Dugaan Ramadhan - Diary of Ana Suhana

Jun 19, 2017

Dugaan Ramadhan




Assalamualaikum. Lama rasanya tak update blog.  Seminggu ni tak berapa nak sihat. Allah tarik nikmat bahagia dan gembira. Dia bagi kita rasa sedih dan gundah gulana. Semua jadi tak menentu. Allahu akbar. Rasa tak bersemangat rasanya. Hanya dengan beberapa kes kematian buat hati ni tersentak sampai sekarang. Makan tak lalu sampai angin masuk perut. Badan tak selesa sana sini. Kepala berat. Semua yang di pandang menjadi suram. Mungkin faktor hormon sebab tengah datang bulan. Tapi lepas habis pun, perasaan sedih dan gundah gulana tu masih ada. Buntu, sedih semua bercampur baur. Hati berdebar tak menentu. Sakit nya tak terkata. Kalah sakit fizikal. Sakit emosi ni tersangatlah tak tertahan. Tak tahu nak buat apa. Solat, zikir, mengaji, solat malam semua dah buat tapi masih tak selesai masalah. Setiap masa berdoa semoga Allah buang perasaan sedih tu tapi masih belum hilang. Menangis melalak semua ada. Kesian dekat en suami sampai tak tahu nak nasihat apa. Kesian dekat syafi sebab terabai. Bersalahnya rasa tapi semangat tu dah hilang. Hilangnya nikmat tu sampai pergi shopping pun rasa terpaksa. Semua yg di pandang nampak muram. Nak ukir senyum pun tak larat. Betapa kerdil dan siksanya rasa bila Allah tarik nikmat gembira. Hati gundah gulana tak menentu. Sampai bila pun tak tahu. Doakan saya kembali ceria kembali seperti sedia kala. InsyaAllah bila dh kembali sihat saya akan ziarah rakan2 semua.

28 comments:

  1. Ya Allah.. nape tu ana? Semoga ana diberi ketenangan hati.. doa banyak2 ya ana.. take care ye..

    ReplyDelete
  2. Kak Ana, please jaga diri jaga kesihatan jaga makan okey... Risau pulak akak cemni. InsyaAllah, time will heal you. Allah kan takkan uji di luar kemampuan kita? Kak Ana saya kuat! :')

    ReplyDelete
  3. kenapa ni ana..patutla dah lama xupdate..perasaan tu memang ada pada setiap orang ana..sabar eh ana,moga perasaan tu cepat hilang dan kembali gembira seperti selalu..

    ReplyDelete
  4. semoga cepat sehat!gee & family diberi dugaan kesihatan pada awal ramadhan..fuh..habis demam anak-anak & mak budak pun sama...

    ReplyDelete
  5. semoga cepat sehat!gee & family diberi dugaan kesihatan pada awal ramadhan..fuh..habis demam anak-anak & mak budak pun sama...

    ReplyDelete
  6. Bersabar sis.... InsyaAllah akan ada kegembiraan atas perkara yang telah berlaku...

    ReplyDelete
  7. subhanallah... byk pahala awak tu sis.... Allah bg tak ceria tak bermakna susah. Allah datangkan 70 ribu malaikat doa kat sis setiap saat ditambah lak bulan yg berkat ni, Allah sayang sgt kat sis ni...

    ReplyDelete
  8. jaga kesihatan tau sis lagi2 bulan puasa ni =') smoga smuanya kembali pulih scepat mungkin. Insyallah, amin ya rabb

    ReplyDelete
  9. Semoga dikurniakan kesabaran, ketabahanan dan kekuatan semangat yang tinggi dalam menghadapi dugaan dariNya.
    Pasti ada hikmah disebaliknya.

    ReplyDelete
  10. What's wrong ana?
    Semoga ana tabah dan kembali ceria.
    Be strong, ujian Allah dtg dlm pelbagai bentuk yg tak tersangka.
    Hope semuanya akan kembali dalam keadaan yang elok.
    Take care Ana.

    ReplyDelete
  11. Ana, kenapa ni? Semoga Ana diberi kesabaran dan ketabahan dalam hadapi apa yang terjadi. Hope Ana kembali ceria dan seperti sediakala soon. Be strong Ana..

    ReplyDelete
  12. Kenapa Ana.. Kak Sue doakan semoga Ana tabah ya..

    ReplyDelete
  13. Saya doakan semoga akak tabah dalam menghadapi dugaan nie, kembali ceria semula.. =) Ikhlaskan hati akak dalam semua dugaan ini, Insha Allah, akan berkurangan..

    ReplyDelete
  14. Kak ana, apa-apa pun kak ana kena kuat, masih ada yang perlukan perhatian daripada kak ana. Semoga kak ana tabah hadapi semua ni. Ujian daripada Allah.

    ReplyDelete
  15. Patutlah Ana diam je.. Husniey pun terdetik.. 😭 manalah Ana ni diam je.. tak update apa pun..

    Apa pun ujian yang sedang melanda Ana,
    Be strong.. Nangis banyak tak mengapa, sabar.. kuatkan hati ya.. Allahu tahu yang terbaik untuk kita.. Mohon doa banyak banyak padaNya.. insyaAllah akan ada jawapan.. Husniey pernah rasa saat diuji tak mahu senyum langsung, berminggu minggu takde mood.. Kuatkan semangat ya😊

    ReplyDelete
  16. Ana kena kuat semangat. ana kan kuat

    ReplyDelete
  17. ya Allah..patutlah rasa macam lamanya tak nampak ana komen2..post entri kat group fb..be strong ana.. insha Allah semuanya baik2 je.. apa pun dugaan yg menimpa insha Allah ada hikmah yang tersembunyi Allah nak bagi.. bukan sekarang mungkin akan datang.. :)

    ReplyDelete
  18. Sabar yer ana..perubahan hormom memang cenggitu..semoga ana kuat dan tabah...akak doakan ana sihat seperti biasa

    ReplyDelete
  19. rasa mcm pernah melalui je perasaan ni. stay strong kak, semoga sihat selalu :) <3

    ReplyDelete
  20. Syafakillah...semoga Ana cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan..semoga tabah untuk anak dan keluarga..yg pergi tetap pergi tapi kita yang tinggal ni jangan terlalu menurut perasaan duka tu...akk doakan semoga Ana kembali sihat

    ReplyDelete
  21. Harap ana bertabah ye. Ingatkan yg pergi tetap pergi, Yang mambu kita buat adalah doakan mereka. Yang Ada bersama kita sekarang, anak Dan suami.. jadilah mereka sumber kekuatan ana ok

    ReplyDelete
  22. Kenapa ana.
    Semoga ana kembali sihat dan ceria seperti selalu yer.

    Semoga dipermudahkan segala urusan ana dan sekeluarga.

    Keep strong!

    ReplyDelete
  23. Allah... Yang membaca terasa deritanya.. Yang menangung apa tah lagi..
    semoga Ana diberi kekuatan melalui ujian Allah ini ye..
    Semoga kembali ceria dan bersemangat..

    ReplyDelete
  24. Semoga Ana kuat. Gws dear.. btw, Cikla tag Ana, tp terpulang nk join atau tak ye. Up to you...http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2017/06/segmen-bloglist-haslina-july-2017.html

    ReplyDelete
  25. Alhamdulillah,

    Puasa tahun ini masih kekal sihat bertenaga cuma kurang produktif je hahahaha

    ReplyDelete
  26. What happen Ana ? Be strong Ana and get well soon .

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤