Resepi : Onde-onde Gula Melaka Tanpa Pewarna Makanan Mudah dan Sedap


Resepi Onde-onde Gula Melaka Tanpa Pewarna Makanan l Assalamualaikum. Weekend baru-baru ni MIL ada buat onde-onde gula melaka ni. Katanya senang sangat cara-cara nak buat dan dia kongsi resepi dengan Ana. So Ana pun nak try lah buat juga. Alhamdulillah first time buat menjadi. Senang sangat-sangat rupanya. Dapatlah bagi separuh dekat mak.


Resepi Onde-onde Gula Melaka Tanpa Pewarna Makanan Mudah dan Sedap
Resepi Onde-onde Gula Melaka Tanpa Pewarna Makanan Mudah dan Sedap


Resepi Onde-onde Gula Melaka

Saiz hidangan : 3-4 orang

BAHAN-BAHAN

1. Tepung Pulut - 1/2 paket
2. Tepung Gandum - 1/2 cawan
3. Pewarna Hijau (Optional)
4. Daun Pandan - 6 helai 
5. Gula Melaka - di potong dadu
6. Garam
7. Air
8. Kelapa


CARA-CARA

1. 4 helai daun pandan di kisar dengan sedikit air. Kemudian tapis air daun pandan tersebut.

2. Masukkan tepung pulut, tepung gandum, sedikit garam, air pandan dan air ke dalam bekas. Uli sampai menjadi doh. 

3. Gentel doh menjadi bebola sebesar guli. Kemudian masukkan gula melaka ke dalam bebola tersebut dan tutup kemas-kemas. 

4. Panaskan air 3/4 periuk bersama 2 helai daun pandan. Bila air dah mendidih masukkan bebola yang dah siap tadi. 

5. Bebola akan timbul bila sudah masak. Kemudian toskan. 

6. Gaulkan kelapa dengan sedikit garam. Kemudian gaul bebola yang di tos dengan kelapa tersebut.

7. Siap di hidang. 


NOTA TAMBAHAN

1. Memandangkan Ana guna 100% warna dari daun pandan, color onde-onde tu sedikit pucat. Kalau korang nak nampakkan onde-onde tu menarik boleh lah letak sedikit pewarna macam MIL Ana buat ni.


Resepi Onde-onde Gula Melaka Mudah dan Sedap
Resepi Onde-onde Gula Melaka Mudah dan Sedap

2. Sesetengah resipi tak guna pun tepung gandum. Tapi Ana guna sebab tak nak bagi melekat dekat lelangit masa makan nanti. 


Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

20 comments:

Ucing Kadayan Fan Club said...

onde onde ni kalau nama lain nya kueh pancit kan .?

Ibu Dilah said...

kuih onde2 memang sedap kan ana.. fav ni. dilah pun buat letak tepung gandum sikit.. supaya tak liat.. kalau budak2 makan pun tak takut tercekik sbb tak liat..

http://www.ceriteraibu.com/2017/05/resepi-kuih-buah-melaka-onde-onde-mudah.html

Mrs Fuzy sweetsourleyra said...

kuih buah melaka ni mudah dan sedap..akk suka guna pandan jer sebab wangi dan minggu lepas pun dah buat
https://umifuzy.blogspot.my/2016/11/kuih-buah-melaka-kuih-onde-onde.html

Normi Nieza said...

sdapnya..:)

Ainniah Zulkefli said...

sedap. feveret encik suami sy ni. nasib senang je nak buat.

Nor Marshaliza Shaidan said...

Feveret marsha ni ana...nyum nyumm

Annur Syuhadah said...

baru minggu lepas AS makan onde onde labu kakak bawak balik..sedap jugak. Boleh la Ana buat resipi onde-onde labu pulak pasni hihi. AS malas..

Jemput baca : TIPS PILIH TUDUNG RAYA MAK-MAK

Sheila Adziz said...

sukanya onde2... puas mkn sis bila buat sendiri, guna air daun pandan, wangi sgt kan...

Lea Azleeya said...

Adehh teringin nak makan kuih ni tapi yg mak buat.. Huhuhu..

Azlinda Azman said...

saya suka onde2..sedap

Encik X said...

lapar plak tengok onde-onde tuh.

PeRdU cINta said...

Aroma daun pandan tu yang sangat menyelerakan...aroma semulajadi..

Husniey Husain said...

Sedapp ni.. Puas hati buat sendiri kan..

Shikin Razali said...

Senang sangat rupanya hihi ingatkan renyah nak buat, sbb tue sy selalu beli jea.. Bleh la nak buat dgn hubby nanti.. Thanks kak Ana... 😘

Raihanah Ahmad said...

sedap kuih ni, dulu mak selalu buat

atiehilmi dot com said...

kuih buah melakau.. hee~ atie suka gula melaka dalam tu cair jadi kena rebus lama sikit.. sedap !! baru jek buat hari tu kat kampung..

Ummi Zarra said...

Ni org tua je rajin mcm ni guna daun pandan. heheheh zmn kite pakai pewarna jerk. nk wangi bru buh pandan..

But gune daun pandan wangi kan..

C i k R e n e x said...

Senang amat watnya ek.. thanks share resepi ni ana

Jun Zie said...

fovourite Ju =D

Siqah Hussin said...

Ohh ini kuih favourite setiap kali bulan puasa pasti akan buat walau hanya sekali. Hihi.

Post a Comment

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤