Ayam Golek Mesra - Ayam golek paling popular di Selayang

Assalamualaikum.

Ayam Golek Mesra

Hari ni sis nak share satu makanan yang sangat popular di area Selayang Baru dan Batu Caves. Mana taknya, waktu bulan puasa hampir setiap hari orang beratur bukan main panjang nak beli Ayam Golek Mesra ni.

Ayam golek ni dah hampir lebih 10 tahun beroperasi di Jalan Besar Selayang Baru. Dari harga ayam golek tu RM14 sekarang dah jadi RM18 seekor masih ramai yang setia membeli tau. 


Ayam Golek Mesra telah beroperasi lebih dari 10 tahun

Bagi sis keistimewaan ayam golek ni terletak pada bumbu atau bahan perapan yang di gunakan. Kalau korang tengok gambar-gambar ni boleh nampak kan bumbu tu dengan jelas. Bila makan terasa biji ketumbar, lada hitam, jintan meletus dalam mulut kita. Makan dengan nasi panas memang terangkat. 


Keistimewaan terletak pada bahan perapannya
Ayam Golek Mesra ni di datangkan dengan 2 jenis sos.  Satu sos cili dan satu sos lada hitam. Bagi sis sos cili dia lagi sedap. Memang sis akan makan ayam golek tu dengan sos cili tu je. Sos lada hitam dia tak kena dengan selera sis. Dah pernah cuba tapi tetap tak boleh nak masuk tekak ni.


Sos cili dan sos lada hitam di beri sekali

Sos cili yang menawan kalbu

Sekarang ni dah banyak ayam golek di jual di sekitar Selayang. Tapi Ayam Golek Mesra ni tetap jadi pilihan. 




Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

68 comments:

Kak Sue said...

Amboi sedapnya.. boleh cuba kalau ke Selayang nanti :)

Ana Suhana said...

Boleh kak. Kalau dr pasar borong tu straight je ke arah selayang baru. Dekat sgt dah 😍

FeyLiez said...

boleh la cuba nnt...

Nurfaezah Abdullah said...

nyum nyum nyum hehehe

Ana Suhana said...

Kalau liez ke gombak boleh lah singgah. Jgn lupa tengok ayam tu dulu. Jgn dpt yg kering nanti tak terasa bumbu dia. Minta yang ada juicy mcm gambar atas ni. Hehe 😍😍

Ana Suhana said...

Kalau tgk masa bulan puasa boleh tergoda ni Fae 😊

Juls Julie80 said...

sedapnyerr..selalu beli yg kat Pasar Tani Putrajaya jer sbb plg dekat ngan rumah/..hihi

Ibu Dilah said...

tengok gambar pun dah nampak sedap.. kalau dapat rasa lagi la sedappp.. hehe..

Tiara Sapphire said...

sedapnyaaaaa..selalu makan ayam golek time bulan puasa j..hihi

Shikin Razali said...

Ala, kak Ana...Sedapnya ayam golek.. Terliur dibuatnya.. Kalu hubby saya balik ke sini atau saya balik ke Perak, menu ayam nie dah jadi hidangan wajib masa bulan puasa sebab hubby suka makan, tak makan nasi pun takpe asalnya menu nie ada dalam sajian buka puasa.

PeRdU cINta said...

Kalau berkualiti...naik harga pun pelanggan tetap setia..tak apa harga naik sikit asal kita makan gembira..puas hati kan Sis...tengok rempah perapannya tu pun nampak mewah..yang best bila rempahnya cukup dan cukup perap..rasa rempah tu sebati sampai ke isi daging..

C i k R e n e x said...

Terliurr weh walaupun just tgk gmbr jerr..

Mas_FVOME said...

Mak oii..mengancam!

Radhia Razali said...

sedapnya ayam golek ni...terus berbunyi perut saya..hehe

NanyFadhly said...

Tengok gambar ni pun sangat menyelerakan. Kekuatan ayam golek ni pada Nany bila kena dengan bumbu yang digunakan. Cukup rasa kena dengan tekak kita lah. Untung besar kan kalau berniaga sedap2 macam ni bulan puasa. Semua pun sanggup beratur nak beli ayam golek yang terangkat ni.

Amanda Suria said...

Huwaaaaa....sedapnya....kenapa sedap sgt akak tgok ayam ni...

Mrs Fuzy sweetsourleyra said...

hujan2 ni..tgk ayam golek mmg buat akk rasa hati bergolek2 nk makan..hehe

Husniey Husain said...

Ayam golekk.. Aduhaii, favourite husniey tu 😍😍

Sedapnyaa! Kuah dia tu kena pulak pedas manis, ayam berempahnya​ memang sedap..

Kat KT ni takde jual, musim puasa nanti jelah kalau ada pun 😂

Husniey pernah try kat Dungun. Banyak kat sana jual ayam golek tepi jalan jalan utama, dah macam makanan popular tempatan. Sedap pun sedapp.. 😂


Craving dah tengok ayam golek Ana post ni 🙈

Ana Suhana said...

Yg ni sebab dekat dengan rumah Ana tu yg setiap minggu mesti beli. 😊

Ana Suhana said...

Kalau ke selayang nanti bagilah tau. Boleh ana belanja ayam golek ni 😘

Ana Suhana said...

Kalau bulan puasa memang beratur panjang dekat sini dear. Kena beli awal kalau tak nk beratur.hehe 😘

Ana Suhana said...

Betul tu. Kalau dah tak tahu nak masak apa waktu buka, beli ayam ni je dah cukup. Boleh simpan buat sahur lagi 😘

Ana Suhana said...

Betul tu. Janji kualiti maintain kan. Kalau harga naik kualiti makin jatuh memang lah org lari tak nak singgah dah. 😅

Ana Suhana said...

Maafkan hamba reen. Nanti g cari dekat area rumah ye 😘😘

Ana Suhana said...

Terancam di buatnya ye Mas 😘😘

Ana Suhana said...

Hehe. Kena cari lah kak nampaknya lepas ni 😘

Ana Suhana said...

Bila bumbu dan bahan perapan semua cukup memang sedap bila makan dengan nasi panas2. Takde lauk lain pun takpe 😘

Ana Suhana said...

Memang sedap kak. Semua cukup rasa. Setiap minggu ana beli kak. 😍

Ana Suhana said...

Haha. Tergolek2 sy gelak baca komen akak ni. Kat WM ada tak ayam golek mcm ni?

Ana Suhana said...

Ana pun memang makan dengan sos cili dia je. Kalau sos black pepper dia rasa mcm tak kena je dgn tekak ni.

Lama lagi nak tunggu bulan puasa tu Husniey. Kena cari ayam panggang dekat fast-food lah nampaknya mcm ayamas ke kan. Nanti kempunan bersalah pula ana. Hehe 😘

Adam said...

al rite, bulan puasa pun dah dekat.
thanks kongsi ni

Ana Suhana said...

Boleh lah cari nanti 👍

Amer Ridzuan said...

Allahuuu.. ini penderaan mata, hati, perut dan lidah nih... ayam <3

Hye, jom datang baca post baru AMERZING || http://ameridzuan.blogspot.my/2017/04/men-minimalist-fashion.html

Nour Adieb said...

Terliurrr tengom ayam golek tu 😍 Nasib baik x tengok time siang tadi 😏

Seorang Syed said...

Alaaaaa kenapa akak tak tulis entry ni masa saya praktikal dekat selayang tahun lepas? kalau tidak boleh la singgah hahaa

Mazni Munawar said...

kita selalu beli ayam golek kat bazaar ramadhan
hihi puasa nk dekat dah, tk sabar nk makan ayam golek!

Noor Maizan said...

Adoi mau menangis baca entry ni pagi buta...

Ana Suhana said...

Kesiannya Amer sampai rasa terdera. Hehe.

Bereh nanti kak ana dtg singgah blog Amerzing tu 👍

Ana Suhana said...

Nasib baik kan. Kalau tak, penderaan mental betul. Haha 😘

Ana Suhana said...

Kalau akk tulis pun bkn awak baca pun sebab kita "unfriend" lagi lah syed. Hehe. 😊

Ana Suhana said...

Asal bulan Puasa je, ayam golek antara makanan yg paling laku. Mana2 jual pun mesti habis kan Mazni. 😍

Ana Suhana said...

Alololo.. Kak ana sarankan blog kak ana ni Mai baca lepas makan supaya tak lah rasa terdera. Hehe. Just joking dear 😍😍😍

Miza Talib said...

Fav en somi ne. Bab bumbu banyak tu memang jelas menampakan kelazatan ayam golek ne. No wonder la ramai yg sanggup beratur panjang. ;)

Raihanah Ahmad said...

sedapnya ayam golek tu, selalu kami beli yang ayam golek masywi je

Jun Zie said...

mkn dgn family best ni =D

Eeca Shyaa said...

terliurrrrr!

Ana Suhana said...

Fav ana sekeluarga juga ni Miza. Setiap minggu mesti beli sekali. Sedap sebab banyak bumbu tu 😘

Ana Suhana said...

Sedap juga masywi punya kan kak. Pernah beli sekali je masa bulan ramadhan tahun lepas 😊

Ana Suhana said...

Ratah ramai2 memang sedap. Kalau makan bertiga je at the end masing2 tolak sesama sendiri sebab kekenyangan. Hehe 😅

Ana Suhana said...

Kena cari lah mcm ni dear 😘

Lokman Hakim said...

Nmpak menarik...kna cuba nih kak ana

Ana Suhana said...

insyaAllah sedap Lokman. Cubalah rasa kalau ada berdekatan.

Mrs. A said...

Nampak sedap dan sangat menyelerakan no wonderlah beratur panjang bila bulan puasa ya

Ana Suhana said...

kadang2 org dah takde idea nak makan apa untuk buka. so jalan selamat beli ayam golek lah. ayam golek ni dah lah cukup perapan lagi lah org berpusu2 nak beli 😍

Shahida Dzulkafli said...

Ayam golek nie sedap sebab bahan perapan dia kan Ana.. pastu sos cicah dia.. kalau sedap, beratur pun sanggup..

Ana Suhana said...

aah. cukup semua bahan perapan dan bumbu confirm sedap. makan dengan nasi kosong pun dah puas hati.😘

hainom OKje said...

Sedapnya Ana.... Cakap pasal ayam golek ni, hakak pun dah jatuh cinta kat satu ayam golek kat Rawang. Aduh asyik teringat ingat sampai la ni Ana weyh....Betul sangat ayam golek ni kesedapannya mmg terletak pada perapan dia. Daging yg juicy dan tak terlalu kering

Ana Suhana said...

kan kak. kalau bumbu atau perapan tak cukup dan ayam terlalu kering, jadi muak nak habiskan. tersekat2 dekat tekak rasanya. hehe.😘

Lea Azleeya said...

Huwaaa sedapnye.. tak sabar nk tggu bulan puasa.. ramai yg jual ayam golek...

Lina Shaza said...

Kalau saya kan....sekor ni makan sorang jer hihihi...mcm ade sake je kan

Naimi Amiesya said...

dapnyeeeeeeeee >< ite yang menengok ayam golek ni lak rasa nak golek2 XD dapat sekor ni memang tak share ngan orang lain dah XD

Nour Adieb said...

Bukan ja dera mental, tapi dera perut juga 😂

Auni Liyana said...

sedap

Ana Suhana said...

bulan puasa memang famous ayam golek ni. cuma sedap atau tak je kan Lea.

Ana Suhana said...

taklah macam ada saka tp kira hebat lah. sis makan half je pun dah ak larat. hehe

Ana Suhana said...

boleh ke habiskan seekor tu. kak ana half je dah surrender. hehe

Ana Suhana said...

nyum nyum.

Uyul Rosli said...

Nyum nyummmm dapnyaaaa.
Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

Post a Comment

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤