Oasis TMJ (Tazkirah Malam Jumaat) : Ibu... Tunggu Sekejap - Ana Suhana

May 13, 2017

Oasis TMJ (Tazkirah Malam Jumaat) : Ibu... Tunggu Sekejap

Assalamualaikum dan Salam Jumaat.


Sumber : Tazkirah Malam Jumaat Astro Oasis Ep 11
Panel     : Ustaz EBIT Lew Abdullah dan TuanHj Mohd Noor Ikhram Husin
Moderator : Ustaz Syed Mohd Norhisym Tuan Padang

Kupasan :

1. Kehadiran seorang ibu sangat istimewa dalam kehidupan kita. Kasih sayang mereka tiada tandingan dan tiada siapa dapat menjadi galang gantinya.

2. Siapa yang berbuat baik kepada ibunya akan di beri balasan baik dengan segera. Dan siapa yang berbuat buruk kepada ibunya akan di beri balasan buruk dengan segera.

3. Kisah seorang usahawan yang sangat berjaya. Beliau mempunyai segala-galanya. Harta yang banyak serta perniagaan yang maju. Namun isteri dan anak-anak tidak mendengar cakap sedangkan beliau solatnya sangat terjaga, haji dan umrah telah pun di tunaikan. Kemudian belaiu merasakan seperti ada sesuatu yang  'tidak selesai' yang menyebabkan keluarga beliau sedemikian rupa. Akhirnya beliau berjumpa seorang guru lalu menceritakan masalah yang di hadapi. Lalu guru tersebut berkata : "Jika beliau masih mempuyai ibu ayah, cuba muhasabah diri sendiri. Mungkin ada sesuatu perkara yang menyebabkan hati ibu ayah tercalar kerana kita". Lalu beliau terus teringat satu kejadian di mana beliau 'marah' ibunya yang secara tidak sengaja telah membasuh seluar jeans beliau sehingga menyebabkan seluar itu lusuh dan buruk. Tanpa membuang masa beliau terus berjumpa ibunya dan memohon kemaafan. Saat beliau memohon kemaafan ibu beliau berpaling muka dan berkata bahawa ibunya berkecil hati kerana kes tersebut. Jutawan tersebut terus memohon kemaafan sehingga ibunya memaafkan beliau. Dan dengan izinNya, selepas mendapat kemaafan dari seorang ibu, anak-anak dan isterinya semua terus berubah. Sebab itu layaknya syurga itu di bawah kaki seorang ibu.

4. Kisah Imam Syafie rahimahullah yang memicit kaki ibunya. Sambil memicit beliau mencium-cium kaki ibunya. Lalu ibunya bertanya akan perbuatan beliau. Lalu beliau berkata bahawa syurga beliau terletak di kaki ibunya.

5. Berbuat baik kepada ibu adakah jalan syurga yang paling senang buat kita semua.

6. Perkataan AH kepada ibu boleh menyebabkan kita jauh dari Rahmat Allah,apatah lagi jika kita meninggikan suara kepada mereka.

7. Seseorang datang kepada Rasulullah saw dan berkata: "Aku akan berbaiah kepadamu untuk berhijrah dan aku tinggalkan kedua orang tuaku dalam keadaan sedang menangis". Lalu Baginda Nabi bersabda : " Kembalilah kepada kedua orang tuamu dan buatlah keduanya tertawa sebagaimana engkau telah membuat keduanya menangis". (Hadis Riwayat Imam Abu Dawud, An-Nasai, Al-Baihaqi dan Al-Hakim)

8. Letak duduk kita sekarang ini kerana keredhaan mereka. Jangan sesekali kita sangka bahawa kejayaan yang kita kecapi adalah hasil usaha kita semata. Barangkali ada doa ibu bapa yang di titipkan kepada kita.

9. Segala musibah dan kesusahan yang kita lalui dalam hidup ini barangkali kerana ada pengabaian yang telah kita lakukan kepada ibu dan ayah.

10. Doa seorang ibu sangat makbul. Ibu adalah wali daam hidup kita. Dia mereka tidak akan di tolak Allah SWT.

11. “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Akulah tempat kembalimu.” (Surah Luqman, ayat 14)

Ingatlah, ibu bapa adalah perantara yang menyebabkan kita berada di dunia ini. Mereka terlalu banyak berkorban tenaga, masa dan harta demi kebahagiaan anak. Sedarilah, ibu bapa kita kini telah tua, lemah tenaga, kabur penglihatan dan kurang pendengaran.

12. Nasihat Rasulullah saw kepada mereka yang telah kehilangan kedua orang tuanya:

❤ Banyakkan berdoa untuk mereka
Sambung silaturahim dengan orang-orang yang mereka sayang

43 comments:

  1. Baca sambil bayangkan ibu and suddenly im cryinggggg 😭

    *Nasib baik tak ada orang tengok huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doakan ibu selalu. InsyaAllah bahagia hidup nanti. :)

      Delete
  2. Menyentuh..subhanAllah..kerdilnya PC..takut sebenarnya,takut hilang redha ibu bapa..kadang rasa tidak menyakiti namun kita tidak tahu dari sudut penerimaan ibu bapa itu bagaimanakan..PC selalu cakap dengan mama babah..marahlah,tegurlah..tapi jangan berhenti mendoakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah PC anak yg solehah. Semoga sentiasa mendapat keredhaan ibu bapa.

      Delete
  3. begitu menyentuh sanubari..ingin berbanti kepada kedua ibupada lagi dan lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah sama2 kita berusaha utk membahagiakan mereka yg banyak berjasa dalam hidup kita.

      Delete
  4. good sharing sis..peringatan kepada kita semua, redha ibu bapa tu paling penting

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga bermanfaat buat kita semua. InsyaAllah.

      Delete
  5. tersentuh hati bila baca ni ...
    beruntunglah kita yang masih ada ibu dan bapa ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beruntung sangat. Sebab tu kita kena berusaha sebaik mungkin untuk membahagiakan mereka. Semoga redha Allah bersama kita. InsyaAllah.

      Delete
  6. hargailah ibu bapa kita selagi mereka bernafas....sedih plk teringat mak ayah kat kg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Banyak jasa mereka dalam membesarkan kita. Tiada galang ganti kasih syg mereka.

      Delete
  7. Replies
    1. Semoga bermanfaat buat kita semua mudah-mudahan.

      Delete
  8. Hargailah ibu sementara mereka masih ada... Lahai sedih pula rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Lea. Hargai dan sayangi mereka sepenuh hati kita. Pengorbanan mereka harus di sanjung tinggi.

      Delete
  9. Teringat kat ibu kat hometown. Kene tanya balik ni kot2 dia ada terasa hati ngan Kaklong ke tak.. :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah kak long anak yg baik. Semoga redha ibu bapa memayungi hidup kak long.

      Delete
  10. terima kasih atas entry ini ana..sangat menyentuh hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga bermanfaat buat kita semua mudah-mudahan.

      Delete
  11. Thanks for this reminder kak.. Ibu.. Takda siapa boleh gantikan tempat dia.. 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga bermanfaat buat kita semua Anis.

      Memang betul. Ibu tiada siapa dpt menggantikan mereka dalam hati kita semua. Jasa mereka tiada gantinya.

      Delete
  12. nice sharing... sedih dengan cerita ust ebit lew...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih sangat. Ana menangis dgr. Sebak sungguh dibuatnya

      Delete
  13. sesungguhnya doa seorang itu sangat mustajab..semoga kita terus membahagiakan ibu kita jugak bapa kita selagi mereka masih ada kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak. Doa mereka bisa menembus langit. Jangan sesekali luka kan hati mereka.

      Delete
  14. Nombor tiga tu pernah juga dengar kisah ni.. Allahuakhbar.. Walau sedikit hati seorang ibu bila telah tercalar, akan ada kesannya 😥

    Moga-moga kita dapat mnejaga hati mereka (ibu bapa)

    Redha Allah terletak pada redha ibu bapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah mudah-mudahan kita menjadi anak yg soleh dan solehah. Walaupun tak mampu nak bahagiakan mereka dengan kemewahan setidaknya kita bahagia kan mereka dengan kasih syg dan masa kita. Itu yg lebih utama. Semoga redha Allah sentiasa bersama kita insyaAllah.

      Delete
  15. Replies
    1. sama-sama saling ingat-mengingati uyul :)

      Delete
  16. Allahu.. begitu besar keistimewaan seorg ibu ni.. =') btw, selamat hari ibu juga buat sis =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Ju. jom sama-sama menghargai dan membahagiakan ibu kita selagi mereka masih ada di sisi kita.

      Delete
  17. Ya Allah.. tersentuh baca entry ni.. thanks ana sbb selalu share info2 begini buat peringatan kita semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga bermanfaat buat kita semua Dilah. sama-sama saling mengingati dan sama-sama menuju ke arah yang lebih baik :)

      Delete
  18. Kasih ibu ayah mmg tiada tandingnya ye Ana. Moga Allah mengasihani mereka sebagaimana mereka sayang kat kita....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak. Doa wajib lepas solat tu kak. Doakan kesejahteraan mereka yg byk berjasa pada kita.

      Delete
  19. Replies
    1. Mudah-mudahan bermanfaat buat semua Sha :)

      Delete
  20. Mendalam rasanya isi kandungan tazkirah yang diberikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga bermanfaat buat kita semua hendaknya.

      Delete
  21. kerana Ibu begitu berharga tanpanya siapalah kita kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Hargai dan sayangi mereka sepenuh hati kita :)

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤