Wajib Baca : Siapa Lelaki Yang Dapat Bawa Wanita-wanitanya ke Syurga?? - Blog by Ana Suhana

Apr 7, 2017

Wajib Baca : Siapa Lelaki Yang Dapat Bawa Wanita-wanitanya ke Syurga??

Assalamualaikum.


Terharu dan menangis saya bila seorang ketua keluarga tanya soalan. Soalan yang patut ditanya dan ditangisi oleh seorang ketua keluarga. Seorang khalifah Allah. Seorang pemimpin keluarga yang amanah. Ya Allah berilah kekuatan pada diri saya dan semua ketua keluarga di luar sana.

"Ustaz, bagaimana saya nak jadi lelaki yang dapat membawa wanita dalam hidup saya ke syurga. Saya nak bawa ibu saya ke syurga. Saya nak bawa isteri saya ke syurga. Saya nak bawa anak-anak perempuan saya ke syurga. Saya nak bawa adik beradik saya ke syurga?"

Itulah soalan terbaik dari seorang lelaki dan ketua yang baik. Lelaki yang sebenarnya. Lelaki paling macho. Lelaki paling owsem. Saya rasa sedih sebab itu jugalah matlamat saya. Dalam kelemahan diri memerlukan pertolongan Allah. Pegang dan takkan lepaskan tangan oranng yang kita sayang sampai melangkah masuk syurga. 

Lelaki ketua keluarga mesti jaga solat awal waktu berjemaah. Bawa keluarga jaga solat. Kejutkan keluarga bangun Tahajud. Menangis malam. Bangun awal sebelum Subuh. Rasulullah saw kejut isteri dan anaknya solat. Abu Bakar ra ajar setiap ahli keluarganya solat paling khusuk dan hebat. Tegur anak bila tak solat berjemaah. Umar ra solat malam dan kejut semua ahli keluarga bangun malam menangis depan Allah. Aisyah ra berkata apabila azan dilaungkan Rasulullah saw seolah-olah tak kenal sesiapa. Allah no 1. Barulah hidup berkat dan bahagia. Bila hati penuh kebesarannya.

Lelaki ketua keluarga paling lemah lembut dengan ahli keluarga. Melayan dengan rasa sayang. Bergurau berbual dan bermanja. Bantu kerja rumah bila di rumah. 

Rasulullah saw sangat rajin di rumah. Pakaian urus sendiri, bantu siapkan makanan, dan jahit baju dan kasut sendiri. Tidak rasa geli bersihkan darah haid isteri. Lelaki macho rajin basuh berak anak. Khidmat isteri masa sakit. Ambil berat. Picit dan prihatin perasaan, kepenatan dan sakit isteri. Tak geli tengok darah isteri. Rajin khidmat ibubapa. Dan isteri. Abu Bakar ra biasa tolong perah susu kambing. Biasa khidmat walau kerja biasa sedangkan beliau khalifah besar. Umar ra pandai masak. Masak dengan kayu api. Janggut kena asap. Dia hidangkan makanan untuk anak-anak kecil. Dia bergurau dan seronok tengok anak-anak bermain-main. Dia pejuang hebat, pemikir ummah, paling tegas dan kuat menangis depan Allah. Tapi dia suka tengok anak-anak bermain. Itulah lelaki sebenarnya. 

Hidupkan rumahtangga dengan amalan Al-Quran dan Hadis Nabi saw. Kenalkan keluarga kepada kebesaran Allah. Sunnah Nabi saw. Dan kenalkan kepada keluarga Nabi saw dan Para Sahabah rhum.

Ketua keluarga akan sentiasa membangunkan keluarga dengan dakwah dengan kasih sayang, bersama-sama buat dan bersabar. Bertenang dan istiqamah dalam mendidik. 

Akhirnya waktu malam setelah melakukan semua itu. Perlahan-lahan berdoa ya Allah betapa diriku sayang isteriku yang banyak berkorban. Sayangi dan ampunilah dia. Betapa aku sayang ibubapaku dan ibubapa mertuaku. Ampunkan mereka dan sayangi mereka. Anak-anakku ampunkan dan sayangi mereka. Anak saudaraku semuanya. Adik beradik. Dan manusia di seluruh alam maafkan kami semua. Sayangi dan ampunkan kami semua

-Ust Ebit Lew-

30 comments:

  1. Alhamdulillah..bersyukurlah kita bila ketua keluarga dapat membimbing dan bersama2 membantu untuk bersama2 disyurga nanti..semoga kita menjadi lebih baik kan

    perkongsian hebat untuk para suami...terbaik Ana !

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak. sama-sama berusaha ke arah yang lebih baik. Insyaallah.

      Delete
  2. Alhamdullilah.. suka baca, semoga ketua keluarga kita semua dapat membimbing kita ke jalan syurga.. aamiin ya rabb..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. semoga bermanfaat buat kita semua kak. InsyaAllah.

      Delete
  4. Lelaki yang mampu mebawa wanitanya ke syurga adalah lelaki yang sangat hebat dan macho! (Y)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly!!! Semoga suami kita semua (atau bakal suami) menjadi lelaki yang hebat dan macho di sisiNya ;)

      Delete
  5. insyallah =) salam jumaat sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam jumaat Ju. semoga mendapat keberkatan hari yang penuh barokah ni. insyaAllah.

      Delete
  6. Ameen...ameen..ameen...moga "bersama-sama hingga syurga" tidak sekadaran dibibir sahaja..realisasikan dengan perbuatan,,sokong dengan doa..salam Jumaat kak..terima kasih perkongsian ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu PC. jangan hanya sekadar ucapan di bibir sahaja. kena ada usaha dan amalan2 nya juga.

      semoga bermanfaat buat kita semua. InsyaAllah.

      Delete
  7. Aamiin.. semoga ramai kaum adam dapat membina tiang keluarga syurga

    ReplyDelete
  8. Perkongsian yang bermanfaat :D suka juga godek2 page Ust Ebit Lew ni <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. romantik kan UEL ni. suka baca perkongsian2 beliau. :)

      Delete
    2. Lepas baca gosip2 di page Amran & Persatuan Makcik Puaka, masuk plak page UEL nak tobat plak baca yg baik2 XD

      Delete
  9. Replies
    1. semoga bermanfaat buat kita semua mudah-mudahan ;)

      Delete
  10. terima kasih untuk perkongsian ini, :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah-mudahan bermanfaat buat kuta semua InsyaAllah 👍

      Delete
  11. InshaaAllah, aamiin :)

    Moga moga suatu masa nanti Ira akan dapat pasangan yang tak lupa tentang ni semua. Doakan ye sis :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin. insyAllah ira akan jumpa your Mr Right Guy yang ada ciri2 di atas tu. :)

      Delete
  12. semoga suami kita dapat membawa kita ke syurga dan kita juga menjadi penyebab suami dapat ke syurga.. aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah mudah-mudahan Dilah. Sama2 berusaha untuk ke syurgaNya

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤