[ REVIEW ] SgShop Ejen Taobao Malaysia membantu korang bershopping - Diary of Ana Suhana

Jun 30, 2017

[ REVIEW ] SgShop Ejen Taobao Malaysia membantu korang bershopping


SgShop Ejen Taobao Malaysia Terbaik Membantu Korang Bershopping l Assalamualaikum. Sebelum ni Ana ada cerita yang Ana dapat RM100 kredit untuk shopping di SgShop sempena GA yang di anjurkan oleh Shazillah Sani. Entri di SINI. Alhamdulillah duit tu Ana dah selamat bershopping dan barang-barang yang di beli pun telah selamat sampai minggu lepas. Terima kasih SgShop Ejen Taobao Malaysia atas kredit yang di beri.

Bagi yang tak tahu, SgShop merupakan sebuah syarikat tempatan yang menjalankan perniagaan dalam pengkhususan logistik di mana pihak SgShop membantu para pelanggan untuk membeli pelbagai barangan dari laman web e-dagang Cina dan memastikan keselamatan dan ketepatan barang yang di pesan di jaga sepenuhnya. Bermula dari pesanan di buat hingga barang sampai ke tangan korang.

SgShop menawarkan pelbagai barangan pada harga yang sangat berpatutan. Yang penting kualiti barang-barang yang di jual sangat terjaga. Apa yang korang nampak di website macam tu lah korang akan dapat. Tak lari langsung.  Tak caya jom tengok barang-barang yang Ana beli di SgShop.

1. 1 helai baju untuk Syafi

2. 2 helai baju untuk En Suami


3. 3 biji brooch

4. 1 unit mini carpet bulu putih

Semua barang yang Ana dapat dekat atas ni semua best dan kualiti dia tip top. Sama sebijik macam yang kita tengok dekat dalam website dia. Memandangkan Ana pilih menggunakan sea shipping so masa penghantaran agak lama sekitar 3 minggu. Yang penting barang-barang ni Ana terima sebelum raya. Suka sangat. Kalau korang nak barang cepat sampai boleh lah pakai express air. 1-2 hari dah boleh sampai. Ada 4 jenis penghantaran yang korang boleh pilih ikut bajet masing-masing. Dari yang mahal sampai lah yang semurah-murahnya.



Total semua barang dekat atas termasuk shipping and delivery charge ialah RM89 je. Memandangkan Ana ada balance RM12 lagi dalam akaun SgShop Ana decide untuk transfer ke dalam akaun bank. Dalam 4-5 hari je duit tu dah masuk dalam akaun kita tau. Best sangat tau SgShop ni. Nak bayar senang nak transfer semula ke akaun bank kita pun senang.
Korang kalau belum cuci-cuci mata di SgShop jom cuci sama-sama lagi. Mana tau ada yang berkenan pulak kan. Ok tak nak cakap banyak-banyak,  Ana nak sambung cuci mata lagi dekat SgShop. Jommm join sekali.




12 comments:

  1. Bestnya.. Sha punya barang tak sampai lagi..

    ReplyDelete
  2. boleh transfer ke :O haritu sha buat takboleh pun huhu

    ReplyDelete
  3. Whoaaa, Tuhla..nona dapt lebih rm 100, x sure nak beli beberat, agaknya berapa kos eh..hahaha..total belanja baju tuh berapa?

    ReplyDelete
  4. 2 helai baju tu, macam sama je kak Ana.. adakah t-shirt couple..? :p

    ReplyDelete
  5. muat2 bju tuuu. comelll.. best kan shopping dgn sgshop ni.. <3

    ReplyDelete
  6. cantik ana baju dan kerongsang tu...wah best plk shoping kt sg shop ni...barang pun nampak berkualiti

    ReplyDelete
  7. memang best bila dapat barang sama sebijik macam dekat website tu kan :)

    ReplyDelete
  8. padan dan cantik pulak akk tgk..sesuai utk Syafi..pandai Ana pilih

    ReplyDelete
  9. Seronok tengok Ana shopping.. Cukup semua untuk ahli keluarga Ana..

    The best part balance boleh transfer ke dalam akaun. LZ suka shopping sambil berjimat spt ini selain cash back. Menarik Ana 😊..

    ReplyDelete
  10. Baru tahu pasal Sgshop lepas baca entry ni. Btw, selamat hari raya ana. Maaf zahir batin

    ReplyDelete
  11. cantik2 smua nya! ju blm lagi gunakan kredot rm 100 yg ju dpt dari GA wani tu.. insyallah lepas ni nak cuci mata da dekat sg shop =)

    ReplyDelete
  12. huiyooooo bestnyaaa shopping kat sini, tapi bahaya nih. kang uyul ngada shopping berlebihan.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤