Giveaway Raya by Mrs Pip


Giveaway Raya by Mrs Pip
Giveaway Raya by Mrs Pip


Giveeaway Raya by Mrs Pip l


1. Copy banner and backlink -DONE

2. Follow blog - DONE

3. Follow G+ - DONE

4. Kongsi pengalaman terindah bulan puasa

Actually tak lah indah mana pun tapi 2 kisah ni Ana tak kan lupa sampai bila-bila. Biasalah asal masuk bulan puasa je, bunga api dan mercun memang tak pernah miss. Dari kecik sampai lah dah tua ni haa. Kisahnya masa darjah 2 macam tu, lepas je berbuka Ana terus menggelupur keluar dengan adik untuk main bunga api. Yang tu je yang boleh pun. Mercun memang tak dibenarkan sama sekali. Ye lah kecik lagi kan. Bukan reti main mana pun. Penakut pun sama. Bila dapat main bunga api, seronok bukan main lagi. Berlari sana berlari sini. Buat pusing-pusing bagi asap jadi bulat. 

Nak dijadikan cerita, depan rumah Ana ada pokok kelapa. Betul-betul depan rumah dan pelepah dia merimbun atas atap. Ana yang terlebih kreatif masa tu amik bunga api yang tengah menyala tu dan halakan ke arah pelepah kelapa yang dah mati dan terlujur ke bawah. Tak semena-mena pelepah yang mati tu terbakar dan terus terbakar naik dekat atas. Apa lagi, menjerit panggil ayah. Kelam kabut ayah buka pili dan siram pokok kelapa tu. Selamat boleh padam. Kalau tak, habis satu pokok terbakar. Dengan rumah sekali boleh terbakar. Lepas kejadian tu, bunga api di haramkan sama sekali. Dekat 4 tahun juga lah tak dapat main bunga api. Huhu.

Habis satu kes. Satu kes lagi, lepas dapat main bunga api setelah 4 tahun di haramkan,  happy giler lah kan. Still masa tu hanya bunga api dan mercun padi di benarkan. Masa darjah 6 ni dah tak pandang main bunga api macan biasa. Apa barang bakar lepas tu buat pusing-pusing kan. The best way to enjoy the bunga api is dengan patah kan bunga api jadi pendek-pendek, bakar dan baling ke atas. Nanti bunga api tu akan ke "berkejaran" ke sana sini. Macam lembu giler lah senang kata bunga api tu jadinya. Tengah best baling bunga api dekat atas, sekali satu bunga api tu bergerak ke arah adik Ana yang sama main bunga api tu. Dan bunga api tu melekat dekat kaki dia. Apa lagi, menjerit lah kawan tu kesakitan. Tapi sebab tak nak kena marah dengan ayah, senyap-senyap je tahan sakit. Berbekas lah sampai sekarang penangan bunga api tu. Tapi tak serik, sambung lagi main macam tu. Hehe. 

Tu lah 2 pengalaman bulan puasa Ana masa kecik-kecik dulu. Sekarang main juga tapi tak meriah macam dulu. Lebih main untuk Syafi je. In fact, bunga api sekarang dah tak de kualiti macam dulu. Kebanyakan cepat mati maybe sebab belerang sikit atau masuk angin. So feel tu tak best sangat. Korang pula macam mana? 


Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

14 comments:

Mrs. A said...

Good luck! AS

Hehehe...betul tu bunga api zaman sekarang dah takde kualiti macam dulu-dulu terutamanya yang tangkai belang-belang tu rasanya dah tak boleh buat main yang patah-patahkan tu sebab dah tak padat/padu.

Macam nak join pun ada jugak GA ni ;-)

Lea Azleeya said...

Gut luck anak.. Lea pun rasa nak join jugak tapi tak de masa terluang lagi nak buat cerita pengalaman tu.. hehe

C i k R e n e x said...

Good luck ana!

PeRdU cINta said...

Selamat bergiveaway Sis.. :)

Iris Myra said...

Gud luck sis!

Husniey Husain said...

Goodluck 👍

Mrs Fuzy sweetsourleyra said...

gud luck Ana..selamat bersegmen

Shikin Razali said...

Betul, dulu kualiti buaga api memang okey berbandign sekarang, tapi budak2 dulu tak se kreatif dengan budak2 sekarang.. Anyway best of luck kak Ana.. =)

Shikin Razali said...

Assalamualaikum, tahniah diucapkan pada sis kerana menjadi top commentor bulan Mei-Jun 2017 dalam jurnal saya...

http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/06/top-commentor-mei-jun-2017.html

Syuhada Salleh said...

gudluck ana!

Mrs Pip said...

TQ Ana join GA Raya Mrs Pip.
Seronok pula baca kisah raya Ana ...
Tergelak gelak mrs pip baca sorang sorang, boleh imagine apa yg berlaku time tu ..
Have a nice raya nnt.

Jun Zie said...

Ju blm join lagi, btw all the best tau =D

sHaRiNa eLyaNa said...

em..sha jenis yg xsuka mercun..tp klu bunga api, ok ja haha..mcm budak2 pula..apapun gud luck kak ana untuk GA ini

Lokman Hakim said...

gud luck kak ana...

Post a Comment

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤