Hotel Review : Institut Latihan FAMA Port Dickson

Assalamualaikum.


Hi korang. Rasanya masih tak terlambat untuk sis ucap selamat bercuti sekolah pada yang berkenaan. ke mana kita cuti ni? Sis insyaAllah Jumaat ni akan pulang ke Kuala Terengganu untuk hadiri majlis perkahwinan sepupu suami. Tapi sehari je di sana lepas tu akan ke Cherating dan Kuantan.

Ok kali ni sis nak share satu tempat yang sangat sesuai bagi yang bercadang untuk mengadakan hari keluarga, seminar, kursus atau bengkel tapi takde idea nak ke mana. Lagi-lagi pada zaman gawat sekarang ni, semuanya nak minimize kos sebaik mungkin kan. So sis cadangkan korang ke Institut Latihan FAMA di Port Dickson.



Institut Latihan FAMA ni terletak di Jalan Pantai Mukim Pasir Panjang dan agak jauh dari bandar Port Dickson. Sangat sesuai bagi yang ingin kan suasana yang tenang. Di sini terdapat semua fasiliti yang di perlukan seperti dewan seminar, dewan makan, kawasan untuk melakukan aktiviti riadah atau bersukan. Kolam renang untuk kanak-kanak dan orang dewasa juga di sediakan.


Sumber dari website FAMA

Sumber dari Google. Kawasan lapang untuk beriadah.

Ok gambar bilik ni sis pun amik dari website FAMA. Sis tak amik gambar pun masa tu sebab tak aktif berblog. Huhu. S
is ke sini pada bulan September yang lepas kerana menginguti Hari Keluarga sekolah tempat MIL sis bekerja. Memandangkan MIL sis dapat sebuah apartment 1 bilik seorang so sis pun menyelit lah sekali. Hehe. Dalam apartment tu  terdapat fasiliti asas seperti peti ais, kitchenette, TV, seterika dan papan seterika. Pada pandangan sis dengan harga yang di tawarkan, memang sangat berbaloi. Yang penting keadaan bilik bersih dan selesa. 


Jalan ke bilik. 




Ni pula gambar di sekitar institut latihan yang sempat sis ambik.





Aktiviti petang tu bawa Syafi berendam dalam kolam renang. Bukan main seronok dia. Malam pula sebab sis tak join MIL dinner, so sis ke kampung sebelah untuk makan seafood. Tapi gambar takde. Minta maaf ye.




Lagi satu yang menarik pasal Institut Latihan FAMA ni ialah laut hanya di belakang bangunan je. Menapak dalam beberapa langkah dari pintu belakang dah sampai. Tak ramai orang pun dekat sini mungkin sebab pantai ni tersorok. So kalau nak lepak-lepak amik angin petang tanpa gangguan sangatlah sesuai. 





So kalau ada yang bercadang nak buat hari keluarga atau kursus boleh lah ke sini. Semuanya bersih, selesa dan insyAllah puas hati. Ni sis attach harga pakej sekali dengan bilik bagi untuk rujukan bersama.

Sumber dari website FAMA







Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

44 comments:

  1. Boleh cadangkan pada kawan-kawan ni Kak..tengok harga pun ok..lagi satu dekat dengan pantai..lagi la tambah keseronokkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sangat. kak ana puas hati dengan kemudahan yang ada dan sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan. sesuai pada yang nak buat kursusdan hari keluarga 😘😘

      Delete
  2. Replies
    1. syafi pantang nampak kolam. tak tentu arah di buatnya. nanti dah dapat sekali, hari2 dia tanya bila nak pergi hotel mandi kolam. Mati akal kak ana di buatnya 😘

      Delete
  3. Replies
    1. berbaloi dengan harga tu dear. sesuai pada yang nak buat kursus pada bajet yang rendah. 😘

      Delete
  4. Geram pulak nengok dak Syafi tu posing. Nak picit picit je pipinya tu hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu style jer posing dia ira. cara senyum pun sama. senyum terpaksa. huhu 😘😘

      Delete
  5. klu nak buat apa2 event sesuai sgt harga dngan bajet..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. lagi2 sekarang ni banyak jabatan kerajaan yang nak buat kursus pada bajet yang rendah kan. sesuai sangat la ni. 😘😘

      Delete
  6. aish lama dah tak berendam jugak nieyh hahaha. berbaloi lah dengan harga tu

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/4-tips-elak-digelar-drama-queen.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat berbaloi elsa. 😘😘

      wah ada entri baru. nanti kak ana dtg baca ye 😘

      Delete
  7. Kalau ada anak-anak yang penting ada swimming pool.
    Nice sharing.
    Walaupun Mrs. A orang NS tapi tak tahu pun tempat ni hiks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Anan kalau nak stay dekat satu2 hotel atau resort, kolam renang kena tgk dulu. Kalau tak penat nak dgr syafi minta kolam 😅

      Delete
  8. http://mummyayu.blogspot.my/2017/03/the-lucky-winner-is.html

    tahniah jadi lucky winner mummy ayu yang terbaru, klik atas^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sebab inform. Ana dah emel mummy ayu. Alhamdulillah ada rezeki ana. 😊

      Delete
  9. Wah kolam renangnya itu loh yang bikin jatuh hati jatuh cinta, dasyat..
    asik banget pemandangannya..
    jadi pengen kesana juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waduh bagaimana ni udah jatih hati sama itu kolam. Makanya kamu harus terbang ke mari ya. Banyak lagi tempat2 menarik di sini 😊

      Delete
  10. wah bestnyaaaa kali nih kak ana pergi tempat nih

    btw kak ana , tahniah

    http://mummyayu.blogspot.my/2017/03/the-lucky-winner-is.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sgt. Lagi best sebab free Zaf 😅.

      Terima kasih Zaf. Ada rezeki kak ana lagi. Alhamdulillah 😘

      Delete
  11. Replies
    1. Laut di PD kebanyakannya kotor lah wak. Tak sesuai nak mandi. Duduk tepi laut amik angin boleh lah 😀

      Delete
  12. Best jgk sebab boleh g pool and ada pantai untuk lepak2 tenangkan fikiran..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Dah puas termenung tepi laut masuk kolam pulak. Hehe 😀

      Delete
  13. harga berpatutan, kawasan pun cantik, memang boleh jadi pilihan untuk bercuti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Berbaloi kalau nak buat hari keluarga atau kursus. 😊

      Delete
  14. Rindunyaa pantai port dickson...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rindu pantai PD ke rindu org yg ada dekat PD tu. Hehe 😊😊

      Delete
  15. comel ny syafi ni! =D

    Kira hrga pun bbaloi tu kalo sesiapa bminat nak buat aktiviti dekat sna kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. comel dalam gambar je tu ju ;p

      insyaAllah berbaloi dengan harga yang di beri. boleh lah siapa2 yang plan nak buat kursus atau seminar dtg ke sini 😘

      Delete
  16. kalau ada kolam renang, budak-budak memang suka lah dia 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak budak pun suka sama cik epal. kadang2 dorang yang terlebih excited. 😘😘

      Delete
  17. Bestnya Syafi dapat mandi swimming pool dengan pergi pantai! hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia prefer pool dari pantai. Pantai dia tak suka sebab geli dengan pasir. 😅

      Delete
  18. Replies
    1. Yang penting bersih dan selesa sha. Harga pula berbaloi2 dengan apa yang kita dapat 😘

      Delete
  19. Replies
    1. Alhamdulillah selesa sis. Kalau bak berkursus boleh lah ke sini 😊

      Delete
  20. harga apartment tu not bad tu Ana..mmg best kalau duduk ramai2..makin meriah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nk buat kursus atau hari keluarga boleh lah cuba dekat sini kak 😘😘

      Delete
  21. ada pantai & pool tu, memang sesuai buat family day kat sini kan 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Tp kena ada min guest tak silap kak ana 😊

      Delete
  22. Bestkan klau dpt buat hr kluarga gtu :) Ade pool ade pantai. Mek hari kluarga ofis ade jugk buat dekat pantai cam ni. Kira best jugak la

    ReplyDelete
    Replies
    1. next time Mek propose lah buat hari keluarga ofis dekat sini pula. lepas tu boleh pergi jalan2 di teluk kemang 😊

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤