[ REVIEW ] Signature Buffet Ramadhan di Restoran Bangi Golf Resort

Assalamualaikum.

Restoran BGR - Buffet Ramadhan Exclusive Media Preview

Baru-baru ni sis berkesempatan untuk menghadiri satu food review di Restoran Bangi Golf Resort bersempena dengan 'Buffet Ramadhan Exclusive Media Preview'. Ini merupakan pengalaman pertama sis menghadiri majlis-majlis yang melibatkan para blogger. Sis rasa sangat teruja dan pasti ianya memberi satu pengalaman manis buat diri sis sendiri.

Selamat datang ke Restoran BGR

Untuk pengetahuan semua, Restoran BGR merupakan pemegang sijil HALAL oleh JAKIM dan juga merupakan salah satu dari hanya beberapa kelab golf yang diiktiraf dengan dengan akreditasi ini sejak tahun 2009.
 
Restoran BGR terkenal dengan sajian buffet gastronomi yang menampilkan sehingga 200 jenis juadah istimewa yang bercirikan masakan popular Ala Melayu, Barat dan juga Timur. Pada tahun ini para pengunjung akan di hidangkan dengan signature Buffet Ramadhan bermula dari 29 Mei 2017 hingga 23 Jun 2017.

Untuk masakan Ala Melayu, Restoran BGR dengan bangganya memperkenalkan Nasi Lemak Istimewa sebagai tarikan utama  mereka.  Nasi Lemak Istimewa ini akan di hidangkan bersama Rendang Daging Taik Minyak, Sambal Sotong Kembang, Ayam Bercili Masak Ketumbar, Ikan Masak Asam Kari dan Telur Rebus Gireng Masak Sambal Tomato.

BGR - Nasi Lemak Istimewa
BGR - Rendang Daging Taik Minyak
BGR - Ikan Masak Asam Kari

Untuk menu Ala Barat pula, Restoran BGR memperkenalkan menu terbaru mereka iaitu Peri-Peri Chicken Drumlets yang menjanjikan rasa yang luar biasa. Selain itu, Restoran BGR juga menyediakan menu ala klasik seperti Lasagna Ayam, Golden Sand Spaghetti Carbonara dan Pumpkin Soup untuk pilihan para pengunjung.

BGR - Peri-peri Chicken Drumlets
BGR - Lasagna Ayam
BGR - Golden Sand Spahegtti Carbonara
BGR - Pumpkin Soup

Selain dari menu utama di atas, Restoran BGR juga menyajikan juadah seperti Kambing Bakar dan Sup Kambing Mamak, Sate Ayam dan Daging, Mee Rebus, Soto, Nasi Ayam Hainanese dan pelbagai lagi menu yang menarik.

Anda pasti akan terpesona dengan Sate Ayam dan Daging di sini sebab isinya sangat lembut dan cukup perapan. Sate-sate ini semua di bakar segar setiap hari tau. Fresh sangat rasanya. Untuk anak-anak, Nasi Ayam Hainanese adalah pilihan yang terbaik kerana ayamnya di masak dengan penuh teliti sehingga empuk dan mencapai tekstur yang sempurna. Nasi ayam tu pula di perkaya dengan lemak ayam dan menjadikannya ia gebu.

BGR - Mee Rebus
BGR - Mee Soto
BGR - Satay Ayam dan Daging

BGR - Nasi Ayam Hainanese

Di kaunter pencuci mulut pula terdapat pelbagai kek dan kuih-muih di sajikan kepada para pengunjung. Di antaranya ialah Assorted Swiss Rolls, Lychee Rose Cake, Pandan Gula Melaka dan kuih-muih Tradisi Melayu. Pelbagai jenis kek pun turut di sajikan. Jangan lupa makan kek coklat di Restoran BGR ni tau sebab memang terbaik. Rasa macam makan kek aiskrim.

BGR - Assorted Swiss Rolls
BGR - Kuih -muih Tradisi Melayu
BGR - Assorted Cakes
BGR - Assorted Cakes
BGR - Assorted Dessert

Untuk hampir keseluruhan 200 jenis juadah istimewa yang di sajikan termasuk menu-menu utama di atas, harga yang di tawarkan oleh Restoran BGR sangat berpatutan. Hanya dengan harga RM58 sekepala untuk dewasa dan RM28 untuk kanak-kanak sis pasti anda semua tidak akan kecewa. Semua juadah di sini sangat sedap dan terbaik dari ladang. Selain itu Restoran BGR turut menawarkan lebih dari 800 ruang parkir serta ruang solat yang selesa untuk para tetamu.

BGR - Buffet Ramadhan

Bukan itu saja, ada berita baik buat penggemar durian kerana ada pesta 'Durian Runtuh' di BGR Buffet Ramadhan sepanjang Ramadhan ini. Di sini para pengunjung boleh membeli durian yang di bawa khas dari Raub, Pahang dengan harga diskaun eksklusif.

BGR - Durian Runtuh
BGR - Durian Runtuh

Bagi yang berminat untuk berbuka puasa atau ingin maklumat lebih lanjut tentang menu buffet Ramadhan di Restoran BGR boleh lah hubungi nombor seperti di bawah:

PIC:
Nurul Adira Kamil 

Alamat:
 BANGI GOLF RESORT
No. 1 Persiaran Bandar Baru Bangi,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

Koordinasi :
2.95716N.101.76518E

No Telefon:
 HP: (60)11 1057 5088
T: (603) 8925 3728 / 8210 2288
F: (603) 8925 3726 / 8925 3727

Website: 

Facebook:


Instagram:
 




Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

51 comments:

C i k R e n e x said...

Bestnya tgk mkn2 dia. Lagi2 yg last skli tu. DURIANNNNN..


Reen baru ni x berkesempatan nk pergi event food review. Rugi btul.

Kak Sue said...

Tak tau nak pilih yang mana kan, menu semua sedap.. seronok dapat jumpa Ana laga-laga pipi hari tu .. 😘

Ibu Dilah said...

Semua nampak sedap la ana.. siap ada durian lagi tu...

Ana Suhana said...

takpe Reen. InsyaAllah ada rezeki lain yg lagi baik akan dtg.

Ana Suhana said...

kan kak. rambang mata di buatnya. paling suka satay dan carbonara tu. sedapnya. kek coklat dia pun sama. macam makan kek aiskrim.

seronok dpt jumpa kak sue juga. insyaAllah ada rezeki boleh jumpa lagi 😘

Ana Suhana said...

Memang sedap Dilah. Ana sampai tak larat nak makan. Overdose sungguh malam tu.

Durian tu highlight of the night. berebut orang nak makan durian tu. hehe

Husniey Husain said...

Semua nampak sedap sedap. Berbaloii 200 juadah dengan harga RM 58 😍😍

Kalau dekat, bolehla pergi 🙈

Ana Suhana said...

murah kan Husniey. Sekarang mana nak dpt harga buffet rendah macam ni 😍😍

Miza Talib said...

Semua sedap-sedap sampai terdampar lepas makan. Yang best sempat cm laga-laga pipi denagan AS ritu ;)

Nadratul Syazwana said...

Sedapnyaaaa! Ruginya haritu nak pergi tapi tengah dekat Penang pula. Terliur tengok semua makanan tuuu.

Mrs. A said...

Wah! foods nampak menarik berbaloi-baloi dengan harga RM58.00 gitu.

Fairuz Aqilah said...

Maaakkkkk aiiii!!! Ternganga-nganga saya tengok punyalah MERIAHnya dengan makanan! Adoi, durian pun ada yang tak tahan tuh. Terliurnyaaa dah la bukan musim kat Perak nih! *nangis*

nadhie wueen said...

Amboi meriahnyaa! Semuanya menyelerakan. terliur tengok ni :D

Ana Suhana said...

tak beringat masing2 masa makan tu Mijah. dah kenyang pun sumbat lagi.hehe

kan..happy sgt dpt jumpa Mijah face to face. insyaAllah ada rezeki boleh jumpa lagi 😍😍

Ana Suhana said...

Takpe next year ada lagi. Mesti pergi tau dear sebab semua makanan dekat sini sedap2. sampai tak boleh nak berhenti makan. 😍

Ana Suhana said...

berbaloi sgt Mrs A. Skrg susah nak dpt harga buffet bawah dr RM60. kalau ada memang consider murah sgt lah tu.😍

Ana Suhana said...

Memang meriah FA. Kak ana sampai rambang mata tak tahu nak makan yang mana satu.😍

Ni semua durian dari Pahang. Tak semua orchard berbuah. hanya certain je. sebab tu susah nak jumpa dekat mana2 skrg ni.

Ana Suhana said...

meriah sangat2 NW. boleh lah plan berbuka dekat sini. InsyaAllah puas hati. 😍

Mazni Munawar said...

terliurlah tengok gambar ayam tuuu

tapi presentation makanan nampak menarik. daripada kuih yg warna warni sampailah hidangan lauk pauk yg hiasan sayur tu dipotong ikut bentuk bunga :D

Ana Suhana said...

Sangat menarik presentation dia kak. Memang menarik nafsu makan semua ni. Hehe 😊😊

Mrs Fuzy sweetsourleyra said...

menarik sungguh hidangan buffet Ramadan ni..yg lain dari lain sungguh rendang daging taik minyak..

Seorang Syed said...

Banyaknya makanan! huaaaaaa memang best kan kak bila pergi makan buffet macamni hehe.

Ana Suhana said...

Tu lah kak. Semuanya menarik sampai tak tahu nak makan mana dulu. Boleh lah propose office iftar dekat sini nanti 😍

Ana Suhana said...

Best giler. Puas hati dengan makanan dekat sini. Sedap2 semuanya. Berbaloi2 org kata 😊

Ana Fatihah said...

Ya Allah, duriannn! Sabar jerlaa wahai hati. Hehe :P

Ana Suhana said...

Tu lah kan. Hari tu bukan main beratur pjg nak dpt kan durian tu. Huhu 😊

Amanda Suria said...

Next preview buffet ramadhan kat Hotel bangi putrajaya..dua2 tempat ni makanan memang banyak...lagi x tau nak makan apa..

Ana Suhana said...

wah best nye kak. ana tak dpt invitation utk yang hotel bangi putrajaya ni. hehe

Shahida Dzulkafli said...

Semuanya nampak sedap dan menggoda tekak..

Uyul Rosli said...

SESI TERJAH BLOG RAKAN BLOGGER

Wahh sedap betul semuanya. Boleh jadi tempat santap bulan puasa nanti.

Jom ke Blog Uyul Rosli >>> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

Ana Suhana said...

kan. ana sampai rambang mata tau Sha. semua nak sumbat dlm mulut. hehe 😘

Ana Suhana said...

betul tu uyul. semua mearik dan of course sedap. memang akan repeat puasa ni 😘

hainom OKje said...

Menarik jugak ye Ana menu dia tu. Kecur air liur pepagi ni tau. Hakak pernah pergi buffet Ramadhan kat sini tahun lepas. Harga mmg murahlah banding hotel. Cuma yang tak best, tempat dia kurang best sikitlah kan...

Ana Suhana said...

harga dia memang consider murah kan kak dengan 200 juadah hidangan yang di sajikan tu.

tempat dia agak tersorok ke dalam kan. tp kalau dr selayang ni ok lg dlm 40 minit dh sampai. 😘

Shikin Razali said...

Menunya nampak sedap, sekali sekala makan di situ okey jugak.. :)

Ana Suhana said...

Memang sedap Shikin. Semua Ana makan sampai penuh perut. Hehe. Sekali sekala ok lah kan. Kalau hari2 mau kering duit simpanan. Hehe 😊

Lea Azleeya said...

Perghh DURIAN tu paling win.. Hadoii lama x makan durian ni.. mengandung boleh ke makan durian?? hehehe

Lina Shaza said...

Tahun lepas dah pergi..mmg terbaik,menu byk giler pastu sedappp....puas hati lahh

Noor Maizan said...

Ya Allah sedap2 semuanya....Bestnya dapat jemputan macam ni, so lucky, teringin pula...tapi segan.hahaha.

Nour Adieb said...

Kena stay 4-5 jam ni di Restoran BGR, nak telan semua juadah tu sebab nampak menyelerakan 😍😁

Nur Aaisyah said...

aaisy datang baca entry :)

http://theaaisy.blogspot.my/2017/04/giveaway-by-bcsb-road-to-100k-view.html

Ana Suhana said...

boleh tp tak boleh byk kan Lea. mak ana dulu masa rasa nak bersalin kan adik bongsu ana, dia ke hospital. sekali kena balik semula sebab doc kata lambat lagi. sekali dia makan durian malam tu terus bersalin. hahaha

Ana Suhana said...

tahun ni jom pergi lagi. sis pun akan pergi lagi ke sini. nak repeat makanan yg sedap2 ni.

Ana Suhana said...

first time kak ana dpt undangan ni Mai. tu pun kak nil yang bagi nama kak ana. kalau tak, tak merasa lah. segan memang segan tp buat muka tebal je. hehe

Ana Suhana said...

lepas tu mengensot nak keluar sebab perut penuh dengan makanan. hahaha

Ana Suhana said...

terima kasih sebab singgah.

Aiman Salleh said...

wahhh lapaq aih tngok mkanan smua ni haha :)

Ana Suhana said...

haha. awat tgk malam2 hari aiman oi. tapi semua makanan dia sedap2 belaka. tak rugi kalau pergi. =)

Iris Myra said...

assalammualaikum.. mmg terbaik bgr.. tiap2 tahun sekalii msti ade buka puasa kat sini... tp durian tu yg mengancam.. tahun ni msti pergi

Ana Suhana said...

waalaikumsalam. wah bestnye tiap tahun ke sini. sis pun insyaAllah akan ke sini tahun ni. :)

Uyul Rosli said...

Sedapnya makanannn dia semua.
Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

Post a Comment

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤