Program Memasak Guna Periuk Noxxa bersama Prof Dr Muhaya

Assalamualaikum.



Cerita pagi semalam bila sis teman MIL ke rumah Prof Dr Muhaya untuk program memasak menggunakan periuk Noxxa. Actually MIL sis kawan baik Dr Muhaya sejak sek di Sek Tun Fatimah dulu. Tapi baru-baru ni baru dapat berkumpul semula semua. Ni merupakan kali kedua sis ke rumah Dr Muhaya.



Program bermula tepat pukul 10 dan di siarkan secara Live di Fb page Dr Muhaya. Rasanya rakaman tu masih ada lagi di page tersebut. Jemput tengok. Ni rakaman yang sis  screen shot yang ada terselit muka sis. Hehe. 









Tujuan program ni di anjurkan untuk promote aunty Jah punya business periuk Noxxa keluaran Amway. Sambil-sambil tu merapatkan silaturrahim sesama rakan-rakan. 



Dalam rakaman tu ada seorang chef lelaki. Dia tu anak aunty Jah berkelulusan culinary dari UiTM.  So bab masak memasak ni memang makanan dia jer lah kan. Tapi apa yang sis tertarik nak share ialah tentang macam mana dia boleh loss 40kg. 40 kg guys not 14kg not 4kg!!  Sis nak loss 1 kg pun hazab. Jadi dia ada bagi tips untuk turunkan berat badan secara sihat. No slimming pill for sure. 



Antara petua yang dia bagi ialah of course jaga makanan sebab 80% faktor untuk kurus ialah dari pemakanan. Banyakkan makan sayur dan buah sebab kalau kita makan banyak sayur dan buah kita boleh kenyang sampai petang. Lagi 20% tu dari bersenam. Kemudian kena cukup tidur dan tidur tu mesti lah tidur yang berkualiti a.k.a deep sleep. Bak kata Dr Muhaya tidur sebelum mid night sekali ganda lagi bagus dari tidur after mid night. Dr Muhaya pesan lagi kalau kita kerja selalu duduk kena make sure after 20 minutes kena bangun berjalan untuk bantu metabolisma kita. 

Ok lah berbalik pada topik entri ni, ada 4 resepi masakan yang di tunjukkan oleh aunty Jah dan anaknya. Ada pulut kuning, rendang daging, nasi beriyani ayam dan carbonara. Resepi dan cara memasak korang tengok je dekat rakaman tersebut. Semua ada di beritahu. 










Dalam 4-4 menu tu sis paling suka menu carbonara. Siap tambah 2 pinggan kongsi dengan syafi. Sedap sangat. Boleh lah cuba lepas ni. Tapi serius memang cepat guna Noxxa tu. No wonder lah ramai yang suka guna termasuk MIL sis.  Sis ada juga periuk macam tu tapi jenama Philip. Fungsi lebih kurang sama.  Dah 2 tahun beli tapi duduk dalam almari tak guna-guna. So ni dah belajar cara memasak boleh lah try resipi-resipi tadi.









Dengarnya siap ada group telegram untuk pengguna periuk Noxxa ni. Betul ke? Ada sorang rakan blogger kita pun rajin juga share resipi guna Noxxa. Nak tahu jom terjah blog Wani tengok resipi-resipi yang di kongsi. Jom jom.

Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

53 comments:

Mrs Pip said...

Wah, seronok nya mrs pip tengok gambar2 ana...
Kirim salam kat dr muhaya...
Thanks selitkan tips nak kurus..
Mrs pip pun sedang berusaha nak hilangkan berat bdn,
Kalau dpt buang 5kg pun dah syukur sgt...
Cheers.

Kak Sue said...

Wah bestnya, Kak Sue belum ada lagi periuk Noxxa nie.. memang hajat hati nak beli juga nanti.. ehehe..

Warisan Petani said...

Hahaha periuk noxxa, 'alah membeli menang memakai'

shahdiana said...

kalau ditanya memang la teringin nak kan periuk noxxa ni tapi huhuh...kena kumpui modal dulu lah gayanya...

Noriza Abdul Rahman said...

Bestnya boleh join program dengan Doktor Muhaya. Siap memasak lagi tu kan?

shalimar yusof said...

tingin jg tgk org duk pakai periuk nii..

Mrs. A said...

Memang memudahkan periuk ini tapi kena yang rajin masak jugaklah.

Mrs. A masa mula-mula beli dulu kemain rajin masak-memasaknya memang cepat minit-minit aje dah siap.

Tapi itulah kalau dah bukan kaki masak periuk pun jarang guna huhuhuhu....

Husniey Husain said...

Seronoknyaa dapat pengalaman begini.. Tak sangka lelaki tu dapat lose 40 kg weight!

Kagum betul.. Kena kental habis ni

Nak pergi terjah page Prof Muhaya laa nak tengok Ana terselit :D

Ana Suhana said...

Ana pun jadi motivate utk loss some weight juga bila dgr pengalaman tu. Dulu before pregnant ana pernah loss weight sampai 10kg tp skrg susah pula rasanya. Huhu 😊

Ana Suhana said...

Orang rajin masak macam kak sue memang berbaloi kalau beli. Cepat dan menjimatkan masa. 😘

Ana Suhana said...

Haha betul tu wak. Hanya jauhari mengenal manikam. 😊

Ana Suhana said...

Harga dia memang boleh semput sis tapi kelebihan dia tu yg bagus. InsyaAllah ada rezeki nanti boleh lah beli ye 😊

Ana Suhana said...

Rezeki MIL kawan baik dgn Dr Muhaya tu. Kalau tak, tak tahu bila dpt jumpa face to face. Hehe.

Aah sis mmg siap memasak dan sampai makan2 lagi. Boleh tgk rakaman di fb page Dr Muhaya 😘

Adam said...

Kongsilah video tu kalau ada.

Ana Suhana said...

Boleh start kumpul duit dah sis. InsyaAllah dah cukup boleh beli 😘

Ana Suhana said...

Huhu. Samalah kita. Ana punya lagi lah dah 2 tahun duk dalam almari lagi. Haishh teruk betul rasanya. 😅

Ana Suhana said...

Hebat kan. 40kg tu Husniey. Ana ni nk turun sekilo pun hazab sgt. Huhu.

Ana interframe minit ke 47 je. Malu pulak rasanya. Haha 😊😊

Ana Suhana said...

Ada di FB page Dr Muhaya tuan 😊

irazulkeffele said...

Wah wah wahhh sissss bestnya dapat kenal DR. Muhaya secara depan depan. Ira adore gila dengan Dr. adehhh jelesss iolls.

Ehh haha lari topik pulak dengan cerita asal. Teruja punya pasal 😅

Noor Azlan said...

Wah femes dah ni sis Ana lepas ni....

Ana Suhana said...

Dr Muhaya tu bak kata MIL kak ana memang suka membaca dan bagi talk dari dulu lagi. Sebab tu ada je idea dia nak kongsi dengan kita semua 😘

Ana Suhana said...

Haha. Mana ada femes. Terselit dekat tepi je ni. Org tak perasan pun tuan. 😊

Mazni Munawar said...

bestnya dpt jumpa prof muhaya, masak sama2 lak tu :D

MamaJue said...

Kita pun suka masak dlm noxxa.. ni ada baby tak sempat masak mcm2 dah.. heheheh

Ana Fatihah said...

Fuiyyoo retisnyaa kak Ana. Hihi

Saya nih kalau dah mengadap laptop, berjam2 tak bangun dah. Sejam sekali bangun pun susah, inikan pulak 20 minit. Bahaya sungguhlaa. Huhu

Flavnesz said...

Ok yang hilang 40kg tu, inspiration..!

Mat Jo said...

banyaknye 40kg turun, bab nak jaga makan nie yang payah sikit, :)

Seorang Syed said...

Periuk Noxxa ni macam best ja! nanti nak beli satu bagi dekat mak hehehehe mesti suka dia.

Mrs Fuzy sweetsourՆĕγʀǟ said...

40kg? wow..mmg kena beli baju baru la kalau akk turun byk tu..hehe...mmg ramai pengguna periuk Noxxa ni..

Mrs Fuzy sweetsourՆĕγʀǟ said...

cer tanya..40kg tu berapa lama dia hilang byk tu..heehe

Shahida Dzulkafli said...

Alahai.. Sedap-sedap pula menu yg ana tayang nie.. Meleleh air liur sha melihatnya.. Hehehe..

Ana Suhana said...

Alhamdulillah ada rezeki ana sis 😘

Ana Suhana said...

Siapa yang ada periuk ni confirm jatuh cinta kan sis. Cepat dan menjimatkan masa 😍

Ana Suhana said...

Retis lah sangat Ana. Haha.

Samalah. Kalau rasa haus atau lapar baru bangun. Huhu. Teruk betul rasanya 😅

Ana Suhana said...

Kan!!! Gigih nak diet semula ni 😅

Ana Suhana said...

Sama kes lah ni. Pantang nampak makanan ye. Semua nak masuk dalam mulut 😅

Ana Suhana said...

Good idea. Mesti mak awak suka. Jimat masa memasak dan boleh rehat lebih sikit. 😊

Ana Suhana said...

Tu la pasal. Kena beli baju baru semua. Tak berbaloi kalau nak alter baju lama. Hehe 😊

Ana Suhana said...

Tak tertanya pula kak. Dok tgk makanan jer masa tu 😅😅

Ana Suhana said...

Carbonara tu memang terbaik Sha. 2 pinggan kot ana tambah 😊😊

Jun Zie said...

best nya =D periuk noxxa ni ju tau dr group masak. ramai suka pakai =)

Ibu Dilah said...

Wahh... bestnya ana dapat jumpa prof muhaya.. periuk noxxa ni mmg best sgt... dilah guna dan jual.. mmg sentiasa mendapat sambutan.. org skrg semua nak makan sedap2 dan jimat masa kan.. tu yg ramai suka guna noxxa ni.. hihi

Ana Suhana said...

Ada peminat tersendiri Noxxa ni Ju. MIL ana pun salah seorang pengguna Noxxa ni. Memudahkan kerja 👍

Ana Suhana said...

Betul tu Dilah. Sangat cepat, memudahkan dan menjimatkan masa. 4-4 menu yang ana post ni semua masak dalam sejam macam tu. Memang terbaik 👍

Noor Maizan said...

Mama pun ada periuk Noxxa ni, kalau buat sup kaki ayam ke, rebus daging ke, perrghhh empuk and juicy sgt.

Hernee Nazir said...

teringin nak beli tapi tabung ayam tak cukup lagi hahaha

- Hernee Nazir -

Ana Suhana said...

Betul tu. Punya lah lembut daging dengan ayam tu jadinya. Org takde gigi pun boleh makan. Jimatkan masa pulak tu 😘

Ana Suhana said...

Kasi penuh dulu dear. Lepas tu boleh beli dekat Dilah. Dia ejen katanya 😍

Uyul Rosli said...

wahh bestnya kakkkkk ana dapat jumpa prof muhaya.

Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

Nour Adieb said...

betul kak, banyak makan buah & sayur memang rasa kenyang. 30 minit sebelum makan nasi, memang sy akan makan buah :D

Ana Suhana said...

Alhamdulillah ada rezeki kak ana. Kalau tak, tak de peluang nk jumpa kot 😊

Ana Suhana said...

Itu sunnah Nabi. Makan buah sebelum nasi. Bagus dear amalkan mcm tu 👍

adianiez AIDA said...

menarik nyer program ni, ana :)

Post a Comment

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤