Jalan-jalan di Terengganu : Hotel Review - Hotel Permai Kuala Terengganu

Assalamualaikum.



Balik Terengganu baru-baru ni sis dan keluarga mertua stay di Hotel Permai Kuala Terengganu. Ni merupakan kali pertama sis check in di sini. Selalunya sis akan ke Hotel Seri Malaysia tapi penuh pula time tu. 

Sumber : Agoda


Hotel Permai, Kuala Terengganu
 
Pukul 5 pagi Jumaat tu sis dah gerak menuju ke Terengganu. Singgah solat Subuh di RnR Bentong sekejap. Dalam pukul 10.30 macam tu dah sampai di Hotel Permai. Memandangkan keluarga mertua dah sampai sehari awal so boleh lah sis tumpang bilik untuk bersiap untuk attend wedding sepupu suami. Nak cepat sebab nak kejar solat Jumaat kan. Sebelum ke masjlis kahwin tu En Suami dah inform receptionist untuk check in dan mereka pun noted untuk call bila bilik dah ready.

Gambar sekitar kawasan lobi:


Hotel Permai, Kuala Terengganu

Hotel Permai, Kuala Terengganu

Hotel Permai, Kuala Terengganu
Hotel Permai, Kuala Terengganu

Dalam pukul 3 lepas balik solat Jumaat tu, masih belum dapat sebarang call tentang bilik. Jadi En Suami turun sekali lagi ke recept untuk bertanya terus. Dan seperti yang di jangka bilik masih belum ready sebab keluarga mertua pun alami situasi yang sama sehari sebelum. Maybe sebab cuti sekolah kan so ramai yang check out lambat. Lebih kurang 40 minit kemudian baru bilik ready. Terus En Suami check dulu keadaan bilik sebab masa dia tunggu bilik ada guest turun marah-marah sebab bilik mereka tak di kemas dengan baik. (Tiba-tiba teringat kes sis di Swiss Garden Melaka). Bila dah puas hati dengan keadaan bilik baru sis turun dari bilik mertua. 

Sis booked deluxe room (Rm136) manakala keluarga mertua booked family room (Rm239). Bilik deluxe yang sis stay tu agak sempit dan furniture dia agak outdated. Towel pun tak sempat nak provide sebab katanya laundry tak siap lagi. Tapi bila sis minta dekat housekeeping tu ada je stok towel. Huhu. Tv pun tv lama dan signal pun tak stabil. Selamat stay sehari je. Hehe.
 
Hotel Permai, Kuala Terengganu - Deluxe Room
Hotel Permai, Kuala Terengganu - Deluxe Room

Hotel Permai, Kuala Terengganu - Deluxe Room


Hotel Permai, Kuala Terengganu - Deluxe Room
Hotel Permai, Kuala Terengganu - Deluxe Room

Bilik family pula sangat berbeza dengan deluxe room. Bilik family di sini sangat besar, cantik dan furniture pun updated. Senang kata selesa sangat lah kalau stay di bilik family ni. Harga pun berpatutan. Cuma yang tak bestnya bunyi yang sangat bising bila orang atas terjatuh atau seret barang dekat lantai. Agak terganggu juga lah. Huhu.


Hotel Permai, Kuala Terengganu - Family Room
Hotel Permai, Kuala Terengganu - Family Room

Hotel Permai, Kuala Terengganu - Family Room

Untuk menu breakfast di Hotel Permai ni memang TERBAIK. Macam-macam menu ada. Yang penting nasi dagang dan nasi kerabu menu wajib ada. Semua sedap-sedap belaka wei. No wonder lah ramai yang puji menu brekfast dia. Kalau nak add on satu kepala baru Rm29. Kira berbaloi lah denga harga yang di bayar tu. 


Hotel Permai, Kuala Terengganu - Breakfast
Hotel Permai, Kuala Terengganu - Breakfast
Hotel Permai, Kuala Terengganu - Breakfast
Hotel Permai, Kuala Terengganu - Breakfast
Hotel Permai, Kuala Terengganu - Breakfast
Hotel Permai, Kuala Terengganu - Breakfast
Hotel Permai, Kuala Terengganu - Breakfast

Antara kemudahan-kemudahan lain yang ada di hotel ni ialah kolam renang, gimnasium, ballroom dan dewan seminar. Masa sis check in sini ada seminar dan salah seorang penceramah ialah Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah. Sis terserempak dengan beliau masa nak amik nasi kerabu. Mula-mula tak cam bila tengok lama-lama baru perasan. Bukan main meriah dia punya borak dengan geng-geng kursus. Satu tempat makan boleh dengar. Hehe. 

Sumber : Agoda
Sumber : Agoda
Sumber : Agoda
Sumber : Agoda
Akhir sekali tempat parkir kereta agak limited di hotel ni. Kena tawaf 2-3 kali baru dapat parkir. Ada yang sampai dekat luar bangunan orang parkir kereta. Kalau tak pusing lah banyak kali. Hehe.



Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

58 comments:

Anum Abdullah said...

sedap sedap gambar makanan tu..

ayunie ramli said...

Mek tk prnah stay sini. Mek stay Primula and Sri Malaysia je. Tp memang dua dua ni pun outdated jugak perabotnya --' Tp mkn tu bnyk ! Puas ht klau dpt yg mcm tu :)

Ucing Kadayan Fan Club said...

tempat menarik untuk bercuti (^_^).

Mirwan Choky said...

Hotel yang menarik.

Mrs Fuzy sweetsourՆĕγʀǟ said...

rindu Terengganu pun menjenguk..kiki.

Ana Suhana said...

Makanan dia memang terbaik. Sedap semuanya 😋

Ana Suhana said...

Tu lah. Seri Malaysia pun sama juga. Outdated furniture dia. Dekat sini kalau amik family room je baru cantik bilik dia. Selesa sgt compare dengan deluxe room dia. 😅

Tp bab makanan memang terbaik 👍

Ana Suhana said...

Terenggau memang banyak tempat menarik ucing. Singgah lah sini nanti 😊

Ana Suhana said...

Boleh lah. Bab makanan je yg menarik. Hehe 😄

Ana Suhana said...

Sila lah ke sana kak. Nasi dagang dah melambai2 tu. Hehe 😊

Mellya Musa said...

bestnya cuti heheh ntah bila ada chance nak bawak family :)

Nurfaezah Abdullah said...

Nasib baik makanan byk sedap kan sis hehe kalo tak sikit je bintang sis bagi hehe

Husniey Husain said...

Perabot dah nampak lama tuu, old skool

BTW
Ni tempat kerja arwah ayah mertua husni dulu kat sini. Rinduuu nak singgah sini.. T_T

Dulu dia jaga kat hotel permai ni.. Lainkali merasa stay kat lain pulak Ana.. Banyak hotel cantik cantik lain di KT ni :D :D

Kin Naz said...

Bila cuti sekolah biasa la tu kak ana. Lambat huhu. Walaupun perabutnya outdated tapi tengok makanannya memang superb la

Adam said...

Terima kasih Ans. Kebetulan esok saya ke terengganu.

Adam said...

*Ana

paridah said...

WAH BERCUTI KE TRENGGANU YA SERONOK TU

Adam said...

Paridah,
Bukan pergu untuk bercuti yg sebenarnya, ada jemputan kekawan.

Mat Jo said...

nasib baik bab makan dapat rating tinggi, terubat cikit dari suasana bilik yang kurang best, :)

Kak Sue said...

Boleh tahan juga la bilik nie kan Ana, sib baik makanan banyak pilihan 😊

Hero Borneo said...

kalau masa cuti sekolah biasanya hotel full booked...

ramai yang bercuti dan masa nak check out pun main last2 minute

Ana Suhana said...

InsyaAllah nanti bila dah kerja boleh lah bawa mereka bercuti. Niat yg baik lagi2 nak berkaitan ibu bapa InsyaAllah dipermudahkan. 😘😘

Ana Suhana said...

Betul tu Fae. Makanan tu kira penyejuk hati dekat sini. Hehe 😊

Ana Suhana said...

Kisahnya. Lagipun memang dah lama hotel ni di buka. Tahun 1996. No wonder lah perabot tu old school semua. Nak tukar costly pulak. Next time kalau nk stay dekat sini kena amik family room dan duduk ramai2. Hehe 😊

Ana Suhana said...

Tu lah pasal. Mesti ramai yg late check out tu. Lepas tu pekerja tak ramai tu yg tak menang tangan. 😊

Bab makanan memang terbaik. Bertambah2 kot kak ana brekafast dekat sini. Hehe 😍

Ana Suhana said...

Selamat sampai ye adam. Nasi dagang jgn lupa makan. Hehe 😊

Ana Suhana said...

Tau takpe. Menu breakfast dia memang best. Kalah seri Malaysia punya menu 👍

Ana Suhana said...

Kalau kak sue satu family boleh lah amik family room. Besar dan selesa. Kalau bawa toto pun luas lagi.

Makanan dia memang terbaik kak. Kena cuba nanti 😍

Ana Suhana said...

Betul tu. Mana2 hotel pun sama. Cuma cara mereka manage dan handle the situation yg membezakan satu sama lain. 😀

Ana Suhana said...

Kak paridah, jom jalan ke Terengganu. Makan nasi dagang dengan kepok lekor 😘

Jari Manis said...

Utk menu breakfasti JM bg 5 ha eh! 5 bintang 😬 Kalau rasa pun kebabom leh bg 10 bintang 😬

irazulkeffele said...

Parking dekat situ memang agak payah, hotel pulak betul-betul tepi jalan memang nazak la mencari parking kalau lot penuh huhuhu mohon tabah ye sis 😄

Adam said...

Mesti tak lupa nasik dagang.
Nasik dagang terengganu best. U orang terengganu ke?

Ana Fatihah said...

Gambar makanan memang mengancamlah. Hihi

Seorang Syed said...

Perabot dia macam ketinggalan sikit haha sekarang ni banyak hotel buat konsep moden dah kan. Bab parkir kereta tu memang tak best la kalau macamtu.

Ana Suhana said...

Betul tu. Nak makan nasi dagang yg sedap kena dtg Terengganu.

Keluarga mertua orang sana tp stay di KL 😊

Ana Suhana said...

10 tu sedap tahap dewa dah tu JM. Susah nk dpt sedap mcm tu 😊

Ana Suhana said...

So true Ira. Lokasi dah strategik tp petak parkir agak terhad. Sangat bertabah di buatnya 😅

Ana Suhana said...

Tu baru sikit ana. Ada byk lg tp segan pula kak ana nak amik satu2. Hehe 😊

Ana Suhana said...

Costly nak tukar baru Syed. Huhu. Tapi yg modern kebanyakkan byk di KL. 😊

Parkir tu rasanya dorang pun tak boleh nak buat apa sebab takde tempat dah. Hotel pula betul2 di jalan besar. 😅

Nour Adieb said...

makanan & family room ja la yg menang 😂

Shesyira As said...

ada pros and cons kan. bab makanan sedap tu best la hehe

Adam said...

Hero borneo,
Semasa Cuti sekolah elok book online awal2.

Adam said...

Suhana, cawan kat mana2 bilik hotel pun saya tak guna. Saya guna cawan sendiri. Atau saya basuh sebersih2nya sebrlum guna. Kadang2 bukan dia orang basuh cawan tu. Dia lap dgn tuala je.

Tuala hotel pun saya tak guna, saya bawak tuala sendiri.

Nasib baik tilam tu berat. Kalau rengan tilam pun saya angkut dari rumah.

Ana Suhana said...

Hehe betul tu. Selamat ada yang ok kan. 😊

Ana Suhana said...

Mana2 hotel atau resort mesti ada pro and cons dia. Kena baca review before tempah. Tp kalau time cuti sekolah mana yg kosong tu yg kita amik. No choice 😅

Ana Suhana said...

Saya ada dgr mcm tu juga. Mostly sy tak guna pun cawan hotel sebab dah ada air sendiri dari botol minuman. Cuma towel tu sy guna juga towel hotel. Sebab beranggapan dorang hantar laundry utk di basuh 😊

C i k R e n e x said...

Hajat dihati cuti baru ni nak pergi Terengganu tapi tak kesampaian.

Nasib baik breakfast puas hati kan. Itu yg pnting jgk.huhu

Ana Suhana said...

Takpe reen. Next time boleh plan lagi ke sini lagi 😊

Fair and square at last. Semua puas hati 😁

Husniey Husain said...

Betul tu.. Kos tinggi sikit nak tukar perabot tu 😂😂

Okay dah tuu.. Terliur tengok buffet breakfast.. Meriah betul makanan 😍😍

Shahida Dzulkafli said...

Unik pula lobi dia.. Hehehe..

Ana Suhana said...

Cantik hiasan lobi dia Sha 😘

Jun Zie said...

byk nya jenis makann yg d sediakan ! tliur pula tgk .. mgkin sb musim cuti dan kkurgn tenaga pkerja sb tu service kurg kot =) saja sedapkan hati =D

Ana Suhana said...

Maybe lah Ju. Ramai yang late check out rasanya.

Meriah sangat breakfast dekat sini. Kalau makan betul2 boleh kenyang sampai ke petang 😘

Hernee Nazir said...

sampai kuala terengganu dah blh la try hotel ni..

Ana Suhana said...

Booked family room dear. Berbaloi dan selesa sangat 👍

Ibu Dilah said...

Nasib baik makanan best kan ana.. kalau anak sorg ok lagi la bilik kecik sikit.. kalau anak ramai mmg sesak rasanya.. hahah..

Ana Suhana said...

Tu lah. Selamat baru sorang anak kalau tak memang kena amik family room lah nampaknya. Hehe.

Tp breakfast dia memang terbaik so far. Susah nak jumpa breakfast byk mcm tu.

Post a Comment

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤