Jalan-jalan di Melaka : Brunch nun jauh di Pappa Rich Freeport A Famosa Outlet - Blog by Ana Suhana

May 1, 2017

Jalan-jalan di Melaka : Brunch nun jauh di Pappa Rich Freeport A Famosa Outlet

Assalamualaikum.



Selamat hari pekerja buat semua pekerja-pekerja di Malaysia dan selamat bercuti dan berbahagia bersama keluarga tercinta. Sempena hari pekerja hari ni, sis di beri cuti dari buat house chore selama seminggu. Best sangat-sangat. So selama seminggu bermula hari ni sampai Sabtu nanti sis dan Syafi hanya duduk goyang kaki di dalam bilik hotel di Melaka sebab tumpang sekaki ikut En Suami yang berkursus di sini. Tu salah satu 'rezeki' jadi suri rumah. Hehe.

Seawal pukul 7 pagi tadi dah bersiap-siap bergerak ke Melaka. Target nak sampai di Freeport A Famosa Outlet dalam pukul 10 lepas ambil kira berhenti isi minyak dan sebagainya. Alhamdulillah perjalanan sangat smooth pagi tadi sebab kenderaan menuju ke selatan tanah air tak banyak. Rasa tenang je. Tapi di sebalik ketenangan tu ada juga kejadian yang tak di ingini berlaku. Tengah elok En Suami drive di lane tengah selepas susur keluar Pedas-Linggi menuju ke Simpang Ampat, ada satu bas Star Mart Express masuk ke lane tengah secara tiba-tiba. Bagi signal tak sampai 2-3 kelip terus masuk. Selamat lah En Suami sempat brake. Apa lagi hon panjang lah kawan tu. Masa melepas bas tu sis sempat tengok driver dia, boleh pula dia buat hand signal suruh kita yang ke kiri semata nak bagi dia laluan. Ape kes. Geram pula sis. Sebab tu bila asal ada kemalangan melibatkan bas di highway ramai yang salahkan pihak bas walaupun bukan semua berpunca dari mereka. Kita punya lah berhati-hati tapi sebab orang lain kita hampir kemalangan. Terus sis shoot emel dekat syarikat bas tu. Tunggu mereka response atau tak. Nak report dekat SPAD tak tentu mereka dengar report kita kan.


Dalam pukul 9.50 macam tu sis dah sampai dekat Freeport A Famosa Outlet. Pintu utama pun tak buka lagi. So sis jalan-jalan dekat depan tu bergambar. Gambar-gambar di sini nanti sis share di entri akan datang sebab nak kena edit semua dulu. Lepas pintu di buka dan sis berjalan-jalan dalam tu perut pun dah lapar. Nak makan dekat food court tapi food court tak ready lagi. Jadi sis ke Pappa Rich untuk menjamu selera. Memandangkan sis pelanggan pertama semua makanan dapat cepat.




Menu 1 : Nasi Lemak Sotong

Menu pilihan En Suami. Memang tekak melayu nak kena makan nasi lemak untuk sarapan. Hehe. Besar juga portion menu ni sebab En Suami jenuh nak perabis kan nasi lemak tu. Nasi lemak dekat sini tak berapa nak lemak pun. Bagus untuk kesihatan tu. Hehe. Sambal dan kuah sotong tu not bad rasa dia. Sesuai lah dengan selera kopitiam.



Menu 2 : Wok Fried Seafood Springy Noodle

Menu untuk sis sebab sis tak nak makan berat-berat lah kononnya. Padahal mee pun makanan berat juga. Sampai-sampai je mee ni atas meja dah dapat bau ala hangus mee tu. En Suami pun dah menjeling-jeling tergoda dengan mee yang sis order ni. Jadinya terpaksa lah berkongsi dengan dia. Memang membuka selera bau mee ni. Ada rasa hangus kuali sikit, masin-masin sikit. Cukup rasa lah semuanya. Udang pun banyak juga. Makan pula dengan cili api tu memang terbaik.



Menu 3 : Roti kukus

Menu untuk si cilik sebab dia memang tak biasa makan berat pagi-pagi. Lagipun baru habis susu sebotol so perut masih kenyang. Roti ni memang sis wajib order kalau pergi mana-mana kopitiam pun.  Sesuai untuk anak-anak sebab roti dia memang lembut lepas di kukus. Tengah-tengah panas tu makan terus dengan butter saja pun dah cukup.



Dekat sejam lebih sis bersantai dekat Pappa Rich ni. Lepas kenyang terus jalan-jalan window shopping sebab takde mende nak beli pun walaupun kebanyakan kedai tengah buat jualan murah. Selamat imanku masih kukuh. Hehe.

Ok lah itu je nak cerita untuk entri kali ni. Berjumpa di entri akan datang. Have a nice day gais.

45 comments:

  1. Replies
    1. terima kasih ucing singgah ke sini. nanti sis ke blog ucing pula ye.

      Delete
  2. Fae pun selalu take heavy breakfast hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis jarang amik heavy breakfast kecuali kalau travel. hehe

      Delete
  3. Dan baru fae perasan dua komen terawal dlm entri sis adalah dari blogger brunei hehe ucing dan fae

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang brunei memang terbaik.thank fae dan ucing. i do really appropriate your support.

      Delete
  4. Untungla dapat cuti seminggu hihi selamT bercuti sis ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung sekali sekala Lina. Tumpang sekakki. hehe. Thanks dear.

      Delete
  5. Syukur Alhamdulillah Ana dan family tak apa2..majoriti pemandu bas ni kan suka jd raja jalanraya mentang2 la badan bas tu besar..kita pulak disuruh bagi laluan..#&*@@ hehe...untung la dapat bercuti dari house chores...hehe dan selamat bercuti dengan selamat Ana dan keluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kak. ana kalau lalu tepi ke depan ke belakang bas mesti akan extra caution sebab kita tak tahu kan dorang ni mcm mana. tp tu lah geram je bila teringat kes mcm ni. ni sampai sekarang emel tu dorang tak response ke. at least say la sorry ke kan. huhu.

      thanks kak. bercuti dalam negara tercinta katanya.

      Delete
  6. Geram plak baca pasal bas tuh. apa pon bestnya dapat bercuti..next entry please. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. driver bas ni memang cmtu rasanya. kita nak beralah boleh je tp kena lah tgk situasi kan.

      tgh gigih buat entri baru ni. hehe

      Delete
  7. Alhamdulillah.Terliur tgok Wok Fried Seafood Springy Noodle tu...hehe..betul Sis..bukan je bas ekspres..lori2 besar pun gitu..yang lagi sedih kadang langsung tak signal pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu PC. kita ni dah lah bawa kenderaan kecik. takut setiap kali lalu berhampiran dorang yang besar2 tu. at least kalau nk masuk lane tu bagi lah signal awal2 at least signal tu berkelip dalam 4-5 kali kan. ni baru sekelip dan terus masuk. memang brek mengejut lah jawabnya. geram pula sis. hehe

      Delete
  8. Geram je baca driver bas tuu.. Eee tak suka kurang ajor gitu. Laju laju nak pergi mana lah. Kalau jadi apa2, nyawa orang yang tak bersalah terkoban..

    Best rezeki jadi suriumah ni. Nak cuti, tak payah apply πŸ™ŠπŸ˜€

    Happy holiday Ana dan keluarga ❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. geram sgt2. setiap kali pun mcm tu juga husniey. kalau jadi something bila org salahkan pihak bas ramai je driver bas yg dtg back up kata kita tak memahami lah apa lah. hehe. padahal dorang punya salah drg tak nampak.

      thanks Husniey. kalau ana masih bekerja ni memang tak dapat lah merasa. ada untung 'rugi' jadi suri rumah ni. hehe

      Delete
  9. pasal bas tu selagi takde yang terkorban selagi tu diorg pun tak peduli drive melebihi had laju.

    happy holiday ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. bila jadi something kesian sgt tgk mangsa2 tu. kita ni kena extra careful selalu.

      thanks sis.

      Delete
  10. Kalau dengan bas memang kena hati2.. selalu gak diorang memotong tetibe macam tu.. Tambah2 dekat highway.. Kemain lagi lajunya..
    Sedap nasi lemak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. highway ni dorang lah raja sha. kita ni semut hitam je bila lalu dekat mereka. hehe.

      Delete
  11. driver bas mmg kebanyakan nya mcm tu la ana.. geram kann... btw mcm best roti kukus tu.. x penah try pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. try lah Dilah. Sesuai untuk anak2 sebab lembut sgt.

      Delete
  12. orang gi berholiday tak update blog ni...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ku gigihkan juga kak update entri walaupun mata tak larat nak buka. hehe

      Delete
  13. Sabar jerlaa dengan orang macamtu. Huhu kenapalaa selfish sgt. Hmmm

    Pstt patutlaa meriah nau dekat IG dengan gambar2 dekat Melaka. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. segan sebenarnya nak upload dekat IG tp tu salah satu nak promote blog dan malaysia. mohon jangan kecam ye. =)

      Delete
  14. eee bahaya nya ! alhamdulillah nasib xde apa sis skluarga. masa dekat sna sekali sj ju drive balik dr melaka ke sg besi, kebetulan ada kemalangan bas dengan alphard xsilap. fuhhh. xnmpk nama bas tu sb da mlm dlm jam 8 gtu

    ReplyDelete
    Replies
    1. highway plus ni memang setiap hari ada je accident ju. kena extra careful. especially masa hujan.

      Delete
  15. Selamat berholiday.
    Seronok dapat duk hotel seminggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Wak. Sekali sekala ada rezeki.

      Delete
  16. bestnya ana ho ho holiday, lagi2 bila tgok gmbr kt IG ana.sobs sobs

    ReplyDelete
    Replies
    1. alah reen. dekat melaka je ana bercuti. huhu. meriah 2-3 hari je IG tu. lepas tu senyap semula. hehe

      Delete
  17. Piqa haritu baru naik bus, dua tingkat lak tu... Tapi alhamdulillah driver tu tolerate org nya... Dia suka dahulukan driver lain and akhirnya kami selamat smpai rumah even though lambat.

    Btw pappa rich sedap tapi kopak duit oiiittt😁😁😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana tak pernah lagi merasa naik bas 2 tingkat. masa kecik2 dulu teruja kalau nampak bus double decker ni. hehe. alhamdulillah biar lambat janji selamat kan.

      pappa rich ni sekali sekala boleh lah. kalau selalu tokey kayu balak pun boleh muflis. hehe

      Delete
  18. Bas atau lori, kalau dah di highway bertukar jadi transformer πŸ˜ πŸššπŸšƒ

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. transformer ye dear. kalau transformer bijak lagi rasanya.

      Delete
  19. bas ekspres memang kurang sopan kat highway.
    dulu aida tiap hari berulang melaka-seremban-melaka, hadoi lah, ana.
    jumpa dgn bas ekspres ni memang menyakitkan hati.
    kurang ajar!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena hati2 kalau berdekatan dengan mereka. kadang2 mereka tak nampak kita. kadang2 buat tak nampak pun ada juga. banyak berdoa dan berhati2.

      Delete
  20. Bestnya Ana!! Cepat betul update entri jalan-jalan! Suka tau. Banyak gak entri Ana siqah dah save, mudah nanti nak refer balik. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gigih juga nak buat entri ni masa tgh bercuti. Hehe. Thanks Siqah support blog Ana 😍😍😍

      Delete
  21. Nyum nyumm megi goreng.. Tapi potong stim bila ternampak togey banyak sangat.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lea tak suka taugeh ke? Ana ok je sebab memang suka. Rasa rangup masa makan. :)

      Delete
  22. fuhhhh ingtkan da abis cerita melaka ni.... mee goreng tu taugeh dia bnyaknya... unni xmakan taugeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Byk lagi cerita melaka tak buat entri lagi. Hehe.

      Taugeh lah sedap :D

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤