedekah itulah kedekut.

Tak pernah ada dalam sejarah dunia orang yang suka bersedekah dan infaq sekadarnya jadi papa kedana.

Sedekah bukan bila tunggu kaya.  Tapi sedekahlah walaupun tengah kesempitan wang. Allah akan permudahkan hidupmu.

Sedekah itu nampak macam mengurangkan rezeki  yang sedia ada. Tapi sebenarnya sedekah akan menggandakan dan menambahkan lagi rezeki kita. Yakinlah! 

Sedekah adalah pembuka rezeki. Memang anda akan "kehilangan" wang tapi di saat itu juga anda mengundang rezeki yang jauh lebih banyak.

Sedekah itu bukan hanya dengan duit dan harta semata.  Banyak lagi cara yang kita boleh guna untuk menyampaikan sedekah. 

Senyum itu sedekah kerana kita menyebarkan positive vibes kepada orang sekeliling kita. Murahkan senyuman mudah-mudahan Allah memurahkan rezeki kita.

Rasulullah s.a.w bersabda : Setiap anggota badan manusia di wajibkan bersedekah setiap hari selama matahari masih terbit. Kamu mendamaikan dua orang yang berselisih adalah sedekah. Kamu menolong seseorang naik ke atas kenderaannya atau menolong mengangkat barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah. Setiap langkah kakimu menuju ke tempat solat juga dihitung sedekah dan membuang duri di atas jalan adalah sedekah. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bagi tiap-tiap ruas daripada anggota tubuh salah seorang antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah), setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah,  menyuruh berbuat kebaikan juga sedekah dan mencegah kemungkaran juga adalah sedekah. Dan semua itu boleh di ganti dengan dua rakaat solat Dhuha (Hadis Riwayat Muslim) - tinta Tarbawi

Masih takut untuk bersedekah? Percayalah janji Allah. Tak perlu banyak untuk bersedekah, yang penting IKHLAS. Percayalah bahawa ikhlas itu menjanjikan gandaan rezeki oleh Sang Pemberi Rezeki.

(Petikan dari buku Coklat Tarbiah 2 oleh Aiman Banna) 

Jul 27, 2017

Tempat Menarik di Melaka : Hotel di Melaka - Hotel Hatten

12:11 PM 19
Tempat Menarik di Melaka : Hotel di Melaka - Hotel Hatten

Tempat Menarik di Melaka : Hotel di Melaka - Hotel Hatten |Assalamualaikum. Untuk malam terakhir di Melaka, akhirnya Ana dapat merasa stay di hotel yang Ana paling teringin nak check in di Melaka iaitu Hotel Hatten. Dulu masa hotel ni dalam pembinaan, Ana cakap dengan en suami bestnya kalau duduk dekat hotel ni. Boleh jalan kaki je kalau nak pergi Bandsr Hilir atau Dataran Pahlawan. Masa tu 4-5 tahun lepas. Alhamdulillah akhirnya dapat juga merasa. Konon suprise dari en suami sebab masa check out dari Hotel Ramada dia kata kami akan stay di hotel lain.

Baca juga :

Hotel di Melaka : Hotel Sentral Riverview Melaka | Euro Rich Hotel | Hotel Ramada


Hotel di Melaka : Hotel Hatten
Hotel di Melaka : Hotel Hatten


Tempat Menarik di Melaka : Hotel di Melaka - Hotel Hatten

Memandangkan Ana check in pada hari Jumaat, memang dah expect akan beratur panjang sebab hari tu biasanya dah ramai orang luar akan datang ke Melaka. Lagi-lagi hotel ni terletak di tengah-tengah bandar kan, memang akan jadi tumpuan orang lah kan. Kebetulan masa tu peserta dari satu badan berkanun pun nak check in juga. Lagi lah ramai kan. Tapi..walaupun ramai yang beratur untuk check in, proses di kaunter sangat cepat. Tak sampai 15 minit kami beratur dah dapat bilik.
Hotel di Melaka : Hotel Hatten
Hotel di Melaka : Hotel Hatten
Ana booked junior suite di sini. Rate dalam RM290 semalam. Kalah harga Hotel Ramada yang 5 bintang tu. Hotel Hatten ni hotel 4 bintang. Harga mahal maybe sebab lokasi dia kot. Tapi ok lah dengan harga tu. Bilik dia pun best dan besar. Selesa sangat-sangat. Harga pun termasuk dengan breakfast. Cuma problem nak tunggu lif agak lama walaupun keenam-enam lif beroperasi. Dah lah bilik Ana di tingkat 13. Kalau nak naik tangga, hazab juga. Hehe.

Buka-buka bilik Syafi terus teruja. Tapi bila masa je dia tak teruja bila masuk hotel. Hehe. Ana pun suka sangat dengan bilik ni sebab lain dari bilik hotel-hotel yang Ana pernah stay.  Masuk je bilik jumpa ruang lepak dulu.  Ada satu kerusi ala cleopatra dekat situ dan ada tv juga kalau nak menonton. Tepi pintu tadi ada ruang kecil yang memuatkan small fridge dan refreshment.
Hotel di Melaka : Hotel Hatten
Hotel di Melaka : Hotel Hatten

Hotel di Melaka : Hotel Hatten
Hotel di Melaka : Hotel Hatten

Lepas dari ruang lepak tadi baru jumpa ruang tidur. Antara ruang tidur dan ruang lepak ada divider kaca. Katil dekat bilik ni ialah katil king. Memang muat untuk kami bertiga. Terlebih selesa lagi. Dekat ruang ni pun ada tv juga. Lagi besar dari tv di ruang lepak tadi. So takde lah nak berebut tengok tv dengan Syafi.
Hotel di Melaka : Hotel Hatten
Hotel di Melaka : Hotel Hatten

Hotel di Melaka : Hotel Hatten
Hotel di Melaka : Hotel Hatten
Bilik air pun luas dan bersih. Tempat shower pun tertutup tu yang paling penting. Tapi Ana prefer bilik air di Hotel Ramada lagi. Sebab dekat sini, tandas dia betul-betul depan pintu. Rasa macam tak best sikit. Hehe. Tapi ok je. Takde masalah pun. Fasiliti lain yang ada dalam bilik ialah peti keselelamatan, iron dan iron board. Semua cukup.
Hotel di Melaka : Hotel Hatten
Hotel di Melaka : Hotel Hatten
View dari bilik pula Ana dapat pemandangan bandar dan selat Melaka. Seronok sesekali bersidai tepi tingkap tengok kesibukan bandar Melaka ni. Sambil bersidai sambil makan jajan. Syafi pun sama layan. Selat Melaka nampak jauh sikit tapi masih boleh nampak lah kapal-kapal atau bot yang lalu dekat situ.
Hotel di Melaka : Hotel Hatten
Hotel di Melaka : Hotel Hatten
Hotel di Melaka : Hotel Hatten
Hotel di Melaka : Hotel Hatten

Lepas rehat-rehat kejap, kami ke Dataran Pahlawan. Saja jalan cuci mata. Best pasal hotel ni ialah ada bridge yang menghubungkan hotel dan Dataran Pahlawan tu. Tak perlu nak berpanas atau melintas jalan yang super busy tu. Nanti masa lalu dekat bridge tu, korang akan jumpa wish booth dan mini love lock bridge.
Hotel di Melaka : Hotel Hatten
Hotel di Melaka : Hotel Hatten
Esok pukul 7 pagi Ana dah turun breakfast. Sebab nak elak dari bersesak kan dan tak nak tunggu lif lama-lama. Masa nak masuk ke dining area akan ada staff escort tunjuk meja kosong. Tak lah kita terpinga-pinga nak cari tempat sendiri kan. Selamat Ana turun awal sebab masa Ana nak naik bilik tu, amik ko punya panjang orang tengah beratur nak tunggu turn meja kosong. Menu breakfast dekat sini meriah dari Hotel Ramada. Ada macam-macam menu di hidangkan. Kebanyakan Chinese style. Rasa pun boleh tahan.
Hotel di Melaka : Hotel Hatten
Hotel di Melaka : Hotel Hatten
Lepas breakfast duduk melepak dalam bilik je. Nak habiskan masa berehat, berguling atas katil. Nak jalan dekat bandar memang tak lah waktu weekend ni. Memang cari nahas orang kata. Pukul 11 Ana dah ready untuk check out. Proses check out pun cepat sebab takde orang sangat. Masa dah dalam kereta baru Ana perasan handbag Ana takde. Masa dalam bilik lagi dah perasan handbag tu takde. Pikir punya pikir, Ana dah syak mesti tertinggal dekat mana-mana hotel dekat sini. Mula-mula call Hotel Euro Rich, dorang confirmkan memang takde beg tertinggal. Last option call Hotel Ramada.  Sekali seperti yang di jangka memang tertinggal dalam bilik dekat sana. Haha. Handbag punya besar boleh terlepas pandang. Tu salah satu keburukan pindah randah hotel. Haha. En suami pun apa lagi, membebel je lah. Sebab tu kalau nak check out orang terakhir yang akan keluar dari bilik mesti dia. Cuma di Hotel Ramada je dia minta Ana check sebab dia habis kursus lambat dan nak kejar solat Jumaat. Apa pun semua selamat yang penting. Hehe. 

Jul 26, 2017

Tempat Menarik di Vietnam : Menyusuri Delta Mekong

10:34 AM 45
Tempat Menarik di Vietnam : Menyusuri Delta Mekong

Tempat Menarik di Vietnam : Menyusuri Delta Mekong l Assalamualaikum. Sambung entri tentang trip Ana ke Vietnam yang lepas. Untuk aktiviti hari ke-2, Ana di bawa ke salah satu tempat menarik di Vietnam iaitu Delta Mekong. Delta Mekong yang di terjemah sebagai 'Delta Sungai Sembilan Naga' adalah sebuah wilayah di barat daya Vietnam di mana Sungai Mekong mengalir dan memasuki laut melalui jaringan distributari -Wikipedia.

Baca juga : Tempat Menarik di Vietnam: Pejabat Pos Pusat Saigon

Tempat Menarik di Vietnam : Menyulusuri Delta Mekong

 Tempat Menarik di Vietnam : Menyusuri Delta Mekong
Tempat Menarik di Vietnam:
Menyusuri Delta Mekong
Delta Mekong antara nama popular dalam subjek geografi selain dari Candi Burobudur masa sekolah dulu. Tak sangka akhirnya dapat juga jejakkan kaki di sini. Perjalanan dari bandar Ho Chi Minh ke ibu kota Wilayah TienGiang memakan masa hampir 2 jam juga. Sampai-sampai di jeti, bot-bot pelancong dah berbaris menunggu untuk membawa kami ke pulau-pulau yang ada di sini. Semasa di dalam bot, di wajibkan pakai life jacket walaupun sungai tu tak berombak. Tapi kalau tengok air sungai tu ngeri juga lah sebab warna dah sama dengan warna teh tarik. Kalau barang jatuh dalam tu memang tak kan nampak apa lah. Hehe.
Tempat Menarik di Vietnam : Menyusuri Delta Mekong
Tempat Menarik di Vietnam:
Menyusuri Delta Mekong

Tak silap Ana dalam 10-15 minit menyelusuri Sungai Tien dah sampai di pulau pertama iaitu Pulau Unicorn. Aktiviti pertama dekat sini ialah melihat sarang lebah secara dekat. Korang kalau nak pegang dan bergambar dengan sarang tu pun boleh. Penduduk di pulau ni memang memelihara lebah sebagai sumber pendapatan mereka.
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong
Tempat Menarik di Vietnam:
Menyusuri Delta Mekong

Madu lebah tu nanti akan di hidangkan untuk pengunjung bersama dengan air teh dan perahan limau kasturi. Dalam cawan kecik je. Lebih kurang macam tester lah orang kata. Rasa macam teh o limau jer. So takde lah masalah tak boleh nak minum bagaikan.
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong
Tempat Menarik di Vietnam:
Menyusuri Delta Mekong

Selain di hidang dengan air teh, pengunjung juga berpeluang merasa madu dengan royal jelly yang turut di jual di sini. Katanya selain boleh di makan bersama madu, royal jelly tu juga boleh di gunakan sebagai krim kulit. Kesannya kulit akan cantik halus mulus serta awet muda macam kulit orang-orang dekat sini. Dorang siap apply dekat tangan kita tau nak tunjukkan bagusnya royal jelly ni. Hebat teknik "memujuk" mereka supaya kita beli produk-produk tu. Selamat Ana bukan yang suka pakai mende-mende alah ni so memang tak beli pun. Ana hanya beli madu je untuk support ekonomi mereka di pulau ni.
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong
Tempat Menarik di Vietnam:
Menyusuri Delta Mekong

Aktiviti seterusnya ialah berjalan-jalan di sekitar pulau Unicorn ni untuk melihat aktiviti dan hasil tangan penduduk di sini. Dekat sini kita berpeluang untuk melihat bagaimana proses pembuatan gula-gula dari kelapa di lakukan. Dari mula bahan mentah di proses hinggalah gula-gula siap untuk di bungkus untuk di jual kepada pengunjung.
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong
Tempat Menarik di Vietnam:
Menyusuri Delta Mekong

Terdapat juga deretan kedai menjual pelbagai sourvenir di sini seperti baju tradisi Vietnam, beg, hasil kraftangan, t-shirt, buah-buahan dan banyak lagi lah.
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong
Tempat Menarik di Vietnam:
Menyusuri Delta Mekong

Lepas puas mencuci mata, kami di bawa ke sebuah pondok terbuka untuk mendengar persembahan nyanyian lagu rakyat Vietnam pula. 
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong
Tempat Menarik di Vietnam:
Menyusuri Delta Mekong

Sambil dengar dorang nyanyi, kita akan di hidangkan dengan buah-buahan tempatan Vietnam. Makan jer lah bukan paham pun dorang nyanyi apa dalam bahasa dorang tu kan. Ada lah satu dua lagu Melayu dorang nyanyi untuk hiburkan kita. 
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong
Tempat Menarik di Vietnam:
Menyelusuri Delta Mekong

Dah puas cuci telinga baru lah kami menuju ke aktiviti utama di sini iaitu menaiki sampan menyusuri sungai Delta Mekong. Dari jauh dah boleh nampak deretan sampan beratur menunggu untuk bawa pengunjung merasai pengalaman melalui "terusan" yang sangat sempit dan sibuk ni. Sesibuk jalan raya di Vietnam. Sebuah sampan boleh memuatkan hingga 6 orang termasuk 2 orang pendayung.
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong
Tempat Menarik di Vietnam:
Menyusuri Delta Mekong
Dan yang mengagumkan Ana ialah orang yang dayungkan sampan kita ialah makcik-makcik yang lebih kurang sebaya dengan mak kita tau. Sorang jaga depan sorang jaga belakang. Hebat sungguh mereka. Terpaksa mengerah tenaga demi kelangsungan hidup. Dah lah bawa sampan penuh dengan muatan, nak jaga arah sampan pun bukan kerja senang lebih-lebih lagi bila bertembung atau berselisih dengan sampan-sampan yang lain dalam kawasan sungai yang sangat sempit. Kalau Ana lah yang bawa sampan tu memang tak bergerak rasanya. Apapun pengalaman naik sampan di Sungai Mekong ni antara pengalaman indah di Vietnam. 
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong
Tempat Menarik di Vietnam:
Menyusuri Delta Mekong

Bila dah melepasi kawasan sungai yang sempit tu, dah ada bot yang menunggu kita. Bila semua penumpang dah ada baru bot memulakan perjalanan untuk aktiviti makan tengahari. Terdapat satu restoran halal dekat sini tau. So don't worry. Tour yang Ana amik ni memang tour untuk muslim. So semua makanan yang di hidangkan adalah halalan toyiban dan rasa dia lebih kurang dengan makanan di Malaysia.
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong
Tempat Menarik di Vietnam:
Menyusuri Delta Mekong

Selesai makan dan perut masing-masing pun dah penuh, dah tiba untuk berangkat pulang ke bandar Ho Chi Minh semula. Masa dalam bot nak ke jeti, kami di hidangkan dengan air kelapa. Amik ko sorang sebiji. Puas hati. Confirm tertidur dalam bas nanti.
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong
Tempat Menarik di Vietnam:
Menyusuri Delta Mekong

Oh ya, sepanjang perjalanan pergi dan balik ke Delta Mekong, kita disajikan dengan pemandangan kebun, sawah padi dan penempatan penduduk di sini. Apa yang menarik perhatian Ana ialah, di setiap sawah padi yang di lalui mesti terdapat kubur. Ini kerana menjadi adat orang Vietnam untuk menguburkan nenek moyang mereka di sawah padi kerana mereka mempercayai ianya boleh menambahkan rezeki dan menyuburkan sawah padi.
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong
Tempat Menarik di Vietnam:
Menyusuri Delta Mekong

Lagi satu kalau korang nak tau,motor merupakan kenderaan utama dekat Vietnam ni. Mana-mana jalam dekat bandar tu memang di penuhi motor saja sebab tu kenderaan mampu milik orang kata. Kalau nak beli kereta kena bayar cash. Mana nak cekau duit banyak-banyak tu kan. Hakak pun tak mampu dik non. Kalau korang nak melintas jalan memang kena berhati-hati sebab motor dekat sini semuanya laju-laju. Kalah mat rempit dekat Malaysia ni tau. Bunyi bingit hon dah jadi kebiasaan dekat sini. Hon tu sebenarnya sebagai amaran yang ada motor nak lalu. Walaupun motor dekat sana laju-laju dan berhimpit-himpit,tapi takde kemalangan pun yang berlaku semasa Ana di sana.
Tempat Menarik di Vietnam: Menyusuri Delta Mekong
Tempat Menarik di Vietnam:
Menyusuri Delta Mekong

Ok itu je cerita pengalaman Ana menyusuri sungai Delta Mekong. Harap tak bosan membaca. Jumpa di entri seterusnya. 

Jul 25, 2017

Why Rent Instead of Buy a Property in Malaysia?

8:39 AM 23
Why Rent Instead of Buy a Property in Malaysia?
Why Rent Instead of Buy a Property in Malaysia?
Why Rent Instead of Buy a Property in Malaysia?

A lot of people believe that buying a property will be better for you in the long run instead of simply renting it. The main reason people have for favoring real estate purchases is because by the end of your monthly payments, you will at least have either an apartment or a house to your name. However, there may be some silver linings that they are missing, as renting or buying is not a decision that may suit every single person looking for a new place to live in. If you are on the fence about whether to buy or looking for house for rent in location like Penang, then read on to see some compelling reasons why you may want to choose to rent instead of buy.

Rent if You Have No Intention of Staying in Any One Area for Long

According to an article by Bostock, Carter, and Tse for the The New York Times, buying is usually the better option if you are planning to reside in the same location for a very long time. This is because all of the fees that you will be paying will start to be more worth it, that is, you can start dividing the total cost of the house or apartment by how many months you plan to stay in it.

Think of it this way: when you buy any gadget, the total cost of it upfront tends to be a large amount, but the longer you use it, the more you are getting value out of your purchase. Say you bought the gadget for RM 2000. If you use it for one year, and divide the total cost by the total number of months you have been using it, that means it is the equivalent of shelling out RM 160 or so every month to pay it off. If you use the same gadget for five years, then you can divide it by a larger number of months, making it the equivalent of paying only around RM 30 or so for it per month.

The same goes for any property that you buy. If you intend to live there for a long time—maybe even for the rest of your life—then the cost will pay off for itself over time.On the other hand, if you are only planning to stick around for the short-term, then the upfront costs will be too high for the amount of time that you will actually be taking advantage of it.

Rent if You Want More Flexibility When It Comes to Switching Jobs

If you buy a house or an apartment, you tend to be stuck looking for options that are nearby. This applies to education—that is, what colleges or universities you can apply to that will not be too hard to get to—as well as work. After all, it can be stressful having to commute or drive to a workplace that is an hour or more away from where you live. In this case, renting may be a better option, especially if you do not see yourself staying in the same job for more than a few years. It does not seem to be a wise decision to buy a property if you plan on looking for a new place to work. Because the job market can be tough to navigate, you cannot say for sure if you will be landing a job in the same place that you bought your property.

Even if you do stick around in your current job for a long period of time, some surprises may come your way. Depending on how large the company you work for may be, they might ask you to transfer to another branch that is located in another part of the country or, worse, to an entirely different continent or country all together. If you are still putting money down toward a mortgage loan, you may not be able to have the extra money to afford to rent another place in another location.

Rent if You Want to Have Less Fees to Pay for Every Month

If you do not have a lot of cash to spare, or are simply looking for more ways you can save some of your money, then you may want to consider renting a property instead. This is because lessors tend to divide the cost of the utilities by the number of tenants that they currently have, according to an article by Annamaria Andriotis for The Wall Street Journal. Renters, in general, do not have to pay the kinds of fees that buyers do, such as home insurance and property taxes. Renters usually do not have to pay massive down payments or closing fees as well.

Also, depending on the contract you have with your lessor, more often than not, you do not have to pay for any repairs needed in your unit or house. In most cases, it is the lessor who will shell out money for anything that breaks within your home. If you also manage to find a place that is fully furnished, then you will not have to invest that much money in buying tons of furniture, utensils, and appliances. Sure, your rent may be a little higher each month compared to an unfurnished unit, but at least you no longer have to deal with the stress of looking for and buying the perfect items for your residence.

In addition, while some renters may not end up with a piece of property that they can pass on to their children, they will have extra money because of the savings that they can gain from the smaller number of fees to pay. Though they may not have a house or apartment that they can sell later on, they can look at it another way and invest the extra cash instead. Renters may even be able to make more money than buyers, as they will not be funneling their cash into a physical asset such as a house, which a buyer would either have to buy or sell in order to make some additional income.

In Short: Rent if You Do Not Want to Commit to Buying Something You May Not Use Forever

Though we have outlined several good reasons why you may want to consider renting a property instead of buying one, it still boils down to what you personally want for yourself in the long-term. If you are the type of person who would rather put your savings toward travel expenses instead of a permanent structure to live in, renting may be the option that suits your lifestyle best. If, however, you see yourself settling down either by yourself or with a family and would like to start a new life in a nice neighborhood, and you would like some property to pass down through your family’s generations, you might lean more toward buying instead of renting a unit or house out.

Regardless of your final decision, make sure that you decide based on your own desires, needs, and goals, and do not simply base your choice on what other people think may be best for you.



Jul 24, 2017

Tempat-tempat Menarik di Johor untuk di lawati

12:47 PM 24
Tempat-tempat Menarik di Johor untuk di lawati

Tempat-tempat menarik di Johor untuk di lawati| Assalamualaikum. Rasanya dalam kesemua entri travelog Ana, tempat-tempat menarik di Johor je yang masih belum ada entri tentangnya. Sebabnya baru sekali Ana ke sana. Itu pun sebelum aktif berblog. Memandangkan hujung tahun ni Ana akan ke sana, meh sini Ana share dengan korang semua tempat-tempat menarik di Johor Bahru yang bakal Ana nak terjah di sana nanti. Confirm korang yang belum ke sana akan jadi teruja sama untuk join Ana makan angin di Johor.

Macam korang tau, trip-trip Ana kebanyakannya jenis yang bajet ciput. Jadi benda yang pertama sekali Ana akan selesaikan ialah menacri tempat penginapan terlebih dahulu. Ye lah, Johor kan sekarang menjadi tempat tumpuan pelancong. Kalau lambat nanti penuh pulak semua bilik hotel. Tak ke naya nanti. So Ana dah buat list of budget hotel in Johor Bahru ni. Survey punya survey,  Ana jumpa satu hotel yang memang best dan berbaloi-baloi. Dan paling menarik, hotel tu terletak betul-betul di Danga Bay u olls dan juga dekat dengan Skudai dan Johor Baharu. Hotel yang Ana maksudkan tu tak lain tak bukan ialah TUNE Hotel. Dengan harga semalam kurang dari RM90 memang cun sangat dah tu untuk kami sekeluarga. So bab hotel selesai.
TUNE Hotel
Kredit : Tune Hotels

TUNE Hotel
Sekarang Ana nak share pula tempat-tempat menarik termasuk tempat makan popular yang ada di sekitar Johor ni. Tempat pertama yang Ana nak terjah sudah semestinya ialah Kedai Kacang Pool Haji yang terletak berhampiran dengan Balai Bomba Larkin.
Kacang Pool Haji
Kredit : The Vocket
Dengar cerita, kacang pool dekat sini di katakan kacang pool yang paling famous dan sedap di Johor. Dan tempat ni merupakan tempat original kacang pool mula-mula beroperasi. Pada yang tak pernah makan kacang pool, meh sini Ana bagitau. Kacang pool ni sejenis pencicah yang di masak dengan daging cincang dan di makan dengan roti.

Perut pun dah di isi, next plan Ana nak jalan-jalan cuci mata pusing mall yang besar di Johor iaitu City Square dan Johor Baharu Convention Center (JBCC).
City Square
Kredit : City Square
Agak-agak dah puas tawaf dan kacang pool tadi pun dah habis hadam, Ana nak pekena makan nasi padang pula dekat dengan City Square ni je. Senang je nak ke kedai nasi padang ni. Dari pintu utama City Square, lintas jalan sikit dan jalan terus. Confirm akan sampai depan kedai Nasi Padang SukaRamai ni. Katanya sambal dekat kedai ni memang sedap dan terangkat. Rugi kalau tak cuba makan dekat sini.
Nasi Padang SukaRamai
Kredit : FoodPoi
Untuk aktiviti makan malam, Ana plan untuk ke satu tempat yang happening giler yang memang rugi kalau dah sampai Johor tak ke sini. Tempat tu semestinya ialah Kilang Bateri yang berkonsepkan hipster style. Mengikut sejarah, Kilang Bateri ni dahulunya merupakan sebuah kilang bateri berjenama Eveready. Namun kilang ni telah ditutup beberapa tahun yang lepas selepas Syarikat Eveready tersebut telah memindahkan operasinya ke Filipina kerana kos buruh yang lebih rendah di sana.
Kilang Bateri
Kredit : Oh Bulan
Kemudian owner baru telah mengubah suai kilang tersebut menjadi tempat tarikan orang ramai yang berkunjung ke Johor. Di Kilang Bateri ni, terdapat pelbagai jenis menu di jual bermula dari juadah selatan hinggalah ke utara semenangjung. Ada juga artis-artis Malaysia seperti Afdlin Shauki berniaga di situ. Meja dan bangku di setiap gerai adalah hasil kreativiti Pertubuhan JOHO (Anak-anak muda yang Kreatif dan Dayausaha yang Progresif).

Dari Kilang Bateri Ana plan nak ke Pasar Karat Johor Bahru yang terletak di Jalan Sengget. Terdapat pelbagai barangan dari bundle, vintaj dan preloved hinggalah barangan kraftangan dan baru serta makanan ada di jual di sini.
Pasar Karat Johor Bahru
Kredit : Utusan
Dengar kata, bangunan-bangunan yang ada di sekitar Pasar Karat ni juga ada sejarah tersendiri. No wonderlah ramai pelancong dari Singapura terutamanya datang ke pasar karat ni. Selain itu, terdapat juga pemuzik jalanan akan menghiburkan pengunjung dengan mendendangkan lagu-lagu popular dari pelbagai genre. Mesti meriah kan. Tak sabarnya nak ke Johor.

Aktiviti seterusnya Ana nak jalan-jalan ke Tanjung Piai pula. Tanjung Piai merupakan kawasan tarikan pelancongan terkenal di Malaysia tau. Ini kerana ia merupakan tanah paling selatan di benua Asia. Sebab tu Tanjung Piai juga di kenali sebagai Penghujung Benua Asia.
Jeti Tanjung Piai
Kredit : Wikipedia
Tanjung Piai telah diisytiharkan sebagai Hutan Simpan Paya Bakau oleh Jabatan Perhutanan Negeri Johor. Hutan bakau ini membentuk koridor paya bakau yang menyambungkan Pulau Kukup dengan tanah lembap Sungai Pulai. Paya bakau dekat sini belum terdedah kepada pencemaran dan pembangunan tau. Lagi satu, dari Tanjung Piai kita boleh lihat bangunan pencakar langit Singapura yang di pisahkan oleh Selat Johor.  Hebat kan?

Sebelum balik KL, Ana nak singgah ke Johor Premium Outlet (JPO) kejap. Mana boleh tak singgah sebab Ana selalu dengar yang butik-butik berjenama yang ada di sini seperti Coach, Burberry, Adidas selalu buat sales kaw-kaw. Mana tau dapat amazing price kan. Tuah manusia kita tak tahu kot-kot ada peruntukan untuk shopping dari jabatan kewangan Ana kan. Hehe. Dah shopping boleh lunch dekat food court JPO ni. Tak perlu nak pening cari tempat makan dah.
Johor Premium Outlet
Kredit : The Iskandarian
Basically semua dekat atas ni tentatif trip Ana ke Johor bulan depan. Excitednya la haii. Baru tulis tentang tentatif pun dah terasa teruja apa lagi kalau dah dapat jejak kaki ke sana kan. Ada siapa nak follow Ana ke Johor?  Jommm kita berjemaah cuti-cuti ke selatan Malaysia. Johor... Mu tunggu aku datang!!!