Tempat Menarik di Melaka : Masjid Selat

Assalamualaikum.


Masjid Selat, Pulau Melaka
Melaka terkenal dengan negeri yang kaya dengan campuran budaya hasil dari tinggalan zaman jajahan British dulu. Terdapat pelbagai bangunan termasuk masjid-masjid yang sangat unik dan cantik boleh di dapati di sini. Antara salah satu masjid yang wajib di kunjungi bila berada di Melaka ialah Masjid Selat. Saban hari ada saja sekumpulan pelancong dari luar seperti China khususnya ke sini untuk melihat keindahan Masjid Selat ini. 


Masjid Selat, Pulau Melaka
Masjid Selat yang terletak di Pulau Melaka di bina dan tersergam indah di tepi Selat Melaka. Ketika air pasang, Masjid Selat akan kelihatan seakan-akan terapung di permukaan air dan menjanjikan satu pemandangan yang indah buat para pengunjung.


Masjid Selat, Pulau Melaka
Masjid Selat, Pulau Melaka
Kos pembinaaan Masjid Selat di anggarkan bernilai RM10 juta dan telah di rasmikan oleh YDPA Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail pada 24 November 2006. Masjid ini di bina dengan berkonsepkan campran Timur Tengah dan ketukangan Melayu dan mengekalkan ciri-ciri lama masjid-masjid tersohor di Melaka.

Masjid Selat, Pulau Melaka
Masjid Selat mempunyai menara dengan ketinggian 30 meter  yang di bina di sebelah kiri pintu gerbang. Menara tersebut juga berfungsi sebagai Rumah Api kepada bot-bot dan kapal melalui cahaya melalui cahaya yang di pancarkan. Dewan Masjid Selat yang berkeluasan 24 meter boleh memuatkan kira-kira 2000 orang  jemaah pada satu-satu masa. Dengan konsep "open air", pengudaraan menjadi sangat baik hinggakan tak terasa bahang bila berada di dalam masjid ni.


Masjid Selat, Pulau Melaka
Nak ke Masjid Selat ni sangat dekat dari Mahkota Parade. Dalam 5 minit je perjalanan. Kawasan parkir yang luas di sediakan untuk kemudahan para pengunjung. Bagi menjaga kesucian masjid sebagai rumah ibadah, pihak masjid menyediakan jubah bermotifkan batik kepada para pengunjung agar lebih sopan semasa berada di kawasan masjid.

<

Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

44 comments:

  1. Replies
    1. Cantik sgt. No wonder ramai dengan tourist.

      Delete
  2. Siqah suka tau dengan gambar-gambar Ana. Semua cantik 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih siqah. Tapi ana lagi suka gambar2 Siqah. Cantik dan sekata warna semua gambar2 siqah 😍😍

      Delete
  3. gantiknya gambar2 ni....pandai ana amek gambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Masih belajar lagi ni nak hasilkan gambar yg cantik2 😍

      Delete
  4. subhanAllah, cantiknya senibina masjid ni 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik sgt dear. Masa cuaca cerah bertambah cantik tau.

      Delete
    2. Mesti berkilau kan disuluh pancaran cahaya matahari 😄🌅

      Delete
  5. Waalaikummussalam..hamboiii sakan jalan2 Ana ni..cepat balikkk hehe.
    Akk dh pergi Masjid Selat tu tapi tak masuk lagi...ni nak jeles nii..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Esok balik KL dah. Rindu dekat rumah. Hehe. Next time masuk lah kak. Tgk bahagian dalam pula.

      Delete
    2. kalau masuk pun hari tu semua gambar dah kena virus...tapi next trip mesti la akk masuk dan guna oppo yang boleh amik gambar cantik mcm Ana jugak kan..hehe

      Delete
  6. cantiknya kubah dalam masjid ni..subhanallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejuk mata memandangkan. Patut lah menelan rm10 juta kos binaan dia.

      Delete
  7. memanag cantik masjid ni..dah pergi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Cantik sangat2. Sebab tu jadi salah satu tempat wajib di kunjungi di Melaka.

      Delete
  8. cantiknya masjid ni, tk pernah masuk lagii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau ke Melaka boleh lah singgah ke sini.

      Delete
  9. Pandangan kubah daripada dalam tu cantik..sangat cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan PC. Cantik sangat2. Ana pun suka tgk.

      Delete
  10. seronoknya jadi travellor. Siap share tempat menarik, makan2 yang best kat area tu...

    Semoga sihat selalu *sorry tetiba XP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Traveller dalam malaysia je piqa. Tu pun ikut suami berkursus di sini. Alhamdulillah. Thanks dear.

      Delete
  11. tak pernah sampai lagi kat masjid ni..masa study kat melaka dulu blm ujud lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah dengan ana. Masa study dulu melaka tak maju mcm skrg.

      Delete
  12. Ya allah.cantik sangat masjidnyaaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Reen. Sama konsep dengan masjid kristal di Terengganu. Wajib singgah kalau ke sini.

      Delete
  13. Cantiknya.
    Belum pernah singgah lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah nanti ke Melaka boleh lah singgah ke sini wak. Dekat sgt dengan bandar Melaka.

      Delete
  14. cantik sgt masjid selat ni.. tp Dilah tak penah pegi lagi.. dilah kalau balik kg memang jarang keluar berjalan2.. rugi pulak jadi org melaka tp tak manfaatkan kelebihan yg ada di negeri sendiri kan.. so saddddd... sobbb.. sobbb...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa lah tu dilah. Org luar yg akan lebih explore dr org tempatan. Nanti boleh lah ke sini kalau blk kg lagi. 😍

      Delete
  15. subhanallah. cntik sgt ! sgt cntik lagi dgn cara sis amik gmbr ni btmbh2 lawa !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ju. Masjid Selat ni sememangnya dah cantik. Siapa pun yang amik gambar dekat sini confirm jadi cantik juga gambar mereka. 😍

      Delete
  16. Cantik!tak pernah sampai lagi kat masjid ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah nanti ada rezeki ke Melaka jgn lupa singgah dekat sini ye. Cantik sgt masjidnya.

      Delete
  17. Masjid selat ini Sha pernah pergi...
    Cantik sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab masjid ni di bina di atas air laut tu yang nampak cantik dan unik kan Sha. skrg ni hari2 ramai dengan pelancong tau Sha.

      Delete
  18. huwa cantik betul rumah ALLAH ni.. Seronok tengok ana jenjalan merata tengok apa yang menarik kat tempat orang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik lea. Kalau waktu senja dan cuaca baik lagi cantik pemandangan dekat sini. Nanti jgn lupa singgah dekat sini tau. :D

      Delete
  19. Dah lama Mrs. A tak jalan-jalan Melaka. Mrs. A dah pernah sampai sini tapi dah lama sangat kot time tu baru-baru kahwin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lah lepas ni plan ke Melaka semula. Byk benda best skrg ni Mrs A. Ana pun tak sempat nak explore semua.

      Delete
  20. Replies
    1. Sebab tu setiap hari penuh dengan pelancong tau Unni. Berderet bas masuk ke sini. :)

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤