Resipi : Kerabu Kacang Botol Mudah dan Berkhasiat - Ana Suhana

May 30, 2017

Resipi : Kerabu Kacang Botol Mudah dan Berkhasiat


Resipi Kerabu Kacang Botol l Assalamualaikum. Hari tu Ana dah share resipi kerabu mangga jadi hari ni nak share resipi kerabu kacang botol pula. Banyak khasiat boleh dapat dari kacang botol. Selain tu kerang dan cekur yang digunakan pun ada khasiat yang baik untuk badan kita. Menu simple yang banyak kebaikkannya. Jom cuba. 


Resipi : Kerabu Kacang Botol l Mudah dan Berkhasiat
Resipi : Kerabu Kacang Botol l Mudah dan Berkhasiat



Resipi : Kerabu Kacang Botol l Mudah dan Berkhasiat


BAHAN-BAHAN

1. Kacang Botol -  15 batang *
2. Daun selum - 1 ikat kecil *
3. Kelapa - 1/2 biji
4. Kerang - 1/2 kilo
5. Bawang merah - 2 biji **
6. Bawang putih - 2 ulas**
7. Udang kering - 3 sudu**
8. Cekur sedikit **
9. Kunyit hidup sedikit**
10. bawang besar - 1-2 biji untuk hiasan

* Di Hiris Nipis
** Di Kisar


CARA-CARA

1. Kerang di rebus kosong kemudian di ambil isinya

2. Panaskan minyak sedikit kemudian tumis semua bahan yang di kisar. Masukkan garam, perasa tambahan dan gula sedikit. Tumis sampai garing.

3. Kemudian masukkan kelapa dan goreng sehingga naik bau. Jangan sampai hangus.

4. Tutup api dan masukkan kerang, kacang botol, daun selum dan bawang besar.

5. Siap di hidang. 


32 comments:

  1. Sedapnya Ana, owh.. bahannya kena tumis ya..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya ana... dah lama tak makan kerabu kacang botol ni..

    ReplyDelete
  3. suka makan kerabu ni..sedapppp..hihi

    ReplyDelete
  4. yummy yummy...tengok time tghri....seksa tahan nafsu haha

    ReplyDelete
  5. owhh bahan ditumis ya...ni kerabu rajin nii..kalau akk buat kerabu mcm ni mentah jer dan jugak dipanggil urap kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa...tidak pada udang kering..hehe akk tak makan udang kering kecuali yang dibuat sendiri...^ ^

      Delete
  6. apa2 kerabu suka main ratah je..kecur lidah weii tgk hahah

    ReplyDelete
  7. Alamak terliur tengok.. sedapnya nampak...

    ReplyDelete
  8. Senang je nak wat rupanya. Hee. Smlm bru beli kt bazar. Nti lepas ni kena wat sndri. Byk sikit bahan. 😊 tq share ni ana.

    ReplyDelete
  9. Sedapnya laa pembuka selera ni, siap ada kerang.. Meriah kerabu Ana πŸ‘πŸŒΈ

    ReplyDelete
  10. Sedapnya makan dengan nasi panas...

    ReplyDelete
  11. Boleh Cuba ni, tapi kena skip udang keringlah, tak tahan

    ReplyDelete
  12. Salam Ana.. menggoda sungguh kerabu tapi mana nak dapat ni. Balik kampung kita buat.

    ReplyDelete
  13. Menggodanya..bw slps berbukaπŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

    ReplyDelete
  14. Fuhh.. nasib baik bukak time dah berbuka.. hehe

    ReplyDelete
  15. nampak mcm sedap...
    selalu makan kacang botol ni,
    mrs pip just rebus lepas tu baru cicah sambal ...
    nextime, nak cuba pula resepi ana ni...

    ReplyDelete
  16. Sedapnya. Nanti boleh try πŸ’“πŸ’“ Shad jarang buat kerabu sebab tak fandai, hehe. Kalau buat pun letak kerisik + perah limau nipis sikit. Tq kak share resepi ni.

    Shad
    http://akuvsdiashadhira.blogspot.my/2017/05/resepi-mudah-udang-goreng-kunyit-planta.html

    ReplyDelete
  17. Sha suka semuanya yang bernama kerabu.. hehehe.. sedap je makan..

    ReplyDelete
  18. maaf kak xbole tenung lama2 haha..

    ReplyDelete
  19. Sihat dah sedap. My favourite too. Selalunya, kalau buat kerabu, inti kelapa tuh Nany goreng masak tanpa minyak. Macam nak buat kerisik tuh ha..hehehe..

    ReplyDelete
  20. kerabu ni all time favourite kan.
    mudah.
    sihat.

    ReplyDelete
  21. Wah, kacang botol pun blh buat kerabu ya.nampak sedap!

    ReplyDelete
  22. Akak, daun selum tue daun apa yea? Hihi kot2 la org tranu panggil nama lain... Aritue masa berbuka kat Sungkai, saya ada beli kerabu kacang botol, sedap memang sedap tapi bahan2nya cukup menyedihkan, hanya kacang botol dengan bawang besar saja... Huhu πŸ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia mcm daun ulam raja shikin. Cer google. Byk khasiat dia.

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤