Resipi : Paprik Daging dan Telur Bistik | Mudah dan Sedap


Resipi : Paprik Daging dan Telur Bistik Mudah dan Sedap l Assalamualaikum. Menu berbuka petang semalam. Punyalah pening pikir nak masak apa kan. Check dekat peti ais ada daging. So automatik teringat nak masak paprik daging dan telur bistik. Dua-dua menu pun senang kerja sebab bahan yang di gunakan lebih kurang sama je.

Baca juga : Resipi Asam Pedas Ikan Tenggiri

Resipi : Paprik Daging | Mudah dan Sedap
Resipi : Paprik Daging | Mudah dan Sedap

Resipi : Paprik Daging | Mudah dan Sedap

Saiz Hidangan : 2-3 orang


BAHAN-BAHAN

1. Daging - 150 gram 
2. Bawang besar - 1 biji (potong bulat)
3. Bawang putih - 2-3 ulas (di ketuk kasar) 
4. Kacang panjang - 2-3 batang (di potong) 
5. Lobak merah - 3/4 batang (di potong)
6. Tomato - 1 biji (potong 4)
7. Daun Limau Purut - 1 helai
8. Serai - 1 batang
9. Cili kisar - 1 sudu
10. Cili sos - 1 sudu
11. Sos tiram - 1 sudu


CARA-CARA

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.

2. Masukkan daging dan masak sehingga agak-agak "empuk".

3. Masukkan cili kisar, sos tiram dan cili sos.

4. Masukkan garam dan aji dan sedikit air.

5. Masukkan serai, daun limau purut, lobak dan kacang panjang dahulu. Kacau sehingga lobak agak-agak lembut. Kemudian tutup api dan masukkan tomato.

6. Siap di hidang.


NOTA TAMBAHAN

1. Daging boleh di tukar kepada ayam atau sotong. 

2. Ada sesetengah resipi ada masukkan sedikit sos tomato untuk bagi rasa masam. Di sebabkan Ana dah guna buah tomato jadi Ana tak guna sos tomato dalam resipi ni.



Resipi : Telur Bistik | Mudah dan Sedap
Resipi : Telur Bistik l Mudah dan Sedap

Resipi : Telur Bistik | Mudah dan Sedap

Saiz Hidangan : 2-3 orang


BAHAN-BAHAN

1. Telur - 2-3 biji (di pukul halus)
2. Bawang putih - 2-3 ulas 
3. Bawang besar - 1 biji
4. Daging - 50 gram (bergantung) 
5. Sayur campur
6. Cili kisar - 1 sudu
7. Sos cili - 1 sudu
8. Sos tiram - 1 sudu


Resipi : Telur Bistik l Mudah dan Sedap
Resipi : Telur Bistik l Mudah dan Sedap

CARA-CARA

1. Tumis bawang putih dan bawang besar.

2. Masukkan daging dan kacau seketika.

3. Masukkan sos cili, sos tiram, garam dan aji.

4. Masukkan sayur dan air sedikit. Kacau seketika dan tutup api.

5. Di kuali yang berbeza goreng telur dan tebarkan supaya menjadi lebar.

6. Kecikkan api dan balikkan telur.

7. Letak telur di atas pinggan dan masukkan separuh kuah yang di masak tadi ke dalam telur dan bungkus.

8. Simbah lebihan kuah tadi di atas telur seperti dalam gambar.

9. Siap di hidang.


Resipi : Telur Bistik | Mudah dan Sedap
Resipi : Telur Bistik l Mudah dan Sedap

NOTA TAMBAHAN

1. Memandangkan Ana takde stok sayur campur so Ana guna lobak merah, kacang panjang dan tomato. Semua di potong dadu.

2. Daging boleh ganti dengan ayam. 



Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

34 comments:

Amanda Suria said...

Sama kan masakan kita ari tu..bezanya akak guna sotong je..hehehe...telur bistik tu menarik

Unni Anje said...

lock paprik!!! ptg ni unni buat ya

C i k R e n e x said...

Bistik tuuuu menggoda sungguh. Hee. Printscreen siap2 resepi ni. Hee

Flavnesz said...

Huarghh.. Telur tu menggoda sgt..! Nanti anis try buat.. :3

el said...

sedapnya...terliur haaaaa hahaha

Malas letak said...

wahhh nampak sedappp

Zie Azi said...

kijammm tau, telur bistik tu suka sgt, klu mkm kat kedai tom yam mesti order telur bistik..sedapppp

FarahSanusi said...

Paprik tu!! Berkeruk2 bunyi perut bila baca resepi haha

Hernee Nazir said...

anaaaaaaaaa..sedapnya walau x rase..tengok gambar dah tau sedap hehehe

Siqah Hussin said...

Paprik dan telur bistik, both nampak sedap tu!!!! Siqah akan datang balik sini untuk tengok resepi nanti. Hehe. TQ Ana for sharing =)

Jun Zie said...

al-fatihah untuk tekak xD

Ibu Dilah said...

Telur bistik tu nampak sedap sangat la.. bulan puasa ni dah mcm restoren lak blog ana ni.. haha mcm2 resepi makanan ada..

Shaidatul Aireen said...

kak anaaaa nie menu makanan elsa buka semalam hakhak macam tahu tahu je nie hikhik

Miza Talib said...

miza ganti dengan sotong. thanks ana share resepi telur bistik jimat poket ai ;)

Annur Syuhadah said...

Memang simple kan telur bistik ni, tapi sedap. Kadang-kadang sedap makan yang simple-simple je kan

Nor Azimah said...

Wah, no try lah telur bistik tu, ganti ngan isi ayam kan, mesti ank2 suka ni, tq sharing

Lina Shaza said...

wah senangnya....boleh buat untuk sahur la besok....thanks haha

Shikin Razali said...

Menu yang sedap, hihi kena tunggu hubby balik baru seronok nak masak.. =)

Lea Azleeya said...

Perghh sedap meletop menu ni.. Lea nak try buat la ana.. Daging ada lagik kat umah tu..

Ainniah Zulkefli said...

wah meleleh air liur tengok. hadoi. rasa2 boleh batal puasa tak? 😍

cikkyra blogspot said...

Sedapnyaaaa. Lagi-lagi telur Bistik. Alangkah indahnya dapat makan telur. Setahun tak makan ni. Allergik teruk sangatlah makan telur. Erm sabar jelah hati.

Husniey Husain said...

Kombinasi menarikkk 👍😍

Sedapp tuu Ana. TQ share resepi kat sini

PeRdU cINta said...

Nasi panas..sirap lumau..nah ini dia kawannya..

Rabiahtul Adawiyah said...

sedapnya

nadhie wueen said...

Sedapnya kak Ana! Saya memang suka menu paprik ni

Mazni Munawar said...

dua2 ni favourite saya! powernya memasak :D

Eeca Shyaa said...

aduhh lapar dibuatnyaaaa!

CikLily Putih said...

nak resipi telur bistik ek

Nik Khazami Nik aziz said...

wow.. telur beefsteak tu fav!!

Bonda Zahra said...

Sedapnya.terliur tgk

Shahida Dzulkafli said...

Sedapnya.. Idea nie untuk menu berbuka..

Azlinda Azman said...

betul2 sedap ni...nt nak cuba buat

Ct Roxalynna NH said...

nampak sedap, nak cuba buatlah.. hehe

Syuhada Salleh said...

wahhh..nmpk sedap telur bistik tu..nyummmss

Post a Comment

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤