Sunshine Blogger Award - tagged by CikLa & Unni - Ana Suhana

Mar 16, 2017

Sunshine Blogger Award - tagged by CikLa & Unni

Assalamualaikum.


Segmen Sunshine Blogger Award kembali lagi. Ni kali ke-2 sis post entri untuk segmen ni. Yang pertama boleh baca di SINI.  Terima kasih pada CikLa dan Unni sebab tag sis. 

Memandangkan segmen yang pertama sis dah follow semua syarat-syarat yang di tetapkan, jadi kali ni sis hanya jawab soalan-soalan yang di tujukan saja. 

Soalan dari CikLa:

1. Ceritakan pasal diri korang secara ringkas dan nama timangan korang sekali. 

Nama panjang yang tak berapa panjang ialah Suhana Binti Shohairi. Dulu, kini dan InsyaAllah selamanya menetap di Selayang Baru. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki yang sangat aktif. Bekerja sendiri sejak 2 tahun lepas. 

Nama timangan yang tak berapa nak timang Ana (mak ayah) , Sue (kawan-kawan) dan Akak (adik beradik). 

2. Sejak bila korang berblog dan sebab utama mengapa korang menceburkan diri dalam blogging. 

Jawapan ada dekat SINI.  Harap sudi baca.  =)

3. Apa yang korang mesti buat sebelum tidur selain dari baca doa dan basuh kaki.

Golek-golek dan berborak dengan si kecik. 

4. Orang yang korang paling adore dan mengapa? 

Nabi Muhammad saw semestinya sebab Baginda sebaik-baik peribadi untuk di teladani. 

5. Makanan yang korang tak boleh makan langsung sebab alergik dan sebagainya. 

So far Alhamdulillah takde lagi yang tak boleh makan sebab alergik. 

6. Pencapaian terbaik korang sepanjang berblog. 

Pencapaian peribadi dapat kembali aktif berblog sejak 4 bulan lepas dan dapat bertemu ramai sangat rakan-rakan blogger yang sangat supportive dan awesome.

7. Pengalaman paling pahit sepanjang berblog. 

Alhamdulillah so far takde lagi. Semuanya manis-manis belaka. 

8. Siapa yang korang teringin nak jumpa dan mengapa? 

Nabi Muhammad saw semestinya. Untuk dapat kan syafaat Baginda walaupun diri ni tak layak langsung dan bukan umat Baginda yang baik. 

9. 5 barang penting yang ada dalam handbag.

Pampers,  wet tissue,  pakaian extra Syafi, wallet dan lipbalm.

10. Apakah cita-cita pertama masa kecik dulu?

Doktor. Hehe. 

11. Apakah aspirasi korang dalam dunia blog dalam 10 tahun akan datang.

Hanya mengharapkan agar blog ni terus wujud dan aktif dan semoga dapat memberi manfaat pada orang ramai.



Soalan dari Unni:

1. Who are you? 

Jawapan refer soalan 1 atas boleh kan Unni =)

2. The most embarrassing moment in life.

Terjerit pada penumpang-penumpang bas yang tak reti beratur time nak balik UiTM. Time tu tengah beratur dan orang belakang dah tolak menolak. Lepas TERjerit sambil pejam mata tahu-tahu dah ada dalam bas dan dapat tempat duduk pun. Semua orang dalam tu pandang sis time tu. Hehe. Buat-buat main hp sudah! 

3. Do you like travel?  Why? 

Sangat suka.  Kalau boleh tiap-tiap minggu nak pergi berjalan walau sekadar dalam Malaysia. Sebab dengan travel dapat dekatkan diri kita denganNya bila kita rasa bersyukur sangat. 

4. Which State in Malaysia you don't go? 

Tinggal Sarawak saja sis belum sampai. InsyaAllah akan datang pasti akan ke sana jika ada rezeki. 

5. Which state cuisine that you like? 

Terengganu sudah semestinya. Ambe nok makang nasi dagang wei. 

6. Do you like your job now? 

Absolutely. Duduk rumah jaga Syafi dan buat freelance job. Dpt duit tak perlu apply cuti utk pergi berjalan.  Hehe

7. The most dissapointing moment in life. 

Takde lah kecewa sgt cuma rasa ralat sikit time sem 1 waktu diploma. Lagi 0.03 mata je nak dapat 3.5 untuk pointer. Kalau tak,  merasa lah pakai selendang ANC time convo.  Hehe. Sebab itulah pentingnya Eng Education. Sem 1 tu sis culture shock sebab semua in Eng. Awak pula tak suka Eng. Teraba-raba di buatnya.

8. The first person to contact in Emergency cases. 

En Suami semestinya. Dia cepat response berbanding org lain.  Hehe

9. The first thing to do when wake up. 

Peluk dan gomol Syafi kuat-kuat sebab time tu jer dia tak melawan. Hehe

10. If someon gave you Rm10k, what would you do? 

Separuh masuk bank separuh pergi jalan-jalan. =)

11. What do you like about me and why?

Seorang rakan blogger yang supportive,  sweet dan selalu berkongsi ilmu dengan rakan-rakan. Semoga ukhwah yang terjalin terus mekar di bawah redhaNya InsyaAllah <3


Alhamdulillah tamat. 



28 comments:

  1. uish, pengalaman memalukan dekat uitm tu memang legend..haha. mesti tengah penat time tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malu giler kot. Sedar2 dalam bas. Hehe. Penat kot beratur. Datang bas semua berebut dan tolak menolak. Nasib lah siapa yg kena jerit tu 😅

      Delete
  2. my geng travel!!! hihihihi kan klaau blh tiap2 minggu nk bjalan.. so unni masuk kat bgian mak ayah sebb pgl kak ana..hihihi...kat soalan cik fuhh sapa la manusia x teringin nk jmpa Rasulullah kan... :( unni pun jiran ngn sarawak tp x pnh lagi smpai... rindu nasi dagang..rindu ganu.. wahh sikit lagi nk 3.50 ( presidnt list ) tpi redha je kan bukan rezeki.. akak pun suppotive n so sweet...thks akak sudi jawab soalan unni.. :) moga ukhuwah kita terus tjalin hingga ke jannah..amin ya rabbal

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah mudah-mudahan ye Unni. Semoga ukhawah kita berkekalan hingga ke Jannah. Sama-sama saling ingat mengingati 😘

      Delete
  3. Moga aspirasi Sis terlaksana..ameen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah mudah-mudahan ye PC 😊

      Delete
  4. Wahh, seronok jugak kalu dapat bekerja dari rumah, takyah pikir pasal nak antar anak kat nursery...hihi kalu saya la berada macam situasi kak Ana yang terjerit2 tue, mungkin dah banned kot naik bas tue, ahakss.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu salah satu kelebihan bekerja dari rumah shikin. Senang tgk anak depan mata.

      Lepas tu memang tak naik dah bas dekat situ. Ana naik bas ke klang then baru amik bas ke shah alam. Lagi aman. 😊

      Delete
  5. Replies
    1. Semua org pun suka anum. Lagi2 kalau di sponsor hehe 😊

      Delete
  6. untung lar boleh golek2 haha...Syafi pun dah besar tu..xnak tambah ahli ke..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tgh usaha kak. Belum sampai rezeki lagi. Doakan ana ye 😘

      Delete
  7. waw... semoga terus berkongsi2 ye dkt blog ye adik manis. :D

    ReplyDelete
  8. ju baru siap satu entry utk award ni.. dua lagi kena tag, kena siapkan ! hahaha.. best jg ada segmen mm ni kan, dapat tahu lebih lanjut mgenai diri masing =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Boleh eratkan lagi persahabatan dengan adanya segmen macam ni.

      Ana tggu entri dari Ju ye 😘

      Delete
  9. Syok juga main jawab-jawab ni. Mai belum jawab soalan unni lagi,haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kalau takde idea, at least ada benda nak di post kan. Kak ana ada lagi satu tak jawab😘😘

      Delete
  10. Saya pulak Sarawak dengan Perlis tak pernah sampai lgi. Huhu
    Mesti best kan borak2 dengan Syafi tu~ Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah satu hari nanti sampai juga ana ke sana.

      Penat nak layan adalah. Tak berhenti membebel 😅😅

      Delete
  11. Replies
    1. InsyaAllah amin. Terima kasih Sha 😘

      Delete
  12. sama kita kak. kalau dapat 10k, separuh dari duit tu untuk travel 😁

    ReplyDelete
  13. slalu mengalami situasi org berebut nak naik bas tu, stress jer rasa bila semua berebut dan tolak menolak tu, especially time org balik kerja, mmg sesak dalam bas tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. sebab tu sis kalau nak naik public transport akan selidik dulu mana yang ok mana yang tak sebab tak nak kes dulu berulang. malu nyeeee.hehe

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤