May 2017 - Diary of Ana Suhana

May 31, 2017

Penerima Hadiah GA by BCSB : Road to 100k Views ialah...

8:48 AM 26
Penerima Hadiah GA by BCSB : Road to 100k Views ialah...


Assalamualaikum. GA ke-2 Ana yang bertemakan Road to 100k views telah tamat pada 26.05.2017 (Jumaat) yang lepas. Seramai 72 peserta yang sangat supportive telah mengambil bahagian tanda sokongan pada blog ni. Dari 72 orang tu ada beberapa yang telah berjaya menambah jumlah nama mereka dalam pemilihan pemenang. Senarai nama dan jumlah nama tambahan boleh rujuk di SINI. Pemilihan adalah secara cabutan manual. Pada yang terpilih tahniah buat korang. Dan pada yang tak berjaya jangan kecewa. Ada rezeki yang lebih baik menanti korang lepas ni. InsyaAllah.  Dan pemenangnya ialah.... 



Tahniah pada 2 peserta tersebut. DAN.. 

Kepada 3 top komentor sepanjang GA berlangsung, Ana minta maaf sebab nombor korang tak naik. Ana dah buat pemilihan secara adil tanpa melihat nombor2 yang di cabut. Sebagai tanda penghargaan atas sokongan korang, Ana ada sediakan hadiah saguhati buat korang. Jangan serik menyokong blog ni. 

Emel details korang dekat Ana di mss0285@gmail.com



May 30, 2017

Resipi : Kerabu Kacang Botol Mudah dan Berkhasiat

11:13 AM 32
Resipi : Kerabu Kacang Botol Mudah dan Berkhasiat

Resipi Kerabu Kacang Botol l Assalamualaikum. Hari tu Ana dah share resipi kerabu mangga jadi hari ni nak share resipi kerabu kacang botol pula. Banyak khasiat boleh dapat dari kacang botol. Selain tu kerang dan cekur yang digunakan pun ada khasiat yang baik untuk badan kita. Menu simple yang banyak kebaikkannya. Jom cuba. 


Resipi : Kerabu Kacang Botol l Mudah dan Berkhasiat
Resipi : Kerabu Kacang Botol l Mudah dan Berkhasiat



Resipi : Kerabu Kacang Botol l Mudah dan Berkhasiat


BAHAN-BAHAN

1. Kacang Botol -  15 batang *
2. Daun selum - 1 ikat kecil *
3. Kelapa - 1/2 biji
4. Kerang - 1/2 kilo
5. Bawang merah - 2 biji **
6. Bawang putih - 2 ulas**
7. Udang kering - 3 sudu**
8. Cekur sedikit **
9. Kunyit hidup sedikit**
10. bawang besar - 1-2 biji untuk hiasan

* Di Hiris Nipis
** Di Kisar


CARA-CARA

1. Kerang di rebus kosong kemudian di ambil isinya

2. Panaskan minyak sedikit kemudian tumis semua bahan yang di kisar. Masukkan garam, perasa tambahan dan gula sedikit. Tumis sampai garing.

3. Kemudian masukkan kelapa dan goreng sehingga naik bau. Jangan sampai hangus.

4. Tutup api dan masukkan kerang, kacang botol, daun selum dan bawang besar.

5. Siap di hidang. 


May 29, 2017

Resipi : Puding Telur Karamel Mudah Dan Sedap

3:12 PM 32
Resipi : Puding Telur Karamel Mudah Dan Sedap

Resipi Puding Telur Karamel Mudah dan Sedap l Assalamualaikum. Hari ni Ana nak share satu resipi pencuci mulut yang memang popular especially semasa berbuka iaitu resipi puding karamel mudah dan sedap. Ana memang suka giler makan puding karamel ni. Kadang-kadang bila nampak orang jual memang wajib beli tapi tu lah rasa macam tak berbaloi bila beli. Baik buat sendiri. Boleh makan ramai-ramai. Baru puas hati. Bahan-bahan dan cara penyediaan pun senang. InsyaAllah yang tak pandai buat pun mesti boleh jadi punya. 


Resipi Puding Telur Karamel Mudah Dan Sedap
Resipi : Puding Telur Karamel Mudah Dan Sedap

Resipi : Puding Telur Karamel Mudah Dan Sedap


BAHAN-BAHAN

Sos Karamel
1. Gula - 1/2 cawan
2. Air - 1 sudu

Puding
1. 4 biji telur 
2. Susu Cair - 1 tin
3. Gula - 1/2 cawan
4. Esen Vanilla - 1 sudu kecil
5. Garam - kurang dari secubit (OPTIONAL) 

CARA-CARA

Sos Karamel
1. Masukkan gula ke dalam kuali dan cairkan menggunakan api sederhana. 
2. Bila gula dah mula macam "mengeras" masukkan 1 sudu air dan kacau sehingga gula menjadi perang. 
3. Bila dah cair dan perang masukkan dalam bekas yang akan di gunakan untuk mengukus nanti dan sejukkan di dalam peti.

Puding
1. Masukkan kesemua bahan dan pukul sehingga sebati.
2. Tapis adunan di atas ke dalam bekas kukusan yang ada sos karamel.
3. Kukus sehingga masak dalam 40-45 minit. 
4. Sejukkan di luar terlebih dahulu sebelum masukkan ke dalam peti. 
5. Siap di hidang.


NOTA TAMBAHAN

1. Susu cair boleh di gantikan dengan susu segar.

2. Sos karamel tu ada yang guna 1 cawan air untuk dapatkan sos yang lebih banyak.

3. Pastikan sentiasa kacau gula untuk sos karamel tu dengan api sederhana untuk elakkan gula cepat hangus.

4. Garam tu optional. Ana letak sikit sebab nak bagi rasa lemak-lemak.





Tempat Menarik di Melaka : Hotel di Melaka - Euro Rich Hotel

11:19 AM 16
Tempat Menarik di Melaka : Hotel di Melaka - Euro Rich Hotel

Hotel di Melaka - Euro Rich Hotel l Assalamualaikum. Hari ke-2 di Melaka, lepas check out dari Hotel Sentral Riverside Melaka Ana check in di Euro Rich Hotel.  Untuk 2 hari pertama di Melaka memang Ana plan stay di hotel-hotel mampu milik. Walaupun di kategori sebagai hotel bajet tapi sangat selesa. Berbaloi-baloi dengan apa yang di bayar.


Hotel di Melaka - Euro Rich Hotel
Hotel di Melaka - Euro Rich Hotel - Kredit Agoda

Tempat Menarik di Melaka : Hotel di Melaka - Euro Rich Hotel


Euro Rich Hotel ni terletak di Jalan Plaza Makhota 13. Kalau nak ke Makhota Parade dalam 5 minit je naik kereta. Senang kata memang dekat lah dengan bandar Melaka. Terdapat 7 jenis bilik di sediakan dekat sini. Dari bilik Superia King hinggalah Family Premier Extra. Harga pula bermula dari RM61 hingga RM151. Tu tak termasuk 6% cukai. Harga ni pada harga weekdays tau. Kalau weekend mahal lebih kurang RM20.

Memandangkan hotel ni terletak di bangunan pejabat so parkir lah kereta dekat mana-mana petak parkir yang kosong. Tapi don't worry sebab memang banyak je parkir kosong. Tak perlu berebut atau menunggu pun. Dan jangan lupa gores kupon parkir. Kalau tak, free-free je dapat surat cinta dari MBMB.

Masuk-masuk je hotel ni,  Ana macam tercengang kejap. Mana taknya,  dekorasi bahagian lobi dia punya lah cantik. Rasa macam dalam citer Alice in Wonderland je. Wangi pulak tu. Kalau kata kena tunggu lama sementara bilik siap pun memang takde masalah langsung. Sebab confirm akan selesa. Tapi masa Ana check in memang kejap sangat. Tak sempat nak duduk dekat kerusi cantik tu.


Hotel di Melaka - Euro Rich Hotel
Hotel di Melaka - Euro Rich Hotel

Hotel di Melaka - Euro Rich Hotel
Hotel di Melaka - Euro Rich Hotel

Hotel di Melaka - Euro Rich Hotel
Hotel di Melaka - Euro Rich Hotel

Dah selesai urusan check in, masa nak naik ke bilik ada satu peristiwa kelakar. Dengan penuh semangat ni nak naik bilik dengan beg besar gabak, tekan-tekan lif tapi tak menyala. Puas tekan sana sini tak juga menyala. Dah kenapa lif ni, tak kan rosak pula. Kebetulan ada sorang staff lalu dekat situ terus lah kitorang tanya. Rupa-rupanya kena tekan betul-betul guna ibu jari. Macam nak scan ibu jari masa buat passport atau IC tu. Mak ai, canggih sungguh lif dia ni. Tak pernah jumpa lagi lah lif cenggini. Haha. 

Hotel di Melaka - Euro Rich Hotel
Hotel di Melaka - Euro Rich Hotel

Dekat sini Ana booked bilik Deluxe King dengan harga RM67.94 tidak termasuk breakfast. Bilik dia memang luas dan selesa sangat lah orang kata. Cuma bilik ni takde almari tau. Yang ada cuma penyangkut baju yang di pasang di tepi dinding. Ok lah kan. At least boleh sangkut tudung baju semua. Kettle dan teh / kopi ada di sediakan. Don't worry. Bilik air pun besar cuma takde shower area. So bila mandi memang akan basah lah satu toilet dan kena selalu berhati-hati sebab licin. Lagi satu aircond dia lambat sejuk. Dah lah Melaka ni panas kaw kaw. Tapi bila malam, semua masuk dalam selimut juga sebab bilik dah fully sejuk.


Hotel di Melaka - Euro Rich Hotel
Hotel di Melaka - Euro Rich Hotel

Hotel di Melaka - Euro Rich Hotel
Hotel di Melaka - Euro Rich Hotel


Hotel di Melaka - Euro Rich Hotel
Hotel di Melaka - Euro Rich Hotel
Hotel di Melaka - Euro Rich Hotel
Hotel di Melaka - Euro Rich Hotel

Overall Ana memang puas hati lah stay dekat sini.  Dengan harga yang murah dapat pula bilik yang luas dan selesa, memang rasa sangat berbaloi. Takde dengar bunyi bising pun. Tenteram nak berehat. Korang kalau nak ke Melaka dan masih tercari-cari hotel bajet yang selesa, why not try stay dekat sini. InsyaAllah puas hati. 










May 28, 2017

Rezeki Hasil Berblog - Hadiah dari Rakan-rakan Blogger

11:36 AM 50
Rezeki Hasil Berblog - Hadiah dari Rakan-rakan Blogger


Rezeki Hasil Berblog - Hadiah dari rakan blogger l Alhamdulillah sejak kembali aktif dalam dunia blog awal tahun ni, banyak sungguh rezeki yang Ana dapat dari rakan-rakan blogger semua. Kebanyakkan hadiah bersempena penganjuran GA yang di anjurkan dan juga rezeki sebagai top komentor di blog rakan-rakan blogger. Terima kasih banyak-banyak pada semua yang memberi. Ana doakan semoga murah rezeki korang semua. So this entry as an appreciation post to u gais. Thank you so much :) 


1. Octaland 4D+


Hadiah bersempena dengan Fattah Anas 2nd Birthday Giveaway. Ana tersenarai sebagai pemenang ketiga dan Ana dapat 4D kad. For sure lah Syafi yang punya. Bukan main seronok dia tengok binatang semua timbul dari kad tu. Sampai habis bateri phone di buatnya. Mak ayah Syafi pun ralit sekali tengok 4D kad ni. hehe. Terima kasih Dilah. Jom terjah blog Dilah. Dilah suka share resipi-resipi masakan tau.Tak rugi kalau singah.
http://ceriteraibu.com

 2. Avon Perfume


Hadiah ni Ana dapat sebab jadi top komentor dekat blog akak cantek, Suria Amanda. Suka sangat dengan perfume ni sebab bau dia sweet jer. Ana suka terjah blog kak SA sebab best bila baca entri kak SA. Paling suka tengok gaya penulisan kak SA. Santai dan mudah di baca. Tak bosan pun. Boleh jadi rujukan untuk menulis gaya santai untuk entri akan datang. Kak SA pun suka share resipi masakan. Korang kalau nak cari resipi boleh lah terjah blog kak SA juga ye. Kalau nak tanya apa-apa pasal dunia blog, boleh tanya dekat kak SA. Dia sangat membantu. Especially pasal dressing code bila nak attend event. Seriously!!!
http://www.suriaamanda.com


3. Starbuck Voucher

https://ladyinredplanner.blogspot.my/

Ni kali ke-2 tau Ana dapat hadiah dari LZ. Yang first dulu sebab jadi top komentor dekat blog LZ. Yang ke-2 ni memang sungguh tak sangka sebab nama Ana terpilih secara rawak dalam banyak-banyak pengomen di satu entri LZ.  Alhamdulillah. Terima kasih LZ. Boleh lah Ana mengopi di Starbuck lepas ni. Hehe. Jom kita terjah juga blog LZ. Kalau korang nak tau, LZ peminat tegar stationeries tau. Selain dari tu LZ juga ada buat business planner dan foamdori. Cantik cantik belaka. Korang confirm akan jatuh suka kalau tengok cara LZ organise planner dia. Kemas sangat!!


https://ladyinredplanner.blogspot.my/

4. Car Perfume



Haa hadiah yang ni Ana takde join mana-man segmen pun. Khas dapat pada orang yang attend SBB2017 je tau. Few days before ke SBB Uyul dah bagitau 30 orang terawal jumpa dengan Uyul akan dapat surprise gift gitu. Ana dengan excited reply dekat komen tu kata Ana akan tunggu di tol Sg Besi konon nak jadi orang terawal, sekali antar orang terakhir tiba di SBB. Haha. Nampak je Uyul dari jauh dah jerit panggil nama dia. Padahal dia bukan cam pun rasanya. Dah pergi dekat-dekat kenalkan diri baru dia tau siapa diriku ini. Haha. Tup tup dapat juga hadiah ni. Thanks Uyul. Suka dengan bau dia. Kak Ana dapat pewangi strawberry. Letak dekat ruang tamu je. Berjoget Syafi suka dengan bau dia. Hehe. Jom terjah blog Uyul. Kalau korang nak tau, Uyul seorang photographer based di Johor. Pada orang Johor yang berminat nak gunakan khidmat Uyul boleh lah contact dia ye.

http://www.uyulrosli.com/

5. Voucher Berbuka di The Everly, Putrajaya



Yang ni Ana dapat sebab join contest oleh food blogger yang terkenal, Mahadi atau lebih di kenali sebagai Mahamahu. Syarat dia mudah je, upload gambar selfie dengan Maha di bahagian komen contest tersebut beserta caption. Alhamdulillah tak sangka ada rezeki di sana. Hari Jumaat baru-baru ni Ana dah selamat terima 2 keping voucher berbuka tu.

6. Buku Mudahnya Menjemput Rezeki 2 & 3 sachet Milagro Coffee



Yang ni Ana tau bila Kak SA tag Ana dekat komen tu. So Ana pun join sekali. Tup tup dapat notification dari pihak yang menganjur tu yang Ana salah seorang pemenang. Kak SA pun dapat juga. Alhamdulillah. Buku dan sachet tu selamat sampai pada Khamis lepas. 


7. Kredit RM100 dari SGshop



Sekarang ramai blogger yang anjurkan GA SGshop ni. Dan Ana pun terjebak joun juga. Yang Ana join ni di FB. Syarat dia senang giler so why not cuba kan. Memandangkan Shazillah mencari 10 orang dan yang join pun 10 orang, automatik semua dapat. Alhamdulillah. Kredit tu pun dah masuk dan dah habis shopping pun. Nanti barang dah sampai Ana review ye. 

May 27, 2017

Resipi : Sambal Ikan Tenggiri Sambal Ala Ayam Penyet

11:38 AM 21
Resipi : Sambal Ikan Tenggiri Sambal Ala Ayam Penyet

Resipi Sambal Ikan Tenggiri Sambal Ala Ayam Penyet
Resipi Sambal Ikan Tenggiri Sambal Ala Ayam Penyet


Resipi Sambal Ikan Tenggiri Sambal Ala Ayam Penyet l Salah satu menu masakan paling simple buat juadah berbuka. Menu Sambal Ikan Tenggiri ni Ana buat tak terlalu pedas sebab takut boleh menggangu perut yang kosong sepanjang hari. Bahan-bahan pun bahan yang memang ada dekat dapur kita. Masa untuk memasak pun sangat pendek. Dalam 15 minit dah boleh siap. Nampak simple tapi InsyaAllah sedap. Jom tengok bahan-bahan dan cara untuk memasak.

Resipi : Sambal Ikan Tenggiri Sambal Ala Ayam Penyet

 
BAHAN-BAHAN

1. Ikan - 3-4 ekor ( bergantung pada saiz ikan )
2. Cili Merah - 5-7 biji *
3. Cili Api - 8 tangkai * (ikut tahap kepedasan yang di inginkan)
4. Bawang Besar - 1/2 biji *
5. Tomato - 1/2 biji *
6. Garam dan Perasa Tambahan

* Di kisar tapi tidak sampai terlalu halus dengan menggunakan air yang sangat sedikit.


CARA-CARA

1. Goreng ikan dengan kunyit dan garam sehingga garing.

2. Tumis bahan yang di kisar dan masukkan garam dan perasa tambahan. Tumis sehingga pecah minyak.

3. Siram sambal ke atas ikan dan siap di hidang.


NOTA TAMBAHAN

1. Kalau ikut sambal yang biasa kita buat, kita tak masukkan tomato. Tapi kerana ingin dapatkan sambal ala ayam penyet dan untuk mengurangkan sedikit kepedasan, kita masukkan tomato.

2. Tomato juga berfungsi sebagai 'pelembab' semasa menumis. Jadi sambal kita tidak akan kering.

3. Ikan yang selalu Ana guna ialah ikan keli, ikan talapia dan ikan tenggiri.


Menu lain :

1. Kerabu Mangga

2. Homemade Nasi Ayam Penyet

3. Sambal Kering Ikan Bilis dan Kacang

4. Asam Pedas Ikan Tenggiri

May 26, 2017

Motherhood.com.my - Syurga Beli Belah Buat Ibu dan Anak

9:45 AM 24
Motherhood.com.my - Syurga Beli Belah Buat Ibu dan Anak


MOTHERHOOD.COM.MY SYURGA BELI BELAH BUAT IBU BAPA l Teringat peristiwa 3 tahun lepas semasa tengah sarat bersalinkan Syafi. Bekerja sebagai seorang juruaudit luar yang sangat sibuk dengan dateline sepanjang tahun menyebabkan urusan untuk menyediakan kelengkapan buat si kecil menjadi satu perkara yang sangat mencabar buat Ana. Asal ada sedikit masa terluang, mana-mana kedai menjual barangan kelengkapan bayi  yang berdekatan pasti Ana akan terjah. Namun kadang-kadang seolah-olah Ana lakukan perkara yang sia-sia sebab tidak semua kedai tersebut menyediakan keperluan yang di cari. Hasilnya Ana menjadi penat dan kelengkapan masih tidak lengkap sehingga usia kandungan mencecah hampir 9 bulan. Di tambah pula dengan ilmu tentang kelahiran dan persiapan bayi yang sedikit menjadikan semuanya huru-hara. 

MOTHERHOOD.COM.MY - PLATFORM TERBAIK BUAT IBU BAPA DAN BAKAL IBU BAPA

Itu kisah 3 tahun lepas. Kita belajar dari pengalaman. Sejak berkenalan dengan Motherhood.com.my, banyak perkara bermula dengan persiapan menyambut si kecil, persedian berpantang hingga tips menyusu boleh di dapati di sini dan ianya sangat memudahkan persiapan yang diperlukan. Semudah ABC. Tak perlu runsing dah.

Bagi yang belum tahu lagi, Motherhood.com.my merupakan satu platform barangan bayi terlengkap di Malaysia. Barangan untuk para ibu pun ada juga. Terdapat lebih kurang 6637 barangan di jual di sini seperti produk bayi, produk ibu bersalin, barangan untuk anak kecil dan juga kanak-kanak. Itu yang buat Ana tertarik untuk shopping dengan Motherhood.com.my ni. Complete set orang kata.

Antara kategori yang ada ialah bahagian lampin, makanan bayi, aksesori mandi, stroller, kerusi kereta bayi, dekorasi bilik tidur, fesyen bayi, fesyen ibu mengandung, pelbagai jenis mainan dan lain-lain. Dan yang paling best ialah kesemua produk ini dari jenama yang sangat di percayai seperti Anmum, Baby LoveBabyOrganix, Britax, Buds, Chicco, Diapex, Doona, Dumex, Friso, FiffyHaenim Toys, Halford, Hape, Holabebe, Leapfrog, Little BeanLittle B House, MAMMellow, Morinaga, MunchkinMustela, My Dear, NUKNuna, Piyo Piyo, QuinnyMaxi Cosi, Sesame Street, SustagenFrutzeeV-Coool, V-Tech, Yo Kai dan lain-lain.





PERKARA YANG KORANG WAJIB TAHU TENTANG MOTHERHOOD.COM.MY?

1. Pusat beli belah barangan bayi dan barangan bersalin atas talian nombor 1 di Malaysia.

Korang tau tak, berdasarkan analisis Google dan survey yang di jalankan, Motherhood.com.my telah menjadi platform terbaik buat ibu bapa untuk shopping secara atas talian tau. Ini kerana korang boleh dapat kesemua barang keperluan dari A-Z hanya di satu platform saja. Mudah nak cari pula tu sebab kategori barangan di susun dengan sangat kemas dan terperinci memudahkan para ibu untuk shopping. Hanya dengan beberapa klik, barang-barang tersebut akan di hantar terus ke rumah tanpa perlu membazir tenaga dan masa untuk keluar rumah.

http://www.motherhood.com.my/page/how-it-works


2. Motherhood.com.my memenuhi kehendak pasaran rakyat Malaysia

Memahami kehendak rakyat Malaysia, Motherhood.com.my sentiasa memastikan pelbagai tawaran, produk dan jenama yang menarik di tawarkan kepada pembeliTidak hairan lah jika Motherhood.com.my berjaya mencuri hati rakyat Malaysia untuk terus setia bersama mereka. Rugi besar rasanya kalau tak shopping di sini.

3. Harga yang sangat kompetitif dengan tawaran dan promosi yang menakjubkan.

Motherhood.com.my juga peka yang rakyat Malaysia seperti Ana sangat suka dengan jualan murah dan promosi. Oleh itu Motherhood.com.my menawarkan promosi yang sangat WOW dan HEBAT yang pastinya membuatkan korang semua tak boleh berhenti dari shopping. Antara kempen yang sedang berlangsung seperti :


http://www.motherhood.com.my/mother-s-day-campaign-2017/


http://www.motherhood.com.my/pigeon-clothes-online-sale-/
http://www.motherhood.com.my/monthly-deals/
http://www.motherhood.com.my/mustela-online-flash-sales/


Dan buat julung kalinya, Motherhood.com.my akan meraikan ulang tahun pertamanya bermula 29 Mei 2017 dan akan berlangsung selama 6 hari. Sepanjang 6 hari ni terdapat 10 super deals setiap hari menanti korang semua. Sila masukkan dalam planner korang kalau tak nak terlepas. Rugi woo.





4. Motherhood.com.my menyediakan artikel maklumat untuk ibu bapa dan anak-anak 

Kesempurnaan Ibu dan Anak!!. Itu seperkara lagi yang Ana suka tentang Motherhood.com.my. Kesempurnaan ibu dan anak boleh dicapai dengan pelbagai info berguna seperti tips keibubapaan, panduan penyusuan, ulasan jenama, permintaan sample produk percuma dan juga testimoni yang sangat berguna untuk panduan dan kemudahan ibu bapa. Bagi Ana, maklumat seperti ini sangat penting untuk bakal ibu bapa yang sedang menunggu kelahiran bayi pertama mereka. Sekurangnya adalah ilmu keibubapaan tu juga kan. Dapatlah praktik apa yang patut. Tidaklah 'kosong' jer orang kata. Korang boleh tengok tips-tips ni di story.motherhood.com.my dan story.motherhood.com.my/my



http://www.motherhood.com.my/testimonials


Macam mana? Best kan shopping di Motherhood.com.my ni. Lagi best bila korang sign up korang akan dapat percuma RM15 untuk pembelian minimum sebanyak RM150. Dah lah dapat RM15 off, dapat lagi free shipping untuk pembelian sebanyak RM99 ke atas. Jimat sangat dah tu. Kalau korang nak maklumat lebih lanjut tentang Motherhood.com.my, korang boleh terjah laman sosial media mereka seperti di bawah ni:



WEBSITE

FACEBOOK :

TWITTER :




May 25, 2017

Keistimewaan Bulan Ramadhan Al-mubarak

11:51 AM 32
Keistimewaan Bulan Ramadhan Al-mubarak

Keistimewaan Bulan Ramadhan Al-Mubarak
Keistimewaan Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Keistimewaan Bulan Ramadhan Al-Mubarak l Marhaban Ya Ramadhan. Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Itu ayat yang selalu kita dengar bila menjelang bulan puasa setiap tahun. Dan untuk tahun ini, tinggal beberapa jam saja lagi kita semua kan melangkah masuk ke dalam madrasah Ramadhan. Madrasah itu sendiri bermaksud sebuah institusi atau pusat pengajian. Ini bermakna bulan Ramadhan satu bulan yang akan mendidik hati dan jiwa-jiwa setiap mukmin supaya pada pengakhirannya akan lahir seorang graduan yang bertakwa. Itulah salah satu keistimewaan bulan Ramadhan.

Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 183:



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ,قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُون

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"

Sebaiknya sebagai seorang Islam, kita perlu berasa gembira dan teruja untuk menyambut kedatangan bulan yang penuh dengan keberkatan dan keistimewaan ini. Dan kita seharusnya menanam rasa rindu apabila Ramadhan berlalu pergi kerana terdapat banyak keistimewaan di dalamnya.

"Barang siapa merasa gembira dengan sebab kedatangan bulan Ramadhan, nescaya Allah Taala mengahramkan jasadnya daripada api neraka"-Hadis Riwayat Ahmad


Keistimewaan Bulan Ramadhan Al-Mubarak

1.  Penghulu Segala Bulan

Bulan Ramadhan di gelar sebagai Saiyidus Syuhur. Ini kerana terdapat banyak keistimewaan dan kelebihan di dalamnya. Ramadhan bukan sahaja berkenaan dengan puasa selama sebulan, tetapi ianya juga berkaitan dengan zakat Fitrah, terawih, malam Lailatul Qadar, Nuzul Al-Quran, tadarus, bersedekah dan berqiamullail dan lain-lain.


2. Wajib berpuasa

Di wajibkan bagi umat Islam yang telah cukup syarat untuk berpuasa.

"Sesiapa yang berbuka (tidak berpuasa) satu hari daripada bulan Ramadhan dengan tiada uzur dan tiada sakit, nescaya tiadalah di qadha' puasanya oleh puasa sepanjang masa walaupun dia melakukannya"-Hadis Riwayat Bukhari

Puasa juga merupakan salah satu cara untuk mencapai ketaqwaan. Ini kerana bila berpuasa seseorang terdorong untuk melakukan banyak kebaikan dan berusaha untuk menghindari segala kejahatan atau keburukan bagi menjaga amalan puasanya.


3. Bulan Al-Quran

Syahrul Quran bermaksud bulan Quran seperti yang di firmakan di dalam ayat 185 Surah Al-Baqarah:



شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَان
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah"

Imam Syafie ra mengkhatamkan Al-Quran sebanyak 60 kali setiap kali datang bulan RamadhanDi sebabkan itu kita seharusnya mengambil peluang untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran dengan memperbanyakkan bacaan dan bertadarus.


4. Bulan Kesabaran

Berpuasa selama sebulan dengan menahan diri dari lapar, dahaga dan perkara yang boleh membatalkan puasa secara tidak langsung mendidik hati dan diri kita dengan menanam sifat sabar. Allah menjanjikan ganjaran pahala yang besar kepada orang-orang yang bersabar seperti firmanNya di dalam Surah Az-Zumar ayat 10:

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ
"Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira"

5. Bulan Keampunan dan Penuh Rahmat

Sebagai seorang hamba yang lemah kita tidak lepas dari berbuat dosa. Oleh kerana itu kita seharusnya berusaha untuk menggapai keampunan dan redha Allah SWT dengan melipat gandakan amal ibadah kita dengan seikhlas hati dan bersungguh-sungguh. Sabda Rasulullah saw:

Daripada Abu Hurairah ra: "Apabila telah tiba bulan Ramadhan, maka terbukalah semua puntu rahmat dan di tutup semua pintu neraka serta tangan-tangan syaitan di rantai"-Hadis Riwayat Ahmad

6. Bulan kemenangan

Telah terakam dalam sejarah dunia Islam di mana beberapa kemenangan besar telah di capai di dalam bulan Ramadhan. Antaranya ialah kemenangan dalam Peperangan Badar al-Kubra pada 17 Ramadhan. Dan juga kejayaan umat Islam menawan Kota Mekah dari kafir Quraisy dan sekaligus membolehkan umat Islam masuk ke kota Mekah yang di sebut Fathu al-Fakkah. 

 
7. Malam Lailatul Qadar

Keistimewaan yang paling di tunggu di dalam bulan Ramadhan. Malam yang penuh dengan keberkatan dan rahmat Allah dan malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Malam di mana turunnya para malaikat membawa berita gembira kepada hamba yang beribadah bersungguh-sungguh.

Daripada Abu Hurairah bermaksud: " Barangsiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu"
 
(Sumber : JAIS)

Baca juga - 30 menu lazat sepanjang bulan Ramadhan