Tempat Makan Popular di Kuantan : Mustafa Cendol


Assalamualaikum.

Kuantan kini menjadi salah satu bandar yang mengalami  pembangunan yang semakin pesat. Selain itu terdapat banyak tempat-tempat menarik di kunjungi menjadikan Kuantan semakin popular dan destinasi wajib singgah di bahagian Pantai Timur. Banyak cafe, kedai dan restoran di buka ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan. Tinggal nak pilih yang mana berkenan jer. 




Ok kali ni sis nak share satu tempat makan yang popular di Kuantan iaitu Mustafa Cendol. Popular sampai masuk dalam rancangan JJCM TV3 tau. So bila dah popular mestilah ramai dengan orang kan. Sedap ke tidak jom ikut sis kita terjah menu-menu yang ada di sini. 




Menu 1: Cendol 

Dah nama pun Mustafa Cendol jadi menu wajib cuba mestilah cendol kan. Terdapat hampir 13 jenis cendol tau dekat sini. Antaranya ialah cendol biasa, cendol aiskrim, cendol campur, cendol ABC, cendol ABC aiskrim, cendol pulut dan cendol ABC pulut aiskrim. Bagi pendapat sis, sis suka je dengan cendol dekat sini sebab cendolnya tak terlalu manis. Kena sangat dengan selera sis. Bila makan tengah-tengah panas dia jadi smooth je masuk ke dalam tekak ni. Ada sesetengah tempat cendol dia punyalah manis sampai perit tekak di buatnya. Cuma cendol aiskrim tu tak berapa nak kena kombinasi dia bila dia guna aiskrim coklat instead of aiskrim vanila. 




Menu 2: Rojak 

Merupakan pasangan paling ideal untuk di makan bersama cendol. Tak sah kalau makan cendol kalau tak makan rojak. Antara rojak yang ada dekat sini ialah rojak biasa, rojak mee, rojak ayam dan rojak mee ayam. Habis licin sepinggan rojak yang sis makan sebab sis suka kuah dia yang tak berapa nak pedas dan teksturnya yang agak ringan. Tapi untuk kata rojak di sini yang terbaik masih belum boleh lagi sebab ada rojak yang lagi sedap sis pernah makan.





Menu 3: Mee Goreng

They claimed that they have the best fried mee in the town!! Tapi sayangnya mee goreng yang di goreng tidak seperti itu. Rasanya sangat biasa which is kita boleh dapat mee goreng macam tu di tempat lain. Sorry Mr Mustafa!!




Total untuk semua menu di atas untuk 8 orang hanya RM53.20 which is sorang jatuh dalam +-RM6.50 je. Berbaloi sangat. Yang penting perut kenyang Alhamdulillah. 



Jadi kalau korang berada  atau plan nak ke Kuantan, jangan lupa singgah di Mustafa Cendol tau. Mana tau kena dengan selera korang kan. Tak susah nak cari sebab lokasinya terletak di tepi jalan besar menuju ke Teluk Cempedak. Nak mudah refer peta bawah ni.
 
Sumber SINI




Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

54 comments:

Jun Zie said...

mak aihh.. mleleh kuah rojakk.. nyummy !!!!!

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Kalau singgah kuantan boleh singgaj makan cendol

Zie Azi said...

tak menahan tgok cendol tu, scroll laju2..dah puasa ni hahaa

Ana Suhana said...

tu pun habis kena hirup Ju. Lapar punya pasal. selamat tak pedas. hehe =)

Ana Suhana said...

singgah lah CCL. femes amos di Kuantan ni. hehe. mana tau kena dengan selera CCL kan ;D

Shahida Dzulkafli said...

Panas-panas ini memang bestlah kalau dapat makan cendol..

Ana Suhana said...

hehe. godaan semua ni. selamat berpuasa Zie :D

Ana Suhana said...

betul tu Sha. Ana makan masa tgh2 panas licin satu mangkuk. penuh perut dengan cendol dan kuah rojak. hehe :)

Shaidatul Aireen said...

Elsa tak makan cendol kak hahaha. Tapi nampak aiskrim bestnyaa huhu

Seorang Syed said...

Biasa je makanan kat sini kak. Rumah tok saya masuk dekat simpang restoran ni la. Haha jalan depan sikit sampai la.

Ana Suhana said...

kak ana kalau makan cendol hirup air dia je. cendol dia kak ana tak makan 😂😂

Ana Suhana said...

cendol (except cendol aiskrim) dan rojak tu ok la Syed. not bad at all. masuk dengan selera akak. tempat pun selesa. tu yg penting. :)

Flavnesz said...

Huargh sedapnya..!! Rojak tu paling tempting..

Ana Suhana said...

alamak macam kena cari rojak pula lak lepas ni ye Anis. hehe. not bad lah rojak dia buat still not the best one :)

Ana Fatihah said...

Ya Allah kak. Whyyy? ABC tu sangat-sangatlah menggiurkan. Hahaha
Tapi, betullah biasanya orang akan guna aiskrim vanilla, ni sebab nak buat kelainan atau aiskrim vanilla habis? :P

Ana Suhana said...

Minum waktu panas2 memang sedap ana. boleh sampai 2 mangkuk kot. hehe.

tak sure pasal aiskrim tu tapi memang tak kena langsung aiskrim coklat dengan cendol. selamat bukan kak ana yg order. hehe

irazulkeffele said...

Tak tak tak pekat kuah rojak tu buat Ira rasa nak cari rojak sekarang jugakkkk. Telan airliur japp >.<

Husniey Husain said...

Sedappnya kalau dapat cendol masa cuaca tengah panas tegak 😂

Ana Suhana said...

mana rojak sedap dekat KT ira? share lah ngan kak ana nanti boleh lah kak ana terjah kalau blk sana lgi :)

Ana Suhana said...

betul tu Husniey. Boleh makan 2 mangkuk terus rasanya. :D

Mimpi Aria said...

ya allah!! sis punya meleleh depan komputer tak tertahan tengok cendol dan rojak diaa...betul sis ais krim coklat tak ngam dengan cendol macam tak umpphh...

Siqah Hussin said...

Ana!! Tengah mengantuk dan lapar ni, nampak sedapnya la hai cendol. Siqah nak tanya kakak siqah dia tahu tak cendol ni. Sebab dia duduk kuantan :)

Ana Suhana said...

Jgn lupa lap yg meleleh tu dear. Hehe. 😅

Kan. Patutnya aiskrim vanila ke kan. Baru boleh feel makan cendol tu 😊

Ana Suhana said...

Orang Kuantan mesti tahu punya. Kalau search kat Google tempat makan dekat Kuantan confirm keluar nama Mustafa Cendol ni. =)

Noor Maizan said...

Perghhh cendol dalam mangkuk besi memang legend. Masa kat Kuala Pilah dulu duk layan cendol stesyen bas, memang femes kat area Pilah.

PeRdU cINta said...

Seksa tengok cendol tu Kak...perrrhhh tengah panas-panas ni..dapat hirup cendol...fuyoooo..menari2 tekak..nikmat...

Ana Suhana said...

Kebanyakkan mamak yg pakai besi2 ni Mai. Nak bagi nampak keaslian cendol tu. Kalau food truck tepi jalan ni selalu pakai mangkuk plastik je 😊

Ana Suhana said...

Menari2 tekak tu yg mahal PC. Bukan senang nak bagi dia menari. Kena betul2 cukup rasa semua tu 😘

Mrs Fuzy sweetsourleyra said...

fuhhh...cendol tu mmg nampak sedap sampai terasa sejuk jer...

Ana Suhana said...

Panas2 makan cendol sejuk memang ngam kak. Nikmat dia tak terkata. Hehe 😅

Kak Sue said...

Kak Sue memang peminat cendol.. sedapnyaaa..

Wani Sukarno said...

huuu sedapnya... lebih lebih lagi pekena aiskrim kat atas cendoll

Mat Jo said...

Aiskrim vanilla habis kot, huhu, tapi memang best la makan cendol lebih-lebih lagi kalau cuaca panas, :)

Ana Suhana said...

Samalah dgn ana. Makan waktu panas memang sedap kak =)

Ana Suhana said...

Aiskrim vanila for sure. Memang sedap. Lepas tu rasa santan dan gula balance pula boleh bertambah mangkuk cendol tu =D

Ana Suhana said...

Maybe lah tapi tak sedap bila makan cendol dgn aiskrim coklat lah MatJo. Selamat bukan sis punya. Hehe =D

Nour Adieb said...

Kalau rojak, sy suka minta telur rebus lebih 😂 Sodap 😍 Dapat rojak daging & cendol, tak pandang makanan lain dah 😁

Ana Suhana said...

Betul tu. Rojak dan telur rebus memang ngam. Tp kak ana tak pernah jumpa lagi rojak daging. Dekat mana boleh dapat?

hainom OKje said...

Semua orang pun suka cendol Ayu...sedapnya. Hakak selalu ambik cendol dgn kacang merah. Anak anak pulak suka ngan pulut. Tapi kalau dgn durian dan aiskrim mmg bonuslah hihi...

Betul tu dgn Aiskrim coklat mcm tak sesuai ek

hainom OKje said...

Maaf ye Ana....salah sebut nama tu

Ana Suhana said...

Kalau dpt cendol durian kak memang seronok sgt tu. Lagi2 durian yg isi dia lembut dab tebal. Boleh bertambah2 mangkuk cendol tu. Hehe. Dekat sini tak jumpa lagi durian cendol. Lagipun bukan musim durian lagi kan. 😀

Uyul Rosli said...

Wahhh. Boleh pergi ni kakk.

Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

Mrs. A said...

Aaha! satu yang Mrs. A noticed mangkuk cendol tu sama dengan cendol retro dan cendol sharif kat Seremban, agaknya itu memang mangkuk standard untuk cendol.

Banyak ya jenis cendolnya oklah harga macam tu.

Betul tu cendol lawannya rojak.

Ana Suhana said...

Boleh try nanti uyul. Ada lagi satu lokasi utk makan malam kak ana belum share lagi.👌

Ana Suhana said...

Penjual cendol yg asli akan guna mangkuk besi tu Mrs A. Baru terasa sejuk ais batu tu kena dgn mangkuk besi tu.

Kan Mrs A. Cendol lawan dia mesti rojak. 😘

Syana said...

Cendol best kt kuantan kt jln beserah jual tepi jln jer... dpn ten ten... yyyummyyyy...

Ana Suhana said...

Oo ye ke. Yg ni FIL yg suggest. Next time boleh lah cuba di Jalan Beserah tu pula. Thanks for the info dear 😘

Nour Adieb said...

Ermmm, maksud sy rojak mee daging 😂 Tapi kami panggil rojak daging. Macam tu juga dengan rojak ayam. Hilang perkataan 'mee' tu

JAMIL HASHIM said...

jm belum berkesempatan sampai ke sana

Lea Azleeya said...

Dulu2 rajin jugak singgah kedai ni.. lama dah tak kesana.. nampak ais cendol dia makin menarik..

Lina Shaza said...

huwaaa......jahatnye rupa cendol niiii

Ana Suhana said...

insyaAllah sampai suatu hari nanti. boleh ronda satu bandar kuantan.

Ana Suhana said...

ana suka je cendol dia sebab tak manis sgt. sesuai minum masa hari tgh panas.

Ana Suhana said...

jahat sgt kan. hehe. lagi2 kalau tgk masa bulan puasa. hehe

Post a Comment

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤