Tempat Menarik di Melaka : Keunikan Masjid Kampung Hulu


Tempat Menarik di Melaka : Keunikan Masjid Kampung Hulu l Assalamualaikum. Kalau dalam entri sebelum ni sis share tentang Masjid Selat, di mana saban hari Masjid Selat menjadi tumpuan para pelancong, kali ni sis nak share tentang Masjid Kampung Hulu yang sangat istimewa yang perlu kita tahu. Nak tahu kenapa begitu istimewa jom baca fakta di bawah ni.
Masjid Kampung Hulu, Melaka
Tempat Menarik di Melaka : Keunikan Masjid Kampung Hulu

Korang tau tak Masjid Kampung Hulu yang terletak di tengah-tengah bandar Melaka merupakan masjid tertua di Malaysia (ada fakta mengatakan masjid ke-2 selepas Masjid Peringgit) dan telah di senaraikan oleh Archnett sebagai antara 777 bangunan bersejarah di dunia. Hebat kan??
Masjid Kampung Hulu, Melaka
Masjid ini mula di bina pada tahun 1728 oleh penduduk tempatan dan di biayai sepenuhnya oleh Belanda semasa penjajahan Melaka oleh Syarikat Hindia Timur Belanda. Masa belajar sejarah dulu femes kan nama Syarikat Hindia Timur ni.
Masjid Kampung Hulu, Melaka
Dato' Samsuddin Bin Arom,  seorang mualaf dari China telah di perintakan oleh pemerintah Belanda untuk membina masjid ini dan kemudiannya binaan masjid di perbaiki oleh Sheikh Al Omar Bin Hussain Al-Attas.
Masjid Kampung Hulu, Melaka
Di sebabkan penjajahan Belanda telah mewujudkan kepelbagaian budaya di kalangan penduduk, ciri-ciri senireka masjid telah menerapkan unsur-unsur Aceh (Jawa) dalam seni binanya. Namun Masjid Kampung Hulu tidak di buat daripada kayu seperti masjid-masjid di Jawa sebaliknya dibuat menggunakan bata dan batu.

Seperti masjid yang lain di Melaka, pengaruh Cina turut digunakan untuk menghiasi masjid ini seperti penggunaan jubin seramik dan jubin lantai daripada Dinasti Ching di China. Menara batu menunjukkan ciri senireka Melaka pada masa itu dan dipengaruhi oleh rekabentuk pagoda orang Cina. Ukiran dan seni bina masjid berunsurkan faktor alam semulajadi seperti awan larat. Tak hairan lah masjid Kampung Hulu ni kelihatan sangat klasik dan unik. 
Masjid Kampung Hulu, Melaka
Sehingga hari ini Masjid Kampung Hulu masih aktif di gunakan dan banyak aktiviti di jalankan untuk mengimarahkan masjid ini. Selain itu, masjid ini menjadi tumpuan orang ramai dari seluruh negara kerana ingin mengambil air dari kolahnya untuk di jadikan penawar penyakit yang tidak dapat di rawati oleh pakar perubatan.
<
Tempat Menarik di Melaka : Keunikan Masjid Kampung Hulu Reviewed by Ana Suhana on May 08, 2017 Rating: 5

43 comments:

  1. Waalaikummussalam..baru nk log out utk memasak tengok ada entry..hehe
    mmg senibina kat Melaka ni mmg cantik...mmg sinonim dgn tangga batu utk rumah2 kat sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti-cuti Malaysia ke hari ni kak. 😍

      Betul tu kak. Melaka kaya dengan peninggalan sejarah dan penuh dengan campuran budaya sehingga mempengaruhi senibina bangunan di sini.

      Delete
  2. wah.. bagus la ana.. banyak pulak info tentang tempat2 sejarah yg ana share.. segan pulak dilah yg org melaka ni pun tak tau.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah Dilah, ana cari dekat Wikipedia je ni. Tambah info apa yg patut untuk bacaan kita semua.

      Delete
  3. series ju xtahu sejarah masjid ni dilabel sbg masjid tertua. suka tgk reka cipta pembinaan nya., sgt tradisional dan unik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik dan unik senibina masjid ni. Penuh dgn kepelbagaian budaya di dalamnya.

      Delete
  4. Cantiknya! Masjid memang selalu cantik rekabntuk dia kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu reen. Setiap masjid ada senibina nya yang tersendiri.

      Delete
  5. Baru nak cakap design masjid macam dari Jawa...bila baca entri...hehe...betul rupanya...cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawa Aceh ni PC. Sebab tu cantik. Di masukkan juga elemen dr China. Bertambah unik dan klasik senibina nya.

      Delete
  6. cantiknya hiasan masjid tu.teringin nak pegi

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah kalau ke Melaka singgah lah ke sini.

      Delete
  7. Cantikkknya masjid ni.. Unik sangatt binaan😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat cantik dan unik. Nanti Husniey ke Melaka boleh lah singgah ke sini.

      Delete
  8. lawa nya masjid. siap ada meriam lagi depan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meriam bukan sebarang meriam tu. Hehe. Cantik kan. Kagum sis tengok hasil senubinanya.

      Delete
  9. masjid kg ulu ni kita selalu pergi..kalau pegi melaka mesti singgah sini,yela sebab masjid ni tertua kan..syok nya lain macam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Lina. Sebab masjid ni masjid tertua feel dia lain sikit. Bagusnya sebab masjid ni masih di gunakan secara aktif sehingga kini walaupun saiz masjid ni kecik compare dgn masjid yang lain.

      Delete
  10. Serius bru tau pasal masjid ni.. Yang anis tau air kolah masjid biru yang org guna buat berubat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masjid biru dekat mana anis? Kak ana pun baru tahu pasal masjid ni sebab en suami yg bgtau. Hehe

      Delete
  11. Walau pun balik kg selalu lalu Melaka tapi jarang masuk bandar. Tu yg tak berapa perasan masjid ni agaknya. Ha a perasan jugak .... kebanyakan masjid masjid kat Melaka memang banyak dipengaruhi budaya Cina. Sebab ramai baba dan nyonya agaknya ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. melaka kalau weekend jangan masuk kak. boleh naik darah di buatnya. ana pergi ni pun masa weekdays so lengang dan selesa sikit nak jalan.

      kan kak. kebanyakan menara masjid di melaka mesti ada bentuk pagola sebab kepelbagaian budaya semasa di jajah dahulu. dari situ wujudnya baba dan nyonya juga.

      Delete
  12. Senibina dia cantik.. Sha tak pasti pernah singgah ke tak kat sini.. lupa dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masjid ni betul2 dekat tengah bandar Sha. depan kawasan perniagaan orang Cina. tp memang selalu ramai dengan orang. masa ana ke sini pun ramai org yang datang.

      Delete
  13. E'eh cantik la masjid ni.. Lain kali kalau kesana nak singgah la.. Unik senibinanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Singgah tau. Masjid tertua dekat Malaysia ni dan tersenarai sebagai 777 bangunan bersejarah dunia. Lagipun masjid ni dekat tengah bandar so senang nak cari. :)

      Delete
  14. Siqah pernah lalu sini. Tapi tak pernah masuk. Senibina cantik. Dari luar pun cantik :) Best baca travelogue Ana. Macam2 tempat Ana pergi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next time boleh lah masuk. Banyak lagi masjid yang cantik2 dekat Melaka ni tp tak sempat nak terjah.

      Terima kasih Siqah. Semoga bermanfaat buat kita semua. :)

      Delete
  15. masjid legend ni, ana :)
    byk kenangan aida masa kekecik dulu kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu Melaka best. Byk dengan tinggalan sejarah kan Aida. No wonder ramai dengan pelancong setiap hari. :)

      Delete
  16. subhanAllah, cantiknya Masjid Kampung Hulu 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senibina dari pelbagai budaya buat masjid ni nampak sgt cantik 😍

      Delete
    2. Kan 😄 Bila digabungkan, hasilnya kebabom 💣

      Delete
  17. nice review... thumbs up sis!!

    ReplyDelete
  18. x puas baca.. baca lag skli hihi

    ReplyDelete
  19. Uyul bertahun duduk Melaka zaman study. Banyak juga tempat tak jelajah lagi.

    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak je kecik Melaka ni tp byk tempat boleh explore :)

      Delete
  20. sesuai sgt melaka dngn bndar besejarah degn sini bina y unik ... rindu melaka T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Sebab tu tagline dia melawat melaka seperti melawat malaysia. :)

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.