Hokkaido Baked Cheese Tart Berhantu - Blog by Ana Suhana

May 19, 2017

Hokkaido Baked Cheese Tart Berhantu



Hokkaido Baked Cheese Tart

Hokkaido Baked Cheese Tart Berhantu | Assalamualaikum. Korang mesti dah tahu kan yang Hokkaido Baked Cheese Tart ni pernah viral di serata FB awal tahun ni. Rata-rata netizen semua kata memang sedap gila cheese tart ni. Ana pun apa lagi terus lah search outlet Hokkaido Baked Cheese Tart ni kot-kot ada dekat dengan kawasan Ana kan. Sekali hampa. Dari hari ke sehari duk menunggu bila lah nak dapat merasa cheese tart ni. Gigih menghitung hari.

Nak di jadikan cerita Ahad lepas Ana ke Sogo ikut mak window shopping katanya. Masa singgah di food court di tingkat 6, sekali ternampak ada outlet Hokkaido Baked Cheese Tart ni. Ana pun apa lagi terus lah terjah tu dulu. Lama gila kot craving nak try cheese tart ni. Tapi sebelum tu Ana check dulu Halal ke tak kan. Tak boleh lah sebarangan nak makan je. Bila dah tahu yang Hokkaido Bajed Cheese Tart ni dah ada sijil Halal Jakim, lagi membuak-buak nafsu nak makan Hokkaido Bakee Cheese Tart ni jadinya.

Hokkaido Baked Cheese Tart

Bagi yang tak tahu, ada 3 flavor tart tau dekat Hokkaido Baked Cheese Tart ni iaitu original, coklat dan durian. Siapa hantu durian korang wajib cuba Durian Hokkaido Baked Cheese Tart ni. Ana beli semua flavor sebab nak rasa setiap satu. Baru lah boleh review mana satu sedap kan. 

Hokkaido Baked Cheese Tart

Hokkaido Baked Cheese Tart
Harga tart dekat sini pula ialah RM5.80 untuk original atau coklat dan RM6.60 untuk durian. Kalau nak beli set pun boleh. Setiap set ada 6 biji tart (1 dozen). Harga setiap set lain-lain ikut flavor tart yang ada dalam tu. Macam Ana amik set yang ada  4 biji tart biasa (original atau coklat) dan 2 biji tart durian. Harga tak silap dalam RM32 je. Jimat dalam RM3 lebih. Sebab dah beli sedozen dapat lah kotak comel ni. Kalau beli kurang dari 6 biji, dia masukkan dalam brown paper bag je.

Hokkaido Baked Cheese Tart

Hokkaido Baked Cheese Tart

Sampai-sampai rumah dengan rakusnya terus buka kotak Hokkaido Baked Cheese Tart ni. Ye lah lama gila kan teringin nak makan. Kalau orang mengandung dah bersalin dah pun. Mula-mula Ana makan yang original dulu. Baru sekali gigit dah boleh rasa cheese custard dia cair masuk dalam mulut. Seriously sedap sangat. Berjoget-joget lah dekat dapur tu sekejap sebab hampir meleleh keluar isi dia. Sampai Syafi pun tak boleh tahan nak makan. Betul lah orang kata cheese kalau buat apa pun akan jadi sedap. Menjilat-jilat jari di buatnya. Kerak dia pula rangup macam biskut. 


Hokkaido Baked Cheese Tart

Next Ana makan yang coklat pula. Pun sama, coklat cheese dia melimpah ruah masuk dalam mulut. Bagi pencinta coklat korang mesti suka coklat tart ni. Tapi kalau compare antara coklat dan original,  Ana prefer original tart lagi sebab cheese dan custard memang perfect combination. Tart durian Ana bagi En Suami makan. Dia kata sedap rasa macam makan durian je. Mana taknya,  baru makan sebiji satu dapur boleh berbau durian. Memang kaw lah Durian Hokkaido Cheese Tart ni.


Hokkaido Baked Cheese Tart

Memandangkan makan 2 biji pun dah rasa kenyang dan muak,  selebihnya Ana simpan dalam peti ais. 2 hari lepas tu baru teringat ada lagi tart ni, apa lagi terus lah amik makan. Nak tau tak??? Hokkaido Baked Cheese Tart ni makan masa sejuk lagi best gilerrrr. Macam makan puding custard rasa dia. Yang penting tak muak langsung okey. Betul lah seperti yang di katakan oleh Hokkaido Baked Cheese Tart ni. Next time nak try frozen kan pula. Katanya rasa macam aiskrim. Ye ke tidak nanti Ana try ye.


Hokkaido Baked Cheese Tart

Selain dari tart, Hokkaido Baked Cheese Tart ni ada jual kek tau. Tapi Ana tak beli lah. Maybe next time lah. Harga boleh tahan juga. Kalah Secret Resipe. Confirm sedap tu.


Hokkaido Baked Cheese Tart

Hokkaido Baked Cheese Tart



56 comments:

  1. teringin nak makan...tapi mahal nau2 haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala boleh lah Lina. Mahal tp puas hati tau. :)

      Delete
  2. Pernah makan tp x buat entry...mmg sedap, memikat...craving semua ada
    ..nak cari la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom kak cari lagi cheese tart ni. Sedap nya la hai. :)

      Delete
  3. Kak Sue pernah makan juga, memang sedap kan Ana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sgt kak. Teringat2 lagi ni. Huhu. :)

      Delete
  4. Alamak ada yg coklat.. Adeh dpt tgk jerk la ana oii.. Kite dok jaoo.. huwaaaaaa... kempunan.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat kuantan takde ke Lea. Dia ada 30 outlet seluruh Malaysia tau.

      Delete
  5. anaaaaa... sedapnyaaa... dilah tak pernah rasa lagi tp bila tgk gambar ana share tu rasa terliur pulakkk... iskkk.. tak boleh jadi ni.. kena cari jugak nanti.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana suka yg original Dilah. Makan satu pun dah puas. Nanti cari lah ye. Ada 30 outlet dekat Malaysia ni.

      Delete
  6. Aah.ramai yg cakap sedap. Baca review ana lagi la terliurr. Reen suka cheese..hee..Kat area sini xdeee. Nk mtk tlg ana beli lah. Pastu poskan. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Boleh pos dah lama ana pos kan. Kang takut ada yg keracunan reen. Hehe :p

      Delete
  7. sedap ke ana? akak takut nak beli risau tak boleh stop beli pulak lepas tu.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana suka yg original. Puas dpt makan kak. Semua org pun kata original yg sedap. Kena cuba tau kak.

      Delete
  8. Selalu nampak kat Food Court Sogo tu tapi x pernah try lagi..Nanti boleh la nak cuba..Kadang ada gak ter'lunch kat SOGO tu...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lah kak cuba beli lepas ni. Mana tau addicted pulak nanti. Hehe. :)

      Delete
  9. pernah makan, akak bawa balik. tapi separuh je la. sedap wehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak cukup separuh tu aiman. kena beli lepas ni nampaknya. hehe

      Delete
  10. akk dh makan tapi rasa mcm ok jer mungkin sebab dh pernah makan yg lebih sedap kot..tp Hokkaido tart ni mmg the in thing skrg ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat mana yang lebih sedap tu kak. share lah. boleh ana terjah akan dtg. :)

      Delete
  11. TAG : https://belogsjm.blogspot.my/2017/05/giveaway-rm1000-shopping-credit-sgshop.html

    ReplyDelete
  12. Wah.. Tak pernah try lagi ni. Look yummy je.. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba lah nanti cikLa. Mana tau cikLa suka kan.

      Delete
  13. Nani setakat ni tak pernah try lagi. Heheh. Nampak sedap tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti cubalah sekali Nani. Kebanyakan kata sedap. :)

      Delete
  14. setuju! ni cheesetart paling sedap yg saya pernah rasa! belum try perisa durian je, i wonder how it taste like :D memang dh lama gila mengidam hokkaido cheesetart ni, dah berapa bulan tak makan T^T

    tmpt saya paling dkt nk dpt cheestart ni kat alamanda putrajaya, tpi jarang keluar pegi situ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi ana pun dear. Ada kata Pablo lagi sedap tp tak pernah rasa lagi so ini lah yg sedap setakat ini. Kena rasa durian pula tau dear. Sedap juga.

      Samalah tempat sy plg dekat di Sogo. Tp faham2 lah sogo tu mcm mana crowded dia kan. Hehe

      Delete
  15. Nak nangis tengok, sedapnya!!!! Hahaha, mai ni selalu ketinggalan tau, tak pernah dapat merasa benda viral ni, kang bila dah sepi baru dpt merasa.

    Lawanyaaaaaa header akak. dan tahniah dah upgrade domain sendiri. Bestnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah samalah dgn kak ana. Dah sendu baru dpt merasa. Org dh tukar kepada yg lain pun. Hehe. Tp ok lah kan.

      Terima kasih Mai. Adik ipar yg buatkan. Jom mai upgrade domain sendiri. Mai punya memang layak sgt dah tu :)

      Delete
  16. sedapnyaaa kak anaaa. nak sikit pliss. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh sini meh. Kak ana belanja Busyra tart sedap ni :)

      Delete
  17. pernah mkan dan pernah buat entri ini juga. Tapi, selera akk msh belum kena. Mungkin sbb sdg ngandung kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selera masing2 kak. Tak semua yg org kata sedap tu sedap dekat tekak kita kan. Sama macam ana juga lah. Ada org kata satu kek tu sedap sgt tp bila rasa biasa je pun. Hehe

      Delete
  18. eeee elsa tak tercapai lagi niat nak makan nie tau! meleleh inti dalam dia aishhh hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cepat2 cari Elsa. Kak ana suka. Sedap sgt especially yg original. :)

      Delete
  19. Teringin nak makan tengok kawan2 duk post kat fb, kat taiping ni tak pernah nampak ada pun;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti cuba awak search mana lagi outlet dia. Dia ada 30 outlet seluruh Malaysia tau. Maybe dekat Ipoh ada kot. :)

      Delete
  20. Ada dekat kk ni tp ju blm cuba lagi. Btw tahan juga kan letak dlm peti sejuk =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba lah ju. Ana suka makan bila dh sejuk. Tak muak pun. Rasa dia lagi sedap bila sejuk. :D

      Delete
  21. kat tawau xda lagi.. rasantyya kat kk macam ada .. tak tahu la bila dpt mrasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ju kata dekat KK ada. Kalau ke KK boleh singgah beli Unni. Kak ana pun lama mengidam baru dpt ni haa.

      Delete
  22. Dah lama teringin nak makan benda ni tapi takda duit lagi huaaaa kena ada gaji dulu la nampaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah boleh je beli 1-2 biji dulu. Nanti dh gaji beli lah sedozen terus :D

      Delete
  23. Favourite Siqah!!! Ala lepas baca entri ni rasa nak pergi Subang Parade lepas kerja hari ni. Nak p beli ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. sep sikit. kita geng. ana suka yg original tu. sedap sgt rasanya.

      ana kalau nak kena turun Sogo. bercinta. tp akan dtg boleh ke Sunway Putra Mall je sebab bulan 6 ada outlet Hokkaido ni baru buka dekat sana.

      Delete
  24. Sha masih tak berjay cuba tart nie.. Tak jumpa lagi.. Bila tengok entry Ana nie, membuak-buak pula rasa nak gi makan.. hehehe

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤