June 2017 - Diary of Ana Suhana

Jun 30, 2017

[ REVIEW ] SgShop Ejen Taobao Malaysia membantu korang bershopping

12:55 PM 12
[ REVIEW ] SgShop Ejen Taobao Malaysia membantu korang bershopping

SgShop Ejen Taobao Malaysia Terbaik Membantu Korang Bershopping l Assalamualaikum. Sebelum ni Ana ada cerita yang Ana dapat RM100 kredit untuk shopping di SgShop sempena GA yang di anjurkan oleh Shazillah Sani. Entri di SINI. Alhamdulillah duit tu Ana dah selamat bershopping dan barang-barang yang di beli pun telah selamat sampai minggu lepas. Terima kasih SgShop Ejen Taobao Malaysia atas kredit yang di beri.

Bagi yang tak tahu, SgShop merupakan sebuah syarikat tempatan yang menjalankan perniagaan dalam pengkhususan logistik di mana pihak SgShop membantu para pelanggan untuk membeli pelbagai barangan dari laman web e-dagang Cina dan memastikan keselamatan dan ketepatan barang yang di pesan di jaga sepenuhnya. Bermula dari pesanan di buat hingga barang sampai ke tangan korang.

SgShop menawarkan pelbagai barangan pada harga yang sangat berpatutan. Yang penting kualiti barang-barang yang di jual sangat terjaga. Apa yang korang nampak di website macam tu lah korang akan dapat. Tak lari langsung.  Tak caya jom tengok barang-barang yang Ana beli di SgShop.

1. 1 helai baju untuk Syafi

2. 2 helai baju untuk En Suami


3. 3 biji brooch

4. 1 unit mini carpet bulu putih

Semua barang yang Ana dapat dekat atas ni semua best dan kualiti dia tip top. Sama sebijik macam yang kita tengok dekat dalam website dia. Memandangkan Ana pilih menggunakan sea shipping so masa penghantaran agak lama sekitar 3 minggu. Yang penting barang-barang ni Ana terima sebelum raya. Suka sangat. Kalau korang nak barang cepat sampai boleh lah pakai express air. 1-2 hari dah boleh sampai. Ada 4 jenis penghantaran yang korang boleh pilih ikut bajet masing-masing. Dari yang mahal sampai lah yang semurah-murahnya.



Total semua barang dekat atas termasuk shipping and delivery charge ialah RM89 je. Memandangkan Ana ada balance RM12 lagi dalam akaun SgShop Ana decide untuk transfer ke dalam akaun bank. Dalam 4-5 hari je duit tu dah masuk dalam akaun kita tau. Best sangat tau SgShop ni. Nak bayar senang nak transfer semula ke akaun bank kita pun senang.
Korang kalau belum cuci-cuci mata di SgShop jom cuci sama-sama lagi. Mana tau ada yang berkenan pulak kan. Ok tak nak cakap banyak-banyak,  Ana nak sambung cuci mata lagi dekat SgShop. Jommm join sekali.




Jun 29, 2017

Resipi : Mee Goreng Basah Mudah dan Cepat

10:32 AM 22
Resipi : Mee Goreng Basah Mudah dan Cepat

Resipi Mee Goreng Basah Mudah dan Cepat l Assalamualaikum. Macam mana raya semua? Mesti seronok dapat balik kampung kan. Ana macam tahun-tahun lepas raya di Selayang dan KL saja. Rumah mak dan mertua dekat-dekat je. Boleh balik hari je. Jimat duit minyak dan tol. Hehe. Selayang ni pun ibarat kampung juga. 3-4 hari sebelum raya jalan dah mula sesak. Pasar pun dah mula padat dengan orang. Masing-masing sibuk membeli persiapan untuk masak menu raya. Kalau hari raya pula, memang ramai orang datang ke rumah. Makanan tak sampai petang habis licin. Hari berikutnya pun sama. So jalan paling selamat nak hidang ke tetamu ialah mee goreng. So hari ni Ana nak kongsi resepi mee goreng basah mudah dan cepat. Masa nak siapkan semua dalam 10 minit je. Jom tengok bahan-bahan yang Ana guna.

Baca juga : Resipi Ayam Goreng Kunyit dan Telur Dadar Mayonis

Resipi Mee Goreng Basah dan Cepat
Resipi Mee Goreng Basah dan Cepat

Resipi : Mee Goreng Basah Mudah dan Cepat

Saiz hidangan : 5-6 orang

BAHAN-BAHAN

1. Mee Kuning - 1 pek
2. Fish Cake - 3-4 biji
3. Fish Ball - 6-7 biji
4. Isi Ayam / Udang
5. Sawi 
6. Kobis Bunga / daun kucai
7. Taugeh
8. Cili kisar - 4-5 sudu besar
9. Bawang besar - 1/2 biji ( di hiris kasar)
10. Sos cili, sos tomato, kicap dan sos tiram
11. Daun Sup / bawang goreng (untuk hiasan)


CARA-CARA

1. Tumis bawang besar sampai baik bau.
2. Masukkan cili dan tumis sampai masak.
3. Masukkan isi ayam / udang, fish cakes dan fish ball. 
4. Masukkan sedikit air dan letak sedikit sos cili,  sos tomato, kicap dan sos tiram.
5. Masukkan garam, aji dan sedikit gula.
6. Masukkan sayur dan mee kuning. Kacau rata.
7. Masukkan air sedikit lagi untuk jadikan mee goreng sedikit basah dan masukkan taugeh. Tutup api dan kacau rata.
8. Masuk dalam mangkuk dan tabur daun sup dan bawang goreng.  Siap di hidang

Jun 23, 2017

SALAM AIDILFITRI 1438H

1:06 PM 18
SALAM AIDILFITRI 1438H

Assalamualaikum. Wah sekejapnya ramadhan nak tinggalkan kita. Masih berbaki sehari setengah untuk kita pulun pahala untuk raih keberkatan bulan yang penuh barokah ni. Semoga amalan kita sepanjang bulan ni di terimaNya. InsyaAllah. Lepas tu kena tunggu setahun lagi. Mudah-mudahan kita semua di panjangkan umur untuk bertemu dengan ramadhan akan datang. Amin.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438 H
Sempena Syawal nak menjelang dalam 2 hari lagi ni, Ana nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua sahabat-sahabat blogger. Maaf atas segala salah silap sepanjang perkenalan ni. Selamat pulang ke kampung pada yang akan beraya di kampung dan semoga selamat sampai. Ana seperti 32 tahun yang lepas beraya di KL. So Ana memang #teamberayadiKL dulu kini selamanya. Hehe.


Ni Ana nak belanja satu lagu raya buat semua. Sama-sama saling mengingati.


Salih : Eh Nasir tolong aku

M.Nasir : Tolong apa?

Salih : La Marilah tolong aku kejap..
Aku pening lah

M.Nasir : Pening?

Salih : Kau Boleh tolong tak?

M.Nasir : Apa yang kau nak?

Salih : Apa dia? Tak dengar..

M.Nasir : Eh Salih apa yang kau fikirkan
Kau macam orang tak keruan
Mahluk mana yang terlepas
Kacau kau di pagi Raya?
Tak mungkin semalam kau mimpi
Dipatuk ular lagi....

Salih : Hai Nasir ku tak mimpi apa
Cuma bila sampai Hari Raya
Hai pening aku runsing
Menghadapi semua
Kocek tak penuh betul-betul
Banyak ubi keledek
Biar aku cangkul

M.Nasir : Aku pohon kau terima
Hari ini Hari Raya
Bukan mesti
banyak belanja
Kita sederhana saja
Jangan pening, jangan runsing
Jangan
pening (x3)

Salih : Macam mana ku tak pening
Hutang yang dulu masih lagi ada duduk keliling
Sedang menjeling
Mana kuih, mana baju
Mana langsir dan pinggan mangkuk
Dan juga kereta baru
Kantoi Aku

M.Nasir : Mana dulu didulukan
Yang mudah dipermudahkan
Baru semua berkenan

Salih : Kalau begitu carannya baru aku terima

Nasir & Salih : Semuanya dah sedia

Salih : Tiba sudah Hari Raya
Mari kita bergembira

M.Nasir & Salih : Jangan pening
Taknak pening
Buat pe pening
Usah pening
Pening (x2)
Jangan pening
Pening (x3)


Jun 21, 2017

Resipi : Sambal Paru Mudah dan Sedap

11:51 AM 16
Resipi : Sambal Paru Mudah dan Sedap

Resipi Sambal Paru Mudah dan Sedap l Assalamualaikum. Kali ni Ana nak share resipi sambal paru mudah dan sedap. Siapa yang suka makan paru confirm akan suka makan sambal paru. Nak nak raya lagi ni kan, boleh je makan dengan nasi impit lagi tu. Nak makan dengan sambal lodeh pun boleh tau. Paling koman makan dengan nasi panas pun lebih dari cukup dah. Senang kata semua lah boleh masuk dengan sambal paru ni.

Baca juga : Resipi Sambal Goreng Kentang Rangup dan Sambal Goreng Kentang Ikan Bilis

Resipi Sambal Paru Mudah dan Sedap
Resipi Sambal Paru Mudah dan Sedap

Resipi Sambal Paru Mudah dan Sedap

Resipi : 4-5 orang


BAHAN-BAHAN

1. Paru - 1 kg
2. Cili kering - 200 gram * ( di rebus)
3. Bawang besar - 1 biji *
4. Bawang putih - 2-3 ulas *

* di kisar


CARA-CARA

1. Rebus paru sehingga empuk. Kemudian potong kecil dan gaulkan dengan kunyit dan garam.

2. Panaskan minyak dan goreng paru sehingga garing.

3. Tumis bahan-bahan yang di kisar sehingga pecah minyak. Masukkan garam, gula dan aji.

4. Masukkan paru dan gaul rata.

5. Sedia di hidang.


NOTA TAMBAHAN

1. Kalau nak paru tu lagi garing, goreng lama sikit dan potong nipis-nipis. Cili pun kurangkan. Confirm makan macam makan keropok.


Jun 19, 2017

Dugaan Ramadhan

11:44 AM 28
Dugaan Ramadhan



Assalamualaikum. Lama rasanya tak update blog.  Seminggu ni tak berapa nak sihat. Allah tarik nikmat bahagia dan gembira. Dia bagi kita rasa sedih dan gundah gulana. Semua jadi tak menentu. Allahu akbar. Rasa tak bersemangat rasanya. Hanya dengan beberapa kes kematian buat hati ni tersentak sampai sekarang. Makan tak lalu sampai angin masuk perut. Badan tak selesa sana sini. Kepala berat. Semua yang di pandang menjadi suram. Mungkin faktor hormon sebab tengah datang bulan. Tapi lepas habis pun, perasaan sedih dan gundah gulana tu masih ada. Buntu, sedih semua bercampur baur. Hati berdebar tak menentu. Sakit nya tak terkata. Kalah sakit fizikal. Sakit emosi ni tersangatlah tak tertahan. Tak tahu nak buat apa. Solat, zikir, mengaji, solat malam semua dah buat tapi masih tak selesai masalah. Setiap masa berdoa semoga Allah buang perasaan sedih tu tapi masih belum hilang. Menangis melalak semua ada. Kesian dekat en suami sampai tak tahu nak nasihat apa. Kesian dekat syafi sebab terabai. Bersalahnya rasa tapi semangat tu dah hilang. Hilangnya nikmat tu sampai pergi shopping pun rasa terpaksa. Semua yg di pandang nampak muram. Nak ukir senyum pun tak larat. Betapa kerdil dan siksanya rasa bila Allah tarik nikmat gembira. Hati gundah gulana tak menentu. Sampai bila pun tak tahu. Doakan saya kembali ceria kembali seperti sedia kala. InsyaAllah bila dh kembali sihat saya akan ziarah rakan2 semua.

Jun 15, 2017

Munajat Ramadhan : Doa Selepas Terawih yang Meruntun Jiwa

11:38 AM 15
Munajat Ramadhan : Doa Selepas Terawih yang Meruntun Jiwa

Munajat Ramadhan Doa Selepas Terawih yang Meruntun Jiwa l Assalamualaikum. Kejap je kita dah melangkah ke fasa terakhir bulan Ramadhan. Fasa yang teramat istimewa kerana di dalamnya terdapat malam yang sangat di nanti-nantikan iaitu malam Al-Qadr. Malam yang 1000 bulan lebih baik dan amalan kita di lipat gandakan pada malam istimewa ni. Jangan kita lepaskan peluang yang sangat banyak kelebihannya. Jom sama-sama berusaha melawan hawa nafsu dengan bangkit tengah malam dan bermunajat kepadaNya. Buat solat sunat taubat dan minta keampunan dengan bersungguh-sungguh. Sebut dosa kita satu-satu dan mohon keampunan Allah yang Maha Pengampun. Buat solat sunat tahajud kerana banyak fadilat yang kita akan dapat. Berzikir dan beristighfar dengan sesungguh hati mohon keredhaan Illahi. Berdoa dengan seikhlas hati semoga Allah sudi memperkenankan doa kita. Antara doa yang boleh kita amalkan adalah doa seperti di bawah ni:

Munajat Ramadhan Doa Selepas Terawih yang Meruntun Jiwa l 
Bismillahirrahmanirrahim. 

Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu Ya 'alim…

Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….

Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu Ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kpdMu ketika senang, kami ingat kpdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu ketika usia sudah tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa melalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….

Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…golongkanlah mereka dlm golongan org2 yg Engkau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu Ya Allah…

Ya Allah Ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…Ya rahman…Ya Rahim..
Jika ada dikalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln keluar kpd mereka, jika ada di kalangan kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah…agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada dikalangan kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar dan Mengasihi…

Ya Allah Ya Malikal Mulk…

Ya Razak..Ya Fattahu Ya 'Alim…

Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg diberkati dan jadikanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jadikan kami drp golongan yg lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.

Ya Allah….

Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram…

Ya Allah….Jgnlah kau jadikan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akan dtg…

Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal di mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi… kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…

aamiin ya rabbal'aalamiin...

Jun 14, 2017

Resipi : Ikan Masak Taucu

10:23 AM 20
Resipi : Ikan Masak Taucu

Resipi Ikan Masak Taucu l Assalamualaikum. Alhamdulillah dah masuk kita ke fasa terakhir Ramadhan. Mesti ada yang tengah buat kuih raya kan. Ana macam tahun-tahun lepas, buat kuih tunjuk je. Senang cerita. Sebab dah pernah buat tapi rasa berbaloi pulak. Dengan masa dan bahan yang di gunakan. Lebih baik beli je. Rumah pun tak bersepah. Hehe. Ok untuk resipi hari ni Ana nak share satu menu favorite En Suami iaitu resipi ikan masak taucu. Menu yang sangat simple tapi mampu membuka selera makan kita. Orang yang hilang selera makan pun boleh cuba. InsyaAllah berselera nanti sebab rasa masam masin taucu tu sempurna sebagai pembuka selera orang kata. 

Baca juga : Resipi Sambal Goreng Kentang Rangup dan Sambal Goreng Kentang Ikan Bilis

Resipi Ikan Masak Taucu
Resipi Ikan Masak Taucu

Resipi Ikan Masak Taucu

Saiz hidangan : 2-3 orang

BAHAN-BAHAN

1. Ikan Kembong / Tenggiri - 3-4 ekor / ketul
2. Bawang Besar - 1 -2 biji (belah dua dan hiris tebal) 
3. Bawang putih - 2-3 ulas (hiris nipis) 
4. Halia - 1-2  inchi (hiris nipis)
5. Cili api - 6-7 biji
6. Cili hijau / merah - 1-2 biji (belah empat)
7. Taucu - bergantung pada kuantiti ikan


CARA-CARA

1. Ikan di perap dengan kunyit dan garam kemudian di goreng. Bila dah masak (jangan terlalu garing) keluarkan dan letak di tepi. 

2. Tumis bawang besar,  bawang putih dan halia sampai baik bau.  Kemudian masukkan taucu dan sedikit air dan kacau rata. 

3. Masukkan sedikit gula dan aji.

4. Masukkan cili merah / hijau dan cili api. 

5. Masukkan ikan dan kacau rata.

6. Siap di hidang.


NOTA TAMBAHAN

1. Ada sesetengah resipi guna air asam jawa dalam ni tapi Ana tak guna sebab taucu tu pun dah masam sifat dia. 

Jun 13, 2017

Kisah Rasulullah dan seorang Arab Badwi

11:14 AM 8
Kisah Rasulullah dan seorang Arab Badwi


Kisah Rasulullah dan seorang Arab Badwi
Kisah Rasulullah dan seorang Arab Badwi 
Kisah Rasulullah dan seorang Arab Badwi l Dikisahkan, bahwasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka’bah, beliau mendengar seseorang dihadapannya bertawaf, sambil berzikir: “Ya Karim! Ya Karim!”

Rasulullah s.a.w. menirunya membaca “Ya Karim! Ya Karim!” Orang itu Ialu berhenti di salah satu sudut Ka’bah, dan berzikir lagi: “Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya “Ya Karim! Ya Karim!” Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya.Orang itu Ialu berkata:
“Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, karena aku ini adalah orang Arab baduwi? Kalaulah bukan karena ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah.”

Mendengar kata-kata orang baduwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: “Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?” “Belum,” jawab orang itu. “Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?”

“Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya,” kata orang Arab baduwi itu pula.

Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: “Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!” Melihat Nabi dihadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.

“Tuan ini Nabi Muhammad?!” “Ya” jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya:
“Wahai orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan seperti itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada juragannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita.

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: “Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: “Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahwa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil maupun yang besar!” Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. 

Maka orang Arab itu pula berkata:
“Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!” kata orang Arab baduwi itu.

“Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?” Rasulullah bertanya kepadanya.

“Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,“ jawab orang itu. “Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!“

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata:
“Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya karena tangismu, penjaga Arsy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahwa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!”

Betapa sukanya orang Arab baduwi itu, mendengar berita tersebut. la Ialu menangis karena tidak berdaya menahan keharuan dirinya.

Jun 10, 2017

Resipi : Sambal Goreng Kentang Rangup dan Sambal Goreng Kentang Ikan Bilis

10:07 AM 23
Resipi : Sambal Goreng Kentang Rangup dan Sambal Goreng Kentang Ikan Bilis

Resipi : Sambal Goreng Kentang Rangup dan Sambal Goreng Kentang Ikan Bilis l Assalamualaikum. Bulan-bulan puasa ni menu untuk berbuka memang Ana akan masak yang simple dan cepat. Salah satunya sambal goreng kentang lah. En Suami memang suka makan ni. Kalau boleh hari-hari dia minta buatkan. Sebab tak nak bagi rasa muak,  Ana akan alternate setiap hari. Kalau hari ni sambal goreng kentang dengan ikan bilis, esoknya Ana akan masak sambal goreng kentang rangup. Dua-dua menu pun senang nak sediakan.

Resipi : Sambal Goreng Kentang Rangup dan Sambal Goreng Kentang Ikan Bilis

Sambal Kentang Goreng Rangup
Sambal Kentang Goreng Rangup
Versi 1 :  Sambal Goreng Kentang Rangup

BAHAN-BAHAN


1. Kentang - 4 -5 biji ( di sagat atau di hiris nipis)
2. Kacang tanah
3. Cili kisar - 1-2 sudu (bergantung pada saiz kentang dan kuantiti kacang)


CARA-CARA

1. Goreng kacang sehingga garing dan ketepikan dalam bekas untuk di sejukkan.

2. Gaul kentang dengan garam dan goreng dalam minyak yang panas. Masukkan kentang satu-satu supaya tidak melekat antara satu sama lain. Selesai goreng semua, letak tepi dan sejukkan di dalam bekas yang berbeza.

3. Tumis cili kisar sehingga masak dan masukkan garam dan aji. Tutup api dan biarkan sambal sejuk seketika.

4. Bila sambal dah sejuk gaul dengan kacang dan kentang. Masukkan dalam bekas kedap udara dan sedia di hidang.


NOTA TAMBAHAN

1. Cili kisar yang Ana guna tu cili kisar buat sendiri. Jadi memang dah ada bawang besar dan bawang putih dalam tu. Kalau korang takde cili kisar, rebus 6-7 tangkai cili kering. Kemudian kisar dengan bawang putih dan bawang besar.






Resipi : Sambal Goreng Kentang dan Ikan Bilis
Resipi : Sambal Goreng Kentang dan Ikan Bilis
Versi 2 : Sambal Goreng Kentang Ikan Bilis

Saiz hidangan : 2-3 orang

BAHAN-BAHAN

1. Cili Merah - 3-4 biji * 
2. Bawang putih - 1 ulas *
3. Bawang besar - 1/2 biji (kalau besar) *
4. Kentang - 3-4 biji **
5. Ikan bilis

* Di kisar kering
** Di hiris


CARA-CARA

1. Kentang di lumur dengan sedikit garam kemudian goreng sampai garing.

2. Goreng ikan bilis sehingga garing.

3. Buang minyak dari ikan bilis sedikit dan tumis bahan yang di kisar sehingga masak.

4. Masukkan garam dan bahan perasa.

5. Masukkan kentang dan gaul sehingga rata. 


NOTA TAMBAHAN

1. Ikan bilis goreng tu boleh je gaul dengan kentang dalam sambal yang di masak tu. Tapi Ana asingkan sebab nak ada rasa rangup masa makan. 

2. Kalau nak rasa manis sikit boleh letak gula sedikit. 

Jun 9, 2017

Wajarkah Konsep Bila Tua Baru Saya Mahu Beribadah?

2:16 PM 10
Wajarkah Konsep Bila Tua Baru Saya Mahu Beribadah?

Konsep Bila Tua Baru Saya Mahu Beribadah Seorang pemuda berborak dengan seorang pakcik, usia pakcik tersebut sekitar awal 70an. Pakcik ini antara jemaah tetap setiap kali waktu solat fardhu di masjid.
Wajarkah Konsep Bila Tua Baru Saya Mahu Beribadah?
Wajarkah Konsep Bila Tua Baru Saya Mahu Beribadah?
PEMUDA: Seronok saya tengok pakcik, setiap kali solat fardhu mesti pakcik ada. Seronoknya kalau dapat istiqamah kan.

PAKCIK: Alhamdulillah, ini pun Allah yang mudahkan. Dah tua-tua ni, bukan nak kejar apa lagi, esok lusa sampai ajal, jumpalah dengan Tuhan.

PEMUDA: Alhamdulillah Allah panjangkan umur pakcik sampai sekarang. Mesti pakcik seronok kan, biasanya bila dah berusia, nafsu dunia pun dah berkurangan. Lebih mudah beribadat. Tak banyak fikir soal lain dah.

PAKCIK: Tidak nak.. kebanyakkan orang fikir begitu. Masa muda kerja kuat, kumpul harta, nanti dah pencen boleh tumpu pada ibadah. Kononnya jika sudah tua lebih mudah beribadah. Tetapi itu bukan realiti sebenar. 

PEMUDA: Eyh kenapa pula pakcik, saya tengok ramai di masjid-masjid ramai orang tua. Ada yang terbongkok-bongkok pun tetap solat berjemaah. Kalau waktu muda memang susah sikit nak istiqamah solat jemaah, sebabnya banyak kerja.

PAKCIK: Yang kau nampak orang-orang tua di masjid tu berapa ramai ? 10, 15 orang ? Jumlah tu tak sampai pun 10% dari jumlah orang tua di kariah sini. Jika kariah ini ada 100 orang tua, mana lagi 80-90 orang-orang tua yang kau tak pernah nampak di masjid ni ?

PEMUDA: hmmm...

PAKCIK: Konsep dah tua baru nak beribadat ini adalah salahfaham terbesar dalam masyarakat zaman sekarang. Beribadah ini paling susah sekali ialah istiqamah. 
Bayangkanlah berpuluh-puluh tahun kau mengejar dunia, solat & mengaji kau letak no 3 no 4 dalam hidup kau, selepas pencen kau ingat kau boleh automatik jadi ahli ibadah yang konsisten ?
Tidak nak..

PEMUDA: Tetapi bukan bila dah tua tak fikir benda lain ke kecuali nak tumpu pada ibadah ?

PAKCIK: Ibadah ini adalah hubungan kau dengan Tuhan. Ganjarannya tak nampak dengan mata kasar. 
Bila dah tua baru nak mula belajar, kau kena tahu cabarannya lebih besar. Kau dah biasa solat berseorangan hujung waktu , tiba-tiba kau kena datang masjid ikut waktu. 
Kau nak belajar Al quran pun masa tu merangkak mengalahkan anak kecil. Pakcik dah tengok banyak kawan-kawan pakcik yang berputus asa. 
Masa mula-mula pencen, rajin ke masjid solat berjemaah & belajar mengaji. Tetapi lepas seminggu dua masing-masing dah mula putus asa. Akhirnya lebih selesa duduk di rumah bermain dengan cucu. Ada antara mereka lebih gemar habiskan masa di kedai-kedai kopi. 
Kau kena tahu nak, di usia tua ini, kalau kau tak berubah, bagaimana cara kau hidup macam itulah cara kau mati.

PEMUDA: Tetapi kan pakcik, bukan hidayah itu Tuhan yang beri ke ? 

PAKCIK: Memang betul hidayah tu Tuhan yang beri. Sebab itulah mereka merancang untuk tumpu ibadah bila dah tua. Walaupun Tuhan buka pintu hati kau untuk berubah, tetapi diri kau sendiri yang kena berusaha untuk berubah. Sebab tu pakcik cakap, cabaran bila dah tua baru nak mula beramal ini lagi susah sebenarnya. Cepat penat, ingatan tak kuat, cepat putus asa. Tambah lagi jika kau dah ada kehidupan yang selesa.
Ingat nak, dalam hidup kita ni berkali-kali Tuhan bukakan pintu hati kita untuk berubah. Tetapi yang payahnya itu ialah istiqamah. Jadi belajarlah solat di awal waktu dan jangan tinggal al quran setiap hari. Inshaallah jika sudah terbiasa ia akan kekal sampai akhir hayat.

Setelah tamat perbualan, pemuda itu pun pulang ke rumahnya. Sepanjang perjalanan dari masjid ke rumahnya yang mengambil sekitar 1KM, baru beliau sedar....
.
.
Benar kata pakcik tersebut, orang-orang tua yang melepak di kedai-kedai kopi lebih ramai dari orang-orang tua yang istiqamah di masjid.

Kepada sesiapa yang membaca kisah ini, doakan pemuda pemuda di luar tersebut dijadikan dalam golongan yang menjaga solat & al quran. Semoga doa itu berbalik kepada Tuan/Puan juga. 

Ramadan Kareem
Istanbul

Sumber dari Whatsapp.

Jun 8, 2017

Resipi : Ayam Percik Cepat, Mudah dan Sedap

11:55 AM 19
Resipi : Ayam Percik Cepat, Mudah dan Sedap

Resipi Ayam Percik Cepat, Mudah dan Sedap l Assalamualaikum. Alhamdulillah kita dah hampir memasuk pertengahan Ramadhan. Macam mana puasa kita tahun ni. Lebih baik dari tahun sebelumnya atau makin merosot? Alhamdulillah kalau semakin baik. Tapi kalau semakin menurun atau tidak ada peningkatan, masih ada masa nak boost up amalan kita di bulan yang penuh keberkatan ni. Jangan sia-siakan peluang yang ada. Janganlah kita terus menjadi orang yang sentiasa dalam kerugian. Berbalik pada tajuk utama, hari ni Ana nak share resipi ayam percik cepat, mudah dan sedap. Berbaloi-baloi masak sendiri dari beli di luar. Boleh dapat banyak. Kebersihan pun terjamin. 
Resipi Ayam Percik Cepat, Mudah dan Sedap
Resipi Ayam Percik Cepat, Mudah dan Sedap

Resipi Ayam Percik Cepat, Mudah dan Sedap

Saiz hidangan : 2-3 orang


BAHAN-BAHAN

1. Ayam - 5-6 ketul
2. Daun kunyit - 1 helai
3. Santan - 1 kotak
4. Cili kering - 5 tangkai *
5.Bawang besar - 2 biji *
6. Bawang putih - 3 ulas *
7. Serai - 2 batang * ( 1 di kisar dan 1 untuk menumis)
8. Halia - Sedikit *
9. Kunyit hidup-Sedikit

* di kisar


CARA-CARA

1. Daun kunyit di hiris halus dan di bahagi kepada 2 bahagian.

2. Panaskan minyak dan tumis serai (di ketuk dahulu) sehingga naik bau.

3. Masukkan bahan yang di kisar dan kacau sehingga pecah minyak. 

4. Masukkan santan, daun kunyit separuh,  garam ,aji dan gula.

5. Masukkan ayam dan masak hingga separuh empuk.

6. Angkat ayam sahaja dan seterusnya bakar di dalam oven atau atas kuali sehingga masak dan garing. (Ana tak bakar sampai garing sebab nak isi ayam masih lembut semasa di makan) 

7. Hidang ayam di atas pinggan dan simbah kuah ke atas ayam. Hias ayam percik dengan lebihan daun kunyit. 






Jun 7, 2017

Giveaway Raya by Mrs Pip

12:04 PM 14
Giveaway Raya by Mrs Pip

Giveaway Raya by Mrs Pip
Giveaway Raya by Mrs Pip


Giveeaway Raya by Mrs Pip l


1. Copy banner and backlink -DONE

2. Follow blog - DONE

3. Follow G+ - DONE

4. Kongsi pengalaman terindah bulan puasa

Actually tak lah indah mana pun tapi 2 kisah ni Ana tak kan lupa sampai bila-bila. Biasalah asal masuk bulan puasa je, bunga api dan mercun memang tak pernah miss. Dari kecik sampai lah dah tua ni haa. Kisahnya masa darjah 2 macam tu, lepas je berbuka Ana terus menggelupur keluar dengan adik untuk main bunga api. Yang tu je yang boleh pun. Mercun memang tak dibenarkan sama sekali. Ye lah kecik lagi kan. Bukan reti main mana pun. Penakut pun sama. Bila dapat main bunga api, seronok bukan main lagi. Berlari sana berlari sini. Buat pusing-pusing bagi asap jadi bulat. 

Nak dijadikan cerita, depan rumah Ana ada pokok kelapa. Betul-betul depan rumah dan pelepah dia merimbun atas atap. Ana yang terlebih kreatif masa tu amik bunga api yang tengah menyala tu dan halakan ke arah pelepah kelapa yang dah mati dan terlujur ke bawah. Tak semena-mena pelepah yang mati tu terbakar dan terus terbakar naik dekat atas. Apa lagi, menjerit panggil ayah. Kelam kabut ayah buka pili dan siram pokok kelapa tu. Selamat boleh padam. Kalau tak, habis satu pokok terbakar. Dengan rumah sekali boleh terbakar. Lepas kejadian tu, bunga api di haramkan sama sekali. Dekat 4 tahun juga lah tak dapat main bunga api. Huhu.

Habis satu kes. Satu kes lagi, lepas dapat main bunga api setelah 4 tahun di haramkan,  happy giler lah kan. Still masa tu hanya bunga api dan mercun padi di benarkan. Masa darjah 6 ni dah tak pandang main bunga api macan biasa. Apa barang bakar lepas tu buat pusing-pusing kan. The best way to enjoy the bunga api is dengan patah kan bunga api jadi pendek-pendek, bakar dan baling ke atas. Nanti bunga api tu akan ke "berkejaran" ke sana sini. Macam lembu giler lah senang kata bunga api tu jadinya. Tengah best baling bunga api dekat atas, sekali satu bunga api tu bergerak ke arah adik Ana yang sama main bunga api tu. Dan bunga api tu melekat dekat kaki dia. Apa lagi, menjerit lah kawan tu kesakitan. Tapi sebab tak nak kena marah dengan ayah, senyap-senyap je tahan sakit. Berbekas lah sampai sekarang penangan bunga api tu. Tapi tak serik, sambung lagi main macam tu. Hehe. 

Tu lah 2 pengalaman bulan puasa Ana masa kecik-kecik dulu. Sekarang main juga tapi tak meriah macam dulu. Lebih main untuk Syafi je. In fact, bunga api sekarang dah tak de kualiti macam dulu. Kebanyakan cepat mati maybe sebab belerang sikit atau masuk angin. So feel tu tak best sangat. Korang pula macam mana?