Tempat Menarik di Pahang : Hotel Review - Sentral Kuantan

Assalamualaikum.

Lepas dari makan cendol di Mustafa Cendol sis terus ke hotel untuk check in dan berehat. Di Kuantan sis stay di Hotel Sentral Kuantan yang terletak di tengah-tengah bandar Kuantan. Boleh jalan kaki kalau nak ke Masjid Negeri dan juga Kulacakes. 


Sis sampai dalam pukul 2 macam tu dan dah boleh check in. Tapi kalau kata kena tunggu pun takpe sebab ruang lobi di sini sangat selesa.



Sis booked  triple room dengan harga RM155 semalam beserta breakfast untuk 3 orang. Masuk-masuk je bilik sis dah tersenyum sebab puas hati. Tak expect pun bilik dia besar macam tu. Yang penting bersih dan kemas.





Paling penting bagi sis untuk sesebuah bilik ialah tandas dia. Sis pantang sikit kalau tandas tak bersih. So far tandas dekat sini bersih dan luas. Tempat shower di asingkan dan ada sliding door. So takde lah masalah lantai licin dan sebagainya.


Kalau penat sangat nak keluar boleh jer order makanan dari hotel. Tapi rugi lah kalau tak jalan-jalan cari makan bila dah sampai di Kuantan ni kan. 



Lagi satu perkara yang sis suka stay di Hotel Sentral Kuantan ni ialah sebab Sungai Kuantan terletak betul-betul di belakang hotel. Kalau ada bilik kosong boleh dapat bilik yang river view. Next time kalau ke Kuantan lagi sis pasti nak duduk dekat hotel ni lagi sebab sis bercadang nak bawa mak ayah sis pula. Boleh lah ayah sis memancing sampai lebam dekat Sungai Kuantan tu. Memang ramai tau yang memancing dari malam sampai ke siang. Boleh dapat banyak ikan lagi-lagi bila air laut tengah pasang dan masuk ke dalam Sungai Kuantan. Antara ikan yang yang boleh dapat ialah ikan pari dan ikan baung. 




Ada satu taman awam terletak di tepi Sungai Kuantan dan kiranya bersebelahan dengan hotel Sentarl Kuantan ni. Masa sis lalu waktu malam ramai je yang outing di sini. Tapi sis singgah belah siang je. Kalau yang ada anak kecik memang sesuai lah ke sini.




Menu untuk breakfast tak banyak. Pagi tu hanya ada nasi goreng, bihun goreng, telur goreng, roti-roti, kuih-muih dan air buah dan air panas. Sangat simple maybe sebab tak ramai guest. Ye lah orang dah start keje hari tu. Tapi ok je bagi sis sebab janji kenyang. Mana taknya,  2x repeat bihun goreng tu. Hehe.

Keseluruhannya sis puas hati dan enjoy stay di Hotel Sentral Kuantan. Staff pun friendly. Kalau tak, tak kan MIL sis sampai 2x check in dekat sini kan. Korang kalau datang Kuantan tak tahu nak stay mana boleh lah cuba check in dekat sini. InsyaAllah puas hati.

Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

51 comments:

  1. Lawanya Pahang. Amer yang lahir dekat Kuantan pun tak pernah jalan Pahang lagi. Cameron je, tu pun rombongan sekolah hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe banyak masa lagi. Nanti bukan kata Pahang je, satu dunia pun Amer boleh pusing kalau nak. =)

      Delete
  2. klu dpt bilik view sungai kuantan mesti lg cantik kan, bilik hotel pun nampk selesa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. tp takde bilik yg kosong pula. takpe lah janji bilik dia selesa dan bersih 😘

      Delete
  3. lawanya view pahang. lamanya takpi huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti boleh lah plan jalan2 ke Pahang pula Sha. Jalan2 dekat TC, Pantai Sepat semua 😘

      Delete
  4. lawanya gambar2 niiii
    saya kenal kuantan dengan telok cempedak, kula cakes. tapi kuatan banyak makanan sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. kula cakes ana tak sempat nak terjah lagi. tapi dah pernah rasa manggo cheese cake dia tu. 😘

      Delete
  5. cantik hotel tu..rindu nk ke Kuantan rasanya...
    ehh Ana tak cuba naik bot melayari Sungai Kuantan ke...kena cuba sbb nanti sepanjang menyusuri tu ada anak2 kecil buat free show..terjun dlm sungai...cuba tau kalau Ana masih kat Kuantan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti ke Kuantan boleh lah stay di sini kak.

      tak tahu pula boleh naik bot. next time nak try lah. thanks for the info kak 😘 😘

      Delete
  6. Replies
    1. takpe nanti sampai masa satu Malaysia awak pusing dear. insyaAllah 😘 😘

      Delete
  7. besar bilik tu ana.. harga pun tak mahal utk 1 queen dan single bed.. dan tmpt pun menarik area tu.. adala tempat nak bawa berjalan2 kan.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbaloi Dilah dengan harga yang di bayar tu. bilik luas, selesa dan bersih. dekat dengan tempat2 menarik lagi. 😘 😘

      Delete
  8. Haritu ada plan nak ke kuantan then nak stay hotel ni. Dah siap survey dekat trivago tapi last minit cancel sebab masatu musim hujan haha adehh sedih betul lahhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe Ira next time boleh tempah lagi kalau ke sini. tp betu lah tu kalau dah hujan tak seronok nak pergi mana2. defeat the purpose pula 😘

      Delete
  9. Memang hotel ni famous juga kat sini kak. Tak dinafikan la sebab bilik dia cantik dan besar. Nampak selesa ja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana tak tahu pun famous ke tak. tapi memang selesa dan puas hati sgt2 lah Syed.

      Delete
  10. Okay sangat bilik hotel macam tu dengan harga seratus lebih gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. dapat katil 1 queen 1 single. selesa sgt 😘

      Delete
  11. tak pernah lagi sampai sini huhuhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah sampai juga awak ke sini nanti. 😘 😘

      Delete
  12. boleh tahan murah sis untuk hrga mcm tu kan.nampak selesa dan luas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Consider murah sgt dah tu. Selalu harga tu boleh dpt bolik deluxe je. Maybe sebab check in hari ahad kan.

      Nanti kalau ke kuantan boleh lah try stay sini 😘

      Delete
  13. Best bila hotel tu menjaga kebersihan kan 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sgt. Sampai kita rasa tak nk check out je. Hehe 😊

      Delete
  14. Teringat pulak tempat blajar saya masa dekat matrik dulu. Matrik Gmbang, setiap kali keluar outing Kuantan jerlaa tempatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti TC salah satu tempat Ana singgah kan? Hehe. Ni kali ke 3 kak ana ke sini. 😀

      Delete
  15. Bilik hotel nampak selesa 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selesa sgt2 CE. Recommended for small budget traveller like me hehe 😘

      Delete
  16. Belum sampai lagi Pahang.. bilik tu boleh tahan kan, yang penting bersih ya Ana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah kak nanti sampai juga ke sini. Boleh lah en abg memancing dekat sungai kuantan tu. Hehe 😍

      Delete
  17. Tengok ke bilik tu memang dah puas hati sangatttt....sepadan dah dgn harga bayaran tuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlebih sepadan wani untuk 2 katil tu. Selesa sgt. Dekat KL mana nak dpt mcm tu. Hehe 😘😘

      Delete
  18. Cantik pula taman awam tu! Nak pergi sana lah kalau ke Pahang nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lah singgah sini nanti Siqah. Belakang tu Sungai Kuantan dah. Jalan kaki depan sikit belah kanan boleh pergi Masjid Negeri dan belah kiri ke Kulacakes 😘😘

      Delete
  19. Scha memang suka hotel sentral! Seriuss. Pilihan utama bila holidayyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan. Selesa dan bersih. Memang lepas ni kalau ke Kuantan memang akan stay di sini je. 😘😘

      Delete
  20. Cantik dan modern jugak bilik dia ye Ana. Rasanya harga pun ok sangat dah tu. Bolehlah try hotel ni next visit ke Kuantan nanti. Tp entah bilalah hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ok sgt kak. InsyaAllah nanti sampai juga rezeki akak ke sini. Boleh lah jalan2 bandar Kuantan dan JJCM sekali 😘

      Delete
  21. Yeay ! Been here 👍
    Cuma tak tido hotel. Bace entry ni rase mcm nk pegi pulak kuantan 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah next time kalau mek ke Kuantan dan bermalam di sini boleh lah try stay di hotel ni. InsyaAllah puas hati 😘

      Delete
  22. kalo mmuaskan hati mmg akan singgah smula tmpt mcm ni kan =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. semestinya. insyaAllah bercadang untuk stay di sini lagi akan dtg 😘😘

      Delete
  23. Sama macam kat Pantai Teluk Cempedak, dah 15 tahun tak menjejakkan kaki ke Kuantan.. Dulu-dulu masa duduk rumah arwah nenek di Kemaman, selalu jugaklah saya ikut mak sedara pegi ke Kuantan naik bas, tapi masa tue, panorama di Kuantan tak secantik sekarang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah nanti ada rezeki lebih boleh lah ke Kuantan lagi Shikin. Jalan2 cari makan sambil tgk pemandangan.😘

      Delete
    2. Kan mcm2 dah skrg ni.. Jnji ade duit je..😂

      Delete
  24. Ok jugak rupenye hotel ni.. dok kuantan mane nak dok hotel kuantan kan.. tu tak tahu tu.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul lah tue Lea. Sama lah mcm ana. Mana pernah check in mana2 hotel di KL ni. Hehe

      Delete
  25. Ok noted hiiihii.. Bnyak tmpat boleh round kat kuantan ni ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Byk utk di explore. Nanti singgah lah ke Kuantan.

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤