Waktu Yang Sepatutnya Seorang Hamba Itu Bersabar

Assalamualaikum.



Dari Anas r.a., katanya:

Nabi s.a.w berjalan melalui seorang wanita yang sedang menangis di atas satu kubur.

Banginda bersabda:
"Bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah!"

Wanita itu berkata:
"Ah, jauhkan dirimu daripadaku, kerana kamu tidak terkena musibah sebagaimana yang mengenai diriku dan kamu tidak mengetahui apakah musibah tersebut."

Diberitahu kepada wanita tersebut:
"Yang berbicara tadi adalah Nabi s.a.w."

Kemudian wanita tersebut mendatangi pintu rumah Nabi s.a.w. dan tidak didapatinya pengawal di pintu tersebut (sebagaimana pemimpin-pemimpin negara yang lain). 

Wanita itu lalu berkata:
"Saya memang tidak mengenali Tuan tadi (memohon kemaafan)." 

Kemudian Baginda s.a.w. bersabda: 
"Sesungguhnya yang dikatakan sabar itu ialah di saat mendadaknya mushibah yang pertama."

Muttafaq 'alaih
Hadis Soheh Riwayat Imam Bukhari & Imam Muslim

Di dalam riwayat Imam Muslim menyebut: "Wanita itu menangisi anak kecilnya (meninggal dunia)."

♦Dipetik dari Kitab Riadhussolihin
♦Karangan Imam Mahyuddin Abu Zakaria ahya Bin Syaraf An-Nawawi (Imam Nawawi)
♦Cetakan Dar At-Taqwa Lit-Turath (Mesir)

(Hadis ke 32)

Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

46 comments:

I am LZ said...

Allahuakhbar.. sabar memang mudah disebut, tapi saya sangat lemah takut tak mampu hadapi saat ditimpa musibah terutama kematian org tersayang 😢😢😢

Jasmi Bakri said...

Sabar itu pahit, tapi manis buahnya. Memang berat kalau harus berpisah dgn orang tersayang. Tapi hanya kesabaran lah yang menjadi kekuatan.

Ana Suhana said...

Betul tu LZ. Ana pun tak dpt bygkan macam mana bila satu hari terjadi nanti. Semoga kita semua di panjang kan umur dalam kebaikan. InsyaAllah ❤

Ana Suhana said...

Jasmi sudah melaluinya ye. Pasti berat kan waktu menghadapi saat2 itu. Semoga kita menjadi org2 yg sabar. InsyaAllah ❤

PeRdU cINta said...

Moga Allah sentiasa hidupkan rasa sabar pada diri PC dan kita semua..kadang tidak tertanggung tapi kuasa Allah..DIA uji kita...DIA juga boleh tenangkan hati kita dalam waktu yang sama...

Ana Suhana said...

InsyaAllah mudah-mudahan ye. Sama-samalah kita didik diri kita dengan sifat sabar. memang susah tapi tak mustahil. ❤

Anum Abdullah said...

sabar itu separuh drpd iman..

Ana Suhana said...

betul. sabar itu separuh dari iman ❤

Mrs Pip said...

Nice sharing dear..
Mrs pip pun perlu belajar utk lebih bersabar,
Kdg2 tersasar..

Ana Suhana said...

manusia tu memang fitrah dia selalu tersasar. kena selalu diingati dan sama-samalah kita saling mengingati ❤

Fhatin Amelia said...

susah nak jadi orang yang penyabar ni sis huhu
kadang-kadang tak dapat control jugak..

Shikin Razali said...

Nak jadi orang yang penyabar memerlukan kekuatan mental yang kuat.. Dan alang-alang akak citer pasal sabar, saya harap akak sabar yea kerana hadiah akak tue masih di dalam perjalanan.. hihi maaf kerana lambat hantar..

Husniey Husain said...

Sabar tak semudah mengungkapkan padaa kata - kata T_T

moga kita tergolong orang orang yang bersabar dan dikasihi Allah

Kak Sue said...

Susah nak jadi orang yang sabar nie sebenarnya.. harap kita semua sentiasa belajar bersabar dengan ujian Allah kan..

Raihanah Ahmad said...

thanks reminder ni, sabar tu ada manisnya

Ana Suhana said...

Samalah. Kadang2 berjaya control kadang2 kecundang juga. 😅

Ana Suhana said...

Eh takpe lah Shikin. Takde masalah pun. Bila2 pun boleh. Kalau kes mcm ni tak hilang pun sabar. Hehe 😍

Ana Suhana said...

Sabar tu amat berat nak di amalkan. Tp ana ada kawan yg sgt cool. Tak pernah nampak dia marah. Kagum sangat dengan dia. Maybe sebab lulusan sek agama. 😘

Ana Suhana said...

Betul tu kak sue. Mudah-mudahan kita boleh latih diri kita jadi orang yang penyabar. InsyaAllah 😍

Ana Suhana said...

Manis pada yang sabar dan ikhlas. Sukar tp ganjarannya besar 😘

nadhie wueen said...

Sama-sama kita didik diri menjadi insan yang bersabar kan. moga semua ada hikmahnya. amin!

Ana Suhana said...

InsyaAllah mudah-mudahan ye sis 😊

Uyul Rosli said...

Hai, terima kasih atas penyertaan anda untuk Uyul Rosli 1st Giveaway. Tahniah kepada yang telah berjaya, dan kepada yang tidak berjaya, tidak mengapa. Jika di masa akan datang ada rezeki lebih, Uyul akan adakan lagi Giveaway/Segmen. InshaaAllah.

****************************************
Sila semak senarai pemenang. >>>>>
Senarai Pemenang | Blonolog Blogger Picisan
****************************************

Alhamdulillah.

Mat Jo said...

Semoga kita diberikan kekuatan untuk bersabar dalam apa jua keadaan, :)

Seorang Syed said...

Semoga kita sentiasa bersabar di atas segala ujian yang menimpa kita :')

Noor Maizan said...

Semoga kita semua berjaya mendidik hati menjadi lembut dan sabar...

Mrs Fuzy sweetsourՆĕγʀǟ said...

untuk menjadi seorang penyabar ni memang menguji kesabaran kita jugak..semoga kita diberikan kekuatan untuk menjadi seorang penyabar..

Kin Naz said...

Moga Allah memberi kita kekuatan. Sabar tu sangat mudah disebut tapi nak menempuhinya begitu perit. Semoga kita semua tabah menghadapinya

irazulkeffele said...

Kdang tu kita mampu menyabarkan orang lain tapi diri sendiri pun kecundang bila disuruh bersabar. Huhu selalu jugak macam tu, terus sedar diri balik tak guna nak negatif sangat. Sabar tu kan indah, cepat atau lambat akan ada ganjaran-Nya :)

Ana Suhana said...

Tahniah semua =)

Ana Suhana said...

InsyaAllah mudah-mudahan ye =)

Ana Suhana said...

InsyaAllah mudah-mudahan ye Syed =D

Ana Suhana said...

InsyaAllah mudah-mudahan ye Mai. =D

Ana Suhana said...

Betul tu kak. Kita bila suruh org bersabar mmg senang. Bila kena dekat kita, bukan main susah nak bersabar. =D

Ana Suhana said...

setuju dengan awak dear. Bila kena dekat kita, pedihnya lah didik jiwa untuk bersabar. tersasar selalu ;P

Ana Suhana said...

Bila dah tersasar baru rasa menyesal. Padahal tinggi ganjaran kalau kita bersabar tu. :D

Ana Fatihah said...

Sabar itu indah. Walaupun pada mulanya pahit, yakinlah di penghujungnya pasti ada kemanisan. :)

Ana Suhana said...

insyaAllah mudah-mudahan kita merasai kemanisan sabar tu Ana 😘😘

ayunie ramli said...

Sabar tu senang nk ckp, pahit nk telan tp manis hikmahnya :)

Ana Suhana said...

betut tu mek. kemanisannya hanya akan di rasai setelah kita melalui kepahitannya terlebih dahulu.😘😘

Shahida Dzulkafli said...

Semoga kita akan sentiasa sabar dalam apa jua keadaa.. Bukan senang menanam sabar..

Busyra Bt Takiyudin said...

InshaAllah dgn sabar itu pasti ada manisnyaaa :)

Ana Suhana said...

Susah sha nak tahan sabar. Org yg betul2 kuat je akan berjaya 😊

Ana Suhana said...

Semoga kita di beri kejuatan utk bersabar. InsyaAllah 😘

Uyul Rosli said...

sabar itu indahhh. semoga kita dapat merasa manisnya sabar.

Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

Ana Suhana said...

Sabar itu indah tapi sukar utk di lakukan. Semoga kita mampu bersabar dan pupuk hati utk terus bersabar.

Post a Comment

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤