[ REVIEW ] iBawal The Soraya 2017 Parfum Flora & Fauna - Diary of Ana Suhana

May 23, 2017

[ REVIEW ] iBawal The Soraya 2017 Parfum Flora & Fauna


The Soraya 2017 Parfum Flora & Fauna l Wanita dan fesyen tudung memang tak dapat di pisahkan. Saban tahun ada sahaja fesyen terbaru yang di keluarkan oleh pengeluar tudung bersaing untuk mempromosikan produk mereka. Dan bagi pencinta tudung bawal sejati, iBawal adalah jenama yang wajib korang terjah. iBawal telah beroperasi sejak tahun 2015 dan telah berkembang sehingga ke Brunei dan Singapura.

iBawal - Gosok Gosok Wangi

iBawal menawarkan jenama selendang persegi yang penuh dengan elemen dan gaya serta berkualiti pada harga mampu milik pada masa kini. iBawal sentiasa melancarkan koleksi terbaru mereka dengan reka bentuk yang baru dengan kualiti yang terbaik sesuai untuk di gayakan setiap hari dan pada semua majlis.

"The iBawal aspire to provide all modern women regardless of age affordable, fashion forward designs and quality scarves that are easy to wear, chic and stylish"

Reka bentuk selendang persegi di iBawal bukan saja cantik malah senang di bentuk dan kainnya sejuk. Senang cakap buka saja dari kotak yang cantik tu boleh pakai terus. Tidak perlu gosok semua sebab material yang di gunakan ialah Satin Crepe yang berkualiti. Sangat sesuai untuk di bawa travel dan  yang penting machine washable. Macam Ana memang kalau dekat luar terpaksa di kepit dengan si kecil yang tengah melasak. Selalu kalau pakai tudung biasa pasti akan senget atau bergerak tudung yang di pakai. Tapi bila pakai iBawal, memang terletak elok di atas kepala sepanjang masa sebab salah satu ciri keistimewaan iBawal ialah ianya tidak licin. Buktinya gambar dekat bawah ni. Lepas dukung Syafi ke sana sini tudung masih elok terletak. 

iBawal Serena 2016 - Cattleya Biru


Untuk koleksi 2017, iBawal memperkenalkan koleksi Soraya 2017 Wangi Flora & Fauna dengan tudung wangi haruman kekal yang di ilhamkan oleh kecantikan seni tropika Malaysia. Soraya memperkenalkan bunga tempatan dan tumbuh-tumbuhan yang unik dan tersendiri menjadikannya  rekaan tudung yang indah. Penghargaan kepada alam telah menginspirasikan Soraya untuk membawa unsur-unsur kehidupan fauna khas dalam koleksi hijab wangi ini. Alami aroma manis bunga mawar dan tropika, menyerlahkan kewanitaan, daya tarikan dan gaya sopan cantik dengan Soraya 2017 Parfum, Flora & Fauna. Sangat sesuai di jadikan sebagai penyeri hari lebaran yang akan tiba tidak lama lagi.

1. Bunga Raya - bunga kebanggaan, bunga kebangsaan kita. Bunga Raya mengekalkan asas kehidupan, hidup bermasyarakat dan rasa rendah diri. Memori, tradisi dan budaya kekal dengan Bunga Raya mengingatkan kita supaya sentiasa bersyukur dengan setiap pencapaian atau kelemahan dan jangan kita lupa asal usul kita.

iBawal The Soraya 2017 Parfum Flora & Fauna - Bunga Raya

2. Merak - takkala bangga, dia juga berkeyakinan dan bersemangat dalam menempuh sebarang cabaran atau rintangan. Merak berdiri teguh dan tinggi, tidak gentar dengan gangguan kesejahteraannya. Merak adalah simbol wanita yang kuat, bebas dan cantik, cekal menjaga dirinya dan mereka yang sama berjuang dengannya.

iBawal The Soraya 2017 Parfum Flora & Fauna - Merak

3. Batik Bloom - Kesabaran dan ketelitian perlu untuk mencanting Batik. Calitan lembut beralun bersama rekaan rumit menajar penghargaan masa dan perhatian terperinci untuk rekaan karay agun ini. untuk mencapai seni Batik Bloom, dia sudah mencapai kekuatan diri dan ketenangan jiwa mendalam.

iBawal The Soraya 2017 Parfum Flora & Fauna - Batik Bloom

 4. Orked - Menakjubkan, sensitif, eksotik dan ganjil menggambarkan Orked yang perlukan perhatian, kasih dan sayang. Orked sangat di manjakan dan dilindungi kerana dia istimewa. Seperti puteri raja, Orked adalah kecil ayu etapi besar pada kecantikkannya. Halus mulus rupawan, tetapi kuat tangkap harumannya.

iBawal The Soraya 2017 Parfum Flora & Fauna - Orked

 5. Rama rama - Si Rama-rama cantik terbang bebas dan anggun hinggap ke sang bunga. Rama Rama tertarik kepada warna ceria kelopak bunga mencari habuan madu pemanis hari. Rama Rama bersederhana dan bersyukr, sungguh tidak mengetahui dirinya memberi inspirasi kepada semua di sekelilingnya yang kagum dengan setiap gerak gerinya.

iBawal The Soraya 2017 Parfum Flora & Fauna - Rama Rama


Koleksi Soraya 2017 Wangi Flora & Fauna di atas boleh didapati secara eksklusif dari stokis dan ejen iBawal. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh layari platform media iBawal seperti di bawah:



  

49 comments:

  1. Replies
    1. kan kak. boleh beli satu utk anak dara akak tu pakai masa raya. mesti cun punya.

      Delete
  2. Cantik. Oh CM tergoda 😘😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. ana pun tergoda lagi. nak kena beli lagi ni nampaknya.

      Delete
  3. Suka warna2 selamat macam ni sbb senang nak match..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ana setuju. senang nak matching dengan banyak baju.

      Delete
  4. wah....warna nya lembut2...sesuai pakai di hari raya ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. ana plan nak beli utk raya ni Lina. sebab senang pakai dan sejuk je kain dia.

      Delete
  5. serius ye gosok2 bau wangi? bestnya kalau betul..

    ReplyDelete
  6. cantiknya design ibawal ni ana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan dilah. sweet je color dia. best tau. senang pakai dan terletak je. dukung syafi dah takde masalah skrg ni. hehe

      Delete
  7. Waaaa cantik-cantik corak yang ada.. Boleh buntang mata nak memilihnya ni.. hehehe

    ReplyDelete
  8. Dah lama tak pakai bawal. Cantik pulak design nya.

    ReplyDelete
  9. Cantiklah cara AS gayakan tudung ibawal tu.
    Buatlah tutorial nanti bolehlah Mrs. A cuba.
    Mrs. A tak pantai sangat pakai bawal nanti depan dia mesti terbelah kah! kah! kah!

    ReplyDelete
  10. Kak Sue pun suka pakai tudung ibawal nie.. selesa sangat 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak sue. Selesa sgt. Kain sejuk dan sedap di pakai.

      Delete
  11. cantik. cantik. kite pun ade. mmg gosok2 wangi kan. senang bentuk kan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang sangat. Yg penting tak perlu iron semua. Pakai terus.

      Delete
  12. Siqah suka bawal orked. Cantiknya 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soft je warna dia kan Siqah. Kain dia sedap tau. Senang terbentuk.

      Delete
  13. cantik2 pulak design tudung ni 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg latest ni memang cantik semuanya. Selesa pula tu. Kain dia sedap dan sejuk.

      Delete
  14. sweet sangat Ana pakai ibawal tu..#gosokgosokwangi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. I is malu. Haha. Gosok gosok wangi kan kak.

      Delete
    2. sungguh la..mmg sweet yg biru tu kena dgn Ana..jeles akk..hehe

      Delete
  15. Replies
    1. Cantik dan kain dia best Husniey. Cuba lah beli satu :)

      Delete
  16. Corak dia cantik2. Tapi lama da xpakai bawal. Hee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawal ana pakai mcm shawl. Sesuai dgn muka ana kalau cmtu.

      Delete
  17. Cantik-cantik koleksi dia.. Lama nya tak pakai tudung bawal.. hehehe.. Cam teringin lak nak pakai balik lepas tengok koleksi nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try lah pakai semula. iBawal tudung dia best dan senang bentuk tau Sha.

      Delete
  18. Menarik warna dia.. mesti selesa kan bila pakai :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selesa sgt. Bahagia bila pakai. Tak risau dah tudung rosak dan sebagainya.

      Delete
  19. Dah lama rasanya saya tinggalkan dunia tudung bawal.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Kena cuba semula shikin. Best tau iBawal ni. Kain dia sedap dan senang nak pakai.

      Delete
  20. Replies
    1. Kan. Semua cantik dan menarik. Rasa nk beli semua je pula.

      Delete
  21. Amboiiii boi boi mengoda imannya corak 😢

    ReplyDelete
  22. Hakak ni mmg ketinggalan zaman Ana. Selalunya org dah tak pakai esok barulah hakak pakai hihi....

    Patutlah Kak cik pun ada promote tudung ni. Hari tu tgk Kak Cik pakai tudung yg biru tu

    ReplyDelete
  23. cantiknya kakak kite nihhh. Sama pattern ibawal kite laaa. Lepas ni boleh dating sesama. Heehehh
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  24. Cantik lah corak dia. Memang kena grab 1 ni

    ReplyDelete
  25. nak buat raya cantik jgk nih..

    ReplyDelete
  26. cntik2 kaler yg dikeluarkan =D

    ReplyDelete
  27. cantik 😍 sy penggemar tudung bawal 😘

    ReplyDelete
  28. koleksi semua cantik2 ...
    saya tak pernah lagi pakai tudung bawal, so far mmg shawl or instant shawl ...
    ada rezeki, pasti nak beli tambah koleksi ....
    yang paling penting, tak perlu nak seterika,
    and cukup lebar menutup dada bg mrs pip :)

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤