Rezeki Hasil Berblog - Hadiah dari Rakan-rakan Blogger



Rezeki Hasil Berblog - Hadiah dari rakan blogger l Alhamdulillah sejak kembali aktif dalam dunia blog awal tahun ni, banyak sungguh rezeki yang Ana dapat dari rakan-rakan blogger semua. Kebanyakkan hadiah bersempena penganjuran GA yang di anjurkan dan juga rezeki sebagai top komentor di blog rakan-rakan blogger. Terima kasih banyak-banyak pada semua yang memberi. Ana doakan semoga murah rezeki korang semua. So this entry as an appreciation post to u gais. Thank you so much :) 


1. Octaland 4D+


Hadiah bersempena dengan Fattah Anas 2nd Birthday Giveaway. Ana tersenarai sebagai pemenang ketiga dan Ana dapat 4D kad. For sure lah Syafi yang punya. Bukan main seronok dia tengok binatang semua timbul dari kad tu. Sampai habis bateri phone di buatnya. Mak ayah Syafi pun ralit sekali tengok 4D kad ni. hehe. Terima kasih Dilah. Jom terjah blog Dilah. Dilah suka share resipi-resipi masakan tau.Tak rugi kalau singah.
http://ceriteraibu.com

 2. Avon Perfume


Hadiah ni Ana dapat sebab jadi top komentor dekat blog akak cantek, Suria Amanda. Suka sangat dengan perfume ni sebab bau dia sweet jer. Ana suka terjah blog kak SA sebab best bila baca entri kak SA. Paling suka tengok gaya penulisan kak SA. Santai dan mudah di baca. Tak bosan pun. Boleh jadi rujukan untuk menulis gaya santai untuk entri akan datang. Kak SA pun suka share resipi masakan. Korang kalau nak cari resipi boleh lah terjah blog kak SA juga ye. Kalau nak tanya apa-apa pasal dunia blog, boleh tanya dekat kak SA. Dia sangat membantu. Especially pasal dressing code bila nak attend event. Seriously!!!
http://www.suriaamanda.com


3. Starbuck Voucher

https://ladyinredplanner.blogspot.my/

Ni kali ke-2 tau Ana dapat hadiah dari LZ. Yang first dulu sebab jadi top komentor dekat blog LZ. Yang ke-2 ni memang sungguh tak sangka sebab nama Ana terpilih secara rawak dalam banyak-banyak pengomen di satu entri LZ.  Alhamdulillah. Terima kasih LZ. Boleh lah Ana mengopi di Starbuck lepas ni. Hehe. Jom kita terjah juga blog LZ. Kalau korang nak tau, LZ peminat tegar stationeries tau. Selain dari tu LZ juga ada buat business planner dan foamdori. Cantik cantik belaka. Korang confirm akan jatuh suka kalau tengok cara LZ organise planner dia. Kemas sangat!!


https://ladyinredplanner.blogspot.my/

4. Car Perfume



Haa hadiah yang ni Ana takde join mana-man segmen pun. Khas dapat pada orang yang attend SBB2017 je tau. Few days before ke SBB Uyul dah bagitau 30 orang terawal jumpa dengan Uyul akan dapat surprise gift gitu. Ana dengan excited reply dekat komen tu kata Ana akan tunggu di tol Sg Besi konon nak jadi orang terawal, sekali antar orang terakhir tiba di SBB. Haha. Nampak je Uyul dari jauh dah jerit panggil nama dia. Padahal dia bukan cam pun rasanya. Dah pergi dekat-dekat kenalkan diri baru dia tau siapa diriku ini. Haha. Tup tup dapat juga hadiah ni. Thanks Uyul. Suka dengan bau dia. Kak Ana dapat pewangi strawberry. Letak dekat ruang tamu je. Berjoget Syafi suka dengan bau dia. Hehe. Jom terjah blog Uyul. Kalau korang nak tau, Uyul seorang photographer based di Johor. Pada orang Johor yang berminat nak gunakan khidmat Uyul boleh lah contact dia ye.

http://www.uyulrosli.com/

5. Voucher Berbuka di The Everly, Putrajaya



Yang ni Ana dapat sebab join contest oleh food blogger yang terkenal, Mahadi atau lebih di kenali sebagai Mahamahu. Syarat dia mudah je, upload gambar selfie dengan Maha di bahagian komen contest tersebut beserta caption. Alhamdulillah tak sangka ada rezeki di sana. Hari Jumaat baru-baru ni Ana dah selamat terima 2 keping voucher berbuka tu.

6. Buku Mudahnya Menjemput Rezeki 2 & 3 sachet Milagro Coffee



Yang ni Ana tau bila Kak SA tag Ana dekat komen tu. So Ana pun join sekali. Tup tup dapat notification dari pihak yang menganjur tu yang Ana salah seorang pemenang. Kak SA pun dapat juga. Alhamdulillah. Buku dan sachet tu selamat sampai pada Khamis lepas. 


7. Kredit RM100 dari SGshop



Sekarang ramai blogger yang anjurkan GA SGshop ni. Dan Ana pun terjebak joun juga. Yang Ana join ni di FB. Syarat dia senang giler so why not cuba kan. Memandangkan Shazillah mencari 10 orang dan yang join pun 10 orang, automatik semua dapat. Alhamdulillah. Kredit tu pun dah masuk dan dah habis shopping pun. Nanti barang dah sampai Ana review ye. 

Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

50 comments:

Elih Japahar said...

Wah..tahniah. Rezeki di bulan Ramadhan lah tu hehe..

Sy pun ada giveaway sgshop..jemput join ye

Sheila Adziz said...

allhamdulillah... rezeki ramadhan yg diberkati tuk ana...

Aiman said...

waaa nak juga credit rm100 tu. harap dapat la juga daripada mana2 giveaway yang join ni

Mrs Fuzy sweetsourleyra said...

Alhamdulillah, tahniah Ana..walau tujuan berblog bukan sebab nak hadiah tapi bila dapat ni rasa teruja kan

Busyra Bt Takiyudin said...

tahniah kak ana.. banyak tu hadiah..

PeRdU cINta said...

Syukur...kemanisan ukhuwah kan Sis...ini salah satu perencah dalam mewarnai hubungan yang terjalin..

Lina Shaza said...

Bestnya...murah rezeki kan sejak aktiv berblogger...hihi terbaik la kwn2 blogger ni.

Mrs Pip said...

Tahniah Ana..
Semoga rezeki berblogging berterusan..
Cheers....

Iris Myra said...

Tahniah kak ana.. Happynyee..

Shesyira As said...

Seronoknya sis banyak hadiah.murah rezeki

I am LZ said...

Alhamdulillah, rezeki Ana..
Seronok tengok hadiah Ana satu persatu.. Teruja LZ 😄.

You deserve it dear 😍

C i k R e n e x said...

Alhamdulillah murah rezeki ana. Selamat berbuka puasa ana. 😊

Husniey Husain said...

Alhamdulillah rezeki buat Ana 👍👍

Semua best best tu hadiah

aswaleyla said...

wahhh rezeki betul kan. tahniah kak ana

Mar Mansor said...

Tahniah ana.banyak dapat hadiah.

Warisan Petani said...

Tahniah.
Tu murah rezeki namanya.

Ana Suhana said...

Alhamdulillah. Terima kasih.

Ana Suhana said...

Alhamdulillah. InsyaAllah Mudah-mudahan kak. Terima kasih.

Ana Suhana said...

InsyaAllah kalau ada rezeki tak ke mana. Semoga ada rezeki aiman.

mamapp said...

Alhamdulillah.. ya Allah murahnya rezeki ana. Berbaloi dgn usaha ana join semua GA Tu kan

Ana Suhana said...

Alhamdulillah kak. Rezeki masing2 kan. Tak dpt sana dpt di sini. Alhamdulillah sesegt.

Ana Suhana said...

Alhamdulillah. Hadiah dr bulan2 lepas ni busyra. Baru berkesempatan nak update entri.

Ana Suhana said...

Alhamdulillah bersyukur sgt. Setuju dgn kata2 PC. Semoga ukhwah yg di bina berkekalan dan di berkati.

Ana Suhana said...

Alhamdulillah. Kawan2 blogger semua supporting dan baik hati. Semoga kirah rezeki mereka. Amin.

Ana Suhana said...

Alhamdulillah terima kasih Mrs Pip. InsyaAllah Mudah-mudahan.

Ana Suhana said...

Alhamdulillah. Terima kasih Iris.

Ana Suhana said...

Alhamdulillah ada rezeki di sini. Semoga awak juga dimurahkan rezeki selalu.

Ana Suhana said...

Alhamdulillah. Terima kasih LZ atas voucher tu. Happy sgt2. Semoga murah rezeki LZ sekeluarga. InsyaAllah.

Ana Suhana said...

Alhamdulillah. Terima kasih reen. Semoga murah juga rezeki reen.

Ana Suhana said...

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Terima kasih husniey. Semoga husniey juga dimurahkan rezeki selalu.

Ana Suhana said...

Alhamdulillah ada rezeki di sini. Terima kasih aswaleyla.

Ana Suhana said...

Alhamdulillah. Terima kasih Mar.

Ana Suhana said...

Alhamdulillah. Terima kasih wak. Ada rezeki di sini.

Ana Suhana said...

Alhamdulillah. Ada rezeki sy di sini kak. Semoga murah juga rezeki akak ye.

Ibu Dilah said...

Alhamdulillah.. murah rezeki ana.. bestnye bila dapat jumpa rakan blogger yg kita follow blog dia.

Abam Kie said...

Tahniah sbb selalu menang GA.

Syuhada Salleh said...

wahhh..tahniah ana!

Ana Suhana said...

Alhamdulillah. Terima kasih dilah atas hadiah tu. Semoga murah rezeki dilah sekeluarga. Amin.

Ana Suhana said...

Allahu Akbar. Segan pula saya. Alhamdulillah ade rezeki di sini. Rezeki support kawan2 mungkin. Semoga rezeki abam ki juga di murahkan selalu.

Ana Suhana said...

Alhamdulillah. Terima kasig syuhada.

Syah BaNu said...

wow hadiah semua best2, tahniah ye..

Jun Zie said...

TAHNIAH tau dan alhamdulilah.. smua nya rezeki. Jadi blogger ni kita xharap pa2 pun dr rakan2 tp bila dpt buah tgn tu kira bonus dlm dunia blog dan jadi slaah satu pdorong juga utk kita terus aktif =D bg pendapat ju la xD

Jasmi Bakri said...

Wah kak Ana.. Banyaknya rezeki kak Ana. Jasmi sampai skrg belum pernah menang apa-apa lagi. hehehe.. Tapi masih nak jugak ikot GA. hihihi

Amanda Suria said...

Seronok kan dunia blogging, selain dapat ilmu., dapat kawan- kawan dan the best part dapat hadiah...menarik kan?

Shahida Dzulkafli said...

Alhamdulillah.. Tahniah Ana.. Memang rezeki Ana..

Nurul Rasya said...

congrats! murah rezeki kak Ana

sHaRiNa eLyaNa said...

wah byknya hadiah, tahniah..mmg blog ni sgt best, dpt byk kwn dpt byk hadiah..kann..sha dah lama xdpt hadiah..nak aktif kembali ni..haha

Miza Talib said...

Bestnya, Tahniah Ana

Siqah Hussin said...

Wahh banyaknya hadiah Ana dapat. Berkenan dengan perfume. Hehe. Tahniah Ana. Dan keep blogging tau. Suka tengok Ana, aktif je blogging 😘

Shikin Razali said...

Alhamdulillah, tahniah kak Ana, murah rezeki akak.. =)

Post a Comment

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤