Resipi : Mee Goreng Basah Mudah dan Cepat


Resipi Mee Goreng Basah Mudah dan Cepat l Assalamualaikum. Macam mana raya semua? Mesti seronok dapat balik kampung kan. Ana macam tahun-tahun lepas raya di Selayang dan KL saja. Rumah mak dan mertua dekat-dekat je. Boleh balik hari je. Jimat duit minyak dan tol. Hehe. Selayang ni pun ibarat kampung juga. 3-4 hari sebelum raya jalan dah mula sesak. Pasar pun dah mula padat dengan orang. Masing-masing sibuk membeli persiapan untuk masak menu raya. Kalau hari raya pula, memang ramai orang datang ke rumah. Makanan tak sampai petang habis licin. Hari berikutnya pun sama. So jalan paling selamat nak hidang ke tetamu ialah mee goreng. So hari ni Ana nak kongsi resepi mee goreng basah mudah dan cepat. Masa nak siapkan semua dalam 10 minit je. Jom tengok bahan-bahan yang Ana guna.

Baca juga : Resipi Ayam Goreng Kunyit dan Telur Dadar Mayonis

Resipi Mee Goreng Basah dan Cepat
Resipi Mee Goreng Basah dan Cepat

Resipi : Mee Goreng Basah Mudah dan Cepat

Saiz hidangan : 5-6 orang

BAHAN-BAHAN

1. Mee Kuning - 1 pek
2. Fish Cake - 3-4 biji
3. Fish Ball - 6-7 biji
4. Isi Ayam / Udang
5. Sawi 
6. Kobis Bunga / daun kucai
7. Taugeh
8. Cili kisar - 4-5 sudu besar
9. Bawang besar - 1/2 biji ( di hiris kasar)
10. Sos cili, sos tomato, kicap dan sos tiram
11. Daun Sup / bawang goreng (untuk hiasan)


CARA-CARA

1. Tumis bawang besar sampai baik bau.
2. Masukkan cili dan tumis sampai masak.
3. Masukkan isi ayam / udang, fish cakes dan fish ball. 
4. Masukkan sedikit air dan letak sedikit sos cili,  sos tomato, kicap dan sos tiram.
5. Masukkan garam, aji dan sedikit gula.
6. Masukkan sayur dan mee kuning. Kacau rata.
7. Masukkan air sedikit lagi untuk jadikan mee goreng sedikit basah dan masukkan taugeh. Tutup api dan kacau rata.
8. Masuk dalam mangkuk dan tabur daun sup dan bawang goreng.  Siap di hidang
Resipi : Mee Goreng Basah Mudah dan Cepat Reviewed by Ana Suhana on June 29, 2017 Rating: 5

23 comments:

  1. sedapnyaaaa suka mee goreng lagi2 yang homemade.. kalo kat kedai jarang makan. hehe..
    open house tak rini ? ngeh2..

    ReplyDelete
  2. Akak kalau bab mee2 ni memang suka..thanks ana share resepi

    ReplyDelete
  3. Mee goreng mmg menu paling senang nk buat. Main campak campak je dah dah jadi dah.. hihi

    ReplyDelete
  4. Senang kan nk wat lagi2 kalau tiba2 tetamu dtg mengejut. Hee.

    ReplyDelete
  5. Lama betul tak goreng mee ni.. Leh try resepi mudah ni pulak... Thankz ana.. :)

    ReplyDelete
  6. Kerap juga beli mee goreng basah kat bazar ramadhan yang lepas... sedap sangat mee goreng nya... sampai berapi2 time dia masak... isteri saya masak tak sampai berapi2...hihi...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum. Selamat Hari Raya! Maaf Zahir & Batin.
    Uyul nak buat comeback nih selepas hampir sebulan menyepi dalam dunia blogging!

    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  8. hi Ana ... nampak mcm sedap.
    kalau mrs pip pula, hidangan paling selamat ialah soto ayam ...
    tapi bukan mrs pip masak, semuanya disiapkan oleh mr.Husband, muehehe ...
    anyway, have a beautiful raya Ana ...
    cheers.

    ReplyDelete
  9. pernah juga try masak mee goreng basah. nasib baik menjadi. tapi yg mee tu sy rebus dulu buang kapur mee tu

    ReplyDelete
  10. fuhyoooo lama tak buat mee goreng niii

    Selamat Hari Raya.. ;)

    Jemput singgah ke blog MamaJue

    ReplyDelete
  11. Senang kan goreng mee.. boleh cuba resepi Ana nanti nie..

    ReplyDelete
  12. masa budak2 marhabban datang hari tu, pn is3 pun masakkan mee goreng jugak.
    Ni ada dua kumpulan marhabban lagi yang akan berkunjung,
    Kumpulan wanita dan kumpulan bapak2 pulak.

    ReplyDelete
  13. Saya pun minat masakan mee. yang paling penting, tak suka kalau mee tu ade rasa pahit2 kelat rasa kapur tuh. Alhamdulillah..sekarang dah banyak produk muslim dan homemade. Rasanya memang lain dari yang pernah dibeli sebelum ni. Suka juga mee goreng basah and mee hailam juga! slurpppp...heheh

    ReplyDelete
  14. sedapnyaaaa kak anaaa.. nmpk fish cke tuuuu. hehe

    ReplyDelete
  15. Begitu cara masak mee goreng basah cara Ana, best nampak sedap 😋.. LZ frust bila masak mee goreng basah perencah tak mau lekat pada mee, berkumpul dengan fishball dan sayur. Entah mana silap, huhuhu..

    ReplyDelete
  16. Menu paling senang untuk tetamu hari raya ni. Hehe. Siqah save resepi Ana yang ni tau 😊

    ReplyDelete
  17. Adoii, mee goreng yang benar-benar mengusik perasaan.. =)

    ReplyDelete
  18. menu pantas utk dhidangkan lagi2 bila ada beberapa bahan makann utama xcukup, jadi mee basah dan mee kering mmg perlu tersedia d dapur =)

    ReplyDelete
  19. thanks for sharing hahaha maklumlah sy nie jarang masuk dapur hahaha

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.