Deko-deko Aidilfitri bersama Lazada



Deko-deko Aidilfitri bersama Lazada l Assalamualaikum. Minggu ni minggu kedua kita semua berpuasa. Maksudnya tinggal lagi dua minggu je lagi nak menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bila fikir bab raya je, mula lah tak keruan di buatnya. Mana nak cari baju raya lagi, mana nak cari kuih raya lagi dan paling penting macam mana nak kemas rumah bagi berseri di hari raya. Tak lah bila tetamu datang nampak rumah kusam tak berseri kan. Nak lah nampak ceria dan bersih. Baru lah tetamu rasa selesa. Memandangkan rumah Ana rumah flat of course lah masalah utama ialah saiz rumah yang kecil. Salah pilih perabot atau warna memang nampak sempit jadinya. Paling teruk boleh rasa sesak nafas. Tak nak macam tu kan. Semestinya kita nak rasa rumah kita paling selesa di dunia ni. Ye lah, kan rumah ku syurga ku katanya. 


Rumah ku Syurga ku

Bila sebut pasal deko-deko untuk persiapan hari raya ni, perkara utama yang Ana tekankan ialah kawasan ruang tamu. Bab deko ni Ana suka something yang simple dan ceria. Jadi Ana akan pastikan rumah di hiasi dengan seminima yang mungkin tapi masih mengekalkan unsur-unsur ceria.

Antara tips yang Ana selalu guna semasa nak deko atau hias rumah untuk menyambut lebaran ialah:

1. Make Over Perabot Sedia Ada

Untuk menyambut hari lebaran, tak bermakna semua kena beli baru termasuklah perabot kan. Kalau perabot lama masih elok dan kukuh, why not kita make over sedikit bagi nampak lain sikit. Memandangkan perabot sedia ada di rumah ni hanya ada sofa 2 seaters dan almari hiasan, selalunya Ana akan hanya beli cushion cover dan small table cloth je untuk menghias perabot-perabot yang ada. Beli warna yang lain dari warna sebelumnya untuk nampakkan suasana yang lain. Baru feel raya tu akan datang.

2. Hiasan yang ringkas

Kalau ikut hati, setiap dinding dan sudut dekat rumah ni Ana nak letak hiasan. Tapi sebab masih sedar diri, jadi Ana hanya pilih hiasan yang ringkas dan seminima yang mungkin supaya tak nampak terlalu kosong. Selalunya Ana akan beli bunga-bunga hiasan yang baru untuk ganti bunga yang lama yang telah lusuh. 

3. Try and Error tukar kedudukan perabot

Ni yang paling Ana akan buat setiap tahun. Bila kita try and error tukar kedudukan perabot di rumah, secara tak langsung kita akan dapat wujudkan satu pemandangan baru. Selalunya Ana akan tukar kedudukan sofa lah. Kalau tahun sebelum ni kedudukan sofa secara menegak, tahun ni tukar ke arah melintang pula. Kalau rasa kena, stick lah pada perubahan tu. Seriously kalau korang cuba tips ni mesti korang akan rasa something fresh and new walau hanya guna perabot sedia ada. Tak perlu lah sampai nak beli perabot baru bagai. 

4. Lap perabot sedia ada.

Tips paling utama dalam menghias rumah untuk menyambut hari lebaran adalah dengan lap perabot-perabot sedia ada sampai kasi nampak berkilat. Biar sampai nampak macam baru. Baru lah raya orang kata.

Itu antara tips yang Ana boleh share dengan korang. Setiap orang ada cara nya yang tersendiri dan tak semestinya kena sama dengan semua orang kan.

Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya. Klil SINI

Memandangkan sekarang ni Lazada tengah adakan jualan hebat Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya bermula 19 Mei hingga 30 Jun 2017 dan ada diskaun sehingga 90%, Ana plan nak beli beberapa baranglah untuk bantu Ana hias rumah untuk menyambut raya yang akan datang ni kan. Banyak sebenarnya barang yang menarik mata untuk di beli sebab semuanya murah-murah belaka tapi kena beli mana yang penting dulu kan. Ikut kemampuan orang kata. Jadi Ana nak beli item-item ni dulu lah:

1. MF Design Red Sofa Bed


MF Design Red Dot Sofa Bed. Klik SINI

Alang-alang Lazada tengah buat sale kaw kaw kan, apa salahnya amik peluang ni untuk tukar sofa bed sedia ada ni. Kata pun nak sambut raya dengan ceria kan. Nak lah juga merasa perabot baru. Baru lah lagi excited nak sambut raya. Harga sofa bed ni tak sampai pun RM350 jemah oi. Murah sangat tu. Warna pun cantik. Memang matching sangat lah dengan perabot sedia ada. Lagi satu kalau kotor tak nampak sangat kan sebab warna hitam. Salah satu tips juga tu.

2. Deerma F525 Humidifier Moisturiser


Deerma F525 Humidifier Moisturiser. Klik SINI

Humidifiee ni pun Ana nak letak dekat ruang tamu. Selain melembabkan udara di dalam rumah, humidifier juga berfungsi sebagai perangkap bakteria dan virus. Jadi rumah Ana bukan kata selesa malah bebas bakteria. Itu yang penting.


Korang nampak tak?  Dua barang ni tak sampai pun RM500. murah dan menjimatkan kan. Korang kalau nak shopping raya untuk rumah boleh lah terjah Lazada dan enjoy jualan hebat bersempena MARHABAN YA RAMADHAN DAN RIA RAYA




Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

13 comments:

Maria Firdz said...

All the best... Nice sharing..

PeRdU cINta said...

Seronoknya kalau dapat hias rumah ikut citarasa kan Sis :)

Mrs Pip said...

Gudluck ana.

Mrs Fuzy sweetsourleyra said...

gud luck Ana..

Bro Framestone said...

Teringin gak nak deko rumah raya nie... Tapi... xpe la

Lina Shaza said...

Yay...pilihan yg terbaik...samalah lina pun nk carik sofa baru jgk...

Sheila Adziz said...

Nice deco... Gd luck sis

Warisan Petani said...

Yan penting kita selesa,
tetamu yang datang nanti pun selesa.

Kak Sue said...

Macam menarik dua barang dari Lazada nie Ana, anyway good luck Ana 😘

Ibu Dilah said...

Betul tu ana.. kalau ruang tamu kecik ni mmg kena pandai main warna dinding dan perabut. Baru la hall nampak luas dan tak sempit. Good luck ana :)

Rozita Cerita Ita said...

sofa tu cantik ana.. akak pun suka tgk..

Jun Zie said...

susun atur brgn rumah sgt penting untuk rumah nmpk lebih fresh, kemas. Mjimatkan ruang sedia ada atau dpt mmanfaatkn mana2 ruang yg sblm ni xdigunakan spenuhnya =) btw all the best dgn contest dr lazada ni =D

Siqah Hussin said...

Ana.. nak tanya, mana Ana beli hiasan dinding warna hijau tu? Lawalah =)

Post a Comment

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤