Resipi : Homemade Ayam Penyet Mudah dan Sedap - Ana Suhana

May 18, 2017

Resipi : Homemade Ayam Penyet Mudah dan Sedap


Resepi Homemade Ayam Penyet Mudah dan Sedap

Resepi Homemade Ayam Penyet Mudah dan Sedap l Hari ni Ana nak share resipi Ayam Penyet yang sangat mudah dan sedap yang penting. Nampak je bahan-bahan macam banyak tapi sebenarnya tak banyak mana pun. Macam buat nasi ayam je sebenarnya. Yang penting sambal tu memang meletop-letop sedapnya dan berbaloi makan satu keluarga. Ayam penyet ni Ana  buat dengan bantuan mak lah yang sememangnya pakar memasak. Cuma resipi sambal Ana amik dari My Resipi.

Resipi : Homemade Ayam Penyet Mudah dan Sedap


BAHAN-BAHAN

A. Sup
1. Bunga lawang - 2 kuntum
2. Kayu Manis - 1 batang
3. Cengkih - 2 kuntum
4. Buah Pelaga - 2 kuntum
5. Halia - 3 cm *
6. Bawang Putih - 4 ulas *
7. Ayam - 1 ekor
8. Kiub Ayam - 1 kiub

* di kisar

B.  Sambal
1. Tomato - 1 biji (kecil/sedang)
2. Cili Merah - 6-7 biji *
3. Cili Api - 7 biji *
4. Bawang Merah - 3 ulas *
5. Belacan - sedikit *
6. Gula Merah - 40 gram
7. Perahan Air Limau Nipis - 1-2 sudu kecil
8. Garam
 
* di goreng dengan minyak yang sedikit satu persatu

Resepi Homemade Ayam Penyet Mudah dan Sedap
C.  Ayam
1. Jintan Manis -1 sudu *
2. Jintan putih -1 sudu *
3. Ketumbar - 1 sudu *
4. Bawang putih - 3 ulas **
5. Halia - 3 cm **
6. Kunyit serbuk
7. Serbuk kari
8. Tepung beras
9. Telur - 1 biji

* di sangan tanpa miyak kemudian di kisar
** di kisar

D. Hiasan
1. Tempe
2. Tahu
3. Timun
4. Kobis
5. Daun Sup dan Daun Bawang

CARA-CARA

A. Sup
1. Tumis bunga lawang, cengkih, kayu manis dan buah pelaga.
2. Tumis bahan yang di kisar sehingga naik bau.
3. Masukkan air dan biarkan mendidih.
4. Masukkan ayam, garam, kiub ayam dan rebus hingga empuk.
5. Bila ayam dah empuk keluarkan dan letak ke tepi.

B. Sambal
1. Kisar kesemua bahan termasuk bahan yang di goreng tanpa menggunakan air. Kisar biar agak-agak kasar sedikit.

Resepi Homemade Ayam Penyet Mudah dan Sedap

C. Ayam
1. Bancuh bahan yang di kisar, bahan yang di sangan, serbuk kunyit, serbuk kari dan sedikit garam di dalam satu bekas.
2. Salut ayam dengan bancuhan di atas dan biarkan seketika.
3. Bancuh tepung beras dengan air.
4. Pukul telur sehinga halus dan masukkan ke dalam bancuhan tepung di atas.
5. Ayam yang di salut dengan rempah di atas di salur sekali lagi dengan bancuhan tepung dan telur.
6. Goreng sehingga garing.

Resepi Homemade Ayam Penyet Mudah dan Sedap

D. Hiasan
1. Tempeh dan tahu di potong petak dan di goreng.
2. Daun sup dandau bawang di hiris dan di tabur di atas sup.
3. Timun dan kobis di potong kecil.


Resepi Homemade Ayam Penyet Mudah dan Sedap

NOTA TAMBAHAN

1. Serbuk atas ayam tu kalau korang nak, lebihan bancuhan tepung beras tadi tu korang renjis-renjis dalam minyak yang panas.

35 comments:

  1. lapar la pulak tgk ayam penyet homemade ni...terliur pulak aihhh

    ReplyDelete
  2. salam kak ana... adoi laaa kebetulann kite tgah lapar nau nau... hihii sdapnyeee

    ReplyDelete
  3. wah senang je rupanya nak buat ayam penyet ne. Usaha CM makan kat luar jew. Tq Ana lepas ne boleh buat sendiri

    ReplyDelete
  4. selalu beli dekat pasar malam je ayam penyet sebab nampak macam susah nak buat

    ReplyDelete
  5. ANA....CUKUP KE NASI TU?.....KALAU KAK LINA TAK CUKUPP...MAU 2 PINGGAN HIHI

    ReplyDelete
  6. kena simpan resepi kak ana sebab kalau beli nasi ayam penyet mau 13 hinggit hehe

    ReplyDelete
  7. huwaaa, sedapnya..
    zie mmg suka ayam penyet, part smbal selalu mintak lebih, lepas tu mendapat bibir tebal bak negro hihii

    ReplyDelete
  8. Mudah.. Mudah.. Boleh buat nie dikala rajin.. hehehe..

    ReplyDelete
  9. Alaaaaa...baru nk tido....tgok dh cerah mata...lapar laaa

    ReplyDelete
  10. tak payah penyekkan dia ye ayam tu? maaf.. sekali je mkn dulu

    ReplyDelete
  11. waahhh header baruuu. tgk ayam terus rasa lapar balik walaupun dah makan

    ReplyDelete
  12. wah, senang pula sediakan ayam penyet ni ...
    tq sharing tau ...

    ReplyDelete
  13. Makan panas-panas owh...syok..

    ReplyDelete
  14. adehhh tertelan telan air liur kc sambil skrol entri kak ana ni hahaha.

    ReplyDelete
  15. Uikkkk sedap ni... Leh try resepi ana ni... Btw, cantik header tu...

    ReplyDelete
  16. Sedapnyaa Nasi Ayam Penyet. Boleh try buat guna resepi nii 👍👍

    Thanks Ana for sharing this recipes 😍😍

    Sedapnyaa sambal tuu

    ReplyDelete
  17. Puas hati buat sendiri.
    Boleh cuba try nanti, guna ayam kampung.

    ReplyDelete
  18. Sedapnye ana.. tp mmg betul la, yg menentukan ayam penyet ni sedap adalah ayam tu sendiri dan juga sambal dia kann...

    ReplyDelete
  19. wa.. sedap nye !!! boleh try nanti.. hee~

    ReplyDelete
  20. jengah pagi...terus nampak ayam penyet...rasa mcm nak kena buat resepi ni esok2 ni..hehe

    ReplyDelete
  21. Nampak sedap tu ana.. Leh la cuba nanti kalau ada kelapangan masa dan kerajinan berlaku.. hehe

    ReplyDelete
  22. terliur tngopk smbal tu kak anaaaa. sedapnyaaaa!

    ReplyDelete
  23. Ehh smudah ni je kan rupanya! Ju xpena buat lagi. Insyallah menu share dr sis ni ble la ju gunaka bila da masa nnti =) trima kasih tau

    ReplyDelete
  24. wahh rajinnya kak ana... semudah ABC kan

    ReplyDelete
  25. Tu ayam kremes nama nya kak ana kalau kat Aceh. hihihi

    ReplyDelete
  26. aduhai... sedap.
    lama da aida x menjamah ayam penyet, ana.
    kat melaka ni ada 1 tempat kat mitc.
    best. kena dgn tekak. tapi tu la. 4-5 bulan lepas gi, harga melambung2 naik nyer.
    sgt mahal dah rasa nyer bagi aida :(
    sedih!

    ReplyDelete
  27. nanti nak try buat kalau rajin 😂

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤