April 2017 - Diary of Ana Suhana

Apr 30, 2017

Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!

12:09 PM 37
Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!
Assalamualaikum.


Syarat-syarat penyertaan:

1. Blog yang aktif - Ya

2. Follow blog Seorang Syed - Done

3. Follow Google+ Seorang Syed - Done 

4. Buat satu entry di blog anda bertajuk "Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!" - Done

5. Nyatakan kenapa anda mahu berada di dalam bloglist Seorang Syed dan tulis short review tentang blog Seorang Syed.

Rasanya semua blogger pun kalau boleh nak berada di dalam bloglist di semua blog rakan-rakan blogger kan. So sis pun sama. Berbunga-bunga cinta rasanya bila nampak blog sis tersenarai dalam bloglist rakan-rakan blogger yang lain. Lagi-lagi dapat tersenarai dalam blog yang aktif dan fofular macam blog Seorang Syed ni kan. Dah lah rajin giler blogwalking dekat blog rakan-rakan. Blogger yang tak menjiwai dunia blog je yang tak nak tersenarai kan. Haha.  

Tentang review blog Seorang Syed pula first thing yang sis suka of course template blog dia yang sangat kemas tu. Sedap mata memandang. Memang ciri-ciri blog seorang "namja'.
Bab isi pula memang sangat bagus dan berguna especially pada adik-adik yang baru nak melangkah ke fasa baru. Kalau korang nak tau pasal kursus pendidikan memang ini lah blog yang sesuai. Semua ada dalam entri-entri blog Seorang Syed. Tips untuk interview pegawai pendidikan pun ada ok. Kalau korang guna tips ni confirm dapat kerja sebab Syed dah lulus pun interview tu kan. Rugi woo kalau tak follow blog Seorang Syed ni.  Baik punya promote ni Syed. Hehe. 

Pssst: Kalau sis menang sis tak nak tiket g Korea tapi nak template blog macam Syed pun dah cukup. Hahahahaha. 

Apr 29, 2017

Kisah Wanita Muda Penghidap Kanser Tahap 4 yang Sangat Cekal

11:45 AM 52
Kisah Wanita Muda Penghidap Kanser Tahap 4 yang Sangat Cekal
Assalamualaikum.

 
Ni gambar sis dengan sepupu sis. Nama dia Nur Hidayah Mohd Amin berumur 34 tahun. Sis panggil dia Nur jer. Mempunyai 2 orang cahaya mata berusia 7 dan 3 tahun. Ketika mengandungkan anak kedua Nur di sahkan menghidap kanser payudara. 

Lepas bersalin, Nur berulang alik menjalani rawatan kimoterapi 3 minggu sekali di HKL kerana melalui CT Scan doktor telah mengesahkan bahawa kansernya telah berada di tahap 4 dan paling sayu kanser telah merebak ke tulang belakang dan hati.

Nur yang bekerja sebagai seorang kerani di Glenmarie terpaksa ambil cuti sakit berbulan-bulan kerana tidak larat untuk bekerja akibat kesan dari kimoterapi. Nasib menyebelahi Nur kerana pihak syarikat sangat memahami masalah beliau.

Sedih sis tengok masa Nur amik rawatan kimo. Rambut dan kening mulai gugur dan badannya susut teruk. Payudara pun telah di buang sebelah. Tapi Nur tetap positif dan sentiasa tersenyum. Dari Bukit Jelutung Nur pindah ke rumah mak dan ayah di Ampang agar lebih terjaga dari segi anak-anak. Kes Nur penah viral di FB pada tahun 2015 kerana ingin meminta bantuan orang ramai bagi membantu dari segi kewangan dan memohon pertolongan kerusi roda. Alhamdulillah bantuan yang di terima sangat membantu Nur sekeluarga.

Awal tahun ni pergerakan Nur menjadi terbatas sehinggakan nak tidur pun susah. Masa sis datang ziarah perut dia sangat besar seperti orang mengandung. Tapi Nur tetap positif dan boleh gelak ketawa dengan kami. Bila scan di HKL doktor mengesahkan bahawa paru-paru Nur penuh dengan air dan air juga telah masuk ke dalam kawasan jantung. Doktor pun tak tahu nak buat macam mana dengan air dalam jantung tu. Nur terpaksa di tahan di wad untuk di tebuk belakang badan untuk membuang air dalam paru-paru tersebut. Selain tu Nur juga kena masukkan darah ke dalam badan, ambil sampel dalam perut dan kena mengambil rawatan kimo sekali lagi. Nur ada tunjukkan pada sis port kimo yang di tanam di dalam badannya. Sis yang tengok pun dah seram rasa badan. Alhamdulillah selepas air di buang dalam paru-paru, Nur jadi lebih selesa mana taknya hampir penuh satu jug air dalam paru-paru tu.  Dan satu keajaiban bila air dalam jantung pun telah hilang dengan sendirinya.

Terkini, satu lagi berita sedih menimpa bila Nur dimaklumkan bahawa kanser telah merebak ke bahagian rahim. Sebak bila sis dengar berita ni. Baru nak rasa lega dak terpaksa hadapi lai satu ujian. Bulan 6 ni Nur akan menjalan pembedahan untuk membuang rahim tersebut tapi peluang adalah 50-50 kerana jantung Nur tak kuat. Pihak hospital turut mengajar Nur cara-cara untuk mengawal jantung supaya tidak tertekan dan sebagainya. Kalau dulu nak naik satu anak tangga pun Nur tak mampu, tapi sekarang dengan semangat yang kental dan latihan yang berterusan Nur dah mampu naik tangga sampai tingkat 4. Hebat kan. Kalau ikut kan Nur masih bercuti sakit tapi sebab semangat dia yang kuat tu dia gagahkan juga diri masuk kerja. Bosan katanya bila duduk rumah. Selamat sebelum dia jatuh sakit dulu dia dah minta transfer kerja di Kg Baru dan awal tahun ni permohonannya di luluskan. Jadi senanglah dia nak amik rawatan di HKL dan bekerja sebab dekat jer. 

Kuatkan Nur. Kalau sis lah tak tahu lah macam mana nak hadapi situasi macam tu. Sis yang baru-baru ni kena sakit kencing kotor pun dah tergolek-golek tak tahan apatah lagi kalau sakit macam Nur ni. Sis mohon doakan Nur semoga dia terus kuat dan sembuh dari penyakit yang di hadapi. Semoga ada keajaiban dengan izinNya akan berlaku.

Masa Nur datang ke rumah baru-baru ni, Nur ada bagi sis sekeluarga sampel Roti Rissole untuk di jual. Nur akan amik tempahan dan buat pada hujung minggu sahaja demi mencari duit sampingan. Sis dah rasa kebab tu sedap juga dan paling best sebab rangup sangat.


Memandangkan bulan puasa pun dah nak dekat ni, memang sesuai lah kalau ada Roti Kebab Daging frozen ni dalam simpanan. Boleh tahan sehingga 3 minggu dalam freezer. Sis dah order awal-awal dah. Harga pun murah hanya RM1 sebiji dengan minimum pembelian 5 ketul.


Bagi yang tinggal di sekitar Ampang / Wangsa Maju / Kampung Baru / Batu Caves / Selayang yang berminat boleh lah order. InsyaAllah puas hati dan berbaloi. Sambil membeli sambil beramal. Mudah-mudahan Allah memberi kebaikan atas niat baik kita tu. InsyaAllah.


Untuk menempah boleh hubungi atau whatsApp Nur di talian 012-9791489 atau DM sis dekat FB untuk maklumat lanjut.





Apr 28, 2017

JANGAN MERASA DIRI KITA LEBIH BAIK DARIPADA ORANG LAIN!

12:05 PM 58
JANGAN MERASA DIRI KITA LEBIH BAIK DARIPADA ORANG LAIN!
Assalamualaikum.



Baik kah saya walaupun selalu solat 5 waktu serta tepat pada waktunya??

Baik kah saya walaupun telah berhaji & umrah beberapa kali??

Baik kah saya walaupun telah bersedekah setiap hari??

Baik kah saya walaupun hari-hari kita memberi nasihat dan teguran kpd orang lain yang berbuat salah??

Baik kah saya walaupun sudah pakai jubah, berjanggut dan menutup aurat dengan sempurna??

Baik kah saya walaupun setiap malam solat Tahajjud, Witir, Hajat dan zikir??

Baik kah saya walaupun  tiap hari ke masjid atau surau utk solat & menambah ilmu??

Baik kah saya walaupun setiap saat kita update status berunsur nasihat dan dakwah??

Baik kah saya walaupun setiap saat kita menolong orang lain??

"Janganlah kamu menganggap diri kamu suci (orang baik) kerana Allah lah yang lebih mengetahui siapa yang benar-benar bertaqwa"

(Surah An-Najm,  ayat 32)


Aisyah (ra) ditanya orang:
"Siapakah orang yang buruk?"

Jawabnya:
"Iaitu orang yang merasa dirinya baik".

Beliau ditanya lagi:
"Siapakah orang yang baik?"

Maka dijawabnya:
"Iaitu orang yang merasa dirinya buruk"


OLEH ITU JANGAN MERASA DIRI KITA LEBIH BAIK DARIPADA ORANG LAIN!!

Kerana kita takkan pernah tahu dimanakah dan bilakah saat hati kita IKHLAS melakukan amalan-amalan soleh, menasihati orang serta beramal ibadah lain yang bakal diterima oleh Allah Swt. Kita tak tahu amal manakah yang Allah terima.

Selalu letakkan diri kita dalam keadaan :

Aku banyak kekurangan dan kelemahan, semua orang lain lebih baik dari aku kerana hati manusia masing-masing hanya diketahui Allah.

Akulah yang paling buruk dikalangan manusia. Aku sedang perbaiki diriku dan mencuba bantu orang lain untuk menjadi lebih baik.

Wujudkan KEIKHLASAN hindari IRI & DENGKI!!

Selalu mengharapkan REDHA ALLAH.

Latih diri agar selalu TAWADUK dan jauhkan dari penyakit UJUB & TAKABBUR.

Selalu perbaiki diri serta orang lain dengan kelembutan dan kasih sayang.

Hanya Allah yang akan sentiasa memberi kita PETUNJUK serta JALAN KEBENARAN.



Sumber: WhatsApp.

Apr 27, 2017

Tempat Makan Popular di Kuantan : Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur

10:45 AM 74
Tempat Makan Popular di Kuantan : Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur


Tempat Makan Popular di Kuantan : Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur l Assalamualaikum. Sambung cerita bercuti di Kuantan tempoh hari, lepas dari ber'picnic' di Pantai Sepat perut masing-masing dah berbunyi minta di isi. Usai Maghrib sis sekeluarga terus ke satu restoran yang sangat popular di sekitar Kuantan. Mana taknya kalau sebut pasal jalan-jalan cari makan di Kuantan, nama restoran Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur pasti menjadi sebutan. Rugi pula rasanya kalau dah berada di Kuantan tapi tak cuba makan di sini kan.

Tempat Makan Popular di Kuantan : Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur


Ana Ikan Bakar Petai ada beberapa cawangan di sekitar bandar Kuantan. Yang sis pergi ni di Jalan Tanjung Lumpur. Mula-mula sampai di sana sis dah nampak dari jauh orang bukan main penuh. Meja semua fully occupied. Sis dah macam kecewa lah sebab tak nampak pun meja kosong. Sekali rupanya ada satu lagi restoran Ana Ikan Bakar Petai ni di belakang restoran yang penuh tu. 

Restoran yang berada di belakang ni lagi sangat selesa dari yang depan tu. Di sini kawasan restoran lagi luas dan bersih, ada pengudaraan yang baik serta kemudahan untuk pelanggan yang sangat bagus seperti taman permainan kanak-kanak dan surau. Siap ada aircond lagi surau tu. Takde alasan tak sempat solat tau. Hehe.

Ana Ikan Bakar Petai : Taman Permainan Kanak-kanak yang di sediakan

Ana Ikan Bakar Petai : Surau yang selesa dan berhawa dingin untuk kegunaan pelanggan

Macam restoran atau kedai ikan bakar yang lain, terdapat satu kaunter untuk memilih ikan atau makanan laut yang kita nak. Malam tu tak berapa nak ada banyak pilihan ikan tapi bagi sis apa yang ada tu dah kira lebih dari cukup.

Ana Ikan Bakar Petai : Kaunter makanan laut
Ana Ikan Bakar Petai : Kaunter makanan laut
Ana Ikan Bakar Petai : Kaunter makanan laut

Menu yang sis order di Ana Ikan Bakar Petai ni sama sebijik macam menu di Warung Awang Ikan Bakar di Cherating hari sebelumnya. Memang tak reti nak order menu lain dari kebiasaan.

Ana Ikan Bakar Petai : Siakap Masak Sweet Sour

Menu 1 : Siakap Masak Sweet Sour

Sis suka menu siakap sweet sour ni. Semua cukup rasa masam manis dia. Bahagian luar di masak rangup manakala bahagian dalam masih lembut hingga terasa segar isi ikan tu. Sekejapan clear lauk ni. Masing-masing tak berhenti dari mencubit isi ikan tu.

Ana Ikan Bakar Petai : Siakap masak Stim

Menu 2 : Siakap Masak Stim

Siakap masak stim ni rasa dia sama macam masakan di Restoran Sara Thai. Selalu siakap stim di tempat sis rasa masam manis pedas tapi dekat sini rasa manis tu terlebih dan agak pedas. Sis tak berapa nak gemar tapi isi ikan tu masih boleh di makan sebab tak kuat rasa manis tu. Habis licin juga lah ikan ni.

Ana Ikan Bakar Petai : Lala Rebus

Menu 3: Lala Rebus

Menu kegemaran MIL sis. Sis ada rasa sikit hari tu sebab sis tak suka makan lala. Rupanya sedap juga. Patutlah menu ni wajib order setiap kali makan di restoran makanan laut.

Ana Ikan Bakar Petai : Sotong Goreng Tepung

Menu 4 : Sotong Goreng Tepung

Favorite sis selamanya. Sis suka je sotong dekat sini sebab sotong di goreng rangup dan di cecah pula dengan sos cili ala keropok lekor. Tak boleh nak berhenti makan. Tengok jer pun dah tahu kerangupan sotong tu kan. Rugi pula order sikit masa tu.

Ana Ikan Bakar Petai : Butter Prawn

Menu 5 : Butter Prawn

Highlight of the day. Seriously sangat sedap korang. Sis tak pernah rasa butter prawn macam ni dekat tempat lain. Selalunya butter prawn di masak kering kan tapi dekat sini dia di masak basah. Kuah dia pula tu sedap giler. Terasa lemak-lemak butter tu. Ketagih pula sis makan butter prawn ni. Berebut dengan FIL nak habiskan udang terakhir tu. Mana nak cari butter prawn macam ni dekat KL ni weiii.
Ana Ikan Bakar Petai : Kailan Ikan Masin & Telur Bistik

Menu 6 :  Kailan Ikan Masin dan Telur Bistik

Macam biasa menu tambahan mesti ada. Bagi sis sedap je kedua-dua menu ni sama macam masakan di kedai-kedai lain. Ratah macam tu je pun dah sedap.

Ana Ikan Bakar Petai : Mee Bandung

Menu 7: Mee Bandung

Mee Bandung dekat sini tak sama macam mee bandung di Muar. Maybe buka forte di sini tapi still boleh makan juga lah. Rasa macam mee rebus pun ada, macam mee kari pun ada. Not bad.


Secara keseluruhan sis sangat puas hati dengan Ana Ikan Bakar Petai ni. No wonderlah ramai yang singgah makan di sini. Harga pun munasabah. Untuk semua menu dekat atas ni campur dengan air dan nasi untuk 6 orang makan lebih kurang dalam RM250++. Dengan ruang kedai yang luas dan bersih, kemudahan untuk para pelanggan yang baik serta perkhidmatan pelayan yang cepat memang menjadikan Ana Ikan Bakar Petai tempat makan pilihan utama di bandar Kuantan. Pada yang singgah di Kuantan nanti jangan lupa singgah di sini tau. Klik je Google Maps dekat bawah ni. InsyaAllah senang nak cari.
 

<